Part 13.

Romance Completed 30717

" Tak ada apa yang berubah. Jangan ganggu aku " Nadia terus masuk ke dalam biliknya.

Baru sahaja dia ingin menutup pintu, aku pantas menahan dengan tanganku.

" Nadia tunggu. Apa yang dah jadi sebenarnya? Apa yang kau dah sembunyikan pada aku? " soalku.

" Tak ada apa Reena. Tak ada apa-apa yang jadi pada aku. Tapi kau tu, asyik fikir yang bukan-bukan. Berhenti ganggu aku. Kalau tak, kau keluar jer daripada rumah ni " marah Nadia.

Dia menepis tangan aku yang sedang menahan pintu biliknya. Pintu bilik dihempas kuat kemudian dikunci.

" Nadia! Bukak Nadia! " aku mengetuk-ngetuk pintu bilik Nadia.

Namun Nadia sedikit pun tidak mempedulikan aku. Akhirnya aku mengalah. Kaki ku atur melangkah masuk ke dalam bilikku sendiri.

Naluri hati aku kuat mengatakan bahawa Nadia sedang ada masalah dan ada perkara yang dia sembunyikan daripada aku. Buntu aku memikirkan.

" Hai Dhia " tegur Danish.

Aku yang sedang menyusun buku-buku di rak terus menoleh.

" Hai. Awak nak cari buku apa pulak kali ni? " soalku.

" Actually saya nak cari Dhia " jawabnya selamba.

Aku ketawa kecil. Entah apa yang lawak agaknya.

" Awak tak kerja ke? " soalku pelik.

" Sekarang kan waktu lunch. Jadi saya keluar lunch lah. Saya ni bukannya pekerja terbaik sampai 24 jam kerja non stop " .

Aku mencebik. Leka sangat menyusun buku-buku sampai aku tidak sedar sudah masuk waktu lunch.

" Jom lunch. Saya belanja awak hari ni " ajak Danish.

" Takpalah awak lunch dulu. Saya nak kena susun buku ni " .

" Takpa kalau macam tu, saya tunggu lah " .

" Nanti awak lambat pulak masuk office. Lain kali jer lah ea " tolakku.

" Tak ada masalah pun kalau saya lambat. Boss saya baik " .

Aku memandangnya.

" Betul ni? Tak menyusahkan awak? Nanti awak kena buang kerja, saya tak tahu ea " soalku meminta kepastian.

Nanti tak pasal-pasal disebabkan aku dia kena buang kerja pulak.

Danish ketawa kecil.

" It's okay. Awak tak perlu risau. I know how to handle " .

" Okay. Dah kalau awak cakap macam tu. Sekejap ea. Saya nak habis dah ni ".

Danish mengangguk.

" Awak tak bosan ke Dhia menghadap buku hari-hari? " soal Danish.

" Tak. Saya suka ada lah. Hari-hari saya hadap buku pun tak apa. Awak pulak? Tak suka ke ? " .

" Suka tu tak ada lah suka sangat. Tapi saya lagi suka tengok awak " kata Danish selamba.

Erkk aku terkedu seketika. Aku silap dengar ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience