Bab Tiga Belas – Penculikan

Other Completed 4267

Adam POV

Jatuh cinta? Perasaan? Jantung aku berdegup kencang. Sekencang angin taufan yang menghancurkan alam sekitar. Aku ingin luahkan tapi aku tak boleh. Aku serigala. Ya. Serigala jadian. Dia seorang perempuan yang sempurna. Baik dan cantik. Ahhh... tak boleh! Aku pernah berjanji pada diriku untuk tidak bercinta lagi cukuplah si dia yang dahulu meninggalkan aku. Aku memang susah untuk bahagia. Susah!

Aku memandang bulan mengambang di luar jendela. Entah kenapa aku terasa membuak-buak untuk menukar menjadi serigala tanpa ada sebarang sebab. Aku berlari masuk ke dalam hutan lalu bertukar.

Awooooo....

Alayna POV

Ketika aku sendirian, hanya wajahmu yang indah yang kufikirkan. Ketika aku tidur pasti bayanganmu muncul dan bermain-bermain di dalam mimpi aku. Semuanya berlaku sejak dia cium dahiku. Sehingga sekarang ia memberi kesan yang impak kepadaku. Cinta? Aku tak pernah jatuh cinta? Aku tidak bermain kata-kata cinta. Aku meraup wajahku perlahan lalu memandang bulan yang sedang mengambang cantik.

Aku keluar dalam bilik dengan tujuan untuk mengambil angin di luar. Ditanganku aku bermain-main dengan elektrik untuk menghilangkan kebosanan.

#####

“Arghhh!” aku terkejut melihat satu lembaga besar berada di hadapanku. Dia pun agak terkejut apabila aku menjerit. Aku membesarkan mataku. Alamak serigala mana pula ni. Dia bertukar menjadi tubuh manusia semula. Adam!

“Maaf buat kau terkejut.” Adam menolong aku menstabilkan tubuhku.

“Tak apa.” Aku menepuk-nepuk bajuku yang terkena debu tanah.

“So, what are you doing here lonely?” tanya Adam.

“Just taking some fresh air. I am thinking about... what will happen next.” Jawab aku. Adam memandang atas lalu matanya merenung mataku.

“Um... Adam what are you looking?” aku memetik jari di hadapan wajahnya.

“Hah? Haa.. sorry my mistake. Nothing. You look pretty this night...” aku menutup mulut menahan ketawa. “Thank you. I think I am not wearing ballgown. Just t-shirt and jeans.” Adam ketawa.

“I don’t think so that the ballgown makes you more pretty. It just you. You look perfect in whatever clothes that you wearing.” Gulp... Adam tengah puji aku. Lain macam je.

“Saya akan bertukar menjadi serigala semula. Awak naik atas badan saya, ya. Saya bawa awak jalan-jalan ambil angin malam.” Aku tercengang. Naik atas badan dia? Ahh... mulalah jantung aku rasa nak meletup.

Adam sudah pun bertukar menjadi serigala. Dia memandang aku lama kerana aku masih belum naik atas badannya. Dia mendekati aku lalu tapak tangan serigala itu menyentuh perlahan tanganku. Aku terkejut lalu perlahan aku naik atas badannya. Aku seperti sudah menunggang kuda tetapi ini bukan kuda, ini serigala jadian! Rasa nak jerit kuat-kuat je namun dapat jerit dalam hati je.

Adam membawaku berjalan-jalan disekeliling hutan itu. Aku dapat merasai keindahan pada malam itu dan pada masa yang sama aku merasa bahagia. Sangat bahagia.

####

Zeff POV

Andai kau dapat melihat hati aku,andai saja kau dapat membaca fikiranku,betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,menghiasi hari-hariku senyum dan suaramu teduhkan jiwaku.. Oh kenapa perasaan sebegini timbul pada diriku? Mungkin si dia menganggap aku sebagai sahabatnya sahaja. Mungkin. Aku akan ungkapkan cintaku ini pada dirimu. Nanti bila masa sesuai.

Aku merebah semula diriku di atas katil. Kelihatan Key sedang nyenyak tidur diulit mimpi. Kemudian mataku beralih ke katil Adam. Tiada. Ke manakah dia pergi. Aku melihat bulan sedang mengambang. Ahh.. mesti dia menjadi serigala di luar sana. Aku memejamkan mataku terus aku terbayang wajah si dia. Dengan senyuman terukir aku tidur.

####

Keesokannya,

Lemah-longlai kakiku melangkah masuk ke dalam kelas. Hari ini Professor Mark Devinson masuk. Jadi, aku pergi ke kelas awal setengah jam. Ketika aku membuka kasut, Zeff menolong aku memegang buku dan alat tulisku. Key pula menunggu aku di belakang.

“Hai sayang.” Eh mamat ni, pagi macam ni dah bergurau. Aku menjeling ke arahnya. “Jom. Meh, aku letakkan kasut kau sama baris dengan aku.” Selamba Zeff ambil kasutku lalu meletakkan di atas rak.

“Alayna, nanti aku rehat sama dengan kau. Tunggu tempat biasa. Taa...” kata Adam sambil berjalan masuk ke kelas 6.

Zeff menarik tanganku lembut masuk ke dalam kelas. Aku duduk di tempatku.

“Class...” Suara Prof. Mark membuatkan kelas menjadi sungguh sunyi.

“Siapa yang tidak hadir?” tanya Prof. Mark. Han selaku pengerusi kelas bangun lalu pergi ke arah Prof.Mark.

“Semua hadir.” Jawab Han.

“Baik. Terima kasih.” Anak mata Prof. Mark melirik ke arahku.

“Alayna Clarrise, sini sekejap.” Gulp... aduii kenapa pula dia panggil aku? Aku bangun lalu pergi ke arahnya. Zeff dan Key memandang aku lama. Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga.

“Yang lain sila baca buku sejarah muka surat 230. Dan saya akan saya soal kemudian.” Pesan Prof.Mark.

“Ya, saya Prof.” Prof Mark tersenyum. “Jam 3 petang, saya nak jumpa awak seorang sahaja di bilik saya. Jangan ajak sesiapa. Saya harap awak dengar apa saya cakap. Faham?” aku mengangguk perlahan lalu kembali ke tempatku.

“Kenapa?” tanya Zeff. Belum sempat aku menjawab pertanyaan Zeff, Prof Mark memanggil Zeff.

“Zeffron Villo, ceritakan apa yang kamu faham tentang sejarah puak itu.” aku melihat Zeff terkedu. Aku dah agak mesti dia tak baca kerana melihat aku bercakap dengan Prof. Mark.

“Kenapa diam?! Jawab soalan saya!” tengking Prof. Mark.

“Sa..saya faham...yang...sejarah tu....” Prof Mark memukul lengan Zeff dengan pembaris panjang besi. Ya. Cara seperti di sekolah rendah. Tetapi itulah cara Prof. Mark mengajar kami. Pembaris besinya itu seperti tombak yang bila-bila masa sahaja pelajar akan kena. Zeff mengaduh perlahan.

“Prof.Mark boleh saya tolong dia jawabkan soalan itu?” aku menawarkan diri. Prof. Mark mengangguk perlahan.

“Pada 15000 tahun dahulu, sebanyak 6 puak yang tidak pernah bersatu. Semuanya membuat hal sendiri. Mereka tidak pernah bekerjasama, tidak pernah bertegur sapa. Sampai suatu hari, puak Magic Powers muncul dan cuba mengajak mereka bersatu membina sebuah empayar yang besar dan maju. Namun tidak berhasil sebaliknya mereka berperang. Selama 17 tahun mereka berperang, akhirnya mereka berhenti berperang kerana seorang pemuda yang berani memujuk mereka supaya bersatu. Pemuda itu daripada puak Manusia. Akhirnya mereka bersatu, tetapi tidak lama hanya beberapa tahun sahaja kerana mereka membunuh pemuda itu dengan kejam sekali. Selepas beberapa tahun, mereka berperang, berperang dan terus berperang sehingga puak Flora pupus diikuti puak Fauna. Hanya tinggal puak Vampire, Werewolf, Magic Powers, Hibrid dan Manusia.

Sekali lagi seorang pemuda dari puak Manusia cuba mengajak mereka bersatu dan akhirnya mereka berserah dan cuba untuk maju kehadapan. Pemuda itu dilantik menjadi raja, namanya King Veroll Guawent. Selama 30 tahun mereka hidup aman. Bersatu dan King Veroll Guawent menubuhkan akademi ini, All Academy. Sejak kematian pembantu King Veroll Guawent, iaitu Tyan Frost dari puak Werewolf, fikiran King Veroll semakin kusut untuk mengendalikan empayar ini dan dia mengambil keputusan untuk melantik Franchise Hallbug menggantikan Tyan Frost. Franchise Hallbug asalnya dari puak Vampire. Dia menolong King Veroll dengan baik tetapi tidak lama kemudian, King Veroll diseksa dengan kejam! Kemudian dia dibunuh. Mereka menuduh Xavier Nanmie iaitu dari puak Hibrid membunuh King Veroll. Sehingga sekarang semua percaya Xavier Nanmie membunuh King Veroll. Puak Vampire sangat marah lalu membunuh kesemua keturunan Hibrid sehingga pupus.

Itu sahaja yang faham tentang sejarah pada muka surat 230 ini, Prof Mark.” Panjang lebar aku bercerita, sengaja aku bercerita dengan pelbagai reaksi. Prof Mark mengangguk perlahan.

“Bagus. Nah. Hadiah.” Aku terkejut Prof Mark menghulurkan beberapa biji gula-gula. Terkial-kial aku mengambilnya.

“Zeffron Villo, kamu didenda. 16 kali sebatan pada kedua-dua belah tangan kamu.” Zeff terkejut. Aik! Aku ingat aku dah jawab soalannya, Zeff terselamat namun tidak.

Pap! Pap! Pap!

Kasihan aku melihat wajah Zeff, berkerut-kerut menahan sakit. “Baiklah, semua boleh bersurai.” Aku membimbit buku nota dan alat tulisku. Aku terdengar Zeff mengaduh perlahan. “Zeff, sakit sangat ke?” aku menyentuh tapak tangan Zeff. Kasihan kedua-dua belah tapak tangan Zeff, bercalar-calar. “Sikit je. Biasalah, pedih.” Zeff tersenyum.

“Marilah kita pergi bilik rawatan, letak ubat sikit bagi kurang.” Perlahan aku menarik lengan Zeff, dia hanya mengekori aku sahaja.

####

“Dah siap... balut. Okey? Selesa tak?” Zeff mengangguk. “Alayna... Pesta Malam Muda kau sudah ada pasangan untuk menari?” alamak... apa aku nak jawab? Adam dah ajak aku jadi pasangannya. Kasihan pula Zeff. Aku terpaksa....

“Umm... maaf ya, Zeff. Adam dah ajak Alayna hari itu.” wajah Zeff kekal dengan senyumannya. “It’s okay. I understand.” Aku tersenyum lega. “Jom...” aku memandang Zeff. “Nak kemana?” Zeff tidak menjawab soalanku malah terus menarik lenganku keluar dari bilik rawatan.

“Waa... cantiklah taman bunga ni.” Mulutku terlopong luas seperti mengucapkan selamat datang kepada lalat. Aku mengamati keindahan suasana taman bunga tersebut. Pelbagai jenis dan warna bunga yang terdapat disitu. “Zeff...cantik....” ayat aku tergantung kerana Zeff tiada bersamaku.

Aku berpusing-pusing mencari Zeff. Ke manakah dia pergi? Tiba-tiba...

“Pahhh!” aku hampir mahu pitam kerana terkejut. Zeff ketawa kecil.

“Eiiii! Zeff... teruklah awak ni....” marah aku. Zeff memberi aku sejambak bunga dan sekotak.... tak tahu apa dalamnya.

“Happy Birthday Alayna Clarrise!” aku terkejut apabila Zeff mengucapkan Selamat Hari Jadi padaku. Aku boleh lupa hari ini hari kelahiranku yang ke-19 tahun. Aku sangat terharu lalu memeluk Zeff seerat-eratnya.

Zeff POV

“Happy Birthday Alayna Clarrise!” dengan penuh semangat aku mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Alayna. Alayna kelihatan terharu, air matanya bertakung. Tiba-tiba dia terus memeluk tubuhku erat. Pekara ini memang aku tidak jangka. Semakin kuat degupan jantungku.

“Terima kasih Zeff! Alayna terharu sangat. Terima kasih sebab jadi sahabat Alayna yang terbaik!” hatiku sayu apabila Alayna hanya menganggap aku sahabatnya tetapi aku tetap mengekalkan senyumanku lalu membalas pelukkannya.

Adakah Alayna mencintai Adam?

####

Jam menunjukkan tepat pada angka 3. Zeff menghantar aku pulang ke bilik. Hari ini aku sangat bahagia. Bahagia dapat menyambut ulang tahun yang ke-19 bersama sahabat tersayang. Aku mengusap gelang tangan yang bercorak hati dan bintang itu, pemberian daripada Zeff tadi.

Tiba-tiba aku teringat akan pesanan Prof. Mark meminta aku datang ke biliknya. Aku terus mencapai sweater lalu bergegas ke biliknya.

TOK...TOK...

Pintu biliknya terbuka. “Alayna...” dia tersenyum sinis ke arahku. Kenapa dia bertopeng? Tiba-tiba aku merasakan seseorang menusuk sesuatu ke arah belakang bahuku. Aku cuba menahan sakit dan aku melihat dua orang bertopeng muka. Aku tidak mengecam siapakah itu. Dia menekan kuat lagi tusukan pada bahuku itu. Aku rebah lalu terdengar sayup-sayupan orang ketawa.

####

“Mana Alayna ni... kita nak buat suprise dekat dia... Aduii.” Alonza merungut. Adam berjalan bermundar-mandir seperti cacing kepanasan. Adelie pula sibuk menggentel rambutnya itu. Zeff melihat jam pada jam tangannya dan Key pula duduk termenung. Stephen melihat ke luar jendala.

“Dah sejam ni. Aku rasa tak sedap hati. Ke mana dia pergi ni?” Adam mendengus lalu mengambil jaketnya, berlari keluar dari bilik. Alonza dan Stephen mengekori dia.

“Korang tunggu sini sampai aku call. Faham?” pesan Alonza. Key,Zeff dan Adelie mengangguk.

####

Aku tersedar... aku mendapati tangan dan kaki aku diikat. Mulutku diikat dengan kain. Bahu sangat sakit. Pedih!

“Alayna... Alayna Clarrise.” Suara itu amat aku kenal. Aku memandang ke arah dia, wajahnya tetap bertopeng.

“Sakit ke bahu tu? Alaa kesian dia. Maaflah kena main kasar. Siapa suruh lari hari itu, kan dah kena.” Rambut direntap kuat.

“Arghh! Sakit... tolong... apa salah saya? Apa yang kamu mahu? Siapa kamu sebenarnya? Kamu Mark Devinson kan! Kan!” dia tergelak lalu dia membuka topengnya. Seorang perempuan. Bukan Mark Devinson.

“Aku bukan Mark Devinson, tetapi anak kesayangan dia.” Dia gelak. “Kau tanya aku, apa aku nak kan? Aku nak ni....” dia menunjuk rantai yang ada di dalam genggaman. Tidak! Itu...itu rantai nenek. “Pulangkan balik! Tolong! Itu nenek saya punya!!!” aku meronta-ronta sehingga aku letih.

“Aik? Dah penat dah? Tak nak ambil rantai ni?.. hei! Kau dengar sini....” sekali lagi dia menarik rambutku lalu pisau diacukan di bawah daguku. Aku menangis teresak-esak. Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam bilik... orang yang sangat aku kenal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience