Akhirnya cuti semester kami sudah pun habis. Kami ke akademi semula dan dikhabarkan oleh Prof Carina tentang malam 17 Julai ini akan diadakan Pesta Malam Muda. Alonza dan Adelie melonjak kegembiraan. Sebenarnya aku tak berapa minat dengan Pesta Malam Muda. Aktiviti itu seperti tiada manfaat bagiku. Tapi apa boleh buat... kenalah aku cari pasangan untuk menari malam itu.
“Yes! Yes! Prof Mark Devinson tak datang. Dia bercuti selama tiga hari.” Aku sangat terkejut sehingga buku yang aku pegang tercampak terkena pada wajah tampan Zeff. “Oi apa ni?” marah Zeff lalu memandang aku dengan biji matanya bertukar berwarna merah.
“Sorry! Zeff, Alayna tak sengaja. Sorry. Sakit ke?” Aku mengusap-usap pipi Zeff. Zeff merengus. Dia tak berani marah kalau aku buat salah. ‘Prof Mark Devinson! Kenapa aku tak teringat tentang dia? Nama dia sama sangat dengan nama uncle Dev. Ahh... tak boleh jadi. Aku kena telefon daddy lepas habis kelas ni.’ Detik hatiku.
Lihat sahaja jam tepat pada angka 2 petang, aku mengemas buku dan alat tulisku dan berlari keluar. Key dan Zeff terkejut melihat tindakanku lalu mereka mengejar aku.
“Ya! Kenapa tak teringat nama Professor kita sendiri.” Key menepuk dahinya. “So what is your plan, Alayna?” tanya Alonza. “Aku kena beritahu daddy. Mesti!” Alonza mengangguk. “So, jomlah apa lagi.” Kata Adelie. Kami terus bergerak untuk ke istana.
#####
“Hah? Nama Professor kamu Mark Devinson?” terkejut daddy apabila aku memberitahunya tentang professor kami. Uncle Dar yang duduk juga terkejut memandang kami. Sejak berjumpa hari itu, daddy mengajak uncle Dar sekeluarga tinggal di istana.“Ya, nama dia Mark Devinson. Dia puak Vampire. Selalu pakai baju serba hitam.” Terang aku.
“Nampaknya kita akan berjumpa dengan Dev tu lagi, si tak guna.” Marah uncle Dar. Daddy terdiam.
“Pernah dia sakiti kamu?” soalan daddy membuatkan aku menaikkan kening kananku. “sakiti Alayna? Maksud daddy?” daddy merenung aku. “Dia pernah kacau ataupun sakiti Alayna? Dia pasti tahu Key dan Alayna adalah anak saudaranya dan dia mesti mahu menghapuskan keturunan kami berdua. Dia memang bencikan daddy dan uncle Dar sejak azali lagi.” Aku memandang Adam. Entah-entah masa yang culik aku dengan Adam tu.....
“Maafkan saya, uncle. Sebenarnya Alayna tak nak uncle risaukan keadaan dia. Tapi saya beritahu ini atas sebab yang tertentu. Keadaan semakin rumit. Saya dan Alayna pernah kena culik dan kami diseksa teruk. Saya ditikamnya di bahu dan peha manakala Alayna dihantuk kepalanya sehingga berdarah dan Alayna ketika itu separuh sedar. Saya yang nampak segala-segalanya. Kemudian kami dikurung di bilik bawah tanah bersama dan disitu juga saya meminta pertolongan daripada puak serigala yang lain. Stephen yang menyelamatkan kami. Sebelum itu, saya tak nampak wajah lelaki yang menyeksa kami. Suaranya serak-serak basah dan memakai topeng berwarna hitam.” Cerita Adam. Aku hanya merenung simen berwarna emas itu. Tiba-tiba daddy terus memeluk aku.
“Alayna!!! Kenapa tak beritahu daddy mengenai hal ini?” aku terdiam, perlahan-lahan air mataku berguguran. Daddy menyelak sedikit rambutku ternampak kesan parut pada dahiku yang selama ini aku tutup menggunakan rambut panjangku. “Alay...na minta maaf, daddy... Alayna tak nak daddy risau. Maafkan Alayna sekali lagi.” Aku membalas pelukkan erat daddy.
“maknanya dia dah mulakan tindakannya satu per satu. Seperti kita dulu, abang.” Kata uncle Dar. Daddy masih memelukku erat. Aku terdengar dia menangis. “daddy, jangan menangis. Alayna ada ni daddy. Alayna tak apa-apa malah Alayna masih tersenyum melihat daddy dan mummy serta abang George.” Aku tidak dapat menahan lagi air mataku daripada terus berjuraian.
“kalau dia bertindak, maknanya kita pun kena bertindak, Dar.” Kata daddy memandang uncle Dar. Uncle Dar mengangguk.
“Key, si tak guna tu pernah kacau kamu?” Key menggelengkan kepalanya. “Tak pernah langsung ayah, sejak Alayna masuk ke akademi itu. Macam-macam yang berlaku.” Daddy termenung jauh seperti memikirkan sesuatu.
“Tak mengapa, Alayna balik ke akademi dulu. Jangan buat orang sekeliling kamu curiga. Buat seperti biasa sahaja. Adam tolong jagakan Alayna, ya.” Adam mengangguk bersungguh-sungguh. Kami pulang ke akademi semula.
“Um... Alayna boleh cakap sekejap?” Adam menarik lembut lenganku. Aku mengetap bibirku.
“Ya, Adam? Cakaplah.” Adam tersenyum ke arahku. Alahai, senyum lagi. Rasa nak pengsan saja kali ni. “Aku..nak ajak kau menari malam sabtu tu. Kau dah ada pasangan ke?” aku tersenyum lalu menggelengkan kepala.
“Tak ada pasangan lagi. Siapalah nak menari dengan saya yang selekeh ni.” Aku merendah diri. Dia ketawa kecil. “Saya nak menari dengan awak yang selekeh ni.” Aku tercengang. Alamak terkena balik. Aku menjeling manja ke arahnya. Tiba-tiba Adam mencium dahiku lalu terus berlari sambil ketawa kecil.
Apa yang berlaku tadi? Dia...dia cium dahi aku? Aku menyentuh dahiku. Ahh sudah... apa yang Adam buat tadi? Aku terus masuk ke dalam bilik. Tersengih-sengih seorang diri.
“Kau dah kenapa, Alayna? Takut pulak aku tengok kau.” Tegur Adelie. Langkahku terhenti lalu memandang Adelie yang sedang duduk di atas sofa. “Tak ada apa-apa. Tiba-tiba aku geli hati.” Tipu aku. Adelie mengangkat kening kirinya.
“Geli hati pasal apa?” tanya Adelie lagi. “Tak ada apalah. Abaikan je. Jom makan. Kau masakkan...” aku membuat muka comel. Adelie menjeling lalu menolak bahuku. “Ingat comel sangatlah tu.” Jeling Adelie. Dia bangun lalu masuk ke dapur.
#####
“Alayna Clarrise, cucu nenek.” Aku menoleh ke arah seorang wanita tua tersenyum ke arahku. “Nenek?” aku tersenyum girang lalu berlari memeluk nenek. Nenek membalas pelukkanku lalu dia mengusap rambut panjangku.
“Kamu hampir berjaya menguasai kuasa nenek. Teruskan sayang. Nenek bangga mempunyai cucu seperti kamu. Sikap kamu sama seperti ayah kamu.” Aku melentukkan kepalaku di atas riba nenek lalu nenek mencium pipiku.
“Nenek... kenapa Uncle Dev jadi jahat?”soalanku membuatkan wajah nenek berubah. Berubah kepada sedih. “Mungkin salah nenek juga.” Nenek memandang wajahku sayu. “Tapi nenek sayang uncle Dev dengan daddy sama adilkan. Daddy selalu cakap, nenek sayang sangat uncle Dev dengan Daddy.” Nenek tersenyum.
“Nenek memang sayang sangat anak-anak nenek. Nenek yang melahirkan mereka. Mungkin Dev salah faham pada nenek dan datuk. Dia sangkakan kami sayangkan Daff. Tapi kami sayang mereka sangat. Kalau tidak sayang kenapa nenek masih menjaga dia. Lagipun dia dilahirkan sebagai Vampire. Separuh daripada datuk kamu. Memang betul kata-kata datuk kamu dahulu semasa nenek melahirkan dia.” Aku memandang nenek dengan penuh tanda tanya.
“Apa datuk kata nenek?” nenek sedikit mengeluh. “Datuk takut anak sulungnya dilahirkan sebagai Vampire dan bukan hibirid. Dan memang betul, nenek lahirkannya ketika waktu malam sama seperti Darrish. Tetapi ketika itu bulan tidak mengambang. Semasa dia bayi sehingga umur tiga tahun,Kami tiada lihat perubahannya untuk menjadi vampire...” percakapan nenek terhenti. Kelihatan air matanya mengalir perlahan jatuh di atas pipinya.
“Semasa nenek lahirkan Daff, ketika itu Dev berusia empat tahun... dia sangat berubah. Dia bertukar menjadi sangat kasar dan ganas. Dia selalu marah nenek dan datuk. Ada sahaja yang dia tidak puas hati sehinggalah semua ini terjadi.” Nenek mengesat perlahan air matanya.
“Cu... nenek nak kamu gunakan kuasa ini sebaik mungkin. Gunakannya untuk kebaikan. Janganlah kamu pernah terpesong ke arah kejahatan.” Aku mengangguk perlahan lalu nenek mengucup lama pipiku dan pandanganku semakin kabur dan kabur....
Share this novel