Bab Dua - Pergelutan

Other Completed 4267

Petang itu, Alonza dan Adelie membawa aku ke bilik mereka. Sekejap lagi George akan menghantar bagasi pakaianku. "Ni katil kau. Welcome to our room." Alonza memeluk bahuku. "Alayna awak suka main lompat-lompat atas katil tak?" Tergelak aku melihat Adelie terlompat-lompat atas katil. "Kau ni Adelie macam budak-budak lah. Cuba jadi matang sikit." Adelie memuncungkan mulutnya.

Tok...tok...tok..

"Alayna, Its me George." Aku berlari lalu membuka kunci pintu. Terpacul wajah George di hadapan pintu bilik aku. "Yes my brother. Come in." Aku menarik tangan George kemudian aku menarik bagasiku lalu membawanya masuk ke bilik.

"Alonza, Adelie this is my elder brother. Deffron George. Just call him George." Adelie tersipu-sipu malu memandang George. Alonza pula hanya hand-shake dengan George. Aku menyediakan makan malam. George turut makan malam bersama kami.

Handphoneku menjerit-jerit minta diangkat. 'Siapa pula malam-malam call aku.' detik hatiku. Aku menjawab panggilan tersebut, kedengaran suara lelaki dalam talian tersebut... "Hai Alayna. This is me, Key!" Hampir nak terpelanting handphoneku akibat terkejut mendengar suara Key yang begitu kuat sekali. "Eh, Hai Key. Terperanjat saya. Kenapa call ya?" Tergagap-gagap suaraku kerana terkejut. Key ketawa. "Saya nak ajak awak ni. Pergi belakang bangunan bilik awak tu. Kita makan marshmallow bersama. Bawa Alonza dan Adelie." Aku mengiyakan lalu mematikan talian.

Baru sahaja aku ingin memanggil Alonza dan Adelie, mereka keluar dari bilik dengan berpakaian seperti mahu keluar. "Haa, tunggu apa lagi? Siaplah cepat. Tak sabar nak melahap marshmallow ni." kata Alonza sambil mengusap-usap perutnya yang kempis itu. Adelie pula memang aktif orangnya, dari tadi terlompat-lompat kegirangan.

"Oh ya, baiklah. Sebentar." Aku masuk ke dalam bilikku, aku menyarung jaket jeans dan memakai topi. "Dah siap?" aku mengangguk. Kami turun ke bawah dan pergi ke belakang bangunan. Kelihatan Key dan rakan-rakannya sedang meletakkan kayu-kayu api. "Alonza, Adelie, Alayna. Come on." Ajak Key. Aku duduk disebelah Alonza di atas kayu balak. "Nah, Alayna." Key memberi aku marshmallow yang sudah siap dibakar. "Terima kasih." Key angguk. Aku menyuap marshmallow ke dalam mulutku. Cair di dalam mulut. Sedap sangat!

Sambil-sambil makan marshmallow, aku berborak-borak dengan mereka. Tiba-tiba......

"Woi... buat apa ni?" Tanya seorang pelajar lelaki yang memakai baju seakan-akan pengawas. Lelaki itu mendekati Key lalu menarik kolar baju Key seperti mahu mencari gaduh.

"Bukan main happy kau, ya. Siap buat makan-makan dekat sini." kata lelaki itu. Dia menolak Key sehingga Key terjatuh ke dalam lumpur yang berada dekat-dekat situ. Dico, Cop dan Eddy sudah bertukar menjadi serigala jadian. Ini kali pertama aku lihat depan mata aku sendiri mereka bertukar. Lelaki itu pula marah sehingga menampakkan gigi taringnya yang tajam.

"Hei! Kitaorang tak usik pun korang semua ni. Kau pahal? Hah? Nak cari gaduh... apa yang kau tak puas hati dengan si Key tu?" Alonza mendekati lelaki itu lalu menunding-nunding jari pada dada lelaki itu. Dada lelaki itu kelihatan naik turun naik dengan laju. Pergelutan berlaku apabila lelaki tadi tu menolak Alonza kebelakang.

Key hanya duduk diam. Aku memandang Adelie. "Patut ke kita gunakan kuasa kita? Mereka dah terlebih tu." Adelie mengangguk. Kelihatan Dico dan Cop mencakar belakang badan kawan-kawan lelaki itu, manakala lelaki itu mengigit lengan Alonza dengan gigi taringnya yang tajam itu.

Tiba-tiba, Adelie membuat bulatan api disekeliling lelaki itu dan rakan-rakannya. Aku pula merenjat tapak kaki mereka untuk memberi amaran kepada mereka. Kuasaku sudah menguasai tubuhku. Badan aku penuh dengan elektrik, inilah padahnya bila aku mengeluarkan kuasa.

Lelaki dan rakan-rakannya minta dilepaskan kerana mereka sudah kepanasan dan kesakitan. Adelie memadamkan bulatan api dan aku menghilangkan renjatan itu. "Pergi sekarang!" Marah Alonza. Lelaki itu berlari bersama kawan-kawannya. Aku pergi mendapatkan Alonza. "Za, lengan awak. Berdarah." Alonza melihat lengannya. "Biarlah. Nanti baik. Tu budak tak guna tu gigit lengan aku ni." aku mengangguk lalu memandang Key. Habis muka dan pakaian Key dibasahi dengan lumpur.

"Key, awak okey?" Matanya berwarna hijau. Setahu aku matanya berwarna coklat. Dia memandang aku. "Saya okey." Matanya bertukar pada warna asal. "Mari kita balik. Awak perlu tukar pakaian awak." Key mengangguk. Kami semua pulang ke bilik masing-masing.

Di dalam bilik, sunyi-sepi. Alonza dan Adelie sudah pun melelapkan mata. Aku tidak dapat memejamkan mataku. Masih teringat kejadian tadi. Kenapa Key tak bertukar menjadi serigala seperti Eddy, Cop dan Dico? Dia hanya duduk diam semasa pergelutan tadi. Key kata dia dalam kategori WW. Hm, pelik pula. Aku memusingkan tubuhku ke kanan lalu memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience