“Selamat datang wahai adik-adikku!” Dev ketawa jahat apabila memandang Daff dan Dar. “Sudah lama kita tak jumpa kan? Apa khabar?” sempat lagi Dev bergurau senda. “Apa hajat korang berdua ni bawa puak-puak korang ni datang markas aku?” sengaja Dev membuat-buat tidak tahu.
Sementara mereka menarik perhatian Dev, Adam, Alonza dan Stephen masuk ke dalam markasnya mengikut lubang yang sudah dikorek oleh Stephen kemudian mereka mencari Alayna.
“Well...well... kawan Alayna dah datang nak menyelamatkan dia!” Alonza memandang ke arah suara tersebut, kelihatan Qasha sedang mengilap kukunya.
“Qa..sha?” Adam terkejut melihat Qasha. “Hai Adam sayang! Lama tak jumpakan, since you minta putus dengan I.” Kata Qasha sengaja. Stephen dan Alonza memandang Adam. “Kau yang tinggalkan aku, bodoh. Kau semakin liar sekarang.” Wajah Adam bertukar menjadi bengis.
Alonza sudah bertukar menjadi werewolf begitu juga dengan Stephen, Qasha tergelak, tiba-tiba George datang bersama kuasa elektriknya. Kemudian Adam bertukar menjadi werewolf. George terapung di udara, dengan mudahnya membaling-baling kuasa elektriknya ke arah Alonza, Stephen dan Adam.
“Arghhh!” Stephen tidak sempat elak kuasa elektrik George yang berarus tinggi itu, dia rebah. “Stephen!!!” jerit Alonza. Alonza sangat marah lalu menerkam George. Cakaran Alonza membuatkan George pengsan. Qasha sempat melarikan diri.
“Stephen, kau okey?” Alonza menyelak baju Stephen, ada darah pada belakang Stephen. Alonza membuka sweaternya lalu mengikat pada belakang badan Stephen untuk menghentikan perdarahan keluar.
“Alayna...” Adam menendang pintu bilik itu dengan kuat. “Alayna bangun!” Adam mengoncang-goncang bahu Alayna. Alayna tak sedarkan diri. Alonza yang memapah Stephen berdiri di belakang Adam yang sedang menyedarkan Alayna.
“ALAYNA!!!” Adam menjerit apabila dia memeriksa nadi Alayna tidak berdenyut. Alayna mati? Tak mungkin!
“ALAYNA!! BANGUNNN!” tindakan Adam semakin kasar. Dia menampar-nampar wajah Alayna tetapi masih tidak sedarkan diri. Adam mendukung Alayna yang masih terkulai itu kemudian keluar dari situ.
####
“Dev! Kami taknak mencetuskan peperangan disini. Kami mohon kau keluar bersama puak kau dari empayar ini!” kata Daff.
“Daff...Daff.... tak semudah itu. Misi aku belum tercapai. Aku ingin menghancurkan semua puak yang ada di dalam empayar. Biar puak Vampire sahaja yang hidup di empayar ini dengan aman.” Tiba-tiba seorang perempuan remaja berdiri disebelah Dev. “Papa, Sha dah pakai rantai ini dan Sha dapat kuasa ini!” kata Qasha dengan teruja sambil mengeluarkan semua kuasa yang diperolehi dengan bangga. Daff dan Dar terkejut melihat apa yang berlaku pada Qasha.
“Mana anak aku! Kau buat apa dengan anak aku? Hah!!!” Marah Daff semakin membara. Dia sudah terapung di udara bersama kuasa elektriknya di tapak tangan. Qasha tergelak lalu dia terapung di udara sambil dia mengeluarkan kuasa Air.
####
“Key, kau jaga Alayna dekat sini. Awasi dia. Aku harapkan kau.” Adam memegang bahu Key dengan penuh harapan. Dia perlu menolong puak-puaknya yang lain untuk berperang.
“Baik, kau jangan risau. Aku akan jaga dia.” Key menyuruh Adam dan yang lain pergi membantu yang lain sebelum terlambat.
“Arghhh!” Daff jatuh terjelepok di atas tanah apabila terkena tumbukan ombak tsunami Qasha. Kakinya menjadi kejang kesakitan. “Abang!!” Dar bertukar menjadi werewolf dan terus menerkam Qasha. Qasha terjatuh di atas tanah, dengan tindakannya yang pantas dia berlawan dengan Dar menggunakan kuasa Api. Qasha membuat bulatan api mengelilingi Dar. Dar tidak sukakan api membuatkan dia lemah untuk berlawan dengan Qasha semula. Puak serigala memang tidak menyukakan api.
“Lembik!!!” Qasha menjelir lidah ke arah Daff dan Dar. Dev ketawa jahat. “Bagus anak papa ni. Sini.” Qasha menjejakikan kakinya semula di atas tanah.
“Kurang ajar!” jerit Dar. Tiba-tiba Adelie melangkah ke depan, badannya dipenuhi marak api seperti lava Gunung Berapi. Dia terapung ke udara lalu membaling satu bulatan api yang sedang marak ke arah Qasha. Qasha terkejut lalu dia sempat menahan kuasa itu daripada terkena tubuhnya. Adelie sangat marah dan marah. Api sudah meletus kuat.
Diikuti Kai turut mengapungkan dirinya dan berada di sebelahnya, Kai mengenyit mata ke arah Adelie dan mereka bergabung kuasa, semakin kuat kuasa mereka berdua semakin besar bulatan api yang lagi marak itu.
Fiushhh...
Adelie dan Kai membaling bulatan api yang besar itu ke arah Qasha. Qasha tidak dapat bertahan lalu dia terjatuh ke atas tanah. Wajahnya habis melecur terkena bulatan api itu. Kemudian Tia,Uya dan Will bergabung kuasa bersama-sama Adelie dan Kai untuk memusnahkan Qasha.
BOM!!!
Kuasa gabungan mereka menyebabkan letupan berlaku dengan kuat sehingga menggegarkan tapak markas Dev. Semua yang ada disitu cuba untuk menstabilkan diri daripada jatuh akibat gegaran.
Dev sangat marah lalu dia memanggil semua Vampire yang sudah kehausan darah. Mungkin sudah bertahun mereka dikurung dan tidak diberi darah.
####
Key POV
“Alayna, awak... bangunlah. Kami semua dalam bahaya. Awak mesti kena berlawan dengan Dev itu. Awak ada kuasa nenek awak. Alayna...” Aku menggoncang perlahan badan Alayna beberapa kali.
“Awak... please... bangunlah. Kami perlukan awak ni..... Alayna. Awak kuat! Awak tak mati lagi.” Aku sudah mengalir air mata jantanku lalu air mataku terjatuh di atas pipi mulus Alayna...
####
Alayna POV
Aku membuka mata perlahan, gelap. Keadaan disekeliling gelap. Aku merasakan seperti badanku mendapat kekuatan semula. Aku lihat urat-urat tanganku bertukar menjadi arusan elektrik yang sangat tinggi. Badan aku terasa renjat-renjatan elektrik menyuruh aku membebaskan kuasa yang terbuak-buak. Aku bangun... kelihatan Key disisiku, menangis...
“Ke...key... awak menangis?” Key memandangku dengan riak wajah terkejut, dia terus memeluk tubuhku erat.
“Aduiii!” Key menggosok-gosok badannya kerana sakit terkena renjatan badanku.
“Maaf Key. Buat masa ni awak jangan dekati saya. Perasaan saya sangat – sangat marah! Apa yang berlaku sekarang ni?” Key memandang aku dengan penuh ketakutan.
“Tu...” tunjuk Key pada bunyi-bunyi letupan di hadapan markas Dev.
“Daddy... mummy....” aku mengapungkan diriku meninggalkan Key lalu pergi ke arah letupan tersebut.
####
“Apa kau dah buat dengan anak aku! Hah!” marah Dev. Adelie tersenyum sinis memandangnya.
“Vamp!!!” jerit Dev memanggil konco-konconya yang sudah kehausan darah. “Serang mereka! Hisap darah mereka sehingga mati!” Dev membalas senyuman sinis ke arah Adelie.
Puak Vampire yang kehausan darah itu menerkam mangsa-mangsanya lalu menghisap darah sehingga mati. Tiba – tiba....
Share this novel