Part 12.

Romance Completed 30722

Selepas matikan enjin kereta, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Kereta Nadia tiada di garaj. Ini bermakna Nadia tiada di rumah.

Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah, aku terus melabuhkan punggung di atas sofa. Fikirkanku menerawang memikirkan Nadia. Ada sesuatu ke yang terjadi padanya sehingga dia berubah? Seperti ada sesuatu yang dia sorokkan.

Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama 'Ibu Maria' pada skrin telefon aku. Ibu Maria ialah ibu kepada Nadia. Oleh kerana aku sudah menganggapnya seperti keluarga aku sendiri, aku memanggilnya dengan panggilan ibu. Sama seperti Nadia memanggilnya.

Tanpa menunggu lama, aku terus menjawab panggilan itu.

" Assalamualaikum Reena " kedengaran suara Ibu Maria di talian.

" Waalaikumsalam ibu. Ibu sihat? " soalku ambil berat.

" Alhamdulillah ibu sihat. Reena sihat? Ibu saja telefon Reena. Ibu cuba telefon Nadia, tapi dia tak jawab. Nadia ke mana? " .

" Reena pun sihat jer ibu. Erm Nadia keluar, tapi Reena tak tahu dia ke mana. Mungkin dia keluar dengan kawan dia kot. Takpa nanti Reena cakap dengan Nadia ya " .

" Haa iyalah. Nanti hujung minggu ni datang lah rumah ibu ya. Dah lama ibu tak jumpa anak-anak ibu " .

" Insya Allah ibu. Ibu jaga diri ya. Sampaikan salam Reena pada ayah ya" .

" Haa baiklah. Nanti ibu telefon lagi. Jaga diri, assalamualaikum " .

" Ibu pun sama jaga diri. Wa'alaikumussalam " .

Panggilan ditamatkan. Aku mengeluh sendirian. Ke mana lah Nadia pergi agaknya. Sampai ibu telefon pun dia tak jawab.

Bunyi enjin kereta Nadia membuatkan aku bangun daripada duduk dan terus melangkah ke muka pintu.

Nadia keluar daripada kereta. Wajahnya seperti biasa. Tapi sedikit pucat.

" Dari mana Nadia? " soalku.

" Keluar dengan kawan " jawabnya ringkas.

Seperti tiada mood untuk berbual.

" Ibu telefon tadi, dia cakap dia telefon kau tapi kau tak jawab " beritahuku.

Nadia hanya diam. Dia terus melangkah masuk. Aku mengikut langkahnya.

" Nadia, kau ada masalah ke? " soalku lagi.

Nadia tidak menjawab soalan aku. Dia terus mendaki anak tangga. Aku masih mengikut langkahnya.

" Jangan ikut aku Reena " Nadia memberi amaran.

" Kita kena berbincang Nadia " .

" Bincang apa? Tak ada benda yang nak dibincangkan " bidas Nadia.

Dia menoleh memandang ke arah aku. Wajahnya serius.

" Kau ada masalah ke ? Kalau ada masalah, kau boleh share dengan aku. Sejak balik daripada majlis hari jadi Daniel hari tu, aku tengok kau dah berubah " aku meluahkan segala yang tersimpan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience