Part 17.

Romance Completed 30717

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Danish. Kami hanya mengambil masa dua minggu untuk persediaan sebelum nikah. Tiada majlis yang diadakan. Cukup hanya majlis pernikahan.

Lagipun aku tiada keluarga. Danish pula dibuang keluarga. Majlis pernikahan kami dihadiri keluarga ibu Maria dan kawan-kawan rapat Danish.

Aku tidak lagi tinggal di rumah sewa aku dan arwah Nadia. Aku mengikut Danish ke rumahnya.

Saat Danish memberhentikan kereta di hadapan rumah banglo dua tingkat, aku terkejut. Rumah Danish ke?

" Rumah awak ke ni ? " soalku seakan tidak percaya.

Setahu aku Danish hanya bekerja biasa-biasa sahaja.

Danish tersenyum kecil.

" Iya lah rumah saya. Takkan saya nak bawa isteri saya ni kat rumah orang lain pulak " jawabnya selamba.

Aku masih lagi terpaku melihat rumah itu. Pasti mahal harganya.

" Jom masuk " Danish menarik tangan aku masuk ke dalam rumah.

" Banyaknya duit awak beli rumah besar-besaran macam ni " kataku.

Pecah ketawa Danish. Ish dia ni orang serius dia gelak-gelak pulak.

" Saya serius ni awak. Kenapa awak gelak? " .

" Ini memang rumah saya. Sebenarnya saya ada syarikat saya sendiri. Saja saya tak nak beritahu awak. Saya uji sama ada awak betul-betul terima saya seadanya atau tak " jelas Danish.

Aku terkejut. Haishh hari ni asyik terkejut jer. Silap-silap boleh sakit jantung. Patutlah Danish tak kisah bila datang kedai buku yang aku kerja bila-bila masa jer. Rupa-rupanya dia lah boss besar.

" Lah patutlah awak boleh keluar office sesuka hati waktu office hours".

" Ha'ah saya tak kisah. Sebab saya lah boss, saya jugak kuli " .

Aku ketawa kecil.

" Lepas ni awak dah perlu susah-susah kerja lagi. Saya mampu tanggung awak. Lebih daripada cukup. Awak berhenti kerja ea? " .

" Takpa ke? " soalku.

Nanti apa pula kata orang. Mentang-mentang dapat suami kaya terus berhenti kerja.

" Takpa. Saya yang nak awak berhenti. Saya nak awak fokus pada tanggungjawab awak kat rumah. Jaga makan pakai saya, jaga anak-anak kita. Itu pun dah cukup " .

" Anak-anak kita? " soal aku.

Danish laju mengangguk.

" Ya anak-anak kita. Awak tak nak anak ke? " .

" Mestilah saya nak anak. Mana ada orang tak nak anak " .

Aduh soalan jenis apa lah yang Danish tanya ni.

" Okay. Kalau macam tu saya nak anak 6 orang. 3 lelaki, 3 perempuan " .

Aku hanya ketawa. Ewah main order-order pulak dia. Ingat ni kedai mamak ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience