Bab Dua Puluh – Bersatu dan Aman

Other Completed 4267

Enam tahun kemudian,,

“Papa....” seorang budak kecil dalam lingkungan 3 tahun berlari mendapatkan Stephen. “Kenapa ni anak papa yang handsome macam papa ni?” Alonza yang mendengar pujian angkat bakul sendiri Stephen membuat muka menyampah.

“Yo Stephen! Rindu kau!” jerit Adam sambil mengendong anak lelaki kami lalu memeluk Stephen. “Rindu kau juga! Sejak kau duduk istana sini, bukan main kau. Lupakan aku.” Stephen acah-acah merajuk.

“Mana boleh aku lupa kau, Stephen. Busy sikit sejak Alayna baru bersalin anak ketiga. Tu sebab aku ajak kau datang sini. Ada birthday party Alan yang ketiga tahun.” Stephen tergelak sambil mengganguk.

“Haa Alonza.. comel anak kau. Macam muka kaulah.” Alonza yang sedang mengendong anak lelakinya itu tersenyum bangga.

“Nama anak kau tu Carlos kan?” Stephen mengangguk. “Tak lama lagi aku dapat anak lagi. Sweetheart aku mengandung lagi tu.” Adam membuat reaksi terkejut. “Woahh, syabas.” Adam menepuk-nepuk bahu Stephen. Stephen tersenyum bangga sambil ternampak susunan baris giginya. Bangga sangat tu...

“Hai korang.” Aku menuruni anak tangga satu demi satu bersama-sama Amber dan Alicia. “Alayna! Aku rindu kau!” Alonza berlari anak ke arah Alayna.

“Rindu kau juga, Za.” Kata aku lalu memberi Amber kepada Adam. Sekarang aku mempunyai tiga orang cahaya mata. Alan Zeffron berusia tiga tahun manakala Amber Kimberly berusia setahun dan baru-baru ini aku melahirkan seorang lagi cahaya mata bernama Alicia Pearl berusia tiga bulan.

“Comelnya dia! Aku nak dukung.” Aku ketawa kecil lalu memberi Alicia kepada Alonza.

“Aiyok, Carlos mama dah ada baby baru tu.” Carlos sudah membuat mimik muka menangis apabila melihat mamanya sedang mengendong Alicia.

“Korang berboraklah dulu. Aku buatkan air sekejap. Birthday party Alan start jam 11 pagi ni.” Stephen dan Alonza mengangguk.

“Alan dan Amber main disini ya, tu ada kawan baru nama dia Carlos. Mainlah dengan dia. No fighting okay?” Amber dan Alan mengangguk lalu bermain bola di dalam kolam kecil itu. Stephen mendukung Carlos lalu meletakkan Carlos di dalam kolam bola itu bersama Amber dan Alan.

“Comelnya... apa nama dia Adam?” Alonza beberapa kali mencium Alicia. Geram sangat tu.

“Nama dia Alicia Pearl.” Alonza mengganguk. “Alicia... ni aunty Alonza. Geram tengok dia!” adam dan stephen tergelak. Tiba-tiba Carlos keluar dari kolam bola lalu melalak.

“Mama!!!” Alonza terkejut lalu memberi Alicia kepada Adam.

“Alamak, marahnya anak mama ni, mama main dengan Alicia. Tak boleh ke? Carlos kan ada kawan tu.”Alonza memujuk anaknya.

“Nak mama!” Alonza mendukung Carlos.

“Anak lelaki aku ni memang manja dengan mamanya. Tak boleh berpisah. Cepat jeles kalau si Za pegang baby orang lain.” Adam tergelak. “Bukan macam kau ke?” kata Adam. Terus Stephen menghadiahkan satu tumbukan tepat pada bahu Adam. Adam mengaduh.

“Rasanya dah lama tak fighting dengan kau sejak jadi bapak ni. Kau nak mulakan ke?” ugut Stephen. Adam tersengih.

“Kesadoan aku dah karatlah.” Terbahak-bahak mereka gelak.

“Amboi gelak... bergegar istana daddy.” Tegur Daff. Terus Adam berhenti gelak, mulalah buat cara menantu mithali. “Sorry uncle. Dah lama tak jumpa. Uncle apa khabar?” Stephen bersalam dengan Daff.

“Grandpa, grandma.” Alan berlari mendapatkan Daff dan Alaira. Baik sahaja. Kamu Stephen dah ada anak ya? Nama siapa?” Alaira mendukung Amber dan Alan.

“Ya. Baru tiga tahun sama dengan Alan. Nama dia Carlos.” Daff mengangguk.

“Eh daddy, mummy baru sampai ke? Ni Alayna ada buatkan air.” Aku datang ke ruang tamu sambil menatang dulang berisi teko dan beberapa cawan.

“Haa.. baru sampai. Ni decoration untuk birthday party Alan. Daddy dah belikan.” Aku memeluk daddy. “Thanks daddy, mummy.” Aku melabuhkan punggungku di atas sofa bersebelahan Alonza.

“Mummy nak chucu...” Amber merengek-rengek meminta aku membuatkannya susu. Nasib aku sudah buatkan sekali untuk dia dan Alan.

“Nah..” Amber duduk di atas ribaku sambil menghisap botol susunya.

“Key, Adelie dengan George tak sampai lagi ke?” tanya Stephen memecahkan kesunyian tadi.

“Katanya on the way tadi. Tunggu jelah.” Jawab aku. “Hello adik iparku!!! I miss you so much!” terkujat aku apabila Adelie menjerit tak tentu fasal. Semuanya memandang dia. Dia tertunduk malu.

“Heee... maaf maaf. Ingatkan korang tak sampai lagi.” Adelie bersalam dengan mummy dan daddy.

“Hoi Adelie, kau memang tak berubah eh. Perut kau dah memboyot tu pun perangai tak berubah.” Kata Alonza selamba. Semua tergelak.

“Hei Alonza, sampai hati kau malukan aku. Yelah! I’m trying okay! George tetap sayangkan aku walaupun aku cenggini tau.” George yang berdiri di belakangnya menggelengkan kepala. Adelie berkahwin dengan abangku, George dua tahun yang lepas. Ni Adelie sudah hamil dan kandungannya berusia 7 bulan.

Key dan Gina pula baru sahaja bertunang.

####

Happy Birthday To You!

Happy Birthday To Alan...

Happy Birthday To You~

Alan meniup lilin keknya dengan begitu teruja sekali. Amber turut sertai abangnya meniup lilin.

“Ni hadiah untuk Alan daripada aunty Qasha ya.” Ya, tadi baru sahaja Qasha dibenarkan keluar dari Pusat Pemulihan dan daddy mengajaknya untuk tinggal bersama kami. Qasha nampaknya sudah banyak berubah.

Malam itu, daddy mengajak mereka semua tidur di istana. Mulalah bingit di ruang tamu, dah lama tak jumpa katakan. Alan, Amber dan Carlos mula bermain bersama-sama. Alonza asyik melayan Alicia sahaja.

“Cucu grandpa ni tidur je ya? Susah nak tengok dia celikkan mata tu.” Kata daddy melihat Alicia terlentuk tidur di atas riba Adam. “Biasalah abang, baby baru 3 bulan. Macam Alayna dan George dulu.” Kata mummy. Daddy tergelak.

Daddy melabuhkan punggungnya di sebelah uncle Dar. “Daddy nak beritahu kamu semua ni.” Semua memberi perhatian kepada daddy. “Empayar kita ni sudah semakin bersatu dan aman. Uncle Dar kamu ini yang kendalikan empayar kita manakala daddy hanya memantau Trio Academy itu sahaja. Daddy harap empayar kita akan sentiasa maju dan bersatu bersama puak-puak yang masih ada. Janganlah pernah kita ungkit pekara dulu terutama Qasha. Boleh?” daddy memandang Qasha.

“Baik uncle. Qasha sudah lupakan pekara dulu. Alayna banyak tolong saya semasa disana. Terima kasih kerana terima saya dalam keluarga yang sangat bahagia ini.” Air mata Qasha mengalir mungkin teringat kisah dulu.

“Tak apa. Kita cuba mara ke hadapan.” Pesan uncle Dar. Kami semua bergurau-senda bersama-sama. Malam itu adalah malam yang sangat bahagia buatku.

####

2 bulan kemudian,,

“Macam mana keadaan Alonza dan Adelie?” pagi itu aku dikejutkan dengan satu berita bahawa Alonza dan Adelie masuk wad bersalin pada waktu yang sama!

“Alonza selamat melahirkan bayi kembar perempuan, Adelie pula selamat melahirkan bayi lelaki. Pada hari ni jam 10:36 pagi tadi. Mereka sekarang ada didalam wad yang sama.” Aku ketawa kecil. Tak sangka diorang ni lahirkan anak sama time. Terasa kelakar pulak.

Aku dan Adam masuk ke dalam wad mereka, Alan,Amber dan Alicia tinggal bersama daddy dan mummy. “Hello.. congratulations my dears. Muah!” kelihatan Alonza sedang berehat di atas katil manakala Adelie sedang menyusukan anak lelakinya.

“Alayna...” panggil Alonza. “Sayang kau. Tak sangka dapat anak kembar. Girls! So, what their names?” Aku memeluk Alonza. “Stevania and Abigail.” Kata Stephen.

“Woahh.. nama unik.” Puji Adam. “well tengoklah papanya.” Alonza memukul peha Stephen.

“Aduhh sayang. Apa nih pukul? Sakitlahh...” manja betul Stephen. Aku dengan Adam tergelak. Aku mengambil Abigail yang berada di dalam katil baby lalu mengendongnya. Comel! Adam mengambil Stevania.

“Ohhh.. Adelie, he is so cute.” aku mengusap pipi anak lelaki Adelie. “Like his papa right?” kata George dengan bangga. “Perasannya lahai abang kita ni...” aku tergelak. “dia memang sentiasa perasan.” George membuat muka masam.

“What his name?” tanya Adam.

“Daylan Ace.” Jawab George. Aku tersenyum.

“Bolehlah anak-anak kita ni berkawan then membesar bersama.” Kata Stephen. Kami semua mengangguk.

Tahun demi tahun anak-anak kami membesar bersama. Empayar sangat maju dan semua puak akhirnya bersatu. Empayar sekarang boleh dikatakan, Aman. Makmur. Sejahtera. No wars! Peace! Adam, Key, George dan Stephen menjadi penolong uncle Dar. Aku,Alonza,Adelie,Gina dan Qasha melepak-lepak dekat rumah bersama-sama anak. Girls life like a big boss right? Hahaha~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience