Uwekk... uwekk...
"Oh my little joyful. Alayna Clarrise. The Princess Of Electrie." Bayi perempuan yang masih merah kulitnya digendong oleh bapanya, King Daffon, The King Of Electrie. Daffon memandang isterinya Queen Alaira yang sedang terbaring kerana kepenatan selepas bersalinkan Alayna. Alaira hanya tersenyum lemah ke arah suaminya.
Alayna Clarrise atau nama penuh Alayna Clarrise Electrie. Dilahirkan pada 31 Mac. Ibu dan bapanya seorang raja berketurunan Elektrik. Puak ni terbahagi kepada lima , Air, Api, Panah Petir, Elektrik dan Salji Frozen. Semuanya satu keluarga yang besar. Alayna mempunyai seorang abang, Deffron George. Hidup Alayna sangat bahagia sehingga dia mendapat satu khabar yang sangat dia tidak suka.
19 years later...
"I don't want to go that academy. Please Mum. Dad. Don't force me." Alaira dan Daffon mengeluh apabila anaknya membantah perancangan mereka. Mereka mahu anak perempuannya merasakan sesuatu yang berfaedah apabila masuk ke dalam akademi itu.
"Please dear. You need to go there. For your own good. You will have new things there. I really love you." Pujuk Alaira. Aku diam. Pujukan mummy sangat menyentuh hatinya. Perlahan-lahan aku mengangguk.
"I love you too.." Alaira dan Daffon lega. Aku naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam bilik. Mengemas apa yang patut. George masuk ke dalam bilikku.
"You look sad, sis. Why? About the academy?" Aku mengangguk lalu memandangnya. George memeluk bahuku.
"Relax sis. I already been there. For years then I moved to the new academy because of my achievement. So, you going to do the best things too. Like your big handsome brother." aku tergelak. Sempat lagi George memuji dirinya sendiri. Dia memberi aku seutas rantai yang mempunyai berhuruf "A" dan logo elektrik.
"Wears this necklace. It will always make you feel safety. It is from grandma." Aku mengalung rantai itu pada leherku. Pabila aku mengalung rantai itu, ia bercahaya seperti baru jumpa dengan tuan baru.
George menolong aku mengemas barang dan pakaian. Esok aku akan berangkat ke Trio Academy. Pengasasnya adalah tiga puak zaman dulu iaitu puak Vamp, puak Wolf dan puak Magic. Mereka dahulu inginkan kedamaian diantara tiga puak. Tetapi sekarang semuanya mungkin berubah.
Selesai mengemas, aku rebah di atas tilam empukku lalu bermain dengan kuasaku. Aku berkuasa elektrik yang boleh merenjat, membunuh dan banyak lagi. Aku fikir siapalah yang akan aku berkawan di akademi itu nanti. Wolf kah? Vamp? Atau setaraf dengan aku? Aku tak biasa keluar dari istana. Selalunya aku bermain di dalam kawasan istana bersama sepupu-sepupuku yang lain.
Tok, tok, tok...
"Alayna... we're coming." Wi, Kai dan Uya masuk ke dalam bilikku. Mereka mengucapkan kata semangat kepadaku. Wi atau namanya Willma seorang Puteri Berkuasa Salji. Kai, Kaiera seorang Puteri Berkuasa Api dan Uya atau Zauya Puteri Berkuasa Panah Petir. Dan seorang lagi sepatutnya ada tetapi dia tidak dapat hadir kerana ada kelas latihan. Namanya Tiarra, Puteri Berkuasa Air.
"Rajin-rajinlah telefon kitaorang. Jangan lupakan kitaorang tau, Alay." Aku angguk lalu memeluk mereka. Mereka adalah sepupuku juga turut kawan baikku dari kecil lagi. Kami sangat rapat.
Malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena. Asyik memikirkan tentang hari esok. Apalah yang akan terjadi esok?
Share this novel