" Reena, stok buku yang baru dah sampai semuanya ke? " soal Cik Orked .
Aku yang sedang menyusun buku terhenti. Terus aku menoleh memandang Cik Orked.
" Dah Cik Orked. Baru jer sampai tadi. Ni sekarang saya tengah susun buku-buku ni " beritahuku.
Cik Orked terangguk-angguk faham.
" Okay. Awak sambung lah kerja awak tu " katanya sebelum berlalu pergi.
Ini lah kerja aku setiap hari. Bekerja di kedai buku adalah impian aku sejak daripada kecil lagi. Mesti orang gelak kalau tahu cita-cita aku. Orang lain semua nak kerjaya yang hebat-hebat seperti doktor, polis, bomba, guru dan banyak lagi. Tapi cita-cita aku cuma ingin bekerja di kedai buku.
Nak kata aku ni ulat buku tu tak adalah. Buku yang selalu aku baca pun ialah novel cinta. Selain daripada tu aku tak berminat sangat.
Aku anak yatim piatu. Mak ayah aku meninggal dunia ketika aku berumur 17 tahun. Bayangkan waktu tu aku nak menghadapi peperiksaan sijil pelajaran malaysia (SPM). Mak long menjaga aku sehinggalah aku habis sekolah menengah.
Selepas daripada itu dia menyuruh aku berdikari sendiri. Aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Di sini aku jumpa Nadia. Berbekalkan duit RM 300 yang mak long berikan pada aku, aku gunakannya untuk makan minum aku sementara aku dapat kerja tetap. Nadia terlalu baik. Dia tumpangkan aku tinggal di rumah sewanya tanpa perlu bayar duit sewa sehingga aku dapat kerja tetap.
Sekarang sudah 4 tahun berlalu. Hanya pada Nadia lah aku menumpang kasih. Nadia beruntung kerana dia mempunyai ibu bapa. Bila aku tanya kenapa dia tidak mahu tinggal bersama dengan keluarganya, dia menjawab dia mahu berdikari. Selain Nadia, keluarga Nadia juga sudah aku anggap seperti keluarga aku sendiri.
" Hello, excuse me " sapa seorang lelaki.
" Yes? Ada apa-apa yang boleh saya bantu? " soal aku.
" Saya nak cari buku kanak-kanak. Dekat bahagian mana ea? " soal lelaki itu.
" Oh buku kanak-kanak. Dekat situ encik " aku menunjukkan rak yang tersusun rapi buku untuk kanak-kanak.
" Thank you " ucapnya sebelum berlalu.
Aku hanya mengangguk. Hmm kacak. Astagfirullah al-azim Reena, suami orang tu. Dia mesti nak cari buku untuk anak-anak dia.
Aku menyambung semula kerja aku yang tertangguh tadi. Banyak lagi buku-buku yang perlu aku susun hari ini kerana stok buku-buku ini baru sahaja sampai hari ini.
Share this novel