Chapter 5 - The Ugly Duckling

Romance Series 10064

Ily hanya memandang buku teksnya dihadapan. Tidak sanggup hendak bertentang mata dengan Rin. Ily tahu Rin sedang memerhatikannya sejak tadi. Pasti ada sesuatu dibenak fikiran gadis itu. Pasti tentang Zuhair. Terasa sesak dadanya apabila diperhatikan begitu. Bukan dia tidak mahu menjawab pertanyaan Rin. Namun, Ily rasa dia masih belum bersedia untuk memberikan kata putus tentang hubungannya dengan Zuhair.

Rin menghela nafas berat. Bukunya ditutup. Rambutnya yang lurus dibetulkan. Peralatan untuk menulis dikemas dan Rin bangun daripada tempat duduknya. Ily diajak untuk ke kafeteria untuk makan. Diam. Mereka tidak berbual seperti selalu. Rasa berat sangat udara disekeliling. Susahnya apabila sahabat seorang ini marah. Seperti tidak senang duduk Ily dibuatnya.

"Rin, janganlah diam je macam ni. Ily rasa tak selesalah. Ily rasa sunyi." Tegur Ily memulakan perbicaraan. Nak tak nak dia perlu memulakan perbualan mereka. Jika tidak, memang senyap aje lah dunia Ily.

"Ily belum bersedia untuk bincang perkara ni lagi."

"Perkara apa? Rin cakaplah. Ily tak mahu kita dingin macam ni. Please." Pujuk Ily lagi.

"Rin bukan nak sibuk tentang hal Ily. Tapi Rin tak berkenan dengan apa yang Ily buat sekarang." Ucap Rin jelas tidak puas hati. Berkerut-kerut dahi Rin meluahkan perasaan. Pasti sukar untuk gadis itu untuk berterus terang.

Perit hati Ily ditegur oleh Rin. Seolah-olah tiada siapa yang menyebelahinya. Apa salah Ily?

"Apa yang Rin tak berkenan?" Suara Ily mula perlahan. Perlahan menandakan amarah yang sudah meronta mahu keluar daripada empangan kesabaran. Sudah penat dia melihat orang pandang sinis terhadap dirinya. Apa salahnya Ily buat apa yang dia suka? Salahkah dia berkawan dengan Zuhair?

"Rin tak suka tengok Ily keluar dengan Zuhair tiap-tiap hari. Kemana sahaja ada Ily pasti ada Zuhair. Sampai orang cakap Ily dengan Zuhair ni asyik berkepit je. Kalau nak cari Zuhair, suruh tanya Ily. Kalau nak cari Ily tanya Zuhair. Macamlah tak boleh tanya Rin. Bila tanya bercinta ke tak. Cakap kawan aje. Penat tau Rin nak menjawab pertanyaan peminat-peminat Zuhair tu." Berdas-das Rin menjawab. Sudah lama tersimpan dihati. Lebih baik dilambakkan sahaja kata-kata itu daripada dijeruk.

Berubah wajah Ily mendengar penjelasan Rin. Tidak sangka sahabat baiknya itu boleh berubah begitu sekali disebabkan persahabatannya dengan Zuhair.

"Kenapa Rin nak dengar orang cakap apa? Kenapa nak kena layan soalan diorang? Kalau tak nak layan, diam ajelah." Pedas kata-kata Ily. Mungkin Rin sudah penat mendengar orang berkata, tetapi tidaklah sepenat Ily yang sendiri dikata.

"Kenapa Ily nak marah? Tadi Ily tanya kenapa Rin macam ni kan? Ily ajak berbincang. Kalau Ily sendiri tak boleh nak lead perbincangan kita, lebih baik jangan mulakan. Rin dari awal dah tahu Ily masih belum bersedia untuk berbincang dengan Rin tentang Zuhair. But you insist! Bila Rin cakap, Ily tak boleh terima? Macam mana nak cari solution?" Rin masih bernada sama, tidak ditinggikan seperti hendak marah, tidak juga diperlahankan untuk sindiran. Hanya hendak menegur.

"You don't start what you can't finish my dear." Kata Rin lagi. Suaranya sangat lembut. Namun hati Ily tidak dapat menerima pujukan Rin. Sudu dan garfu diletakkan, beg digalas, kerusi ditolak kebelakang dan Ily terus beredar tanpa banyak bercakap.

"Talk to me when you have cool off your head" sempat Rin berpesan. Kenal sangat dengan perangai Ily yang memerlukan space sendiri apabila Ily marah. Ily tidak menjawab, terus beredar menuju ke perpustakaan. Tempat penenangnya.

Beg diletak di locker librarian dan terus Ily duduk di sebuah meja di hujung perpustakaan itu. Meja lama yang agak terlindung daripada kawasan awam. Meja itu terletak disebalik almari buku dan terdapat cahaya matahari daripada tingkap dihadapannya. Ily selalu duduk di situ. Jarang ada pelajar lain duduk di situ kerana terlalu jauh daripada pintu masuk dan hanya kamus lama-lama disusun di rak-rak sekeliling meja lama itu.

Kepala Ily diletakkan disebalik tangan diatas meja. Seperti mahu merintih. Ily ingatkan Rin cuba memahaminya. Rin selalu berpihak padanya. Rin tidak pernah membelakanginya. Ily juga tidak pernah terasa jika Rin menegurnya. Sehingga tadi. Terasa perit sangat apabila sesuatu yang diharapkan tidak disukai oleh orang yang penting dalam hidup. Terasa tidak tahu mana mahu dinilaikan diri. Betul ke? Salah ke? Kalau betul, kenapa marah? Kenapa ditegur? Kalau salah, kenapa salah? Orang lain pun berkawan.

"Iiiilyyy…" lembut suara garau itu menegur. Suara yang menenangkan jiwa. Tersenyum Ily. Suara itu dapat memulakan percikan di hati yang sunyi dan kosong. Ily mengelap air mata yang bertakung di tubir mata. Risau jika Zuhair perasan. Cepat-cepat wajah diangkat. Kepala dipusingkan. Jejaka itu sedang bersandar di almari lama dengan gaya bersahaja. Tangan di lipatkan ke dada. Kaki disilangkan. Tampan Zuhair ni. Tak boleh disangkal. Tapi Zuhair bukan miliknya.

"Kenapa duduk sini sorang-sorang?" Perlahan suara Zuhair bertanya. Ily hanya termenung melihat Zuhair. Kenapa susah sangat hendak berkawan dengan Zuhair ni? Tak layak kah aku? Jauh sangat ke perbezaan darjat kami?

"Ni memang port lepak saya. Awak tu buat apa dekat sini?" Zuhair tersengih, badan terus berpusing membelai ensiklopedia di rak buku.

"Saya nak cari buku." Jawab Zuhair selamba.

"Tak payah nak kelentong saya. Awak datang sini cari saya kan? Lagipun tak ada orang baca buku tu tau. Tak payah lah awak belai buku tu lebih-lebih." Lepas sahaja Ily bercakap. Zuhair mengangkat kening?

"Jealous ke? Nak saya belai awak pulak ke?" Tanya Zuhair. Merah muka Ily. Terasa seperti tomato hendak meletup. Pecah gelak Zuhair. Berdekah-dekah Zuhair mengetawakan Ily. Tidak sangka pula Ily jenis yang mudah malu.

"Saya main-main ajelah" sedaya upaya Zuhair menahan tawanya. Ily hanya terpaku memandang lantai perpustakaan. Sebenarnya Ily senang berkawan dengan Zuhair. Dia tidak terasa restricted dan Zuhair pun tidak awkward dengan Ily. Jika Zuhair ini tidak mempunyai banyak peminat yang dengki akan persahabatan mereka, mesti mereka akan berkawan baik. Ily kembali merenung wajah tampan Zuhair. Lama mereka berkawan. Pejam celik dah dekat 6 bulan. Sekejap sahaja masa berlalu.

"Ni dah kenapa ni?" Tanya Zuhair serious. Zuhair sudah masak dengan perangai Ily. Jika termenung itu adalah masalah negara yang difikirkan dibenak otak gadis itu. Wajah gadis itu diperhatikan. Kulitnya halus, hidung mancung itu sedikit kemerah-merahan. Tidak pasti akibat sejuk air-cond atau perkara lain. Mata yang tepat merenung wajahnya. Walaupun gadis itu tidaklah secantik gadis lain yang pernah dijumpanya, namun Zuhair sangat selesa berada di samping Ily. Hati gadis itu seperti unggun api di musim sejuk. Mampu mengembirakan dan memanaskan hati yang beku. Zuhair sudah lama mahu mengajak Ily menjadi kekasihnya. Namun dia masih nenunggu masa yang sesuai. Bagi Zuhair, Ily masih belum bersedia untuk meneruskan perhubungan mereka. Ily selesa mereka sekadar bersahabat.

"Saya ada kerja lah." Ily beralasan untuk mengelak daripada soalan Zuhair. Ily bergerak mahu melepasi Zuhair. Zuhair dengan selamba menghalang perjalanan Ily dengan hanya berdiri. Kaku. Ily cuba menyelinap di sebalik ruang-ruang kecil diantara rak buku dengan Zuhair. Nope. Ily mengeleng-gelengkan kepala. 'Kenapa besar sangat mamat ni?' Ily mencebik. Wajah Zuhair sekali lagi diintai. Besar sengih lelaki itu. Geli hati melihat Ily terkial-kial cuba melepasi dirinya.

"Zuhair, can you please move your big body so that I can pass through?" Sehabis lemak manis suara Ily memohon kepada Zuhair. Zuhair masih tersengih panjang dan perlahan-lahan dia memgelengkan kepala. "Nope"

"Ish, awak nak apa ni?" Tanya Ily hampir mahu menghentakkan kaki seperti anak kecil.

"You know what I want. Now, explain." Jelas Zuhair lagi. Tidak ada lagi nada berjenaka.

"You are not ready for this!" 'Hmm, macam pernah dengar aje ayat tu?' Kata Ily dalam hati.

"Try me. You will never know. I am born to be ready." 'Ceh, macho lah konon.' Bentak hati Ily lagi.

"Okay, maybe I am not ready to discuss about this. So, I would really appreciate if you can move your body and give me some space to pass through." Akhirnya Ily mengalah. Dia akui kata-kata Rin. Dia memang tidak bersedia untuk membincangkan perkara ini. Zuhair hanya melepaskan keluhan.

"Okay, lets forget about it. Jom teman saya pergi lunch." Kejadian makan tengah hari tadi terlintas di kepala otak Rin. Terus putus seleranya hendak makan.

"Saya dah makan tadi. Lagipun saya ada kelas kejap lagi and sekarang saya kena buat kerja library." Ujar Ily lagi, tidak memberi ruang untuk Zuhair bertanya lagi.

"Saya dah buat semua kerja library awak." Keras badan Ily. Perjalanannya terhenti. 'Macam manalah orang tak salah faham'.

"Terima kasih Zuhair. But next time, you may just leave the work to me. I can manage it just fine." Tegur Ily lagi. Terasa bersalah kerana seperti tidak benar-benar menghargai pertolongan Zuhair. Seperti menyalahkan Zuhair kerana hidupnya yang kucar-kacir. Ily tidak tahu apa yang harus difikirkannya. Tidak tahu mana yang baik, mana yang buruk. Serabutlah fikiran Ily. Langkah terus diatur ke locker, beg diambil dan kaki terus melangkah ke kelas.

Masalah cuba difikirkan. Penyelesaian tidak muncul juga.
……..……..…

"Class, this technique is brilliant but dangerous at the same time……" entah apa yang dibebelkan oleh pensyarah di hadapan tidak dihiraukan oleh Ily. 'Oh come on Ily! Wake up! I am not use to day dream like this inside the class.' Ily menampar-nampar wajahnya perlahan seperti memotivasikan diri untuk fokus dalam kelas. Pandangan dihalakan ke hadapan.

"Okay, lets take a break. We will continue our class after 15 minutes okay?" Tercengang Ily melihat pensyarah itu berlalu pergi. 'Orang baru nak semangat'. Tiba-tiba ada seseorang duduk di sebelahnya. Ily tidak terasa mahu bersosial sekarang dengan moodnya yang tidak menentu. Nanti ada orang lain yang terkena amarahnya. Badan ditoleh membelakangkan pelajar itu tadi.

"Ehem-ehem! Cik Ilya tak nak pandang saya ke?" Seperti kenal suara itu. Ily berpaling. Sekali lagi terbuntang matanya melihat Zuhair. 'Macam mana mamat ni boleh ada kat sini? Dia kan kelas lain' Zuhair mengambil fast track. Jadi walaupun mereka sebaya, namun Zuhair sudah setaraf dengan pelajar senior. Untunglah, beauty with brains lah orang putih cakap. 'But he is not mine' detik hati Ily sedih. 'Kenapa aku sedih?' Ily mula ragu-ragu dengan perasaan sendiri.

"Hai" ujar Zuhair pendek. Perasaan ditolak tepi, Ily fokus dengan masalah dihadapan.

"Hai." Jawab Ily pendek. Badan dikalihkan kembali kehadapan. Zuhair masih memandangnya.

"Ily, awak tak kasihan kan saya ke? Saya tak makan lagi. Saya tunggu awak habis kelas baru nak makan. Sekarang, awak tak nak pandang saya pun. Apa salah saya Ily. Jangan buat saya macam ni. Saya tak tahu apa salah saya. Please Ily." Zuhair merayu meminta penjelasan. Sedih Ily melihat perlakuan Zuhair. Kalau Ily yang tahu apa masalah pun sudah sebak, mahukan pula Zuhair yang tidak tahu-menahu tapi dipersalahkan.

Jam tangan diintai. Sudah pukul 4 petang. Biar betul Zuhair ni. Kalau Ily lah, mesti dah bergendang-gendut perut berbunyi. Badan Ily berpusing menghadap Zuhair.

"Kenapa tak makan?" Tanya Ily. Nadanya sudah mulai lembut. Kasihan pada insan dihadapannya.

"Saya tak selera."

"Kejap lagi kita pergi makan. Zuhair tunggu kelas Ily habis okay?" Berubah terus air muka Zuhair menjadi ceria.

"Okay." Zuhair masih tidak berganjak daripada tempat duduk.

"Zuhair, awak nak duduk kat sini ke tunggu saya?" Hanya angukkan yang diterima. Terlepas pen daripada tangan Ily. 'This man really do what he likes' kepala digeleng-gelengkan.

"Zuhair, awak tak boleh duduk dalam kelas ni. Nanti apa orang cakap." Kata Ily lagi, cuba memujuk Zuhair.

"Biarlah orang nak cakap." Balas Zuhair selamba. Ily sudah menaikkan bendera putih. Malas mahu melayan kerenah Zuhair. Kelas diteruskan selama sejam. Banyak soalan pensyarah dijawab Zuhair. Malu Ily mahu duduk di sebelah Zuhair. Sudah lah kelas ini bukan kelas Zuhair, Zuhair sahaja yang menjawab soalan. Nampak sangat mereka satu kelas ini tidak tahu apa-apa. Kemudian, semasa Zuhair menjawab, semua orang akan berpaling ke arah tempat duduk mereka. Zuhair duduk sangat dekat dengan Ily. Sehinggakan kadang-kadang siku mereka berlanggar. Ily cuba berganjak ke tepi. Namun Zuhair akan merapatkan jarak antara mereka. Ily berganjak lagi sehingga punggung Ily berada betul-betul di bucu kerusi, barulah Zuhair memberi ruang sedikit untuk Ily duduk dengan selesa. 'Dah macam kucing mengatal aku tengok si Zuhair ni'

"Well done young man, okay class lets end our class here and please make Zuhair as an example." Kata pensyarah mat saleh itu lagi dan dia pun berlalu pergi. Peralatan menulis dan buku-buku dikemas. Ily terus bangun mengikut Zuhair. Mereka melepasi sekumpulan pelajar perempuan. Meluat Ily melihat mereka tersenyum susu pekat manis kepada Zuhair. Kucing gatal dah mula nak mengawan lah tu. Zuhair hanya berlalu, tidak menoleh pun. Ily cuba mengejar Zuhair dengan langkah pendeknya.

"Muka tak seberapa macam ni pun ada hati kat Zuhair. Siap terkejar-kejar lagi mengekor bontot si Zuhair. Macam ni lah example orang terhegeh-hegeh girls. Great example!" Sakit telinga Ily mendengar mulut sampah itu bercakap. Badan Ily dipusingkan, melihat siapa yang bercakap. Melihat siapa yang mendengar. Kemudian Ily meneruskan langkah ke arah Zuhair. Zuhair mungkin tidak tahu apa yang dialaminya. Zuhair tidak perlu tahu. Tidak perlu selagi Ily mampu bertahan.

…….…….…………..

Perjalanan mereka ke restauran sunyi. Zuhair seperti faham Ily sedang mogok. Zuhair menoleh ke tempat penumpang. Ily sedang termenung keluar tingkap kereta. Zuhair membiarkan sahaja gadis itu berfikir panjang. Zuhair suka gadis yang berfikir. Tifak terburu-buru membuat keputusan. Keputusan yang menggunakan akal bukan perasaan.

Melihat Ily yang berdiam diri tidak memulakan perbicaraan. Pasti perkara yang bermain di kepala gadis itu tentang mereka berdua. Jika tidak, pasti Ily sudah mengeluarkan pendapatnya. Ily seorang yang expressive, mahu mengeluarkan perasaannya. Lebih-lebih lagi selepas mereka sudah selesa dalam perbualan.

Zuhair melihat wajah halus gadis itu. Sudah lama Zuhair menunggu untuk memberitahu tentang perasaannya terhadap Ily. Namun, Zuhair tidak mahu Ily lari daripadanya kerana tempoh perkenalan mereka yang terlalu singkat. Zuhair sudah bersedia hendak menjadikan Ily kekasih hati. Dia hanya memerlukan hint daripada Ily untuk meneruskan hubungan mereka kepada sesuatu yang lebih serious.

Kereta dipakir di hadapan Burger King. Perut Zuhair sudah terlalu lapar untuk memikirkan tempat yang sesuai untuk mereka berbincang. Zuhair terus ke kaunter untuk memesan makanan. Set burger yang paling besar dipilih untuk Zuhair dan hanya fries untuk Ily. Ini satu lagi perangai Ily yang tidak difahami Zuhair. Lantaklah, Zuhair sudah terlalu lapar untuk memikirkan hal-hal kecil sebegitu.

Zuhair terus duduk dan burger terus dijamah dengan nikmatnya. Kadang-kadang makanan sebegini mudah pun boleh memberi kenikmatan kepada sesiapa yang menghargai. Zuhair makan laju tanpa menoleh orang di hadapannya.

Tiba-tiba terasa seperti ada tangan halus membelai rambutnya. Tersentak Zuhair daripada mengunyah. Wajahnya ditolehkan kehadapan. Tangan Ily masih membelai rambutnya. Wajah itu termenung melihatnya. Terdapat air mata yang berkaca dan mengalir di pipi.

"Kesian awak. Lapar sebab saya." Lembut suara Ily. Beberapa usapan dan tangan Ily terhenti. Seperti tersedar perbuatannya yang aneh. Tangan terus ditarik dan muka Ily merah padam. Terdiam Ily melihat tangan sendiri. Zuhair apatah lagi. Ily bukan seorang yang suka-suka mahu duduk berdekatan dengan lelaki. Bertepuk tampar pun tidak pernah. Walaupun sudah berkawan lama, Ily masih menjaga perlakuannya bersama Zuhair.

Zuhair meletakkan burgernya. Mulut dilap dengan kertas tisu. Wajah Ily dipandang, cuba membaca dan memahami gadis dihadapannya itu. Perkataan maaf keluar daripada bibir merah itu. Air mata Ily dikesat dengan belakang tangan. Zuhair terasa bersalah, apakah yang sudah dilakukannya sehingga Ily menangis begitu sekali. Ily tidak pernah menangis! Tidak dihadapan Zuhair.

"Lets talk. Explain to me." Ujar Zuhair.

"Awak habiskanlah makanan tu dahulu. Kesian awak lapar. Lepas ni, kita cakap ya." Kata Ily lembut berbaki sebak. Manalah tidak cair hati Zuhair. Gadis dihadapan sedang berduka, namun perut Zuhair juga didahulukan. Zuhair tidak membantah. Takut tajuk perbualan mereka menjadi hangat, makanan dia nanti tidak sempat dihabiskan. Zuhair kembali mengambil burger dan sambung menjamah makanannya. Wajah Ily diperhatikan. Wajah Zuhair turut diperhatikan Ily. Mereka seperti berbual dalam diam. Masing-masing memahami pergerakan badan masing-masing. Selesai makan, Zuhair menyedut air milo dan mulut dilap. Jam tangan diperhatikan. Mereka mempunyai banyak masa untuk berbual kerana mereka sudah solat asar sebelum makan.

"Cuba Ily cerita dengan saya, apa masalah Ily?" Zuhair memulakan perbicaraan.

"Siapa awak Zuhair?" Berkerut dahi Zuhair. Kenapa Ily bertanyakan soalan-soalan begini?

"Siapa saya? Apa maksud Ily?"

"Di mana awak letak diri awak? Maksud saya di mana tempat awak di mata semua orang?"

"Saya seorang yang biasa. Macam Ily. Macam orang lain. Saya nak orang nampak saya berjaya dan saya akan buktikan." Jelas Zuhair. Masih ragu-ragu dengan soalan Ily. Anak mata Ily nampak telus. Tidak dapat dibaca ombak yang bergelora disebalik mata itu.

"Siapa saya? Siapa saya di mata awak?" Tanya Ily pula.

"Awak kawan baik saya. Seorang yang saya senang bersama." Jawab Zuhair ringkas.

"Siapa saya di mata orang ramai? Apa pendapat awak?"

"Awak seorang yang berterus terang, baik hati, rajin dan kawan saya." Bibir Ily mengeluarkan tawa kecil. Tergeleng-geleng kepala gadis itu.

"You have not been doing your observation carefully." Ujar Ily. Berkerut-kerut dahi Zuhair. Tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Ily.

"Look to my back on the right. There are group of girls. Take a minute to listen to them." Zuhair mengalihkan pandangan kepada kumpulan gadis yang dikatakan oleh Ily. Pandangan mereka seakan-akan meluat melihat meja mereka. Zuhair melarikan pandangan. Telinga dipasang.

"Kau tau, tadi si Ily tu siap usap-usap rambut Zuhair. Dah lah tu, Zuhair pun terkejut tengok si Ily tu meramas-ramas kepala dia. Lepas tu buat-buat malu pulak. Konon-konon tak sengaja. Nasib baik Zuhair tu baik hati tau. Kalau aku lah, dah lama aku tepis je tangan gatal si Ily tu." Kata seorang gadis. Zuhair tidak pasti yang mana. Dikalangan gadis itu, Zuhair cuba memerhatikan semua wajah mereka. Dihafal satu-persatu.

"I am not who you think I am Zuhair." Kata Ily lagi.

"We are not meant to be together not even as friends. Our position is so far apart. You are like an angel in people eyes. But I am just an ugly duckling. I do not fit anywhere. Lagi-lagi dengan awak." Tersenyum Ily menyatakan. Namun Zuhair tahu lirih hati gadis itu berkata-kata. Senyuman gadis itu pun kelihatan mengigil-gigil. Zuhair hanya mengangkat tangan tanda suruh Ily menghentikan perbicaraan. Punggung mahu diangkat untuk menegur mulut-mulut yang sibuk mengatakan hal orang lain.

Tangan Ily sempat berpaut di lengan Zuhair. Kepala sekali lagi digelengkan. "Please don't. They are not worth it." Zuhair kembali duduk dengan hati yang berat dan panas.

"Ilya, dengar sini. Mana ada orang main darjat-darjat lagi sekarang kalau nak berkawan? Awak ingat ni zaman kesultanan melayu ke? Kita dah maju tau, agama dah tersebar luas. Biarlah saya nak berkawan dengan awak. Apa salahnya."

"Orang masih bercakap Zuhair. Mulut orang kita tak boleh nak kawal. Mungkin awak tak rasa, tapi telinga saya dah bernanah dengar cacian orang tau. In this relationship, I am the bad guy. I will never win." Zuhair sudah tidak tahan mendengar kata-kata Ily.

"So you want our friendship to end? I will not end this Ilya. Not until you want to be my girlfriend." Kata-kata Zuhair muktamad. Dia sudah tidak tahan menunggu Ily yang mengambil masa terlalu lama untuk memahami isi hatinya. Sudah sampai masa dia berhenti mengejar Ily dan cuba menangkap hatinya. Terkejut Zuhair melihat reaksi Ily yang hanya tersenyum.

"Status kita tidak akan mengubah apa-apa." Zuhair terdiam. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya lagi. Logik kata-kata Ily. Tapi apa lagi yang harus dibuktikan kepada gadis itu? Kepala Zuhair buntu.

"Do you know that I have this idea that I would not be in relationship with a guy unless he has the intentions to marry me?" Ily berkata-kata. Zuhair cuba memikirkan kata-kata Ily. Bernas sungguh kata-kata Ily. Ikatan mereka yang sah akan menghentikan perbualan mulut orang ramai. Dilihat wajah itu. Ily berkata-kata seperti tidak mengharapkan apa-apa daripada Zuhair. Hanya sekadar info, namun tidak bermakna Zuhair tidak mengambil infomasi Ily dengan serious.

Zuhair terus berdiri. Dompet dan kunci kereta dikutip daripada di atas meja. Ily diajak balik. Terkejut gadis itu dengan tindakan drastik Zuhair. Enjin kereta dimulakan. Kereta menluncur laju tanpa sepatah kata. Sampai sahaja mereka di hadapan asrama perempuan, Ily turun dan berkata sebelum menutup pintu,

"Its been a pleasure to get to know the real you. Being your friend means a lot to me. For being a true friend, it worth more than a diamond." Setitik air mata jatuh dari pipi gebu itu.

"I hope I can be your friend forever. But i can't ignore my feelings towards you. I like you Zuhair. I really do." Tersedu-sedu Ily bercakap. Laju jantung Zuhair berdegup. Kata-kata yang sangat dinanti-nantikan.

"But we are not meant to be together. It just don't work for us. Saya minta maaf. Bye Zuhair. Semoga awak bahagia dalam hidup awak." Kata Ily lagi. Pintu kereta ditutup. Zuhair terpana. Tidak pasti apa yang harus dibuat. Dia perlukan masa untuk berfikir. Otak masih ligat berpusing. Zuhair bergerak pulang ke rumah. 'Aku akan bahagia Ilya. Kau tunggu. Aku akan buktikan dan kau akan saksikan kebahagiaan aku.' Ujar Zuhair.

,………………,………..

Author's note

Hello dearies, sorry for the late update. X de idea kejap, tu yang x update tu. Well, i hope u enjoy this new chapter.

Please vote and comments

Again, i wrote this chapter in novel plus and .

I am not sure of the book cover. If any of you have great idea, please do send it to me and i will choose it to make it as this book cover.

Love,

---------Peony------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience