Part 8.

Romance Completed 30722

" Aku silence telefon tadi " jawabnya.

" Habis tu kau tak risaukan aku? Kau tak cari aku langsung Nadia " .

Nadia diam.

" Kenapa diam? " soalku.

" Aku ingat kau baik-baik jer. Kau okay tak? Daniel ada buat apa-apa dengan kau ? " .

Aku menggeleng perlahan. Jujur aku terasa hati sangat dengan Nadia. Dia seperti tidak menghiraukan aku langsung.

" Ada seorang lelaki tolong aku tadi. Aku tak tahu dia siapa " jawabku.

" Reena, aku minta maaf " ucap Nadia.

" Takpalah. Aku nak mandi lepastu nak tidur " aku terus berlalu ke bilikku.

Entah kenapa aku dapat rasakan ada sesuatu yang Nadia sembunyikan daripada aku.

Hari ini aku bekerja seperti biasa. Hal semalam telah aku lupakan. Aku tidak mahu terus trauma dengan apa yang berlaku.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumusalam " aku mengangkat muka memandang pelanggan yang memberi salam itu.

Aku terpaku seketika.

" Kenapa? Terkejut? " soal lelaki itu.

" Siapa awak sebenarnya? " soal aku.

" Nama saya Danish. Saya abang kandung Daniel " jawabnya.

Sekali lagi aku terkejut. Abang kandung?

" Abang kandung? " soalku seakan tidak percaya.

Danish mengangguk.

" Ini bukan pertama kali saya datang sini " .

" Maksud awak? " soalku.

" Awak tak ingat saya? Saya pernah datang sini untuk beli buku kanak-kanak " .

Oh ya aku baru teringat. Ini lah lelaki yang hari tu.

" Ya saya ingat. Tapi apa kena mengena saya dengan awak? Kenapa awak tolong saya? Macam mana awak tahu plan Daniel? " soalku bertubi-tubi.

" Banyaknya soalan awak. Mana satu saya nak jawab dulu ni? " Danish ketawa kecil.

" Jawab semuanya. Explain pada saya apa yang sebenarnya terjadi " .

Danish menarik nafas perlahan sebelum bercerita lebih lanjut.

" Sebenarnya saya dengan Daniel bukan macam adik beradik yang lain
Saya dibuang keluarga disebabkan fitnah yang Daniel buat. Dia nak jawatan CEO yang dia dah dapat pun sekarang. Jadi dia fitnah saya sampai saya dibuang keluarga saya sendiri. Plan yang dia buat ni sebenarnya dah lama. Waktu tu saya terdengar perbualan dia dengan pekerja dia. Sejak daripada tu saya ikut dia. Kemana jer dia pergi saya ikut. Sebab tu saya dapat selamatkan awak semalam " cerita Danish panjang lebar.

Sekarang baru aku faham. Adik jenis apa Daniel tu sehingga sanggup menfitnah darah daging sendiri demi pangkat. Benarlah kata orang manusia sanggup membunuh semata-mata demi pangkat dan harta. Perbuatan Daniel memang benar-benar melampau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience