Bab Empat Belas – Peperangan I

Other Completed 4267

“Kita dah cari dia satu akademi ni! Aku call uncle Daffon dia kata Alayna tak ada balik rumah pun. Aku dah agak Alayna kena culik!” Alonza menumbuk dinding biliknya itu.

“Tak boleh jadi. Kita kena bertindak! Jom pergi jumpa Uncle Daffon dan Uncle Darrish.” Mereka terus bergerak dengan menaiki kereta.

####

“APA! ALAYNA HILANG!” jerit Daffon. Alaira berada disebelah cuba menenangkannya.

“Maafkan saya uncle. Saya tak dapat jaga Alayna dengan baik.” Adam mohon maaf kepada Daffon.

“Ini bukan salah sesiapa Adam. Dev memang sistematik orangnya. Dia akan aturkan strategi itu dengan begitu cantik sekali.” Kata Dar.

“Sekarang kita kena kumpulkan semua puak yang ingin menolong kita kecuali puak Vampire.” Suruh Daff. Zeff terdiam.

“Kamu boleh ikut Zeff jangan risau. Uncle tak marahkan kamu.” Kata Daff sambil menepuk bahu Zeff.

“Gerak sekarang. Werewolf mari!” Dar mengajak puaknya pergi meminta pertolongan.

“Sayang, panggil semua saudara-mara awak. Cakap pada mereka Alayna hilang dan kita perlu pertolongan mereka.” Alaira mengangguk. “Mana George?” Alaira terdiam. “Saya tak nampak dia dari pagi tadi.” Riak wajah Daff berubah.

####

“Abang! Kenapa buat Alayna macam ni? Alayna sayangkan abang!” George gelak. “Kau sayang aku tapi aku tak sayang kau...” kata George keras.

“Sampai hati abang! Alayna...” aku tak dapat nak menghabiskan percakapanku kerana hatiku sangat luluh. Itu kelemahanku sekiranya aku sangat sedih aku akan menjadi lemah.

Satu bunyi tepukan membuat suasana bilik tersebut menjadi bergema-gema. “Bagus... Deffron George dan anak kesayangan ayah, Qasha Deanne.” Dev memeluk bahu George dan Qasha.

“Sekarang tolong kurung dia dalam bilik yang kita dah siapkan haritu. Nampaknya Mark Daffon dan Mark Darrish sedang bekerja keras mengumpulkan semua puaknya untuk menyerang kita. Dan lagi satu George! Jangan lupa simbah air pada Alayna buatkan dia jadi semakin lemah.” George membuat thumbs up.

“Anak ayah, jangan pakai rantai tu dulu sebab kamu belum layak lagi, malam nanti baru kamu pakai.” Qasha mengangguk. Dev mendekati aku yang sedang menangis teresak-esak.

“Aww.. jangan menangis sangat. Sedih ya abang tersayang mengkhianati kamu sekeluarga. Tak usah sedih Alayna Clarrise.” Dev mencengkam daguku dengan kuat.

Aku diheret oleh George masuk ke dalam bilik. Aku tidak melawan kerana aku sudah lemah. Ditambah lagi Qasha menyimbah aku air sebanyak tiga tong air membuat badanku sangat sakit. Urat-uratku seperti mahu putus. Tangan dan kakiku mula mengejang dengan kuat. Aku hanya mampu menangis. Aku tidak dapat bertahan lagi, ‘Maafkan Alayna, daddy mummy... Alayna tak dapat nak bertahan lagi. Sakit sangat daddy... sakittt....’ aku memejamkan mataku.

“Betina tu dah lemah. Bagus! Lembik juga adik kau ni. Menangis je yang dia mampu buat.” Gelak Qasha.

“Hei perempuan, dia bukan adik aku lagi. Aku tak ada adiklah.” George mendengus. Qasha menjeling.

####

“Kami puak serigala sedia membantu kau, King Daffon.” Kata salah satu dari puak serigala. Daffon mengangguk. “Terima kasih. Kita kena serang mereka pada malam ini.” Mereka yang sudi menolong Daff mengangguk faham.

“Mari kita gerak sekarang.” Mereka semua bergerak menuju ke markas Mark Devinson.

Daff dan Dar mengetuai serangan ini. Misi Dar mahu membunuh Dev supaya empayar mereka ini semakin maju dan tiada perperangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience