Bab Empat – Dendam I

Other Completed 4267

"Lagi sejam kita nak bergerak. Bestnya!" jerit Alonza. Hari ni kami akan ke Trio Lagoon Park untuk berehat bersama rakan-rakan selama 4 hari. Kami akan menginap di sebuah hotel yang sangat mewah. Ahh.. bahagianya.

"Baiklah para pelajar sekalian. Kali ini kamu akan bersuka-ria di Trio Lagoon Park bersama saya, Prof Mark Devinson, Prof Carina Bolt dan Prof Dazzer Buzz. Saya harap kamu semua akan menjaga disiplin apabila disana nanti." Pesan Prof Mark. "Mari kita bergerak sekarang." Arah Prof Rina.

Aku menaiki bas perlahan-lahan, dan mengambil tempat duduk di barisan yang agak belakang sedikit. Alonza duduk bersama Adelie. Aduh... siapa pula nak duduk dengan aku. Tak apalah, nanti adalah orang yang duduk itu. "Hai Alayna." Aku yang sedang khusyuk memandang ke luar tingkap, terdengar seseorang memanggilku. Alamak, Adam. "Hai Adam. Duduklah. Kenapa awak tercegat di situ?" Adam meletakkan begnya ke dalam rak yang disediakan. "Saya tunggu awak pelawa. Mana tahu kot-kot dah ada penghuni tempat ni." Aku sedikit tergelak.

Tiba-tiba Zeff dan Key datang lalu duduk di barisan hadapan tempat dudukku. "Melepaslah aku nak duduk dengan Alayna." Kata Zeff selamba. "Bro, nak duduk sini ke?" Tanya Adam pada Zeff. "Haa... boleh juga." Mulalah sesi pertukaran tempat duduk antara Adam dan Zeff. Zeff memang dengki. Aku baru nak berkenalan lagi dengan Adam. Aku memeluk tubuhku. "Hai sayang... rindu I tak?" Meremang bulu romaku apabila Zeff mengusap-usap pipi mulusku. "Janganlah, geli tau tak..." Aku menepis perlahan tangan Zeff yang seperti ulat bulu di atas pipiku.

"Uii, marah nampak. Janganlah marah...." Suara Zeff mendayu-dayu di tepi telinga. Aku mengambil headphoneku lalu aku mendengar lagu. Sengaja tidak mahu bercakap dengan Zeff. Zeff pula membaca komik kegemarannya.

Sudah sejam aku di dalam bas. Ada lagi beberapa minit lagi kami akan sampai di Trio Lagoon Park. Aku memandang Zeff. 'Aik boleh tidur pulak mamat ni. Setahu aku Vampire tak tidur.' Aku tergelak. "Oi, mengata aku eh. Asal tetiba gelak?" Terkejut aku bila Zeff menyergah secara tiba-tiba. "Eh tak ada papelah. Ingat tidur, pelik juga. Vampire tak tidurkan." Zeff tergelak kuat. "Bila masa aku tidur. Aku saja je pejamkan mata." Kata Zeff sambil mencuit hidungku. Eeii... geramnya.... buang masa layan mamat vampire ni. Aku mengeluarkan bekal makananku dari dalam beg. Zeff memandang bekalku. "Apa tu?" aku jawab, "Sandwich daging." Zeff mengangguk. Tiba-tiba Key menyampuk dari depan... "Alayna, nak sikit sandwich..." Aku memberi sandwich itu kepada Key.

"Baiklah para pelajar sila turun. Kemudian beratur di tapak kosong sana." Aku terdengar bunyi deruan air dari situ. Makin tak sabar aku nak berendam. Ahh... "Jom Alayna." Adelie memegang tanganku manakala Alonza memeluk bahuku.

"Sila ambil perhatian. Saya akan sebutkan nama-nama dan bilik kamu semua." Prof Dazzer mula menyemak senarai nama. "Adam Caville bersama Alayna Clarrise, Key CortWill, Alonza East, Adelie Beatrice dan Zeffron Villo. Bilik nombor 063. Adam ambil kunci ni." Adam mengambil kunci tersebut lalu kami pergi ke bilik kami. Buka sahaja pintu.......

"Cantiknya...." ternganga mulutku melihat suasana bilik mewah itu. "Tutup mulut tu Alayna. Nanti masuk...." Kata Adam sambil menutupkan sedikit mulutku. Warna wajahku bertukar merah. Malu!

"Ini bilik perempuan, dan ini bilik lelaki.." Kata Key dengan teruja. "Ahhhhh!" Aku terdengar Alonza jerit, kami semua terkejut. "Kenapa Za?" tanya aku. "Tu... bilik kita betul-betul depan lagoon!" sekali lagi Alonza jerit lalu berlari ke balkoni. "Aduhai, kau ni Za. Nasib aku tak tukar jadi serigala di pagi hari ni. Buat aku terperanjat je." Kata Key. Terkekek-kekek aku dan Alonza ketawa.

"Okay girls. Pergi bersiap. Kita pergi lagoon sekarang jugak!" Kata Adam. Aku, Adelie dan Alonza berlari masuk ke bilik lalu menukar baju. Aku hanya memakai seluar pendek putih bersama singlet hitam polkadot putih. "Kami bertiga dah siap..." Kata Alonza selamba membuka pintu bilik mereka. "Uish cepatnya." Kata Zeff. Zeff dan Key hanya memakai boxer manakala Adam memakai singlet dan seluar pendek. Ternampak ke-sado-an badannya. "Jom..." Terkejut aku bila Zeff menarik tanganku.

Kami sampai di depan kolam renang Trio Lagoon Park, nampaknya bukan kami orang yang pertama. "Nak main apa?" tanya Key. "Jom main rollercoaster air tu!" jerit Adelie. Kami berenam pergi naik rollercoaster air itu.

Selepas sejam lebih kami bermain, aku mengajak mereka makan kerana perutku sudah berkeroncong. "Haish, manusia ni memang kuat makan." Kata Zeff. Aku menjeling ke arahnya. "Tak nak teman makan tak apa. Biar kita pergi sorang." Rajuk aku. Terus Zeff menarik perlahan lenganku. "Alaa gurau tak boleh ke?" Zeff sengih sehingga ternampak gigi taringnya. Aku menahan gelak.

"Cheese burger satu." pesan Alonza. "Aku tengok kau macam bukan hibrid lah Za. Macam manusia." kata Key. Alonza mendengus. "Kenapanya salahkah? Aku ada ramai kawan manusia okey. SEBAB tu aku dah terbiasa." kata Alonza sambil menyedut air Starbucks nya. "Kau ada kawan dengan manusia?" Alonza angguk. "Dorang tak takut dengan kau? Bila bila je kau boleh jadi vampire or werewolf..." kataku. "tak... dorang suka kawan dengan aku. Relaks jelah." aku angguk faham. "macam lah kau tak tahu. Dekat lagoon ni ada je pekerja atau pelancong manusia." aku membesarkan mataku.

"Yeke? macam nak kenal pasti?" tanya Key. "See through their eyes." aku angguk. "Korang aku nak ke tandas sekejap." Aku bangun, Adam juga turut bangun. "Let me go with you." aku tersenyum. "Alahaii anak..." Zeff mengeluh. Alonza tergelak.

Aku masuk ke dalam tandas. Adam menungguku diluar tandas. Setelah selesai menggunakan tandas, aku keluar untuk membasuh tangan di sinki. Tiba-tiba seseorang daripada belakang menutup mulutku dengan sapu tangan lalu pandanganku terus kabur...

_____________________________

Adam POV

"Manalah Alayna ni lamanya." Aku meramas perlahan rambutku lalu dengan selamba aku masuk ke dalam tandas perempuan. "Alayna..." tiada sahutan. "Alayna.... mana kau?" Aku menolak semua pintu-pintu tandas itu tetapi semuanya kosong. Ke mana Alayna pergi. Tiba-tiba ada seseorang menikamku daripada belakang dan aku rebah...

Aku masih lagi mendengar lagi suara seseorang bercakap, "Bawa mereka berdua ke markas. Pastikan mereka tak terlepas. Kalau terlepas, kepala sorang-sorang aku penggal. Dendam kita belum settle lagi. Cepat!" kata suara misteri itu. "ba...baik bos." tergagap-gagap suara lelaki itu. Aku merasakan badanku ditarik masuk ke dalam van besar. Belakang badanku sangat sakit. Aku ternampak Alayna terbaring tidak sedarkan diri. Aku tidak berdaya untuk bangun dan aku pengsan.

_____________________________

"Manalah dua ekor ni. Lama benor ke tandas?" Marah Zeff. "Jeles ke?" tanya Alonza. "Tak kuasa aku nak jeles. Aku risau je. Tah hape hape dorang buat tu. Si Adam tu baru je lagi bukan boleh percaya mamat serigala tu." kata Zeff selamba. "Aku kat sini terasa sikit." kata Key. Alonza dan Adelie tergelak. "Jomlah pergi tandas sana tu. Kita check." Alonza berjalan ke tandas tersebut diekori oleh Adelie, Key dan Zeff.

"Korang dua tunggu luar. Adelie jom." Alonza menarik lengan Adelie. "Aik, kosong je? mana dorang?" kata Adelie sambil menolak kesemua pintu tandas tersebut. "pergi berasmara ke dorang ni? Aduii." Alonza membasuh tangannya di sinki, tiba-tiba dia terpandang sesuatu di bawah sinki. "Ini gelang Alayna kan?" tanya Alonza sambil membelek-belek gelang itu. "Ya! Tu gelang Alayna lah. Mana dia..." Alonza dan Adelie keluar dari tandas. "Haa.. mana dorang?" Tanya Key. "Aku rasa dorang hilang.... aku dapat rasa..." Key terkejut apabila Alonza memberinya gelang Alayna.

"Ni mesti si Adam ni." dengus Key. "Bukan... orang lain." bantah Alonza. "Siapa??" Tanya Adelie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience