Chapter 9: Garden of Eden

Romance Series 10064

“Bukan tak boleh jemput, tapi awak jemput hampir semua orang. Dengan kad pula tu. Lepas tu, majlis malam semalam, semua yang awak jemput tu, hanya dua orang je saya jumpa. Rin dengan Firdaus. Yang lain tak datang ke?” banyak persoalan yang dilontarkan oleh Ily. Namun, suaranya agak ragu-ragu. Takut Zuhair berkecil hati mengungkit jemputannya tidak dipenuhi. Namun Ily perlukan penjelasan daripada Zuhair. ‘It’s okay, kalau dia merajuk, nanti aku pujuk lah balik.’


“Yang lain datang, tapi pagi semalam.” Ily keliru. Zuhair sudah mengeluarkan telefon bimbinya.


“Habis tu, buat apa awak jemput diorang?” tanya Ily.


“Sayang, cuba senyum sikit.” Zuhair merapatkan posisi badannya ke arah Ily. Ily hanya senyum tidak ikhlas. Persoalan di benak fikiran masih belum terjawab. Zuhair pula sibuk mengelat dengan mengambil gambar selfie mereka.


“Zuhair, kenapa awak jemput diorang?” Ily mengesa Zuhair yang sibuk bermain dengan telefon bimbitnya. Ily tidak ambil peduli apa yang sedang Zuhair lakukan.


“Saja. Nak menyakitkan hati sesetengah pihak. Dan membuat kejutan pada semua orang kecuali Rin dan Firdaus.” Zuhair sudah selesai bermain telefonnya. Tangan dihulur ke arah Ily. Ily hanya mengangkat kening sebelah, tak faham.


“Phone.”


“Awak nak buat apa dengan phone saya?” tanya Ily. Telefon bimbit dilarikan daripada jarak tangan Zuhair.


“Trust me. I would not do something bad to you.” Ily hanya memandang wajah tampan itu. Manalah Ily tak cair dengan suara husky, alis mata redup Zuhair ni. Perlahan-lahan, telefon bimbit Ily dihulurkan. Zuhair membuka telefon itu. Password telefon Ily hanya Zuhair dan Rin sahaja yang tahu. Itu pun Zuhair sendiri yang ternampak dan berjaya membuka password kepada telefon bimbit Ily. Zuhair menekan-nekan sesuatu pada telefon bimbit Ily.


“Saya tak pernah tahu password phone awak” kata Ily perlahan. Zuhair mengeluarkan IphoneX-nya dan menunjukkan password telefonnya kepada Ily.

“Ni password saya. Kalau malas, just come to me and scan my face. Sayakan handsome” usik Zuhair. Ily sudah malas hendak melayan Zuhair.

“Sudah-sudahlah usik saya. Awak ni pun, tak boleh saya salah sikit.” Zuhair cuba menahan tawanya sebaik mungkin agar dia tidak membangunkan Baby. Ily sudah mengalihkan pandangannya ke hadapan. Duduknya di jauhkan sedikit daripada Zuhair. Tidak betah lagi diusik oleh Zuhair.
Zuhair hanya melihat perlakuan Ily. Tersenyum simpul bibir lebar Zuhair melihat kekasih hatinya merajuk.


“Sayang saya ni cantik sangat. Saya harap sangat tempoh pertunangan kita dapat dicepatkan. Supaya saya boleh menghargai kecantikan ini sepuas mungkin. Sebanyak yang saya mahukan pada bila-bila masa.” Bisik Zuhair perlahan, namun dapat ditangkap oleh pendengaran Ily.


Ily sudah mahu bangun meninggalkan Zuhair. Namun, Zuhair sudah memegang lengan Ily, menahan gadis itu daripada beredar. Telefon bimbit Ily diserahkan kembali. Ily mengambil telefonnya. Profil Instagram Zuhair terpapar. Gambar pertunangan mereka semalam dan selfie mereka tadi terpapar. Walaupun pada waktu ini, sudah ramai yang melihat memberi ‘like’ and komen. Ily membaca komen-komen tersebut. Ada yang mengucapkan tahniah dan ada yang tertanya-tanya bilakah majlis dilansungkan.


“Awak tak follow instagram saya pun. Jadi, saya yang followkan untuk awak tadi. Awak suka tak gambar tunang kita?” tanya Zuhair selamba. Ily sudah terduduk, tidak tahu hendak berkata apa lagi. Zuhair akan membuat segala apa yang dirancangnya. Ily membawa pandangannya ke anak mata Zuhair. Mereka melihat diri masing-masing. Cuba mencari apa yang terdetik di hati. Namun, Ily tidak pasti apa yang ada di dalam hati jejaka ini. Mereka baru sangat mengenali hati budi masing-masing. Masih banyak perlu dipelajari. Zuhair memberikan senyuman manis yang kemudian dibalas kembali senyuman itu oleh Ily.


“Saya sengaja memberi harapan kepada orang-orang yang pernah menghancurkan harapan kita untuk bersama dulu. Dan semalam, saya hancurkan kembali harapan yang saya berikan kepada mereka.” Ujar Zuhair perlahan. Tergamam Ily mendengar alasan Zuhair.


“Awak ni menyimpan dendam ke?” Zuhair melarikan pandangannya daripada soalan Ily.


“Bukan saya berdendam. Saya selalu dapat apa yang saya mahukan. Apabila ada orang buat saya macam ni, saya tak boleh mengalah” jawab Zuhair selamba. Ily beriak tidak puas hati.


“Ya, saya tahu awak tak suka dengan cara saya. InsyaAllah, lepas ni saya tak buat macam ni lagi okay.” Jawab Zuhair. Ily hanya berdiam diri. Tidak berani menegur. Siapa sangat lah Ily ni. Lagipun dia tidak benar-benar mengenali Zuhair untuk menegur sikap lelaki itu. Benda pun sudah lepas.


“Tapi, awak bagi saya kad jemputan yang sama dengan diorang punya.” Zuhair hanya tersengih.


“Tak, awak punya saya buat lain. Awak punya sama macam ahli keluarga saya punya. Kad jemputan awak masa berlainan dengan orang lain” Zuhair tersenyum dengan lebar.


“Kalau saya tak datang malam semalam?” tanya Ily lagi. Sengaja hendak mencucuk Zuhair. Mahu melihat sejauh mana Zuhair sudah mengatur segalanya.


“Tu sebab saya dah komplot dengan Rin. Saya akan pastikan dia berjaya memujuk awak.” Terus tangan Ily menepuk lengan Zuhair.


“Eii!! Sampai hati awak dengan Rin komplot ye! Tipu saya!” Zuhair sudah ketawa berdekah-dekah. Geli hati melihat telatah Ily yang mencuit hatinya.


“Kalau Rin tak berjaya?” Zuhair memandang Rin. Dagunya yang berjanggut pendek diusap-usap perlahan. Segala tingkah laku dan pergerakan Zuhair sangat kemas, kelihatan sangat matang. Kadang kala Ily terpegun melihat Zuhair. Kadang kala Ily malu kerana dia seperti lelaki pula. Selalunya, lelaki yang terpegun dengan kecantikan wanita. Bukan sebalikya.


“Saya akan minta tolong Mama dan Ayah bawa awak datang sini.” Jawab Zuhair yakin.


“Awak yakin Mama dan Ayah akan dengar cakap awak?” Ily masih tidak berputus asa mengasak Zuhair dengan soalan. Hanya sekadar melihat betapa bersungguh-sungguhnya Zuhair membuat perancangan untuk majlis pertunangan mereka.


“Saya yakin.” Jawab Zuhair tegas. Ily sudah mendapat jawapan yang dia mahukan. Zuhair bersungguh-sungguh untuk menjadikan Ily sebagai teman hidup. Ily tidak tahu bagai mana hendak dia mengucapkan terima kasih. Baby dipandang sekilas. Ily membongkokkan badannya, mengucup dahi Baby perlahan, penuh dengan perasaan sayang. Berkali-kali Ily mengucup anak itu. Mengharapkan wajah jejaka yang berjaya menawan hatinya yzang dikucup. Zuhair hanya memerhati. Tidak lepas pandangan Zuhair dengan setiap kucupan yang diberikan oleh Ily kepada Baby.


…………………………………………

“Mak cik, Zuhair nak minta kebenaran mak cik dengan pak cik untuk ambil dan hantar Ily ulang alik kampus dan asrama. Boleh?” straight forward aje Zuhair dengan Mama dan Ayah Ily. Mereka sekeluarga sedang minum petang di taman belakang rumah.


Tersedak Ily yang sedang menghirup teh panas. Melecur lidah Ily akibat tertelan air yang panas itu. Ily terbatuk-batuk akibat tersedak. Mengharapkan pertolongan seseorang untuk menghulurkan air sejuk. Zuhair sudah menghulurkan segelas air sejuk sambil menepuk-nepuk belakang Ily. Kata-kata maaf dibisikkan berulang-ulang kali kepada Ily. Beberapa pasang mata hanya memerhati, tersenyum simpul melihat hubungan kasih sayang yang tersulam lembut.


“Tak payah lah ber-makcik dan pakcik dengan kami ni Zuhair. Panggil aje kami Mama dan Ayah.” Tegur Mama tersenyum lembut.


“Betul tu Zuhair. Lagipun, baguslah kamu ambil berat tentang Ily ni. Iye lah, walaupun kami ni duduk Melaka, tak adalah jauh manapun dengan Kuala Lumpur tu tapi, tak senang juga hati tua kami ni bila memikirkan Ily seorang di sana. Kalau ada Zuhair, senang sikit hati kami. Adalah, orang tolong tengok-tengokkan.” Sambung Ayah Ily pula. Tangan sudah mengambil biskut kering sambil mencicah ke dalam air kopi kegemarannya.


“Ayah ni, tak payah lah nak susahkan Zuhair. Nanti apa pula cakap kawan-kawan Ily nanti? Rin ni pulak nak campak kat mana?” balas Ily berdas-das.


“Tengok tu Zuhair. Ada sahaja nak membantah. Tu sebab lidah melecur tu.” Semua orang sudah tergelak kecil mendengar kata-kata Encik Ridhuan terhadap Ily. Pipi Ily sudah memerah, bahang menanggung malu usikan Ayahnya sendiri.


‘Ish! Ayah ni! Bukan nak back-up aku, usik aku pulak!’ muncung Ily sudah keluar dan memanjang.


“Ehem Sayang, tak baik tunjuk muncung itik tu depan Mama dengan Ayah” tegur Zuhair lembut.


“Hmm, dengar cakap Zuhair tu Ily” tegur Mama pula. Muncung Ily disimpan kembali. Nak minum air teh pun tak boleh, lidah dah melecur.


“Apa Ily nak risaukan orang bercakap. Itulah sebabnya anak Mummy ni nak bertunang dengan Ily. Orang nak cakap apa, kamu berdua dah bertunang pun.” Ily memandang Rin pula, meminta bantuan.


“Don’t look at me babe. Kau nak risaukan aku buat apa? Aku tahu lah nak jaga diri aku nanti. Kau jangan risaulah” Rin sudah melambai-lambaikan tangannya sebagai tanda perkara kecil itu tidak penting pun baginya.


“Kenapa Sayang berat hati sangat ni?” Tanya Zuhair perlahan, telus mahu mendengar penjelasan Ily. Ily sudah teragak-agak hendak menjawab. Sudah lah dia tidak ada jawapan yang kukuh, hendak menjaga hati Zuhair lagi di hadapan semua orang. Mata semua sedang memandang mereka, menantikan babak-babak dalam drama ini berakhir.


“Eh, tak adalah. Mana ada berat hati. Saya okay je.” Jawab Ily perlahan sahaja. Semua yang memandang hanya tersenyum mengerti. Tiba-tiba Firdaus menyelit menghancurkan suasana yang aman itu.


“Hai, untunglah si Zuhair ni kan mak cik? Boleh ber-Mama Ayah dengan bakal mertua. Boleh bawa kehulur-hilir cik tunang yang manis ni. Adik manis, mahu makan apa?” Firdaus sudah menyakat Zuhair baik punya.


“Hai bro, tu lah, aku dah cakap, be a man bro. Talk to her. I know she will be fine. Sarah tu baik. Well, unless you are not that manly, melepaslah kau. Macam ni lah kau sampai bila-bila, tak merasa nak berkepit dengan tunang sendiri.” Tegur Zuhair sambil memulangkan paku buah keras. Ily di sebelah sudah menepuk-nepuk lembut peha Zuhair sambil mengeleng-gelengkan kepala. Tidak bersetuju cara Zuhair mengusik Firdaus. Nasib baik Sarah sudah pergi memetik bunga-bunga di taman untuk jadikan pewangi di dalam balang-balang kaca di rumah.


“Itu lah bro, kan senang kalau nak petik hati Sarah macam petik bunga kat taman tu.” Berat nafas Firdaus dilepaskan.


“Apa susahnya Firdaus, Papa dan Mummy Sarah pun dah setuju. What you have to do now, approach her slowly. Tegur sapa, usik-mengusik, kenal-kenal, barulah nak bercinta.” Nasihat Encik Ridhuan.


“Bukan saya tak berani pak cik. Saya takut Sarah tu tak sedia lagi. Dia muda lagi pak cik. Lagipun saya ni belum bersedia lagi nak mendirikan rumah tangga. Saya belum stable. Tak ada duit lagi nak sara keluarga.”


“Uncle pelik lah kau ni Firdaus, macam orang dulu-dulu pulak. Siap nak tunggu duit cukup, nak tunggu Sarah sedia. Bukan ke orang muda-muda sekarang ni, nak bercinta dulu, kenal-kenal dulu lepas tu terus kahwin. Keluarga kau pun bukannya uncle tak kenal. Bukannya tak berduit, berlambak. Pinjam aje lah dulu.” Sampuk Tuan Zairul pula.


“Saya ni Uncle, kalau boleh tak nak menyusahkan Mak Ayah saya. Susah nanti hendak berhutang-hutang ni.” Ucap Firdaus jujur.


“Suka hati kamulah Firdaus, tapi kalau Sarah dah berkenankan yang lain, jangan salahkan kami pula ya.” Nasihat Puan Zurina pula. Firdaus hanya teranguk-anguk tanda memahami. Zuhair sekeluarga tahu Firdaus ikhlas menyukai Sarah, namun Firdaus bertegas mahu menunggu. Mereka sekeluarga berharap sangat Firdaus dapat menjadi salah seorang ahli keluarga mereka.


“Ni, Papa dengan Mummy nak pesan dengan Zuhair dan Ily. Jaga diri baik-baik. Memanglah boleh pergi dan balik kolej sama-sama. Tapi jangan lah melebih-lebih pulak. Perkara yang perlu dijaga, kita jaga. Batas agama tu tetap ada. Faham ya?” Zuhair sudah teranguk-anguk namun pesanan sudah kejap di dalam fikiran. Tidak mungkin dilupakan pesanan penting daripada kedua-ibu bapanya.

……………………………………

Tangan Ily dilambai-lambai lemah melihat pemergian Ayah dan Mama. Ikutkan hati, mahu sahaja Ily balik ke Melaka. Cutinya hanya berbaki 2 hari sahaja lagi. Rumah kampung di Melaka sudah dirindui. Hajat dihati sudah di beri tahu, namun di tolak bulat-bulat oleh Mama yang menyatakan lebih baik Ily duduk di rumah Zuhair ini untuk lebih mengenali hati budi mereka.


Mahu sahaja Ily memprotes, namun Mummy dan Papa Zuhair ada bersama mereka. Nanti berkecil hati pula mereka. Tidak lepas pandangan Ily melihat kereta orang tuanya yang sudah lama hilang. Zuhair hanya melihat Ily yang termenung jauh.


“Sayang, dah lah. Janganlah sedih sangat. Nampak macam saya pula yang paksa awak tinggal kat sini.” Zuhair berbisik perlahan. Terasa meremang bulu tengkuk Ily apabila mendengar suara Zuhair dekat sangat.


“Emm, Zuhair, diri jauh sikit boleh?” Ily sudah berganjak setapak ke tepi, tak akan lah Ily nak tolak badan sasa Zuhair pula.


“Oooh, malu. Tapi tak apa, tak lama lagi bila kita kahwin, you will beg for my touch my dear. Every day and every night. You will never feel enough. And kita boleh balik kampong awak selalu.” Berdebar-debar hati Ily mendengar kata-kata Zuhair. Kedua-dua tangan digengam erat, cuba sedaya upaya menepis panahan mata redup Zuhair. Setelah tidak berdaya untuk terus memandang anak mata Zuhair, Ily terus melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Zuhair.


“Eh, Ily, nak ke mana tu? Asal kelam kabut sangat tu?” Tanya Mummy. Ily hanya terpaku memandang Mummy dan tergagap-gagap. Tidak tahu mahu membalas apa.


“Malu Mummy. Tadi Zuhair usik dia pasal kahwin, tu yang malu. Terus lari masuk rumah.” Tergelak-gelak Zuhair menjawab dari pintu rumah. Merah padam muka Ily. Pandangan tajam diberikan kepada Zuhair. Ily terus membuka langkah meneruskan larian anaknya ke arah bilik.


“Sayang! Nak lari mana ni?” Tanya Zuhair yang mengikut jejak langkahnya.


“Kenapa awak kejar saya ni? Janganlah ikut saya!” jerit Ily perlahan. Berharap Mummy tidak mendengar telatah aksi mereka.


“Mana ada saya ikut awak, ni kan laluan ke bilik saya jugak.” Ily sudah malas mahu melayan Zuhair. Berharap sangat Zuhair dapat hilang daripada pandangan matanya ketika ini. Tidak tertanggung malunya pada ketika ini. Belum sempat Ily hendak menutup pintu biliknya, Zuhair sudah menghalang pintu biliknya daripada di tutup dengan kakinya.


“Awak nak apa lagi ni Zuhair. Tak baik tau masuk bilik anak dara orang.”


“Saya tak masuk pun, saya seluk kaki je.” Zuhair masih dengan sengih di bibir. Panahan mata Ily tajam memandang Zuhair. Tangan dan badannya masih cuba menutup daun pintu biliknya.


“I am sorry Sayang. From the bottom of my heart, I am really sorry my dear.” Husky sangat suara Zuhair. Dekat sangat di sebalik daun pintu itu.


“Lagipun, saya nak ajak Sayang saya ni to one part of the house that you will love the most.” Diam sahaja Ily mendengar kata-kata maaf dan ajakan Zuhair. Kepala disandarkan pada daun pintu. Suara Zuhair seperti bergetar menembusi pintu bilk Ily. Pasti kepala Zuhair juga tersandar pada pintu ini. Hati Ily mahu ikut jejak langkah Zuhair. Namun rasa malunya sangat menebal atas usikan Zuhair tadi.


“Princess, will you allow me to open this door and follow me towards the Garden of Eden?” tergelak kecil Ily mendengar lawak Zuhair. Ily menghembuskan nafas perlahan, kalah dengan pujukan Zuhair. Badan dilembutkan dan dikalihkan daripada daun pintu. Zuhair menolak perlahan daun pintu. Tampan berdiri di hadapan bilik Ily. Langkah diatur menuju ke tingkat atas rumah itu. Zuhair menghentikan langkahnya di hadapan sebuah pintu kayu yang agam.


“Ready?” Tanya Zuhair.


“Whenever you are ready.” Jawab Ily. Zuhair tersenyum lebar lalu membuka pintu agam itu. Ily tergamam melihat ratusan buku-buku yang tersusun cantik di dalam rak-rak buku. Rak buku kayu yang tingginya daripada lantai hingga ke siling. Bermacam-macam warna buku tersusun rapi, berbagai ketebalan. Langkah Ily terus ke rak buku yang terdekat. Luas bilik itu, lebih luas daripada asramanya. Jari-jari halus Ily mengelus lembut susunan buku yang sangat kemas, seperti di dalam cerita-cerita orang putih yang mempunyai library yang sangat gah. Susunan buku yang mengikut bidang. Terdapat banyak tajuk dan bidang berlainan di rak-rak ini. Di hujung tepi setiap rak terdapat tonggol. Ily terus cuba memutarkan tonggol itu, rak dihadapan bergerak ke hadapan menunjukkan susunan buku rak di belakang. Ily terpegun melihat rak-rak buku itu. Tidak sangka terdapat lima buah rak lagi tersorok di belakang rak yang pertama. Dan masih berderet tersusun rak-rak yang lain di dalam perpustakaan itu.


Zuhair daripada tadi asyik memerhatikan Ily yang seolah-olah terpegun dengan dunia barunya sendiri. Cara Ily membelai buku-buku di rak seperti bantal empuk. Tangan itu juga cepat sahaja bermain-main dengan tonggol di tepi rak itu. Zuhair tidak berganjak daripada tadi, bersandar di daun pintu memerhatikan kekasih hatinya.


“Ehem, buat apa tu?” tegur Sarah tiba-tiba. Terkejut Zuhair dengan teguran adiknya. Terbang terus lamunannya memikirkan kekasih hati.


“Eh, Sar. Tak ada, Abang tak buat apa-apa. Saja tunjukkan dekat Kak Ily library rumah ni. Kenapa Sar?” Tanya Zuhair kembali untuk menutup malunya. Tangan diusap-usap bahagian belakang leher.


“Ni, Mummy suruh bagi hot chocolate ni dekat Kak Ily.” Sarah menghulurkan Zuhair dulang berisi air yang sudah desediakan.


“Untuk Kak Ily je ke? Abang punya tak ada?” sempat juga Zuhair mengusik adiknya.


“Untuk Abang Zuhair jugak lah ni. Ni, Mummy tanya, bila Abang nak balik sana?” tanya Sarah lembut.


“Petang esok, lepas asar” jawab Zuhair. Sarah hanya mengangguk dan berlalu. Zuhair meletakkan dulang di atas meja kecil di dalam bilik itu. Langkah diatur menuju ke arah Ily yang sedang khusyuk membaca buku sambil berdiri. Badan disandarkan pada rak buku. Cantik sungguh tunangnya seorang ini, simple je pakaiannya. Berskirt labuh putih bercorak bunga dengan t-shirt berlengan panjang. Selendang pastel labuh dibawa ke tepi, mengurai ke belakang.


“Sayang, jom minum. Sarah ada buat hot chocolate” ujar Zuhair perlahan agar Ily tidak terkejut. Namun, gadis itu seolah-olah tidak mendengar tegurannya. Sekali lagi Ily di panggil, masih juga tidak bernyahut.


“Sayang!” jerit Zuhair. Tidak terlalu kuat tapi cukup untuk menyedarkan Ily daripada lamunannya. Bukan setakat menyedarkan lamunan, terkejut terus sampai tercampak buku di tangan.


“Kenapa awak jerit?” tanya Ily terkejut.


“Sebab saya dah panggil banyak kali dengan suara yang penuh kasih sayang. Tapi awak tak dengar jugak. Tu yang saya terpaksa keluarkan suara garau jantan saya nak panggil awak. Ni, jom minum dan duduk baca buku tu. Nanti patah kaki tu macam mana?” ajak Zuhair lembut. Buku di kaki diambil. Suka baca novel cinta inggeris rupanya. Buku diserahkan kembali pada Ily. Mereka duduk di kerusi empuk di meja kecil yang terhidang dengan air tadi. Zuhair mengambil buku pilihannya, menemankan Ily kembali membaca buku. Senyuman di bibir Ily panjang di balik buku yang sedang di bacanya. Jejaka di hadapannya di pandang lama. Masa depannya kini berada di hadapannya.

…………………………………………..

Author’s Note:>

Hai guyz!! It has been a while. A long while. I have been real busy. So here it goes. Don’t worry, I plan to finish this book. So, enjoy!!!

Love,

Peony .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience