Aku menggalas begku untuk pergi ke kelas hari ini. Aku pergi ke lockerku. Tiba-tiba ada seorang lelaki dengan berpakaian serba hitam menegurku, "Hey, tumpang tanya. Aku kelas nombor 6. Kau tahu tak dekat mana? Aku sesat." Aku memandang lelaki itu. Wajahnya separuh tertutup dengan jaket yang mempunyai penutup kepala.
"Ya. Oh, kelas nombor 6 sebelah kelas saya sahaja. Marilah." Lelaki tadi diam sahaja sambil mengekori langkahku ke kelas 6. "Ni dia kelas 6." Lelaki tu selamba sahaja membuka kasutnya dan diletakkan diatas rak kemudian dia masuk ke dalam kelas tanpa berkata apa-apa padaku. Aku tercegat seperti tunggul saja. Aku terus masuk ke dalam kelasku.
"Hai budak." Aku memandang Zeff. Sakit pula hati bila dia panggil aku budak. "Eh eh budak ni, buat tak dengar pula." Aku memandangnya. "Awak panggil saya ke? Tak dengar pula nama saya dipanggil." Sengaja aku membarakan hatinya pagi-pagi ni.
"Kau memang selalu buat aku marah." Zeff menyekeh kepalaku dengan kuat. "Hish! Sakitlah!" Aku memukul tangannya dengan kuat. "Aduh! Sakitnya... pukulan kau macam kena elektrik." Aku terkejut. Alamak, terpukul sampai terkeluarkan kuasa pulak.
"Alaa maaf Zeff. Saya tak ada niat nak pukul guna kuasa. Ingatkan nak pukul manja je." Zeff merenungku, matanya bertukar menjadi merah. Nampaknya......
"Ha ha ha! Cuak dah muka bila tengok mata aku tukar merah. Ha ha!" Terbahak-bahak Zeff ketawa.
"Jahatlah Zeff ni." Zeff memujuk aku. "Alo alo... kau nak apa? Aku belanja nanti rehat." Zeff memeluk bahuku.
"Nak SUP DARAH KAW-KAW?" Tanya Zeff. Erk, meremang tekak aku mendengar nama sup tu. "Eee, tak naklah. Mual tahu tak..." aku memegang tekakku. Rasa lain...
"Ha ha... gurau je. Nanti masa rehat. Aku join korang." Aku angguk lalu tersenyum. Zeff ni kata pelajar-pelajar lain dia susah nak berinteraksi dengan pelajar lain. Sejak aku masuk kelas ni sikapnya dah berubah.
Prof.Mark masuk dengan memakai baju kotnya serba hitam. "Good morning. Before we start our lessons, I want to tell you about this. Han, please give this form to your friends." Han memberikan kertas tersebut seorang satu. Aku membaca isi kandungannya.
Trio Lagoon Park
Date - 12 February-16 February {4 Days 3 Nights}
Please bring your stuff and have fun at the Trio Lagoon Park.
"Okay please keep the form and pay your attention to my lessons." Aku melipat borang tersebut lalu aku selitkan dalam buku notaku.
Aku cuba memahami pengajaran Prof.Mark. Aku suka cara pengajarannya. Zeff yang duduk disebelahku asyik mengelamun sahaja.
"I will give you a short test." Zeff yang sedang mengelamun, terkejut apabila Prof.Mark mengatakan ada ujian pendek untuk menguji kefahaman kami.
Prof.Mark mengedarkan kertas ujian kepada kami semua. Masa diberi hanya 20 minit. Aku membaca arahan pada soalan tersebut. Perlahan-lahan aku menjawab.
20 minit kemudian,
"Okay. I will take 10 minutes to mark your paper. Please keep quite and study." Prof Mark memulakan penandaan kertas.
"Aku frust betul dengan soalan Prof.Mark bagi. Sakit otak aku. Argh..." Zeff mengeluh. "Zeff. You have to study. Tu sebab lah susah soalannya." Zeff meletakkan kepalanya di atas meja.
"Okay girls and boys. I will annouce who get the best mark in my short test. Alayna Clarrise and Alonza East. Congratulations." Pelajar-pelajar di dalam kelas itu bertepuk tangan. Aku dan Alonza bangun lalu mengambil kertas ujian kami.
"Ajar aku,sayang." Rayu Zeff. Aku menjeling ke arahnya. Sesuka hati panggil sayang.
Masa rehat diberi selama dua jam. Aku meminta diri ke tandas setelah selesai makan. Aku masuk ke dalam tandas, dari dalam tandas aku terdengar suara seseorang. Garau.
Selesai ke tandas, aku keluar dan pergi ke belakang bangunan tandas. Ternampak lelaki yang menegur aku pagi tadi sedang duduk keseorangan sambil menyanyi.
"Hai." Lelaki itu terkejut lalu menutup walkman-nya. "Apa kau nak?" Tanya laki itu kasar. Aku tergamam. "Maaf buat awak terkejut. Sa... saya pergi dulu." Aku memusing tubuhku ke depan dan aku terlanggar tubuh seseorang. Aku jatuh terjelepok di atas tanah.
"Semalam bukan main kau renjat aku pakai kuasa elektrik kau, ya. Sekarang biar aku gigit sampai kau mati kekeringan darah." Lelaki itu menjelir lidahnya ke arah aku. Aku ketakutan. Aku ternampak tag nama pada baju lelaki itu, Vixx.
Aku cuba bangun tetapi ditolak kuat oleh Vixx. Vixx ketawa kuat. Dia menarik perlahan kakiku. Kemudian dia memegang butang bajuku. Dia membuka butang tersebut satu per satu. Aku sangat takut sehingga aku tak mampu nak mengeluarkan kuasaku dan berlawan dengannya.
Butang bajuku dibuka sehingga habis. Mujur aku memakai t-shirt di dalam. Vixx mengigit lenganku. Baru sahaja dia mahu menekankan gigitannya. Ada seekor serigala menolaknya sehingga terguling-guling ke batang pokok.
Aku menangis. Aku takut. Serigala itu mendekatiku lalu dia menyuruh aku bangun.
"Te...terima kasih. Sebab tolong saya." Serigala itu bertukar menjadi manusia. Terkejut aku melihat wajah serigala tadi. Lelaki tadi.
"Kau okey? Lengan kau ada bekas gigitan dia. Sakit tak?" Aku terkaku apabila dia memegang lenganku.
"Sa...saya okey. Sikit je. Tak sakit sangat." Lelaki itu merenung mataku lama. "Maaf aku terkasar dekat kau tadi. Nama aku Adam. Adam Caville. Kau?" Terpikat aku bila dengar namanya, Adam Caville.
"Nama saya Alayna. Alayna Clarrise." Jawab aku sambil tersenyum.
"Alayna... Alayna..." panggil Key. "Awak pergi mana? Risau saya." Key memegang tanganku. Aku tersentak. Zeff berdiri di belakang Key.
"Sa...saya pergi tandas." Jawabku. "Alayna kau terus terang dengan aku. Vampire mana yang gigit kau." Zeff memegang lenganku yang mempunyai bekas gigitan.
"Tu... dia pengsan. Aku tolak dia." Selamba sahaja Adam beritahu.
"Jom kita pergi bilik rawatan." Key menarik tanganku. Aku memandang Adam. Adam mengangguk.
Zeff dan Key menemani aku ke bilik rawatan. Zeff yang menyapukan antiseptik pada gigitan tu lalu membalut lenganku. Kemas sahaja balutannya.
"Thanks Zeff and Key." Aku senyum. "Lepas ni kalau nak pergi mana-mana. Beritahu Key." Pesan Key. "Beritahu aku jugak." Zeff menjeling ke arah Key. Wah! Terharu betul ada orang sudi jadi bodyguard tak bergaji. Hehe. Untunglah badan... dalam mindaku masih terbayang-bayang wajah tampan Adam.
Share this novel