Bab Lapan – Rahsia I

Other Completed 4267

Sudah tiga bulan aku di Trio Academy. Macam-macam pekara berlaku. Aku sering mengeluarkan kuasaku tanpa sebab sehingga aku tidak dapat mengawalnya lagi. Tepat jam 12 malam aku akan berlari masuk ke hutan dan aku melepaskan kuasaku yang semakin membuak-buak minta dikeluarkan. Fikiran aku semakin kusut. Sejak mimpi itu aku berubah.

“Alayna, kau dah siap barang kau? Kita nak pergi daerah kau ni.” Tegur Alonza yang melihat aku sedang mengelamun jauh. Aku bangun lalu menggalas begku. Bagasi besar tu aku biarkan tinggal di dalam bilik. Kami akan ke sana selama beberapa hari sahaja.

“Siapa pandu kereta?” tanya Key sambil membetulkan kaca mata tebalnya. “Adam drive.” Aku membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam. Aku hanya bisu sepanjang perjalanan. Aku lebih suka melemparkan pandanganku ke luar tingkap kereta. Angin tiup sepoi-sepoi bahasa.

Tidak sampai setengah jam, kami sampai di istana milik daddy. Aku sangat merindui mummy dan daddy. Kelihatan George sudah menunggu kami di depan pintu gerbang istana.

“Daddy, ni kawan-kawan Alayna. Mereka ikut Alayna untuk tinggal disini selama beberapa hari cuti ni.” Daddy memandang satu per satu wajah mereka. Riak muka daddy berubah apabila melihat wajah Key.

“Ni siapa?” tanya daddy. “Ni Key Cortwill. Dia kategori WW. Dia baik sepanjang dengan Alayna berada di akademi ini. Sama seperti mereka semua ni.” Daddy mengangguk perlahan lalu menyuruh aku bersiap kerana sebentar lagi pesta perjumpaan antara saudara akan bermula.

“Alayna!!!” tersentak aku apabila terdengar jeritan sepupu-sepupuku, Will,Kai,Uya dan Tia. Mereka terus memeluk tubuhku erat sehingga aku tak dapat bernafas.

“Ko...korang... aku tak boleh bernafas.” Suara aku tersekat-sekat. Mereka tergelak lalu melepaskan pelukkan. “Ni kawan-kawan dekat akademi aku. Perkenalkan Adelie, dia sepuak dengan kita. Kuasa Api. Ni Adam, Alonza, Key dan Zeff.” Aku mengenalkan mereka dengan sepupu-sepupuku.

“Kita ada sama kuasalah Adelie. Saya Kai.” Kai memeluk tubuh Adelie. Suka sangat dapat berjumpa orang yang mempunyai kuasa sama dengannya.

“Mari kita makan.” Ajak Tia.

Pak...pak... (bunyi tepukan para hadirin)

“Attention to all attendees . I am Deffron George The Prince Of Electric . I would like to invite my sister and my cousins, Alayna, Tiarra, Kaiera, Willma dan Zauya to present their mighty power .” aku naik ke atas pentas bersama mereka. Dan kami terus mempersembahkan kuasa kami.

“The Power Of Water!” kelihatan ombak besar gergasi didalam genggaman Tia. Tia bermain-main dengan ombak gergasi tersebut. Semakin tinggi tangannya dinaikkan semakin tinggi ombak tersebut seperti tsunami. Kemudian pula dia mengepal-gepal tangannya, air melimpah tetapi tidak mengenai lantai. Cantik sahaja air itu melimpah keluar mengikut pergerakan tangannya. Apabila Tia menepuk kedua-dua belah tangannya, air itu hilang.

“The Power Of Frozen!” kedua-dua belah tangan Will beku. Kemudian dia mencairkan ais tersebut. Dia membuat arca Snowman menggunakan kuasa aisnya. Ais itu pula terbentuk seperti sebuah kubu yang kuat. Will melambai-lambai kedepan tangannya, ais tersebut mengeraskan sebuah meja panjang yang terletak di hadapannya. Kemudian Will memecahkan ais tersebut diikuti dengan meja panjang tersebut turut pecah.

Giliran aku pula untuk menghasilkan kuasaku. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian,

“The Power Of Electrie!! STRONG FLASH LIGHT!” Di dalam genggaman tanganku terdapat satu anak panah yang mempunyai arus elektrik yang sangat kuat sehinggakan para hadirin disitu terkejut melihat anak panah tersebut. Aku mencampak anak panah tersebut ke luar dari istana.

BOM!

Meletup! Agak bergegar sedikit dewan istana tersebut. Muka para hadirin sedikit tercengang. Sekali lagi aku mengeluarkan kuasaku tetapi kali ini sehingga badanku turut ber-elektrik. Biji mataku juga bertukar menjadi anak panah ber-elektrik. Aku terapung di udara. Kuasa sudah melebihi daripada kawalanku.

“Arghhhh!” aku menjerit kerana aku sudah tidak dapat mengawal kuasaku yang kini makin menjadi-jadi.

“Alayna!” jerit daddy. Para hadirin disitu semuanya bangun terkejut melihat keadaanku. Daddy mengawal aku menggunakan kuasanya dan kemudian aku terbaring di atas lantai, pandanganku semakin gelap......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience