Bab Enam Belas – Peperangan III

Other Completed 4267

Aku ternampak keadaan menjadi sangat huru-hara, kelihatan daddy sedang berlawan dengan Vamp yang mahu menghisap darahnya. Aku sangat marah lalu membaling kuasa arus elektrikku yang tahap PALING TINGGI ke arah Vamp itu. Vamp itu mati kekejangan. Aku mendekati daddy lalu memeluknya.

“Oh Alayna... anak daddy selamat. Badan dan mata kamu sangat lain, sayang.” Aku tersenyum lalu mencium lembut pipi daddy. Aku mengapungkan diri semula dan melihat Dev sedang memandang aku sinis.

“MARK DEVINSON!!!” Suara aku yang sangat kuat sehingga bergema satu empayar itu membuat keadaan yang huru-hara tadi menjadi senyap-sunyi.

“HENTIKAN SEMUA INI!” suruh aku. Dev ketawa.

“Tak semudah itu Alayna.” Kata Dev dengan angkuh.

“AKU TAHU! PUNCA PEPERANGAN BERLAKU SEJAK DAHULU ADALAH PUAK VAMPIRE! PUAK VAMPIRE YANG KONONNYA DIANGGAP MULIA DAN BAIK DI MATA PUAK LAIN! PUAK WEREWOLF YANG DIANGGAP KEJI! MAKAN ORANG! PADAHAL PUAK VAMPIRE YANG MELAKUKAN SEMUA INI!” riak wajah Dev berubah, sangat berubah. Kelihatan Qasha yang sudah melecur pada wajahnya memberi seutas rantai kepada Dev.

“Papa, pakai rantai ini. Lawan dengan betina itu. Rantai ini kuasa dia kuat, pa..” tanpa banyak soal Dev terus menggalung rantai tersebut pada lehernya. Terus dia mendapat kuasa MAGIC POWERS milik nenekku.

Aku tersenyum memandang Dev. Dev cuba mengapung dirinya ke udara. Terus dia membaling kuasa elektriknya bertubi-tubi ke arah aku namun tiada apa-apa yang terjadi pada diriku.

“Semakin banyak kuasa elektrik kau baling kepada aku, semakin kuat kuasa aku, Dev.” Sengaja aku menekankan nama panggilannya. Dev memandang aku dengan perasaan sangat marah. Dia membuat bulatan air yang sangat besar dan besar lalu menembak ke arah aku.

“Alayna!!!” jerit Adam dan Daddy serentak.

Tembakan bulatan air itu terhenti tepat pada wajahku lalu dia melimpah jatuh ke bawah. Air itu tidak kena langsung pada tubuhku.

“Apa yang telah terjadi?” tanya Dev kepada aku. Mukanya kelihatan tercengang.

“Tak tahu. Mungkin Alayna Wrathson melindungi aku daripada kejahatan kau yang keji.” Sebenarnya aku sudah dapat mengawal semua kuasa dalam satu badan. Kini, aku mempunyai kuasa seperti nenek walaupun tanpa seutas rantai itu.

“Jangan pernah kau sebut nama itu dihadapan aku! Aku benci!” Dev menengking aku.

“Siapa yang lahirkan kau dekat dunia kalau bukan wanita itu! kenapa dia sentiasa jaga kau walaupun kau kata dia sering meminggirkan kau. Sebab dia sayangkan kau! Sayang macam mana dia sayang daddy aku dan uncle Dar! Kau yang ego! Kau yang nak rebut kuasa empayar ini! Kau yang bongkak mahu hidup sendiri di empayar ini bersama puak kau sendiri saja! Kau memang tak patut dilahirkan!” aku sangat marah, pelbagai kuasa aku keluarkan bertubi-tubi sehingga Dev tidak dapat berlawan lagi. Dia terjatuh tersembam di atas tanah.

Aku menjejak kakiku di atas tanah lalu aku merentap rantai nenek yang ada pada lehernya. Kakiku menekan kuat pada pahanya, dia berdecit kuat.

“Sakit ke? Aku ingat kau tak tahu apa itu erti sakit. Sakit lagi nenek kerana kau bunuh dia! Kau bunuh datuk! Kau memang anak yang tak pernah sayang pada ibu dan ayah kau!”aku mencengkam dagunya kuat. Arus elektrik sederhana masuk ke dalamnya melalui cengkamanku.

“Lepaskan aku! Kau patut mati. Aku memang patut bunuh Daff dan Dar malam tu!!!” dalam keadaan sakit masih boleh melawan si Dev ini. Tiba-tiba Dev menghantuk kepalanya ke kepalaku, aku terjatuh. Dev terus menggigit lenganku dengan kuat, aku cuba menahan sakit.

Aku menguatkan badanku lalu kuasa Aisku terkeluar membuat gigitan Dev terganggu. “Arghhh...” Dev memegang giginya, terasa sejuk beku bak di planet Pluto.

“Sha lari! Lari dari sini! Bersembunyi!” tiba-tiba Dev menjerit. Sha cepat-cepat lari dari situ. Tidak sempat aku mahu membaling kuasa Api ke arah Qasha. Dev sekali lagi menggigit lenganku. Aku tidak menahan lagi rasa sakitnya.

Aku terjatuh apabila seekor serigala menerpa ke arah Dev. Aku meraba-raba leherku, rantai! Rantai nenek ada padanya. “Awoo!” serigala itu menyalak apabila Dev membaling api ke arahnya. Serigala itu bertukar semula menjadi tubuh manusia kerana dia sudah cedera. Adam!

“Adam!” aku menjerit. Dev ketawa kuat.

Entah kenapa badanku tidak boleh mengeluarkan kuasa. Dev sudah membuat bulatan api yang besar dan membaling ke arahku. Aku tidak dapat menghasilkan apa-apa kuasa ketika itu, aku mampu memejamkan mata sahaja dan...

“Zeff!!!!” aku membuka mataku kelihatan Zeff menghalang aku daripada terkena bulatan api itu. Seluruh badan Zeff habis melecur. Aku terus memangku Zeff, perlahan-lahan tangan Zeff mengusap lembut pipiku. Dia tersenyum bahagia.

“Zeff tahan Zeff... nanti kita pergi hospital.” Zeff menggeleng perlahan. “Jan...ji dengan...Zeff... jangan...lupa...kan...Zeff.” aku mencium lembut pipi Zeff. Zeff tersenyum buat kali terakhir lalu dia menghembuskan nafasnya.

“ZEFF!!!!! JANGAN PERGIII!!!” aku bangun perlahan-lahan. Emosi aku sekarang SANGAT marah. Dev tersenyum sinis melihatku.

Aku terapung ke udara lalu aku menghalakan tanganku ke atas. Terpancar kuasa elektrikku digabungkan dengan kuasa panah petir. Langit yang tadi gelap sahaja, diterangi dengan panah petir yang berdentam-dentum hasil daripada kuasaku.

“SEMUA PERGI LINDUNGI DIRI! MUNGKIN KUASA AKU AKAN MENCEDERAKAN KAMU SEMUA.” Aku memberi amaran kepada orang yang berada di bawahku. Semua berlari menyelamatkan diri. Sekarang aku akan berdepan dengan Mark Devinson. Dev melihatku lalu dia mengapungkan dirinya.

“Alayna! Anak daddy! Jangan!!! Sekiranya kamu banyak keluarkan kuasa seperti itu, kamu akan mati sayang!” kedengaran suara daddy seperti menangis melihatku di atas.

“Tak apa daddy. Alayna tak apa-apa. Alayna nak berjuang untuk Zeff. Alayna okey sahaja. Daddy pergi berlindung sekarang.” Perlahan sahaja daddy mengundurkan langkahnya.

Dev menyerang aku tanpa sebarang persediaan. Bertubi-tubi dia membuat tembakan kuasa air kepadaku. Aku memberi dia peluang untuk menyerangku. Aku sedang mengumpulkan kuasaku sebelum aku memusnahkannya di tanganku sendiri.

“Mummy? Bukan! Kau kenapa ada disini! Aku sudah bunuh kau!!” aku terkejut Dev berkata begitu padaku. Aku menoleh ke kiri dan kanan, tiada sesiapa selain kami di udara ini.

“Aku BUNUH kau!” Dev memberi satu tembakan API LAVA ke araku, aku berundur ke belakang. Riak wajah Dev semakin ketakutan. Apa yang sedang dia lihat sekarang ini? Mungkin nenek sedang berdepan dengannya? Aku tidak dapat melihat apa-apa.

“Kau patut MATI! MATI bersama lelaki kau! Anak-anak kau!” aku terkejut. Aku mengangkat kedua-dua tanganku lalu menghasilkan sinaran radioaktif bergabung dengan kuasa elektrikku. Aku tidak tahu dari mana datangnya kuasa itu.

Sambil memejamkan mata, aku menembak Dev menggunakan kuasa yang aku hasilkan tadi. Dev tidak dapat menahannya lagi dan...

BOMM!!

Dev hilang dari pandanganku, perlahan-lahan aku menjejaki kakiku di atas tanah. Aku terduduk lalu aku pengsan.

####

Sinaran cahaya yang sangat terang itu membuatkan aku terbangun, pandanganku yang kabur itu semakin lama semakin jelas. Kelihatan seseorang bertubuh tegap memakai baju serba putih sedang duduk di atas bangku. Bentuk badannya seperti Zeff. Aku terus bangun lalu pergi ke arahnya.

“Zeff...” dia berpaling mukanya ke arahku. Ya memang Zeff! Aku terus memeluknya. Zeff membalas pelukkanku sambil mengusap rambutku.

“Zeff.. jangan tinggalkan Alayna. Siapa lagi Alayna nak ajak bergurau?” kedengaran Zeff ketawa kecil. Aku memandangnya.

“Adam kan ada. Dia akan temankan sepanjang hidup kau nanti. Aku hanya memerhatikan kau daripada sini sahaja. Sekali-sekala aku akan datang di dalam mimpi kau.” Aku mengalirkan air mataku apabila melihat wajah Zeff yang pucat itu.

“Tapi... lain... kita selalu bersama. Dalam kelas. Bergurau senda. Alayna tak boleh....” aku menyandarkan wajahku pada dadanya.

“Alayna sentiasa boleh. Aku dah tak boleh hidup di dunia sana bersama kau. Aku dah ditarik masuk ke sini bersama dia.” Zeff menunjuk ke arah seseorang.

Nenek!!

“Nenek! Nenek ada disini!” aku terus menerpa masuk ke dalam pelukkannya. “Alayna jangan sedih. Zeff akan bersama nenek. Dia akan temankan nenek dan datuk.”aku memandang seseorang yang berada disebelah nenek.

“Datuk ke?” aku bertanya kepada seseorang itu. dia tersenyum lalu mengangguk.

“Ya, ini datuk. Alayna cucu datuk. Anak Daffon ya.” Kata datuk. Aku mengangguk lalu memeluknya. Zeff dan nenek mendekati kami lalu kami berpelukan bersama. Erat terasa pada tubuhku pelukan mereka.

“Alayna... kami tak boleh lama. Kami kena pergi. Kesian daddy kau dah tunggu tu.” Aku memandang Zeff sayu. Aku terpaksa pergi. Zeff mencium pipiku diikuti nenek dan datuk.

####

“Alayna... bangun. Sayang...anak daddy bangun...” aku terdengar esakan daddy. Aku mencelikkan mataku.

“Alayna!” daddy mendakapku di dalam pangkuannya. Mummy juga memelukku.

“Daddy... mummy Zeff mana?” soalan aku membuatkan mummy dan daddy berwajah sayu.

“Dia...dia dah mati, Alayna.” Aku terus menangis lalu berlari mendapatkan tubuh Zeff yang sudah kesejukkan itu. Aku membuka gelang yang ada pada pergelangan Zeff. Gelang itu aku beri sempena sahabat tersayang.

FLASHBACK

“Terima kasih Zeff! Alayna terharu sangat. Terima kasih sebab jadi sahabat Alayna yang terbaik!” aku mengesat air mataku.

“You always be my friend. Best Love Friend ever.” Kata Zeff. Aku mengeluarkan sebentuk gelang yang aku buat khas untuknya sempena buat sahabat tersayang aku yang tak pernah ada. Aku rasa bertuah dapat berkawan dengannya.

“Nah, Alayna ada hadiah special edition untuk Zeff. Zeff pakai tau.” Zeff terus mengambil gelang itu lalu memakai dipergelangannya.

“Beautiful!” setelah itu, kami berjalan-jalan disekitar taman bunga tersebut dengan bahagia, seperti kali terakhir kami akan bersama.

REALITY

Aku mengesat air mataku apabila terimbas kembali kenangan manis kami. Aku memandang wajah Zeff buat... kali terakhir lalu memeluknya.

“Alayna... kita kena pergi. Alonza dah pasang bom untuk letupkan tempat ini.” Aku menoleh kebelakang. Adam. Aku mengangguk perlahan. Aku menyuruh Key dan Adelie menolong mengangkat jasad Zeff.

Aku masuk ke dalam jip milik Stephen. Kelihatan George turut ada disitu. Entah siapa yang selamatkan dia. Aku merengus lalu mengambil tempat di dalam jip. Jip itu dipandu oleh Alonza. Yang lain mereka menaiki kereta mereka sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience