Selesai menari kami ke meja makan yang sudah disediakan lalu menjamu selera bersama. “Aduh...” aku terdengar dari jauh Adelie berkerut-kerut seperti menahan sakit.
“Kenapa Adelie?” Adelie memuncungkan mulutnya lalu memandang Key yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Nilah... Key! Dia masa menari asyik terlanggar kaki aku je. Sakit.. terasa macam bengkak je!” marah Adelie. “Sorrylah Adelie. Aku kan dah cakap aku tak reti sangat menari. Kau beria-ria ajak aku. Sorry.” Key membuat muka bersalahnya.
Adam dan Stephen tergelak manakala aku dan Alonza menggelengkan kepala. “Umm..sedapnya! laparlah pulak! Nakk...” Adelie terus duduk di tempatnya lalu menyeduk mihun goreng yang sudah tersedia di atas meja itu. Begitu juga dengan Key.
“Haa baguslah tu. Kiteorang dah habis makan. Korang baru nak start makan.” Alonza merengus. “Biarlah dorang tu...” kata Stephen. Alonza menjeling.
Aku termenung sahaja. Sesekali Adam mengusap rambutku. Aku tersenyum. Tiba-tiba...
BUMM!
Kelihatan para pelajar lari lintang-pukang apabila ternampak tubuh seseorang bersama dengan ombak gergasi di belakangnya!
“ALAYNA! I WANT YOU RIGHT NOW! SHOW YOURSELF! REVENGE TIME DARLING!” Aku terus bangun dari tempatku lalu mengeluarkan kuasa elektrikku. Dia masih hidup!
“QASHA DEANNE! WHAT YOU WANT! ITS OVER!” Balas aku. Dia gelak.
Adam, Alonza dan Stephen sudahpun bertukar menjadi serigala di belakangku manakala Adelie sudah berapi badannya. Key memegang rantainya dan dia bertukar menjadi serigala.
‘Patutlah dia ada kuasa lagi, rantai nenek masih pada dia. Bukankah rantai nenek sudah musnah semasa letupan di markas hari itu?’ detik hatiku.
“REVENGE ALAYNA... DENDAM.... KAU PUNYA HAL BELUM HABIS DENGAN AKU! KAU BUNUH PAPA AKU! KAU BUNUH DIA! KAU BUAT AKU HIDUP SEBATANG KARA! AKU HANYA ADA DIA SAHAJA! MAMA AKU SUDAH AKU BUNUH SEBAB DIA JAHAT!” Qasha menangis kemudian dia tergelak-gelak.
“Sudahlah Qasha. Berubahlah, janganlah kau ikut seperti papa kau. Marilah, berkawan dan berbaik dengan semua puak. Kau lihat kami aman apabila semua puak bersatu.” Dia menggelengkan kepalanya.
“AKU DAH JANJI DENGAN PAPA UNTUK TERUSKAN DENDAM INI! TERUSKAN!” Dia mengumpul semua ombak gergasi itu lalu menyuruh ombak tersebut mengalir memusnahkan semua puak yang ada di dalam dewan itu.
“PUAK VAMPIRE SEMUA AKU SELAMATKAN! KAU AKAN JADI PENOLONG AKU!” Kata Qasha kepada pelajar yang berpuak Vampire. Mereka dengan senangnya mengikuti perintah Qasha. Mereka juga ni pun berdendam ke? Sudah ramai puak Vampire Qasha berkumpul kecuali seorang pelajar perempuan yang hanya berdiri tercongok di bahagian tengah dewan. Qasha memandangnya.
“Kenapa kau tak turuti perintah aku? Kau puak vampire bukan?” Qasha menengking perempuan itu. kelihatan perempuan itu menangis lalu dia menjawab,
“Aku tak nak berdendam. Aku juga hidup sebatang kara. Ayah dan ibuku sudah mati kerana dibunuh oleh puak vampire sendiri. Kita semua pernah buat silap! Tak usahlah kita berdendam. Kita patut bersatu dari dulu!” protes perempuan itu.
“Oohh.. kau nak langgar perintah aku? Baik ni balasan kau.” Qasha mengeluarkan kuasa beku lalu baling ke arah perempuan itu tetapi sempat Adelie melindungi kuasa beku itu dari menyentuh tubuh perempuan itu dengan kuasa apinya yang sudah menguasai seluruh badan dia. Aku mula mengapungkan diriku.
“Vamp serang!!” jerit Qasha. Aku melindungi semua puak yang ada di dewan itu dengan kuasa elektrikku.
“Tak guna kau Alayna!!!” Qasha menumbuk aku menggunakan ombak gergasi membuat aku terlepas perlindungan elektrik itu. “Aku cabar kau! Bunuh aku... biarkan konco-konco aku serang mereka. Kau dengan aku!” di tangannya sudah membuat bebola api lalu membaling bertubi-tubi ke arah aku. Aku menangkap bebola api itu dengan mudah. Aku pula membuat beberapa batang anak panah elektrik berarus tinggi lalu baling ke arahnya.
“ARGHH!” salah satu anak panah sudah menikam pada bahunya. Dia mengaduh kesakitan.
“Sudahlah Qasha, kita hentikan semua ini. Sudahlah, aku tak nak bunuh sepupu aku sendiri. Cukuplah dengan semua apa yang terjadi.” Dia ketawa walaupun dia kesakitan.
“NEVER!” geram pula aku bila tengok dia ni ketawa je. Memang wayar otak dah putus ke? Aku serius dia gelak-gelak.
Sedang dia tergelak-gelak tak habis-habis tu, aku menyeru Alonza lalu membuat isyarat mata supaya dia menyerang Qasha dan aku pula bertindak merentap rantai nenek yang ada pada lehernya. Alonza menarik perhatiannya lalu mencakar belakang Qasha. Qasha menjerit kuat membuat dewan itu bergema-gema. Aku terus menarik rantai nenek, putus.
Qasha jatuh di atas lantai dewan, macam bom bila dia jatuh bergegar seluruh bangunan akademi ni.
Aku menghilangkan kuasaku lalu menjejakkan kaki di atas lantai. Aku memandang Stephen dan Alonza serta Key sudah bertukar menjadi tubuh manusia. Mana Adam! Aku mencari-cari kelibatnya. Dia sedang dalam kesakitan. Aku berlari mendapatkan dia.
“Adamm!!! Kenapa?” Adam membuka matanya. Aku melihat dia memegang perutnya. Aku menyelak bajunya, darah.
“Tahan Adam. Janganlah tinggalkan Alayna. Tolong...” aku memeluk Adam kuat, Adam mengangguk perlahan, dia mengusap-usap kepalaku.
“Adelie! Key! Tolong bawa Adam pergi hospital! Please hurry!” aku menjerit sekuat hatiku sehingga Adelie dan Key berlari ke arahku lalu memapah Adam.
“Dear, I see you at hospital. I love you.” Aku mengucup pipi Adam. Adam tersenyum. “Take care dear.” Pesan Adam. Aku mengangguk lalu aku berlari mendapatkan Alonza yang sedang mengheret tubuh Qasha dan campakkannya di atas pentas lalu dia menumbuk wajah Qasha. Stephen cuba menahan Alonza tetapi tidak berjaya.
Aku membeku tangan Alonza. Alonza terkejut lalu memandangku. Aku memeluk dia dan perlahan-lahan aku mencairkan ais itu. “We are good tribe, Za. Not like her. Please dont.” Aku mengusap belakang Alonza supaya dia bertenang. Alonza menarik nafas lalu menghembusnya dia membalas pelukkanku.
Qasha sudah tersedar, aku mendekatinya. Stephen sudah mengikat kaki dan tangannya sebelum dia tersedar.
“Alayna...” panggil Qasha. Aku memandangnya dengan pandangan tajam. “apa yang kau nak lagi? Tak puas lagi? Tak sakit lagi badan kau tu, hah?” tengking aku. Qasha tidak melawan sebaliknya dia menangis teresak-esak.
“Aku tak cairlah dengan tangisan jahat kau tu...” marah Alonza. “Korang tolong... aku... maafkan aku. Tolong terima aku jadi keluarga korang. Jangan bunuh aku. Aku sedia untuk dihukum tapi tolong jangan bunuh aku.” Alonza membuat muka menyampah.
“Baik. Kalau kau tak nak dibunuh. Nampaknya mereka sudah sampai. Kau akan dapat tempat tinggal baru, khas buat kau.” Kata aku. Uncle Dar masuk bersama daddy lalu menyuruh dua orang pekerja daddy mengangkat Qasha dan membawanya ke pusat pemulihan.
“Kau jangan risau, Sha. Aku akan melawat kau.” Aku memeluk tubuh Qasha.
“Arghh... Alayna tak usah kau peluk badan si jahat ni. Menyampah aku.”kata Alonza menarik aku daripada pelukan Qasha. Aku hanya melihat Qasha masuk ke dalam van lalu hilang dari pandanganku.
####
Di King’s Hospital
“Adam, are you okay?” sampai sahaja di hospital, aku menerpa masuk ke dalam wad Adam berada. Kelihatan Adam sedang duduk termenung di atas katil wad.
“I’m okay, dear.” Aku masuk ke dalam pangkuannya. Alonza dan Stephen duduk di atas kerusi yang ada di dalam wad itu.
“Please Alayna, don’t cry. You always cry since Zeff gone. Please be yourself. Be like I know you before. Please I’m begging.” Adam mengusap lembut rambutku.
“Okay, I’m sorry.” Adam menutup mulutku menggunakan jari telunjuknya. “I don’t ask your forgiveness. I just ask to be yourself.” Aku mengangguk.
“Adam, aku nak kahwin dengan Alayna...” aku terkejut apabila Stephen memberitahu hasratnya untuk berkahwin dengan aku. Biar betul! Alonza disebelahnya sudah membuat muka masam.
“Stephen, kau nak cakaran macam mana? Ada banyak corak aku boleh buat.” Dengus Adam.
“EH? MAAF!! AKU SALAH SEBUT NAMA KE? AKU CAKAP NAK KAHWIN DENGAN ALONZA. SILAP-SILAP! SORRY ALAYNA, ADAM AND MY DARLING. JANGAN MARAH. ADAM AKU TAK NAK SEMUA CAKARAN KAU. SIMPAN SAHAJALAH.” Kami di dalam wad itu tergelak terbahak-bahak. Alonza sudah memberi sepakan gol ke arah kaki Stephen. Stephen mengerut dahinya menahan sakit.
“Aduhhh..duhh.. sakit.” Adam mengaduh sakit. Aku terus membaringkannya di atas katil. Tu lah gelak banyak sangat. Aku menjeling ke arah Adam.
“Tulah suka sangat gelakkan aku. Hah! Padan muka!” kata Stephen sambil menjelir lidah. Adam menjeling.
TOK..TOK..
“Guys! We bring you some pizzas.” Kata Key dan Adelie dengan riang. “Patutlah menghilang lama, korang pergi beli pizza. Boleh tahan. Topping apa korang beli?” tanya Alonza.
“Ni haa.. ada empat kotak.. dua topping beef dua lagi ni chicken. Lepastu seorang satu dapat chicken sup.” Adelie memberikan semangkuk chicken sup kepada seorang demi seorang. Sedang kami tekun menjamu selera pizza. Seorang perempuan masuk ke dalam wad Adam.
“Maafkan saya. Saya tak berniat nak ganggu awak semua. Saya Gina. Puak Vampire. Saya datang ni nak berkawan dengan korang semua, boleh? Saya tiada sesiapa. Saya selama di akademi keseorangan sahaja. Saya cuba untuk mendekati kamu tapi saya tak berani.” Luah Gina. Air matanya bergenang menahan kesedihan. Aku mendekatinya.
“Gina.. kami semua tak kisahlah. Kami sentiasa berkawan dengan semua. Bolehlah awak masuk kumpulan kami ni.” Gina terus memeluk aku. Erat pelukkannya.
Gina terus menjadi kawan kami. Selesai menjamu selera, aku pulang ke istana bersama Key. Terus aku mengambil tempat duduk di atas sofa. Key pula naik ke atas membersihkan tubuhnya.
“Alayna...” aku menoleh ke belakang. George yang menggunakan tongkat untuk berjalan mendekati aku. Aku tidak menyahut panggilannya sebaliknya menghadiahkan jelingan paling maut kepadanya. “Alayna... abang...” aku secara automatik aku menepis tangannya yang menyinggah dibahuku. George tersentak.
“Kau jangan nak panggil nama-nama aku? Tak perlu aku bagitahu sebab apa, kan?” aku naikkan kening kiriku. George menunduk.
“Sis, I’m sorry what I’m doing to you. Please forgive me.” Aku terkejut apabila perlahan-perlahan George melutut di hadapanku lalu memegang kakiku. Aku terasa sangat serba salah jadinya. Aku mengambil nafas lalu memegang tangannya.
“Okay, okay. Please stand up. I don’t like you did like this. I want you to explain, sanggup abang buat adik macam tu?” George menangis teresak-esak, aku memeluk dia.
“I’m apologize to you, sis. I’m like hypnotized. Never realize what I’m doing to you.” Aku diam. Tak tahu nak cakap apa.
Aku memaafkan abang kandungku ini. Mungkin ketika itu dia dipukau oleh si Dev tak betul tu. Hergh!
Share this novel