Adam POV
Psstt... psstt...
Aku tersedar apabila terdengar bunyi sesuatu. Alayna masih lena tidur di dalam dakapanku. Aku memandang ke kanan. Kelihatan sahabat baikku sedang cuba membuka pintu menggunakan kukunya.
"Adam... ni aku. Stephen. Aku dengar kau menyalak." Beritahu Stephen dengan suara berbisik.
Akhirnya pintu bilik itu terbuka, perlahan-lahan Stephen menyelinap masuk ke dalam bilik itu. "Kau tolong angkat Alayna. Dia lemah." Stephen mengangkat tubuh molek Alayna lalu tangan kirinya memapah aku yang cedera teruk.
Aku ternampak pembantu lelaki itu terbaring kaku akibat terkena cakaran Stephen. "Bro... teruk betul luka kau. Kau kena tikam?" Setelah keluar daripada markas tersebut. Stephen memapah aku sehingga ke dalam jipnya. Alayna diletakkan di tempat duduk belakang.
"Aku kena tikam banyak kali dengan pengecut tak guna tu." Aku mengaduh kuat apabila Stephen membersih luka-lukaku.
"Siapa budak perempuan ni? Macam mana dia ada dengan kau?" Stephen mencucikan luka-lukaku yang agak teruk itu. Stephen memang pandai dalam bidang rawatan ni.
"Dia kawan akademi aku. Aku kenal dia dekat situ. Dia pun cedera juga dekat bahagian kepala. Aku tak tahu sama ada dia tengah tidur ataupun pengsan." Aku memandang wajah Alayna yang pucat lesi. Teruk juga keadaannya.
"Dia pengsan." Beritahu Stephen. "Tak apalah. Mari aku bawa kau ke rumah." Aku mengangguk.
___________________________________________________________________________________
Di Rumah Stephen.
Adam POV
"Kau berehatlah dulu. Nanti luka kau akan sembuh tak lama lagi." Beritahu adik Stephen, Stephanie. "Alayna macam mana? Dia dah sedar?" Stephanie menggeleng. "Belum. Keadaan dia masih lemah." Aku mengangguk lemah.
____________________________________________________________________________________
"Arghhh! Saya dekat mana ni... awak siapa? Tolong jangan apa-apakan saya. Saya merayu." Stephen yang sedang mengemas barang-barang rawatan, terkejut mendengar jeritanku. "Eh... jangan takut. Saya... saya sahabat Adam. Saya tolong awak." Kata Stephen sambil memegang bahuku. "Ma...mana Adam?" Stephen menunding jarinya ke arah seorang lelaki yang sedang berehat di atas katil usang. Aku menarik nafas lega. Aku sudah terselamat daripada lelaki yang tidak waras.
"Oi! Bukak pintu ni! Mana kawan-kawan aku!" Pintu rumah Stephen seperti mahu tercabut sahaja, terkocoh-kocoh Stephen membuka pintu. Satu tumbukkan berterbangan pada wajah Stephen. "Alayna!" Jerit Adelie menerpa ke arahku. Aku memeluknya erat.
"Kau buat apa dengan kawan aku? Hah! Kau cari nahas dengan aku?!" Terkebil-kebil wajah Stephen memandang Alonza yang sedang berapi. "Aku...aku cuma..." Alonza memijak kuat kaki Stephen. Stephen berdecit. "Za! Jangan... dia kawan Adam. Dia yang menolong kami." Terus Alonza mengangkat kakinya.
"Mana mamat tak guna tu?" Masalah lagi, kali ini Zeff pergi ke arah Adam lalu mencekik leher Adam. Adam terkujat. Stephanie sudah ketakutan melihat mereka.
"Zeff, jangan. Bukan salah Adam. Dia pun kena sekali macam Alayna." Zeff berdengus.
"Macam mana korang tahu saya ada dekat sini?" tanyaku. "Key dapat petunjuk." beritahu Adelie.
___________________________________________________________________________________
"Aku tak nampak muka laki tak guna tu. Dia pakai topeng. Yang aku pasti dia puak Vampire." Cerita Adam. Zeff menunjukkan muka tidak puas hati. "Apa buktinya?" Zeff merengus. "Dia jilat darah aku." Sindir Adam. "Ooh.. kalau jilat darah je puak Vampire yang disalahkan. Puak WW? Tak makan darah ke?" Zeff membalas sindiran Adam. Mereka sudah merenung sesama sendiri.
"Oh my God. Guys please be mature. Kita ni nak selesaikan masalah, bukan nak tambahkan lagi masalah. Bodoh betul." Bentak Alonza. "Macam nilah, biar Adam dan Alayna balik dulu ke hotel. Aku takut Prof perasan." Aku mengangguk. "Adam, luka kau dah okey ke? Boleh jalan?" Tanya Stephen yang dari tadi mendiamkan diri menyaksikan kami berbincang. "Dah boleh kot. Sikit. Takpelah. Jom." Adam bangun.
_____________________________________________________________________________________
Kami sampai di lobi bangunan hotel. Kelihatan sunyi-sepi sahaja. Tampaknya semua sudah tidur kecuali puak VP. "Jom. Kita naik tangga. Jangan sampai Prof Mark perasan." Kata Key dengan nada berbisik.
Setelah kami selamat masuk ke dalam bilik, aku terus merebahkan diri. Luka dikepalaku masih berdenyut kuat. Fikiranku masih terbayang-bayang, siapakah lelaki itu? Kenapa dia menyeksa aku? Aku KELIRU. Dan akhirnya aku memejamkan mata.
_______________________________________________________________________________________
Di satu tempat berdekatan dengan bangunan hotel yang agak sepi. Tiada tiupan angin. Hanya bunyi cengkerik yang menghidupkan suasana. Seorang lelaki misteri memakai pakaian serba hitam sedang menengking seseorang di dalam talian. "Bodoh! Korang semua memang bodoh! Memang tak boleh harap! Aku suruh kau jaga perempuan tu! Dia je yang boleh aku guna untuk balas dendam. Korang tunggu aku balik nanti! Memang nak kena! Argghhhhh!" Lelaki berpakaian hitam tadi menghempaskan handphone-nya ke atas lantai. Berkecai. Lelaki itu mengamuk sehinggakan pokok yang tidak bersalah ditumbuk beberapa kali. 'Tak mengapa! Hari ni hari kau, Alayna dan Adam. Bila-bila masa akan jadi hari aku pula. Kau takkan terlepas. Takkan.' monolog lelaki itu. Kemudian, dia ketawa jahat.
Share this novel