Bab Tujuh Belas - Kesedihan

Other Completed 4267

Sudah tiga hari kejadian itu berlaku dan sudah tiga hari juga pemergian Zeff. Kenanganku bersamanya masih terpahat di minda. Masih jelas. Masih terngiang-ngiang mengingat kata-katanya.

FLASHBACK

Seusai kami berjalan-jalan mengelilingi taman bunga itu, Zeff menghentikan langkahnya lalu menarik tanganku masuk ke dalam genggamannya. Erat sekali. Dia merenung mataku lama.

“Alayna... aku tahu kau sukakan Adam. Aku nak kau beri aku peluang untuk luahkan perasaan aku ini walaupun ia tak berbalas. Aku ada perasaan cinta terhadap kau sejak kita jumpa. Sejak kita mula rapat dan selalu bergurau senda. Aku tak kisah, aku tahu kau hanya anggap aku Sahabat Tersayang kau buat selamanya. Aku harap kau dengan Adam akan sentiasa bahagia bersama seperti kita sekarang ni. Boleh? Aku nak sentiasa tengok kau bahagia. Always. Can you promise me?” aku terpempan. Terkaku. Terkedu. Semualah! Kenapa ayat-ayat Zeff seperti mahu pergi jauh. Siap kena berjanji dengannya.

Zeff terus menarikku masuk ke dalam pangkuannya. Dia mendakap aku dengan erat sekali. Tiba-tiba air mataku mengalir deras. Aku membalas pelukkan Zeff. Mulutku tidak boleh mengeluarkan satu huruf pun.

“Shh.. janganlah menangis. Aku terbuat ayat sedih ke? Tak sangka pulak aku. Dah lah. Cengeng betul lah kau. Aku sekeh kang.” Zeff menyekeh kepalaku dengan kuat, tetapi aku tidak membalasnya sebaliknya aku tersengih manja.

“Macamlah comel sangat kalau tersengih macam tu. Hiyaa.”Zeff mengangkat aku dengan bridal style. Aku menjerit kecil. Zeff tergelak melihat wajahku yang terkejut apabila diangkat olehnya.

Satu hari itu kami meluangkan masa bersama sebelum aku kena berjumpa dengan Prof Mark. Dia belanja aku macam-macam. Pakaian. Makanan. Asessori. Banyak lagi.

[Buka muzik video di atas – Najwa Latif I Love You]

REALITY

Aku memandang keluar jendala. Aku imbaukan semula semua kenangan manis aku bersama Zeff. Di kelas. Di kafeteria. Ketika bergurau-senda dan kali terakhir di taman bunga. Teringat juga kali terakhir dia menghalang aku daripada terkena kuasa Dev hasilkan.

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu

I'm sorry but I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you

[Dengar sehingga habis muzik videonya]

####

“Alayna... Adam tunggu Alayna dibawah. Mari sayang.” Aku mengesat air mataku yang sudah membasahi wajahku. Mataku kelihatan sembab. Aku banyak menangis dan mengurungkan diri dalam bilik sejak kejadian 3 hari lalu.

Lemah kakiku berjalan menuruni anak tangga satu demi satu. Kelihatan di ruang tamu, Adam, Alonza, Stephen, Key dan Adelie duduk di atas sofa. Adelie dan Alonza terus memeluk aku apabila aku terpacak berdiri di hadapan mereka.

“Aku rindu giler dekat kau walaupun tiga hari kita tak jumpa. Kau asyik berkurung dalam bilik.” Aku tersenyum lemah.

“Bila Alayna nak balik ke rumah kecil kita tu?” tanya Adelie sambil memuncungkan mulutnya. “Esok okey? Nanti aku kemaskan barang.” Adelie bersorak.

“Nah, untuk kau. Adam belikan.” Aku memandang ke arah Adam. Adam hanya tersenyum manis. Aku melihat isi di dalam beg kertas itu. Sepasang gaun berwarna violet.

Aku terkedu melihat gaun violet itu. “Gaun itu untuk malam ni.” Ya. Aku lupa hari ini sudah 17 Julai, malam Pesta Malam Muda akan berlangsung di Trio Academy.

“Terima kasih Adam.” Adam mengangguk tersenyum.

“Kitaorang nak bersiap juga untuk malam ini. Aku, Key dengan Adelie nak balik dulu. Nanti kita jumpa dengan Pesta Malam Muda okey.” Adelie mengenyit mata ke arahku.

“Alayna, nanti saya jemput awak jam 7 malam ya.” Aku mengangguk perlahan. Adam dan Stephen bangun lalu balik ke rumah mereka.

Tiba-tiba mindaku teringat kata-kata Zeff,

“Dah siap... balut. Okey? Selesa tak?” Zeff mengangguk. “Alayna... Pesta Malam Muda kau sudah ada pasangan untuk menari?” alamak... apa aku nak jawab? Adam dah ajak aku jadi pasangannya. Kasihan pula Zeff. Aku terpaksa....

“Umm... maaf ya, Zeff. Adam dah ajak Alayna hari itu.” wajah Zeff kekal dengan senyumannya. “It’s okay. I understand.” Aku tersenyum lega. “Jom...” aku memandang Zeff. “Nak kemana?” Zeff tidak menjawab soalanku malah terus menarik lenganku keluar dari bilik rawatan.

Aku kembali kepada realiti. Air mataku mengalir lagi. Aku terasa sangat sedih kerana menolak Zeff untuk menjadi pasangan tariku. Dan aku tahu Zeff mesti kecewa apabila aku memberi jawapan itu. aku menaiki anak tangga satu per satu.

Setelah selesai membersihkan diri, aku menyarung gaun violet itu pada tubuhku. Sesuai. Pandai Adam memilih warna, violet warna kegemaranku. Aku memandang jam yang tergantung pada dinding, 6:30 petang. Tanpa berlengah aku mendandan rambutku lalu aku bersolek bagi menghilangkan sembab pada wajah.

Aku menunggu Adam di taman istana berhadapan dengan pintu masuk. Lagi 5 minit Adam akan sampai mengambilku.

Pin...pin...

Aku bangun lalu masuk ke dalam badan kereta milik Adam. Lama Adam merenung aku dari atas sehingga kebawah. “Adam?” Adam terkejut dengan panggilanku. “Sorry dear. You look so gorgeus.” Aku senyum manis. Adam terus pecut pergi ke Trio Academy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience