“Mummy!” aku tersedar sambil memanggil mummy dengan kuat. “Sayang...sayang. Mummy dekat sini. Jangan takut. Shhh..” mummy mengusap belakang badanku. Tubuhnya kupeluk erat.
“Mummy... kenapa dengan Alayna mummy? Kenapa Alayna semakin berubah? Alayna takut mummy. Takut...” ngadu aku pada mummy sambil tersedu-sedan.
“Apa yang Alayna rasa, sayang? Beritahu daddy.” Daddy mendekati aku. “Alayna rasa lain sangat. Alayna selalu dapat mimpi yang aneh. Mimpi tu membuatkan Alayna rasa sedih sehinggakan Alayna tidak dapat menolong keluarga itu.” daddy memandang aku dengan penuh tanda tanya.
“Siapa keluarga itu, sayang?” tanya daddy. Aku cuba mengingat kembali nama-nama di dalam mimpi itu tetapi gagal. “Alayna tak dapat nak ingat namanya tapi satu nama ini Alayna asyik teringat. Dia seorang adik. Nama dia Darrish. Hah! Darrish!” beritahu aku. Muka daddy seperti terkena dipanah petir. Terus daddy menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya.
“Kenapa daddy? Kenapa?” tanya aku apabila melihat perubahan daddy.
Aku ternampak mata daddy berkaca. Dia hampir mengalirkan air mata. “Mungkin sampai masanya anak daddy kena tahu mengenai hal ini. Memandangkan kamu yang selalu mendapat mimpi itu.” aku memandang daddy pelik.
“Daddy, I don’t understand. Please explain to me.” Aku memegang tangan daddy. Daddy menarik aku masuk ke satu bilik yang tak pernah aku jejaki selama 19 tahun aku hidup.
Daddy memberi aku sebuah bingkai gambar besar, satu keluarga yang kelihatan bahagia. Sepasang suami isteri dan dua orang budak lelaki. Sekejap! Seperti aku pernah lihat wajah dua orang kanak-kanak ini. “Daddy... dua orang budak lelaki ini sama seperti dalam mimpi Alayna. Mirip sangat! Mereka berdua ni adik-beradik, kan?” Daddy mengangguk perlahan lalu dia berkata, “Budak lelaki yang ini namanya Dev dan adiknya bernama Daff. Ketika ini Darrish masih belum lahir.” Fikiran aku semakin kusut. Aku terduduk. Wanita ini. Wanita ini sering datang dalam mimpi seperti mahu meminta pertolongan daripadaku.
“Sabar sayang. Akan daddy ceritakan sehingga kamu tahu. Kamu jangan risau.” Aku menarik nafas untuk mendapatkan semula oksigen lalu mengangguk perlahan sambil memandang wajah daddy.
“Ini datuk kamu, nama dia Grenddor Wrathson. Dia puak hibrid. Puak Hibrid sudah pupus semuanya. Mungkin ada satu atau dua orang sahaja yang dapat jadi hibrid. Datuk kamu sangat baik orangnya. Dia berkahwin dengan nenek kamu. Nama nenek kamu Alayna Wrathson, dia puak magic powers. Dia memiliki semua kuasa dalam dirinya.” Aku merenung gambar keluarga tadi. Daddy mengusap rambutku.
“Ini daddy, Mark Daffon. Ini abang daddy, Mark Devinson. Dan...” Daddy mengeluarkan sebuah bingkai gambar lagi dari sebuah kotak lama. “Ini adik daddy, Mark Darrish.” Daddy memberi aku bingkai gambar tersebut. Seorang kanak-kanak dalam lingkungan 2 tahun tersenyum riang. “Mark Devinson lahir sebagai puak Vampire. Jadi wajahnya seakan-akan seperti datuk kamu. Kulitnya sangat putih dan gigi taringnya tajam. Manakala Mark Darrish, dilahirkan sebagai puak Werewolf. Wajahnya menyerupai datuk dan nenek kamu. Dan daddy pula dilahirkan sebagai puak Magic powers. Sebagaimana yang kamu lihat, wajah daddy mirip seperti nenek kamu.” Ya. Wajah daddy mirip sangat dengan wajah nenek.
“Daddy, apa yang telah terjadi?” soalan aku membuatkan daddy mengalirkan air matanya dengan deras. Aku semakin serba salah. Aku memeluk daddy dengan erat.
“Uncle Dev kamu sudah berpaling ke arah kejahatan. Selepas nenek dan datuk kamu meninggal dunia, daddy dan uncle Darrish berhijrah ke satu pedalaman. Kawasan tersebut adalah kawasan puak werewolf. Daddy dan uncle Darrish membesar disitu bersama-sama dengan keluarga angkat kami.” Aku mengesat air mata daddy yang bergelinangan.
“Satu hari, ketika itu daddy berusia 19 tahun dan uncle Darrish berusia 16 tahun. Uncle Dev datang memusnahkan semua puak werewolf yang ada di perkampungan itu. Daddy hanya dapat menyelamatkan beberapa keluarga puak werewolf menggunakan rantai ini. Rantai ini rantai nenek. Sudah 30 tahun daddy menyimpannya. Sekarang giliran kamu untuk mewarisinya.” Daddy mengalungkan rantai tersebut pada leherku.
“Daddy... mana Uncle Dev dan Uncle Darrish sekarang?” tanya aku. “Kali terakhir daddy berjumpa dengan Uncle Dev semasa pemusnahan di kampung itu. Sudah beberapa tahun, daddy tak berjumpa dengannya manakala uncle Darrish kamu sekarang dia hidup di sebuah perkampungan bersama keluarga angkat. Kemungkinan dia sudah berkahwin dan mempunyai anak. Daddy meninggalkannya disitu atas kehendaknya sendiri.” Aku mengangguk faham.
“Sayang, Key Cortwill itu siapakah orang tuanya?” tanya daddy. “Sepanjang Alayna berkawan dengannya, Alayna tak pernah tahu siapa ibu dan bapanya, daddy. Mahukah Alayna bertanya kepadanya?” daddy geleng. “kenapa daddy tanya tentang dia? Dia ada kaitan dengan kita, kah?” daddy menarik nafas lalu menghembus lembut. “Wajahnya mirip dengan uncle Darrish.” Aku tergamam.
Share this novel