Chapter 16: Please Be Safe!

Romance Series 10064

-------------------------ILYANA POV---------------------

    Tiket penerbangan di tangan digenggam erat. Tiada perasaan melihat tiket itu. Selalunya dia akan keluar bercuti bersama ahli keluarganya. Siapa sangka dalam masa sebulan segala kebahagian dalam hidupnya boleh bertukar dalam sekelip mata. Tiket di tangan sebagai tanda kemaafan dan tiket untuk mengambil kembali hatinya. Hatinya yang dihancurkan sehingga tinggal serpihan di sana-sini. Hanya tunggu masa untuk dirinya mengutip serpihan hatinya sendiri dan membentuknya kembali. Dia sudah penat mengalirkan air mata. Perigi air matanya sudah kering-kontang. Begitu juga hati dan perasaannya ketika ini. Dia tidak mahu memikirkan tentang sesiapa pun. Mahupun tentang ahli keluarganya. Lagi-lagi tentang ahli keluarganya.

    Telefon bimbit bergetar. Sejak daripada semalam lagi Abang Firman cuba untuk berhubung dengannya. Ily sekadar memandang sepi gambar ahli keluarga Abang Firman yang jelas dengan kebahagian. Kebahagiaan yang Ily anggap boleh digapainya bersama Zuhair. Telefonnya berbunyi lagi. Ily mematikan telefon bimbitnya. Disimpan telefon itu didalam poket seluar. Tiketnya dibeli oleh Ayah. Hanya tiket pemergian ke Jepun. Tiket kepulangannya akan dibeli apabila Ily rasa sudah tiba masanya untuk pulang dan berhadapan dengan semua masalah yang ditinggalkan.

    Panggilan kemasukan ke pesawat menyedarkan Ily daripada terus melayan perasaan. Beg galas disandang. Hanya dokumen penting dan beberapa helai baju sahaja yang sempat dicapai sebentar tadi. Penerbangannya pada lewat malam menyebabkan kawasan di sekeliling pesawat itu lenggang. Ily mencari tempat duduknya. Kebetulan kerusi di sebelahnya kosong. Ily memandang keluar tingkap. Fikirannya bercelaru dan langsung tidak mengendahkan penerangan daripada krew pesawat tentang langkah keselamatan.

    “Ily.” Tersentak Ily apabila lamunannya terganggu. Tubuh Rin tegak berdiri di hadapannya. Ily terkejut namun pasti ini semua dalam rancangan Ayahnya. Hampir mustahil Ayahnya hendak melepaskan dia pergi ke Jepun seorang diri. Lainlah jika dia mahu pergi ke New Castle di mana Abang Firman boleh menjaganya. Ily mengalihkan pandangannya kembali ke luar tingkap. Tiada balasan daripada bibirnya.

    “Ily, kau cadang nak pergi mana di Jepun ni?” Rin melabuhkan punggungnya di sebelah Ily. Pesawat sudah berlepas. Tidak mungkin ada penumpang yang akan memnuhi tempat duduk di sebelahnya. Ily sebenarnya langsung tidak memikirkan tempat untuk dia duduk setibanya di Jepun nanti. Jika susah sangat, dia hanya akan tinggal di hotel yang pernah didiaminya bersama ahli keluarganya dulu.

    “Aku dah lama berangan nak bercuti dengan kau ke luar negara. Tak sangka tercapai jugak hasrat aku.” Rin dilihatnya cuba sedaya-upaya hendak melarikan diri daripada tajuk apa yang terjadi pada hari pernikahannya. Rin berada disebelahnya ketika itu. Mengapitnya hingga ke tilam yang dikhaskan untuk pengantin perempuan. Wajah dan aksi Rin juga tidak menunjukkan dia mengetahui perkara yang sebenar. Begitu juga dengan Ayah.

    “Aku minta maaf Rin.” Ily berbisik perlahan, lebih kepada dirinya sendiri. Dia tahu, Rin bersamanya di dalam pesawat ini atas permintaan Ayahnya. Pasti banyak lagi perkara yang Rin mahu lakukan semasa cuti semesta ini daripada menemaninya yang penuh emosi untuk menenangkan fikiran. Lengan Rin diseluk dan kepalanya di sandarkan ke bahu Rin.

    “Tak apa. Aku kan kawan kau.” Jawab Rin ringkas. Lama mereka berdiam diri. Rin menoleh ke sebelah. Ily sudah lena. Ada sedikit air mata bertakung di tubir mata itu. Kasihan Ily. Banyak dugaan yang harus dihadapinya selepas mengenali insan bernama Zuhair. Sekarang, Zuhair mungkin sedang bahagia disamping orang yang dicintainya selama ini dan sahabatnya ini sedang merana menelan semua perasaan.

    Telefon bimbitnya dikeluarkan. Tangannya pantas menghantar pesanan ringkas kepada seseorang yang dapat membantu mereka mencari tempat tinggal setibanya mereka di Osaka nanti. Tidak lama menunggu, pesanan ringkas masuk dengan balasan yang memuaskan hatinya. Setidaknya, mereka tidak lah tergapai-gapai di lautan orang Jepun.

    [][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

    Mereka berjalan menuju ke hotel yang pernah didiami oleh keluarga Ily semasa mereka bercuti di Osaka. Hotel yang berdekatan dengan Istana Putih di Osaka. Ily memilih tempat itu kerana kawasan istana itu membawa ketenangan kepadanya. Dia mahu lupakan segala yang telah berlaku di Malaysia. Segala yang telah berlaku antara dirinya dan Zuhair. Ily membuat pembayaran dengan kad kredit yang diberikan oleh Ayahnya.

    “Aku minta maaf Rin. Tempat ini sahaja yang ada di minda aku buat masa ini.” Rin menggelengkan kepalanya. “Tak apa, aku pun tak tahu nak duduk mana. Aku ada call saudara aku yang duduk dekat-dekat sini untuk tolong kita. Tapi dia kata dia busy sikit untuk 2-3 hari ni. Nanti lepas ni dia akan tolong carikan tempat duduk kita.” Ily agak keberatan dengan pelawaan Rin. Keberadaan Rin di sini pun sudah menyusahkan diri Rin, sekarang ini mahu melibatkan ahli keluarga Rin pula.

    “Tak menyusahkan ke Rin?” Rin sekali lagi menggelengkan kepala.

    “Tak apa. Saudara aku tu tak kesah. Lagipun kami dah lama tak berjumpa. He need a rest too from all his works” Rin meneruskan lagi bebelannya. Kelihatannya dia sangat merindui saudaranya itu. Ily hanya menganguk lemah. Hari itu mereka hanya keluar untuk makan dan kembali ke hotel untuk berehat. Ily terus membenamkan kepalanya ke bantal yang empuk selepas menunaikan solat jamak. Dia hanya mahu menuju ke destinasinya di taman yang menghijau dengan aliran air sungai. Rin di sebelahnya sibuk melayari internet melihat tempat yang menarik yang boleh dilawatinya. Ily sudah lena. Walaupun dia sudah cukup malah terlebih masa tidur di dalam pesawat, badannya terasa letih dan dia perlu tidur. Tidur untuk merehatkan badan yang terlalu letih. Merehatkan minda yang terlalu memberat.

    [][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

    Rin mengejutkannya untuk solat subuh. Waktu subuh di Jepun terlalu awal. Pukul 2.40 pagi. Musim panas menyebabkan waktu siang menjadi panjang daripada biasa. Ily kembali berbaring selepas solat 2 rakaat, mahu tidur kembali. Terlalu awal untuk pergi ke destinasinya. Rin turut menemaninya dalam lena.

    Mereka bangun kembali dan keluar untuk bersarapan. Ily terus membawa Rin pergi ke destinasinya. Rin hanya mengekori jejak Ily tanpa bertanyakan hala tuju Ily. Rin tahu pasti ada sebab Ily memilih Osaka sebagai destinasi untuk dia menenangkan fikirannya. Destinasi mereka sekarang pasti tempat yang dapat menenangkan hati yang terluka. Mereka menaiki dan bertukar kereta api di beberapa stesen. Ramai penduduk Jepun membanjiri stesen kereta api dan destinasi mereka. Mungkin kerana cuti musim panas adalah masa ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk meluangkan masa bersama.

    Rin membiarkan Ily berjalan di hadapan. Sejak daripada tadi Ily berdiam diri melalui perjalanan yang amat indah di taman Istana Putih Osaka. Tiada sepatah pun kata-kata dikeluarkan oleh Ily. Rin membuat konklusi sendiri bahawa wanita itu perlukan masa bersendirian untuk menenangkan fikiran yang bercelaru. Rin melihat ramai orang datang dan pergi disekeliling mereka. Namun bilangan manusia yang berpusu-pusu itu seperti tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Ily. Ily berjalan seperti tiada orang di sekeliling mereka. Bentuk badan wanita itu daripada belakang kelihatan lemah, membongkok kedalam dan kepalanya tergantung. Sepertinya mengangkut bebanan yang sangat berat namun tidak kelihatan di mata kasar. Ketara benar kemurungan Ily berbanding suasana yang meriah di sekeliling mereka.

    Ily akhirnya berhenti di sebuah bangku selepas penat berjalan. Waktu hampir senja. Rin meminta diri untuk membelikan mereka makanan. Tiada jawapan daripada Ily. Kemurungannya ketara. Ya, dia tahu dia sedang bermurung. Namun di kepalanya tiada apa yang terlintas. Fikirannya tidak membenarkan dirinya untuk merungkai kejadian beberapa hari lalu. Air sungai mengalir perlahan membuaikan alunan yang mendayu. Lampu-lampu yang mula dinyalakan menyinari lorong-lorong senja. Ily ada terdengar sebentar tadi daripada Rin yang mungkin ada pesta di kawasan itu. Ily membiarkan ungkapan itu berlalu. Tidak dihiraukan apa sahaja yang akan berlaku di sekelilingnya.

    Ada beberapa pasangan kekasih sedang hangat berasmara tidak jauh daripada tempat duduknya. Ily tidak mahu mengendahkan namun suara mereka terlalu kuat di telinga dan terlalu perit di hati Ily. Ily bingkas bangun meninggalkan bangku tadi. Kaki perlahan menapak ke bangku kosong agak jauh daripada bangku sebelumnya. Lama Ily berada di situ. Pemandangan yang damai walaupun tidak secantik seperti yang pernah dilihatnya sebelum ini, namun tempat ini cukup untuk memberi ketenangan pada dirinya. Dahulu di masa dia tenang, tempat ini penuh dengan bunga sakura cukup memberikan kebahagiaan dan memori indah kepadanya. Kini, di mana dia sedang bercelaru, tempat ini juga yang memberikannya kedamaian walaupun sudah tiada bunga yang memerah itu.

    Ily melipatkan kakinya rapat ke dada. Badan di kecilkan seperti mana kecil hatinya disebabkan pandangan dunia terhadap dirinya. Lama Ily menggelamun di situ. Telefon bimbitnya berbunyi. Dilihat panggilan daripada Rin. Dijawab tanpa kata.

    “Ily! Kau dekat mana ni? Aku cari kat tempat tadi kau tak ada pun.” Suara panik Rin kedengaran. Suara Rin terlalu kuat di telinga Ily. Ily mengeluh perlahan.

    “Aku pindah tempat lain.” Ily melihat sekeliling. Tiada apa yang boleh menjadi batu tanda tempat duduknya. Ily mengeluh perlahan.

    “Kau tunngu di tempat tadi lah Rin. Nanti aku datang sana.” Jawab Ily lemah. Dia masih tidak mahu meninggalkan tempat ini. Ily mengangkat punggung. Langkah dimulakan perlahan menuju ke arah Rin.

Tiba-tiba ada lengan merangkul pinggangnya. Ily menjerit sekuat hati apabila melihat seorang lelaki separuh abad merangkulnya kejap. Bau arak amat kuat daripada nafas mulutnya. Ily meronta dan menjerit cuba meminta tolong. Lelaki Jepun itu cuba mencumbuinya beberapa kali di beberapa tempat. Ily menolak lelaki itu kuat sehingga lelaki itu jatuh terduduk ke belakang. Ily memulakan lariannya pantas namun tidak cukup cekap dan tidak cukup jauh. Tudungnya direntap kuat sehingga kepalanya terhentak ke tanah. Kepalanya terasa bergetar seketika. Getaran yang amat kuat seperti getaran pukulan loceng yang amat besar.

Lelaki mabuk itu menghempap Ily. Merah muka lelaki separuh abad itu dengan wajah yang sangat bengis. Lelaki tadi menjerit kata-kata yang tidak difahami dekat di telinganya. Ily menjerit sekuat hatinya. Berulang-ulang kali dia menjerit sehingga tiada udara lagi di dalam dadanya untuk menjerit. Namun tiada orang di situ yang memahaminya atau mendengarnya. Dia tidak tahu ke mana pergi semua orang ramai tadi. Kenapa? Kenapa jeritannya tidak pernah didengari?

Lelaki itu cuba merentap seluarnya kebawah. Ily sudah berserah. Dia sudah berusaha dan dia sudah menyerah. Dia sudah tiada sesiapa dalam dunia ini. Jeritan, tangisan dan rintihannya tidak akan didengari. Tidak pernah didengari oleh sesiapa. Ily memandang ke arah langit yang terang. Keluarganya sudah hilang. Daranya bakal hilang. Kebahagiaannya bakal hilang selamanya. Bagaimana dia mahu meneruskan hidupnya selepas ini. Tiada air mata lagi untuknya. Air mata pun tidak menunjukkan simpati pada dirinya. Ily menutup matanya. Membiarkan kesakitan yang akan dialaminya berlalu.

Belum sempat kesakitan itu datang, lelaki yang menghempapnya direntap kuat dan dipukul teruk oleh seorang jejaka. Lelaki mabuk itu cuba melawan namun menyedari lawannya tidak dapat ditandinginya, terus dia melarikan diri. Ily masih terbaring di situ. Tiada kudrat hendak bangun. Posisinya yang kurang sopan itu dibiarkan sahaja. Walaupun dia tahu jejaka tadi sedang menunggu riaksinya. Mungkin menunggu ucapan terima kasih daripadanya namun tiada tanda-tanda bahawa Ily mahu bergerak.

Ily terasa mahu lari. Mahu lari daripada kehidupnya. Ily mahu mengakhiri kehidupannya di sini. Memikirkan perkara itu sahaja membuatkan Ily membenci dirinya sendiri. Benci dengan semua yang telah dilalui. Kenapa semua ini harus dilalui?

Ily terasa ada sesuatu yang menutupi bahagian pinggangnya. Dilihat kebawah dan terhampar jaket bewarna hitam yang melindungi bahagian zip seluarnya yang terbuka dan bahagian perutnya yang terdedah. Ily menoleh ke arah jejaka itu. Wajahnya tidak kelihatan dan hanya badannya daripada belakang dipamerkan. Memberi privasi kepada Ily untuk membetulkan seluarnya. Ily bangkit dan membetulkan seluarnya kemudian dihulurkan jaket tadi kembali kepada tuannya. Ucapan terima kasih diucapkan perlahan dalam Bahasa Jepun dan kakinya terus melangkah longlai ke destinasinya yang terbantut sebentar tadi.

“Cik” tangan Ily ditarik perlahan. Ily menoleh melihat jejaka yang menjadi penyelamatnya. Tiada perasaan apabila melihat wajah itu. Ily mendongak untuk melihat wajah yang mahu mengatakan sesuatu. Tiada kata yang keluar dari bibir nipis itu. Tangan jejaka itu pantas membetulkan posisi selendangnya yang terjatuh kebelakang mempamirkan mahkota yang selama ini dijaga dengan penuh teliti daripada mata-mata yang tidak berhak. Namun mahkota itu dilupakan sekejap akibat hati yang bercelaru dan insiden yang memalukan sebentar tadi.

Ily membiarkan sahaja jejaka itu membetulkan selendangnya sehingga menutup keseluruhan rambutnya. Namun selendangnya tidak berpin. Pin yang dimilikinya mungkin tercabut selepas direntap oleh lelaki mabuk tadi. Jejaka itu mengambil jaketnya dan disarungkan ke badan ily. Hood jaket itu dibawa ke atas kepala untuk memberi perlindungan kepada kepala Ily.

“Seorang gadis sangat indah jika bertutup dalam apa jua keadaan. Barulah layak digelar gadis.” Ily hanya memandang jejaka itu sepi. Tiada perasaan. Tiada ucapan terima kasih. Baru sahaja Ily mahu melangkah pergi, telefonnya berbunyi lagi. Nama Rin terpapar di skrin telefon. Ily menekan butang untuk menjawab panggilan telefon itu.

“Aku okay. Kejap lagi aku sampai” jawab Ily senada. Tidak semena-mena, jejaka itu menarik telefon bimbit Ily dan terus berbual dengan Ily. Ily sekadar memandang dan tidak bertindak. Jika jejaka itu mahu melarikan telefon bimbitnya pun, dia tidak akan membantah apatah lagi mengejar untuk mendapatkannya kembali.

“Rin. Abang Irhan ni! Abang jumpa kawan Rin ni tadi…” perbualan selebihnya tidak didengari oleh Ily. Suara jejaka itu jelas di telinga Ily namun tidak termasuk dalam fikirannya. Sepertinya Ily terlalu asyik dengan dunia yang dia sediri cipta. Dunia yang tidak ada masalah. Setiap yang berlaku tidak akan mendatangkan apa-apa impak padanya.

Jejaka itu menghulurkan kembali telefon bimbitnya. Ily menyambut dan meletakkannya kedalam saku seluarnya. Badan dipusingkan dan meneruskan perjalanan yang sudah entah berapa kali terbantut. Kali ini langkahnya berjaya sampai ke destinasinya untuk bertemu dengan Rin. Namun hampa apabila kelibat Rin tidak kelihatan. Ily melihat ke sekeliling, masih juga tidak kelihatan wajah mahupun susuk tubuh Rin. Jejaka tadi muncul entah dari mana dan menyuruh Ily untuk melihat telefon bimbitnya. Ily hanya mengikut arahan. Pesanan ringkas daripada Rin diterima sebentar tadi.

‘Ily, Rin balik hotel dulu. That guy yang selamatkan Ily tadi tu Abang saudara Rin. You can trust him and I asked him to escort you back to the hotel. So please listen to him and be back at the hotel early. Rin risau. Please be safe Ily!’ Pesanan ringkas Rin yang panjang lebar dibaca dan cuba difahaminya. Dilihat jejaka disebelahnya dan dibaca semula pesanan Rin. Selepas memahami arahan Rin, langkahnya mula diaturkan menuju ke arah hotel.

“Awak nak tunggu sini sekejap?” Tanya jejaka bernama Irhan itu. Ily menggeleng lemah. Dia mahu balik. Irhan melihat jam di tangan.

“Kejap lagi ada bunga api. Kita duduk sini dulu sambil tengok bunga api nak?” ajak Irhan. Ily tidak mengangguk dan tidak pula menggeleng. Ily hanya tercegat berdiri dan melihat Irhan sudah melabuhkan punggung di kerusi memaksa Ily untuk menjejaki. Ily melipat kaki rapat ke dada dan mununggu bunga api yang tidak mendatangkan sedikit pun keterujaan dalam dirinya.

“You want some?” Irhan menghulurkan takoyaki bersama sebatang lidi. Ily hanya memandang sepi huluran itu tidak berminat. Kepala didongakkan kembali untuk menunggu bunga api yang tidak muncul-muncul.

“You didn’t cry” Ily berpaling ke arah Irhan. Kepala ditundukkan untuk sembunyi daripada renungan hangat Irhan. Ily faham apa yang Irhan cuba maksudkan. Mengapa Ily tidak menangis selepas kejadian dia dirogol sebentar tadi. Ily tidak rasa dia mahu menangis disebabkan insiden itu jika hendak dibandingkan dengan insidennya yang dilaluinya sebelum itu. Buat masa ini, dia tidak terasa seperti mahu berkongsi seluruh pengalaman hidupnya bersama seseorang yang langsung tidak dikenalinya. Dia tidak terasa langsung hendak bercakap dan persoalan Irhan dibiarkan berlalu.

“Sorry” Irhan membiarkan persoalannya berlalu sepi. Bunyi letupan memecahkan kesunyian antara mereka. Kepada mendongak ke langit mengagumi keindahan Ilahi sekaligus mengagumi ciptaan manusia. Ily tidak pernah melihat bunga api sebesar itu mahupun sedekat itu. Ily melopong seketika. Menyimpan semua momen yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini. Walaupun keadaan yang perit ketika ini, namun suasana itu begitu indah untuk dibiarkan berlalu atau dilupakan. Lama pertunjukkan bunga api itu diadakan. Ily tidak tahu perayaan apa yang diadakan tetapi dia sangat kagum dengan apa yang dilihatnya sekarang. Sedikit sebanyak dia sangat bersyukur Irhan mengajak atau kata yang lebih tepat lagi menahan dirinya daripada balik semula ke hotel sebentar tadi.

“Hari ni adalah hari perayaan musim panas. Hari ini orang Jepun akan memakai kimono atau yukata dan keluar bersama pasangan atau ahli keluarga mereka untuk sembahyang dan menyaksikan pertunjukkan bunga api yang dinamakan ‘Hanabi’” Irhan berkata perlahan. Suaranya sangat rendah sehingga boleh dianggap berbisik. Ily tidak beriaksi. Terlalu asyik dengan keindahan di depan mata.

Selepas pertunjukkan itu habis, Ily masih mendonggak ke langit menantikan sambungan. Bahu Ily dicuit perlahan. Irhan sudah bangun dan mengajak Ily untuk pulang. Ily hampa. Baru sahaja dia mendapat sesuatu yang dapat menghiburkan hatinya, namun secepat itu juga ia berlalu. Ily mengikut jejak Irhan yang perlahan. Mereka melalui kawasan yang dipenuhi ramai pengunjung yang sedang menyaksikan persembahan yang diadakan di kawasan itu. Ily seolah-olah baru sedar dengan suasa meriah di sekelilingnya. Suasana pesta yang penuh dengan hiburan dan gerai-gerai yang dibuka yang penuh dengan makanan tradisional jepun. Orang-orang jepun yang cantik berpakaian kimono dengan terompah yang berbunyi sopan dan rambut dengan hiasan sanggulan yang indah. Mata Ily terbuka besar menoleh ke kiri dan ke kanan, cuba melihat sebanyak yang boleh.

Tangan Ily ditarik lembut apabila Ily cuba beralih ke sebuah gerai. Dilihat tangan Irhan sudah memegang lengannya yang bertutup. Irhan menggelengkan kepalanya. Ily menunjukkan wajah tidak faham.

“Rin dah tunggu di hotel. Kita dah lama sangat berada di sini. Nanti Rin risau.” Jawab Irhan perlahan. Walaupun suasana bising dengan ribuan orang, posisi mereka yang terlalu rapat membuatkan nafas Irhan sendiri dapat didengari di telinga Ily. Ily mempamirkan wajah hampa. Segala masalahnya hilang dan dia mahu berseronok pada malam ini. Irhan cuba memujuknya dengan janji bahawa mereka akan datang kembali apabila ada rezeki mereka. Ily sekadar menggangguk lemah. Dibiarkan Irhan menarik lengannya keluar daripada kesesakan manusia sehingga tiba di pintu bilik hotel. Irhan menekan loceng bilik dan Rin segera membuka pintu.

Rin terus memeluk Ily bersama bebelan yang tidak putus meluahkan perasaan risaunya tentang keadaan Ily. Rin menangis namun masih dikawal. Rin menyuruh Ily masuk dahulu untuk berehat dan membersihkan diri. Ily berpaling menghadap Irhan. Wajah tampan itu diperhatikan. Kali ini diteliti sepenuhnya. Wajah itu bersih, berkaca mata dengan anak mata yang memukau. Alis kening yang terbentuk cantik, kulit yang putih keperangan dan dihiasi dengan jambang yang dijaga dengan rapi. Barulah Ily sedar betapa tampannya jejaka bernama Irhan ini. Seperti sedar dalam lamunannya sendiri, Ily terus mengucapkan ucapan terima kasih kepada Irhan. Irhan sekadar menggangguk.

“Good night Ily.” Irhan berbisik rendah namun masih dapat ditangkap oleh Ily. Ily sekadar mengangguk tanpa membalas. Ily hilang ke dalam bilik membiarkan Rin berbual seketika dengan Irhan. Perbualan mereka tidak didengari oleh Ily. Ily membersihkan diri dan membenamkan diri di atas katil. Tidak lama selepas itu, terasa dirinya di peluk daripada belakang. Kehangatan badan Rin menenangkan.

“I am really glad that Irhan saved you. Ily jangan tinggalkan Rin lagi.” Bisik Rin perlahan. Ily terasa bajunya basah. Basah dengan air mata Rin dan Ily dijemput lena bersama sendu Rin menjadi dendangan angin malam.

[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]

Author’s Note

Hey there lovely… I am so sorry that I couldn’t update in time and late. Yes I KNOW! I am SORRY! Currently, I am in my final year of my degree and being that, make me have limited time to write. But I promise to continue writing until I finish this story. Please comment and vote for my first book.

I know this chapter is out of no where. But hey, that is the thrill! You just need to wait and see! Btw tell me if you like Irhan or Zuhair more okay! I want to hear your thought.

With love,

------peony------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience