Bab Sepuluh – Perjumpaan Yang Tak Diduga

Other Completed 4267

Pagi itu aku bersarapan bersama-sama dengan mereka semua. Selesai bersarapan, aku pergi ke arah mereka yang sedang duduk di tepi kolam buatan. Aku mendekati Key yang sedang mengelamun jauh. Aku memeluk bahunya. “Key... jauh awak termenung. Fikirkan siapa?” Key terkejut aku memeluk bahunya. “Eh Alayna. Saya sebenarnya rindukan orang tua saya di pedalaman sana.” Aku memandang warna biji matanya. Ya. Matanya sama seperti uncle Darrish. Adakah dia anak uncle Darrish? Aku harap ia betul kerana aku mahu berjumpa dengan uncle Darrish.

“Di pedalaman? Jauh sangatkah? Marilah kita balik ke sana memandangkan kita sedang bercuti lama ini. Bolehlah saya berkenalan dengan orang tua awak.” Key senyum. “Ya betul juga kata awak. Bolehkah kita pergi? Bila?” tanya Key teruja. “Besok? Mahu?” Key mengangguk laju.

Malam itu aku berbincang dengan mereka semua yang kami akan ke perkampungan Key. “Baiklah. Daddy dan mummy akan ikut serta.” Beritahu daddy. “Tapi uncle... um... uncle kan raja di daerah ini. Di sana perkampungan kecil sahaja.... bolehkah.... uncle ke sana?” daddy tersenyum lalu mengusap lembut bahu Key.

“Asal uncle dari perkampungan juga, Key. Uncle dah biasa daripada kecil. Tak usah Key fikirkanlah.” Key angguk faham.

Keesokannya kami bertolak selepas selesai sarapan pagi. Kali ini, Stephen mengikut kami sekali. Adam yang menyerunya untuk sertai kami. Kami menaiki kereta yang dipandu oleh daddy. Kereta itu mempunyai had kelajuan yang sangat tinggi, jauh perkampungan itu sepatutnya 7 jam baru kami sampai. Hanya 2 jam sahaja kami sudah sampai di perkampungan Key.

“Ayah!” jerit Key ke arah seorang lelaki yang agak berusia seperti daddy yang sedang mencabut rumput.

“Sayang... memang betul dia anak uncle Darrish. Tu dia uncle Darrish.” Daddy berbisik pada telingaku. Aku sangat gembira.

“Anak ayah. Ini kawan-kawan kamukah? Marilah.....” ayat uncle Darrish tergantung apabila dia ternampak daddy berdiri disebelahku.

“A...bang? Mark Daffon?” daddy mengangguk perlahan terus memeluk uncle Darrish. “Abang... abang. Dar rindu abang. Impian Dar nak jumpa abang setelah bertahun-tahun tercapai juga. Marilah masuk abang.” Aku menangis apabila melihat air mata uncle Darrish berjurai-juraian sambil memeluk erat tubuh daddy.

“Maknanya Key dan Alayna sepupu!” kata Key lalu dia memandangku. “Ya Key. Ayah pun tak sangka pak cik kamu ni ada anak perempuan bernama Alayna. Nama nenek kamu.” Kata uncle Darrish lalu mengusap lembut rambutku.

“Boleh Key kenalkan kawan-kawan Key pada ayah?” Key mengangguk lalu mengenalkan kami semua kepada ayahnya.

“Ini Alonza East, dia puak hibrid dan ini Zeffron Villo, dia puak Vampire.” Uncle Dar dan daddy memandang antara satu sama lain.

“Masih wujud lagi puak hibrid? Dan.... kamu berkawan dengan puak vampire, Key?” riak wajah uncle Dar berubah.

“Masih wujud lagi, uncle. Cuma tinggal 3% sahaja yang hidup di dunia ini. Ibu saya manusia dan ayah saya hibrid.” Beritahu Alonza.

“MANUSIA?” terkejut kami semua. Alonza tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ya. Manusia. Manusia di dunia juga hampir pupus. Mungkin hanya ada 7% sahaja. Kebanyakan mati dihisap darah oleh puak Vampire.” Zeff membuat muka menyampah.

“Zeffron Villo?” panggil daddy. Zeff memandang daddy dengan riak wajah terkejut.

“Ya saya uncle.”Jawab dia sopan.

“Kamu vampire? Kamu anak siapa?” mesti daddy mahu memastikan samada Zeff anak uncle Dev ataupun tidak.

“Ya, saya sebenarnya tak tahu asal usul keluarga saya. Saya dijaga oleh puak serigala dan magic powers. Sebab itu saya lebih menyenangi berkawan dengan mereka ini. Saya tak pernah tahu keluarga kandung saya.” Suara Zeff sudah serak menahan sebak. Aku memeluk lembut bahunya.

“Zeff ni kawan terbaik kami semua. Yalah, mana ada vampire yang lain sudi nak rapat dengan kami. Asyik nak cari gaduh sahaja di akademi.” Beritahu Key. “Tak apalah Zeffron, kamu anggap sahaja kami semua ini seperti keluarga kamu juga.” Kata daddy sambil tersenyum.

“Daddy... bila nak tunaikan janji daddy.” Daddy angguk sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience