Bab Sebelas – Kawalan Kuasa

Other Completed 4267

“Alayna... bangun. Sudah pagi.” Lembut sahaja Key menguis-guis bahuku. Aku mencelik mataku. Cahaya mentari sudah kelihatan. Perlahan aku bangun sambil menggeliat.

“Key...” aku memeluk Key erat. Key tersentak. “Alayna? Kenapa awak peluk saya... malulah.” Perlahan Key menolak tubuh kecilku. “Eh! Maaf! Saya dah biasa. Kalau pagi-pagi macam ni selalu mummy kejut saya lalu saya peluk erat dia.” Key tersengih. Merah wajahku apabila terpeluk Key.

Pagi itu kami bersarapan masakan air tangan ibu Key. Selepas itu kami berkenalan dengan orang kampung disitu. Semua yang ada disitu peramah orangnya. Beberapa kawan baru sudah aku berkenalan, Quinn, Tatiana, Opie dan Veronica. Mereka adalah dari puak serigala. Kami mengajak dia untuk kelas malam ini. Ya. Malam ini kami ada kelas bersama daddy dan uncle Dar. Kelas latihan kawalan kuasa.

Selesai makan malam, kami berkumpul di belakang rumah Key. Daddy dan uncle Dar menyuruh kami duduk di atas tanah lalu mereka memberikan sedikit kata motivasi. “Baiklah. Anak daddy, keluarkan kuasa kamu.” Aku berdiri di hadapan daddy dan uncle Dar. Aku memejamkan mataku lalu aku terapung di udara. Aku mengenggam kedua-dua belah tangan lalu keluarlah kuasa elektrikku.

“Baiklah anak daddy. Alayna, kamu lawan dengan daddy guna kuasa kamu.” Terbeliak mataku. Nak lawan dengan daddy? Biar betul!

“Daddy! Biar betul?” kakiku sudah menjejaki tanah semula.

“Ya! Daddy tak main-main pun. Cepat.” Daddy sudah mengeluarkan kuasanya dan dia mula terapung di udara. Pandangan matanya sangat serius. Aku terapung ke udara semula. Bermulalah kami berlawan-lawan menggunakan kekuatan kuasa yang kami perolehi.

Daddy terjatuh di atas tanah apabila aku membaling anak panah elektrik kepadanya. Cepat-cepat aku mendekatinya, “daddy... okey tak?” daddy tersenyum. Dia mengosok-gosok perutnya. “Gelilah, Alayna baling anak panah tu dekat perut daddy.” Gelak daddy. Hish! Buat saspen je daddy ni. Aku memukul manja bahu daddy.

“Giliran puak serigala bertukar.” Adam, Stephen, Alonza, Quinn, Veronica, Opie dan Tatiana bangun dan berdiri di hadapan uncle Dar kecuali Key. Key lebih suka memandang tanah daripada tadi.

“Key, kenapa kamu tak bangun?” tanya uncle Dar. Key memandang ayahnya. Matanya kelihatan berkaca. “ayah lupakah yang Key tak boleh bertukar. Key tak layak jadi sebahagian puak ni.” Tangis Key. “Key cuba mara ke hadapan, anakku. Jangan kau ingat masa lalu.” Perlahan-lahan Key bangun lalu berdiri di hadapan ayahnya.

“Ayah... bukankah Key tak dapat bertukar selama-lamanya?” uncle Dar mendekati Key lalu mengalungkan rantai kepunyaannya. “Sekarang Key pun ada rantai seperti mereka.” Riak wajah Key terkejut.

“Kamu kena fikir yang positif. Ketepikan masa lalu kamu. Sekarang bertukar wahai puak serigala muda.” Kata uncle Dar. Mereka bertukar menjadi serigala.

“Alayna... biar pak cik terangkan pada Alayna. Serigala jadian ni boleh kenalpasti yang mana musuh yang mana tidak.” Uncle Dar memanggil Alonza menggunakan isyarat mata. Alonza mendekatiku dengan nafasnya yang laju lalu dia mencium-cium bau tubuhku lalu dia pergi ke tempat di mana dia berdiri tadi.

“Kalau dia pergi maknanya kita bukan musuhnya.” Aku mengangguk faham.

Sehingga larut malam kami berlatih mengawal kuasa dan tindakan terhadap musuh. Semuanya sudah tidur diulit mimpi dunia khayalan. Hanya aku dan Adam sahaja belum tidur. Kami berbual-bual di luar.

“Awak anak yatim, Adam?” adam mengangguk sambil tersenyum. “aku anak yatim sejak umur enam tahun dan kemudian aku tinggal bersama keluarga Stephen. Kami sudah seperti adik-beradik.” Aku mengangguk sambil membuat riak muka simpati.

“Mana keluarga Stephen?” tanya aku kepada Adam. “mati kena bunuh dengan vampire.” Tiba-tiba Stephen datang lalu menjawab pertanyaanku. Aku memandang dia. Alamak! Dia tidak berbaju. Hanya memakai seluar panjang sahaja. Malunya!

“Keluarga aku mati masa aku dengan Adam berusia 13 tahun. Keluarga aku diseksa dan kemudian dibunuh dengan kejam. Mak aku ketika itu sarat mengandungkan adik aku yang ketiga. Katanya dia akan lahirkan bayi kembar tiga. Masa tu aku teruja gila tak sabar nak ada adik kembar. Hanya aku dan Stephanie terselamat kerana ibu dan ayah aku menyorokkan kami di bilik yang tidak ketahui sesiapa. Tapi semuanya tak ada sekarang. Aku tak dapat tengok adik kembar dan keluarga aku yang lain lagi.” Stephen meramas rambutnya. Air matanya berjuraian. Aku memegang bahu Stephen. “Sabar ya, Stephen.” Stephen tersenyum.

“Aku ada Stephanie sorang je. Dia yang jaga aku semasa aku sakit. Layan kerenah aku. Tu sebab aku tak kasi dia ikut kita ke sini, tak nak apa-apa terjadi dekat dia. Biarlah dia tinggal dengan jiran terdekat disitu. Selamat.” Aku mengangguk faham.

“Hai hoi hai... bukan main chit chatting tak ajak aku. Kurang ajar kau Alayna.” Alonza tiba-tiba menyampuk percakapan kami. Aku tersenyum. “Aku ingat kau dah tidurlah, Za. Tu tak ajak. Bual-bual kosong je ni.” Kataku. “Stephen, boleh duduk sebelah kau?” minta Alonza. Stephen mengangguk. “aku nak minta maaf dekat kau pasal haritu.” Maaf Alonza. “Haaa.. tak apa. Aku tak kisah. Time tu kan kelam kabut. Dorang ni hilang. Nasib aku dengar bunyi menyalak si Adam ni.” Adam ketawa kecil. Kenapalah jantungku berdegup kencang setiap kali melihat senyuman Adam? Haishhh.... jatuh cinta ke?

“Tapi kuat juga tumbukkan kau. Rasa nak patah je semua gigi aku. Takut juga bila semua patah jadi serigala gigi palsu menggigit orang.” Tergelak besar kami semua. Adam tergelak sehingga menepuk-nepuk meja kecil yang ada dihadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience