Part 6.

Romance Completed 30722

Aku menarik nafas lega apabila keluar daripada tandas. Tandas itu agak sunyi. Bulu roma aku mula meremang. Tiba-tiba terbayang macam-macam.

Aku mempercepatkan langkah kaki aku. Tiba-tiba aku dengar derap langkah kaki seseorang. Aku tidak berani nak menoleh.

Aku berlari anak. Dalam hati tidak putus-putus berdoa.

Aku merasakan ada tangan yang menarik tubuh aku daripada belakang. Mulut aku ditekup. Dan selepas itu...aku tidak sedarkan diri.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Kepala aku berdenyut-denyut. Aku memandang sekeliling. Aku berada di dalam bilik. Tapi kat mana?

Aku cuba mengingat semula apa yang telah terjadi.

" Sayang dah bangun ? " aku memandang ke arah pemilik suara itu.

Daniel? Apa lelaki ni buat kat sini?

" Kau buat apa dekat aku ha? Aku kat mana sekarang ni? " soalku bertubi-tubi.

Daniel tiba-tiba ketawa. Sangat menjengkelkan aku.

" Calm down sayang. You dengan I jer sekarang ni. Dah lama I tunggu saat ni and now you dah ada depan mata I " .

" Kau perangkap aku? Mana Nadia? Apa kau dah buat dengan dia ha?! " jeritku.

" Nadia selamat. Don't worry. Sekarang ni kita fikir pasal kita berdua jer okay " Daniel mendekati aku.

Aku pantas mengundur ke belakang.

" Kau jangan dekat! Kau jangan dekat aku kata! " aku memberi amaran

Daniel semakin galak mendekati aku sambil ketawa. Tangannya cuba menarik kaki aku. Aku meronta-ronta. Pantas aku menyepaknya.

" Wow! Ganasnya you sayang. Behave sikit okay " .

" Berambus! Berambus kau! " jerit aku.

" Ah peduli apa aku! Kau ingat senang ke nak dapat kau? Ha? Kau jual mahal sangat dengan aku kan, malam ni kau akan jadi milik aku. Kau hadiah birthday yang paling aku suka " .

Jijik. Sungguh aku jijik melihatnya.

" Kau nak buat apa dengan aku ha? Kau jangan dekat! Aku bunuh kau nanti " .

Daniel tidak mempedulikan jeritan aku. Malah dia semakin mengganas. Dia menghempap tubuh aku. Tangannya cuba mengoyakkan baju aku.

" Lepaskan aku! Lepaskan aku lah bodoh! " aku meronta-ronta sambil menangis.

Sungguh aku takut. Dalam hati aku tidak putus-putus berdoa moga ada yang datang membantu aku.

Tiba-tiba pintu bilik hotel itu ditendang daripada luar.

" Woii! Tak guna " lelaki itu menendang tubuh Daniel.

Daniel tergolek jatuh daripada katil. Lelaki itu menumbuk perut Daniel bertubi-tubi sehingga dia tidak mampu untuk melawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience