Part 20.

Romance Completed 30717

Datuk Razif dan Datin Mariam juga memandang aku sinis. Seolah-olah aku memang perempuan hina.

" Really Daniel? " soal Danish.

" Yaa. Terpulang sama ada kau nak percaya atau tak " jawabnya bersahaja.

" Baguslah tu kau dengan perempuan ni sama-sama tak berguna. Dulu kau buat maksiat dalam rumah aku " Datin Mariam bersuara lantang.

" Daniel, selama ni kau fitnah aku. Kau buat macam-macam pada aku, aku tak pernah balas. Aku diam jer. Sebab kalau aku balas apa yang kau buat pada aku, aku dengan kau sama jer. Tak ada beza. Kau perangkap aku dengan perempuan yang kau upah semata-mata kau nak kan jawatan CEO tu. Lepas dua minggu aku dihalau daripada rumah ni, perempuan tu sendiri yang datang jumpa aku dan jelaskan semuanya pada aku. Bila aku dapat tahu aku dah ada syarikat sendiri, kau buat macam-macam untuk jatuhkan syarikat aku. Aku tak tahu apa yang kau dendam lagi dengan aku sampai kau upah orang untuk pukul aku " Danish menceritakan segalanya.

Aku juga terkejut mendengarnya. Aku tidak sangka banyak lagi yang Daniel lakukan pada Danish.

" Ap..apa kau cakap ni? Mama, papa dia ni sengaja nak fitnah Daniel " .

" Aku tak fitnah. Benda ni kenyataan Daniel. Selama ni aku diam walaupun aku ada semua bukti. Tapi hari ni aku nak tunjukkan pada datuk dan datin perangai sebenar kau. Kau tahu tak, disebabkan kau Nadia bunuh diri. Kau tak rasa bersalah ke? " Danish memandang ke arah Daniel.

" Betul ke Daniel? " soal Datuk Razif.

" Tak..pa. Dia tipu. Dia tipu pa. Jangan percaya " .

" Datuk dan datin nak tengok bukti tu? Saya boleh tunjukkan " Danish mengeluarkan iPhone 6s miliknya daripada poket.

Dia menujukkan video rakaman cctv ketika aku hampir dirogol Daniel. Aku sendiri tak tahu Danish ada video rakaman cctv itu.

Datuk Razif dan Datin Mariam terkejut melihat video itu. Begitu juga dengan Daniel.

" Kalau aku buat laporan polis, dah lama kau kena tangkap. Cuma aku tak nak. Sebab kau adik aku. Darah daging aku. Jahat macam mana pun kau, kau tetap adik aku. Tolong jangan ganggu hidup aku lagi. Jangan ganggu isteri aku lagi. Terima kasih datuk, datin sebab luangkan masa. Saya balik dulu. Assalamualaikum " Danish menarik tangan aku.

Kami berdua terus melangkah keluar daripada rumah. Mata aku berkata mendengar kata-kata Danish. Sungguh hatinya sangat baik. Dia begitu sayangkan Daniel walaupun Daniel dah buat macam-macam dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience