Chapter 12 : Jangan Menghukum Sayang

Romance Series 10064

------- ILYANA --------

    Cermin panjang yang memantulkan kesuluruhan badan Ily hanya direnung kosong oleh tuan punya badan. Seluar boot cut hitam dikenakan dengan kemeja labuh bewarna pink salmon dengan tudung yang setona. Wajah di pandang. Tiada seri di situ. Ily tidak mengendahkannya dan terus menyeluk beg dan beberapa buah buku di ambil. Hari ini dia bersiap awal daripada biasa dengan niat untuk menaiki bas. Mengelakkan diri daripada Zuhair adalah cara terbaik untuk memberinya masa untuk memikirkan apa yang telah berlaku.

    Apabila difikirkan kembali, tiada apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua. Ily hanya perlu meminta penjelasan daripada Zuhair mengapa dia ditinggalkan begitu sahaja semalam. Tetapi mungkin bukan itu sahaja. Mungkin Ily perlu tahu tentang masa silam Zuhair terutamanya tentang kekasihnya. Walaupun sudah jelas Zuhair tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan bekas kekasihnya, namun Ily tidak mahu selalu memikirkan perkara ini sehingga menjadikan perkara itu sebagai bebanan di dalam fikirannya dan boleh merosakkan hubungan mereka berdua.

    Ily melangkah keluar daripada pintu lobi asramanya. Tubuh Zuhair sudah bersandar di sisi kereta. Senyuman manis terukir di wajah tampan itu. ‘Nope! Aku tak nak jumpa dia hari ni! No! Awak tak boleh senyum macam tu dekat saya!’ monolog Ily sendiri di dalam hati. Kaki melangkah laju ke tempat perhentian bas. Zuhair dengan selamba sahaja menghalang perjalanan Ily. Ily setapak ke kanan, Zuhair setapak ke kiri, Ily setapak ke kiri, Zuhair setapak ke kanan. Tangkas sahaja kaki panjang Zuhair bergerak mengikut pergerakan Ily.

    “Assalamualaikum Sayang. Saya datang pagi-pagi ni nak jemput awak. Jom kita masuk kereta.” Zuhair berkata lembut dan manis seperti biasa. Ily menjeling sekali ke arah Zuhair. Masih berbaki rajuk di dalam hati. ‘No! Aku tak akan makan dengan kata-kata manis dia ni! Tak Akan!’

    “Tak apa. Tinggalkan sahaja saya di sini. Macam awak tak pernah buatkan?” sindir Ily pedas. Zuhair sudah tersengeh menggaru-garu leher yang tidak gatal.

    “Semalam saya tertinggal, hari ni saya ambil lah balik.” Jawab Zuhair selamba. Sakit hati Ily mendengar usikan Zuhair itu. ‘Dia ingat aku ni buku ke ape? Sesuka hati je boleh tinggal pastu ambil balik’. Muncung Ily sudah makin panjang. Zuhair di sebelah sudah tergelak perlahan.

    “Allah, sayang. Janganlah merajuk pagi-pagi ni. Hal semalam tu, kita bincang dalam kereta ye. Please Sayang. Please.” Panjang meleret-leret perkataan ‘please’ Zuhair. Dimaniskan lagi dengan senyuman berderet mutiara putih yang cantik tersusun. Ily sekadar berpaling daripada wajah Zuhair. Malas hendak melajukan lagi degupan jantung yang sudah memulakan larian di pagi hari.

    “Kalau awak tak nak naik kereta saya, tak apa. Saya ikut awak naik bas pergi kampus hari ni. Tapi awak jangan terkejut lah kalau semua orang dalam bas tu tahu tentang hal kita semalam.” Selamba sahaja Zuhair berkata-kata. Pintu kereta dibuka selamba dan mengambil beg sandang di tempat duduk penumpang. Zuhair mengunci kenderaannya dan berjalan menuju ke tempat perhentian bas. Ily sudah memberontak sendiri di dalam hati. Tidak suka dengan idea dan tindakan Zuhair. Zuhair yang sudah beberapa langkah di hadapan, berpaling ke belakang melihat Ily yang tidak berganjak daripada tadi.

    “Lah, kenapa tak gerak lagi ni. Bas dah sampai dah tu. Cepatlah.” Zuhair sudah memanggil Ily sambil melambai-lambai tangannya. Ily masih tercegat disitu. Zuhair tersenyum lebar seperti dapat membaca apa yang ada di benak fikiran Ily. Zuhair menghampiri dirinya. Pisahan antara mereka hanya setapak. Ily tidak mahu berganjak, tidak mahu memperlihatkan dirinya mudah berundur dan kalah dalam pergelutan dingin antara dia dan Zuhair. Zuhair merendahkan badan sedikit membuatkan jarak wajah mereka makin dekat.

    “Sayang, cuba beri tahu pada saya, awak nak naik yang ini, atau yang itu?” Zuhair sudah menunjukkan tangan kanannya pada keretanya dan tangan kirinya ke arah bas.

    “Hmmph?” Zuhair mendekatkan lagi wajahnya. Ily sudah menjauhkan wajahnya. Kakinya cuba menapak ke belakang bagi mereganggkan jarak mereka. Namun sia-sia sahaja usahanya apabila Zuhair turut melangkah kehadapan mengekalkan jarak yang sangat rapat antara mereka.

    “Nak naik mana Sayang? Hmmphh?” kening Zuhair sudah terangkat-angkat. Tahu keadaan Ily yang malu dan terdesak. Muka Ily tidak payah cakaplah merahnya. Tangan Ily terus menaikkan buku di tangan. Menaikkan benteng keimanan yang memisahkan hubungan yang masih belum ada ikatan yang sah. Perlahan Ily menunjukkan jarinya ke arah kereta Zuhair. Zuhair terus tersenyum lebar dan berundur untuk membuka pintu di sebelah penumpang hadapan sambil menjemput Ily untuk masuk ke dalam keretanya. Ily membuka langkah berat menuju ke arah pintu dan melangkah masuk ke dalam perut kereta. Zuhair menutup pintu kereta dan terus ke bahagian pemandu. Hati Zuhair sudah bergendang ria melihat watak Ily yang malu sehingga merona wajah mulus itu. Zuhair tersengih sendirian menraikan kejayaan dirinya.

    “You look beautiful when you are angry” kata Zuhair dengan senyuman yang mengusik. Ily berpaling ke luar cermin kereta. Malas hendak melayan Zuhair. Sudahlah dia masih merajuk, Zuhair pula bukan hendak memujuknya kembali. Mengusiknya lagi adalah. Zuhair membuka lagu di radio. Pedal minyak mula ditekan perlahan.

    “Sayang, kita bincang tentang semalam okay?” Tanya Zuhair perlahan dan tenang. Tidak berdebarkah dia apabila hendak mengupas kembali kisah yang silam? Atau Zuhair sekadar tidak kesah? Ily sekadar mendiamkan diri. Tidak bersuara mahupun memberi isyarat bahawa dia bersetuju dengan cadangan Zuhair. Zuhair menjeling ke arah Ily.

    ”Bila?” Tanya Ily ringkas. Zuhair menoleh sebentar.

    “Bila apa? Bila kita boleh nikah ke? Tak sangka saya awak ni jenis yang tangkas menerkam ya? Macam harimau! Aaumm!” Zuhair bertanya sambil mengangkat-angkat kedua-dua belah keningnya. Ily sudah putus dengan kata-kata. Dipandang lama wajah Zuhair. Banyak kali difikirkan patutkah dia melepuk kepala Zuhair dengan kesemua buku di tangan? ‘tapi nanti kau yang menangis. Dapat suami dah rongak gigi depan!’ hati Ily masih bergelut.

    Akhirnya Ily mengambil keputusan untuk mengambil buku nota yang paling nipis dan menutup wajahnya daripada renungan panas mengusik daripada Zuhair. Tak apa, InsyaAllah tak luak pun kalau tak pandang Zuhair hari ini. Zuhair pada mulanya hanya tersengih panjang dengan tawa yang terlepas daripada sepasang bibir nipis itu. Sudah tahu Ily yang sudah berjaya disakat dan berada di dalam keadaan yang sangat tinggi tahap kesabarannya. Tawa Zuhair sudah reda dan pacuan empat roda itu bergerak membelah kesesakan lalu lintas menuju ke tempat pengajian mereka.

    “Kita lunch di luar hari ini. Kita bincang tentang hal semalam lepas lunch.” Muka Ily sudah berkerut. Ikutkan hati, dia tidak mahu keluar dengan Zuhair hari ini. Jika mahu berbincang, biarlah sekadar di dalam kawasan kampus sahaja. Jika dia terasa mahu balik tiba-tiba pun senang, ada sahaja kenderaan awam yang sudah diketahui. Baru Ily hendak membuka mulut hendak memberi alasan, Zuhair sudah menyampuk.

    “Saya tahu Sayang tak ada kelas kan petang ini. Tak perlu hendak beralasan panjang.” Ily sudah tergamam. Menyesal memberikan jadual kelasnya pada Zuhair. Pandangan dijatuhkan ke jejari di tangan yang sibuk bermain sesame sendiri sambil fikirannya cuba mengerah idea yang bernas untuk melarikan diri daripada keluar dengan Zuhair pada hari ini.

    “Sayang, saya tahu, apa yang saya buat semalam salah. But please listen to reason. Saya tak bagi tahu lagi kenapa saya buat macam tu dan sayang perlu bagi saya peluang untuk mempertahankan diri saya. Dalam apa sahaja hubungan ataupun keadaan sekali pun, awak tak boleh menghukum sesiapa tanpa mendengar penjelasan daripada orang yang awak cuba menghukum. Itu tidak adil sayang.” Jelas Zuhair. Lebih kepada merayu. Namun Ily seperti masih berkeras hati. Mulut masih lumpuh. Tiada suara.

    “Jika awak mahukan keadilan atas hak awak sebagai seorang manusia, sebagai seorang adik, sebagai seorang wanita, awak juga perlu berikan hak yang sama kepada orang lain. Awak tidak berhak untuk menidakkan dan mengambil hak mereka tanpa mendengar penjelasan. Kemudian awak terus menghukum orang itu. Life is about give and take. If you do not give something, you should not be expecting the thing you have not given to others.” Laju sahaja mulut Zuhair berhujah. Menegakkan hak lah. Apa lah. Bagi Ily, Zuhair hanya mahu memberi penjelasan. Penjelasan yang Ily masih belum boleh terima sebelum mendengarnya. Ily seperti takut mahu mendengarnya.

    “But you have no rights to make me listen to your reason right at this moment. I am not ready for your reasoning Zuhair. Can you give me time?” Ily membalas hujahan Zuhair.

    “Well, people says time heals. Tapi dengan masa juga, makanan boleh reput jika dibiarkan terdedah, tidak berbalut. Saya hanya mahu menjelaskan keadaan saya Ily. Saya tidak mahu awak fikir yang bukan-bukan tentang saya. Tolong dengar penjelasan saya Ily. Saya tidak perlukan jawapan apa-apa pun daripada awak pada hari ini. Please Ilyana.” Tangan Zuhair mengenggam erat stereng kereta. Pandangannya memandang ke cermin hadapan. Mungkin Zuhair tidak pernah merayu. Mungkin sukar baginya hendak merayu pada Ily.

    Kereta Zuhair memasuk kawasan pakir kampus induk. Ily cepat-cepat membuka tali pinggang keledar dan membuka pintu kereta. Belum sempat Ily memecut keluar, beg sandangnya di tarik kejap oleh Zuhair.

    “Boleh?” Tanya Zuhair pendek. Ily sekadar mengangguk kecil. Tidak sampai hati hendak mengecewakan wajah yang mengharap itu. Zuhair melepaskan gengamannya pada beg Ily.

    “Saya tunggu sayang.” Ujar Zuhair ringkas sebelum Ily menutup pintu kereta dan beredar meninggalkan Zuhair. Zuhair hanya mengeluh perlahan di dalam kereta. Muka diraup perlahan. ‘Aku tinggalkan dia tak boleh, dia lari daripada aku boleh pula.’ Detik hati Zuhair. Nasiblah badan. Sayang punya pasal, sanggup dia merayu. Sekadar mahu meminjam sedikit masa untuk memberi penjelasan. Jika ikutkan ego jantanya, mahu sahaja dibiarkan Ily dan ‘I need time’-nya. Biar sehingga Ily sudah rindu padanya nanti, pandai-pandai dirinya lah hendak memujuk kembali Zuhair.

    “Tapi, nanti dibuatnya dia tak tegur aku sebulan dua? Aduh. Parah aku nanti memendam rindu.” Pening kepala Zuhair memikirkan tentang hubungannya bersama Ily. Seperti sejarahnya berulang kembali. Tiba-tiba jantung Zuhair berdegup laju. Takut hendak merasa keperitan berulang kembali detik-detik hitam yang pernah dilaluinya dahulu.

{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}

    Ily bergegas mengemas barang-barangnya. Belum sempat pensyarah keluar daripada kelas, Ily sudah bangun menyusuli pensyarahnya untuk keluar. Niat di hati hendak mengelak daripada bayangan Zuhair. Sememangnya dia sudah berjanji. Walaupun Ily rasa bersalah kerana memungkiri janjinya bersama Zuhair, tapi hatinya kuat mengatakan bahawa dia belum bersedia mahu mendengar penjelasan daripada Zuhair.

    Ily menoleh sekeliling melihat kelibat Zuhair. Selepas Ily sudah pasti Zuhair tidak berada di kawasan yang berdekatan, Ily terus pecut mahu meninggalkan kawasan kampus. Baru 5 langkah, beg galasnya sekali lagi ditarik kuat. Hampir sahaja wajahnya tersembam pada dinding konkrit. Nasib baik Ily sempat menahan wajahnya daripada tersembam dengan tapak tangannya. Di dalam hati Ily sudah menyumpah seranah manusia yang berani merentap begnya tadi. ‘Tak ada adab ke apa. Sesuka hati sahaja hendak merentap beg orang. Kalau nak rentap pun, rentap lah hari lain!’

    Ily menolak kedua belah tangannya untuk berdiri tegak. ‘Eh, bergerak pulak dinding ni?’ kepala Ily mendongak ke atas. Pucat wajahnya. Seluruh tubuhnya beku tidak mahu kembali hidup di dalam dunia ini lagi. Di hadapannya kini, wajah tampan Zuhair yang tidak lebih daripada 6 inci daripada wajah Ily. Lama mereka merenung anak mata masing-masing. Kedua-duanya cuba sedaya upaya mencerna aksi terlajak mereka tadi.

    Bagai terkejut daripada tidur yang lena, Ily pantas menolak dada Zuhair yang diingatkan dinding sebentar tadi kuat. Terus dia berpusing meninggalkan Zuhair. Harapannya hendak mengelakkan diri daripada Zuhair punah. Tapi sekali lagi langkahnya tidak jauh. Tangan Zuhair tidak lepas daripada beg galasnya sedari tadi.

    “Sayang nak pergi mana tu?” perlahan sahaja suara Zuhair. Mungkin mereka masing-masing masih terkejut dengan kejadian tadi.

    “Saya nak balik!” tegas Ily.

    “Eh! Tak boleh! Awak kan dah janji dengan nak lunch dengan saya tadi?” kata Zuhair lagi. Tidak dilepaskan beg Ily.

    “Ish awak ni! Lepas lah! Apa main tarik-tarik beg orang ni!” marah Ily. Nasib baik sudah tiada pelajar di kawasan itu. Kalau tidak, mahu malu Ily berbulan-bulan.

    “Saya tak akan lepaskan beg sayang ni selagi awak tak ikut saya masuk kereta dan pergi lunch.” Kata Zuhair merayu. Ily berpaling menjegilkan matanya menghadap Zuhair. “Ikutkan hati saya, EEiii! Mahu sahaja saya gumpal-gumpal kepala awak ni jadi bola golf. Lepas tu saya pukul masuk tasik!” cakap Ily separuh jerit. Kemarahannya sudah meruap-ruap. Zuhair melihat wajah Ily dengan tangan kecil wanita itu terkepal-kepal. Tangan kecil itu kalau beri tumbukan pun pasti tidak memberi kesakitan yang padu.

    “Kenapa dalam tasik Sayang?” terhenjut-henjut bahu Zuhair menahan tawa kecil.

    “Sebab saya tak nak dah orang cari awak. Senang hati saya.” Zuhair sudah membuka tawa besar. Tidak sangka kemarahan Ily hanya membuatkan wanita itu mahu menghilang di dalam sebuah tasik golf. Apa lah sangat tasik cetek macam tu. Tak akan hilang anak melayu gagah macam Zuhair di dalam tasik tercemar begitu. Riak Zuhair membanggakan diri sendiri.

    “Okay macam ni. Kita masuk kereta. Saya belanja awak ais krim Baskin. Your favourite Praline and Cream. Ambil lah berapa scoop pun yang awak nak.” Zuhair tahu, makanan kegemaran Ily itu tidak pernah ditolaknya. Apatah lagi cuaca yang sedang panas terik ini. Ily pun sudah beberapa kali mengajak Zuhair menemankannya makan ais krim itu.

    Ily yang mendengar tawaran Zuhair itu menelan liur. Walaupun hatinya panas, namun tidak ada apa yang dapat menyejukkan hatinya melainkan ais krim kegemarannya itu. Jari Ily sudah berkira-kira berapa scoop supatutnya dia pesan supaya dapat mengajar Zuhair tentang kesilapannya.

    Sekali lagi Zuhair tersengih melihat gelagat Ily dengan jari-jemarinya yang comel itu. “Sayang. Jom kita pergi ke kereta. Nanti awak kiralah berapa banyak scoop awak nak dalam kereta ya.” Zuhair mengajak Ily lembut. Mereka berdua berjalan menuju ke arah kereta. Zuhair seperti dapat membayangkan masa depan mereka selepas bernikah. Pergaduhan kecil yang memerlukan pujuk rayu, usik mengusik daripada pasangan masing-masing. Dengan adegan terlajak mereka sebentar tadi, Zuhair sudah nekad. Mereka harus berkahwin secepat mungkin!

{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}}{}

--------------Puan Dahlia----------------

"Saya minta maaf ya Zurina. Bagi pihak anak saya, saya minta maaf sangat-sangat tentang apa yang sudah Ilya lakukan. Nanti hujung minggu ini saya dan suami datang ke rumah puan untuk kita bincangkan hal yang sepatutnya." Puan Dahlia memutuskan talian selepas memberi salam. Helaan nafas berat dilepaskan. Terduduk Puan Dahlia. Perasaan malu menebal di wajahnya tidak terkata.

"Awak ni dah kenapa Lia? Sedari tadi asyik mengeluh sahaja saya dengar. Cuba bincang dengan saya apa yang awak runsingkan sangat daripada tadi." tegur Encik Ridhuan. Puan Dahlia hanya memandang suaminya dan anak perempuannya, Ileen, masuk ke ruang tamu bersama dulang berisi hidangan minum petang. Berat hatinya hendak menyampaikan berita buruk itu kepada ahli keluarga.

"Mama nak teh?" pelawa Ileen. Puan Dahlia hanya mengangguk lemah.

"Mama ada nak bincangkan apa-apa dengan kami? Atau Mama nak bincang dengan Ayah dahulu. Ileen boleh keluar." Puan Dahlia hanya memandang anak sulung perempuannya. Setidak-tidaknya, dia masih ada lagi seorang anak perempuan yang tahu menjaga maruah keluarga.

Puan Dahlia menghirup teh panas perlahan. Cuba mengumpul seluruh kekuatan yang berbaki. Teh diletakkan di atas meja. Badan dikalihkan menghadap suami tercinta.

"Anak perempuan awak, Ily. Dia buat hal. Zurina call saya, dia kata Ilya dah buat perkara-perkara yang tidak sedap dimatanya. Jadi dia hendak nikahkan Zuhair dan Ilya secepat mungkin. Dengan cara itu sahaja Zuhair dapat mendidik Ilya dengan sewajarnya."

"Apa yang anak kita dah buat?" tanya Encik Ridhuan.

"Saya tak tahu abang. Zurina kata nanti kita pergi rumah dia hujung minggu ini dan bincang di sana. Saya malu abang! Saya tak tahu mana saya nak letak muka saya ini. Cara Zurina cakap tadi seolah-olah memberi maksud saya ini tidak reti nak didik anak saya sendiri. Saya malu lah abang!" Puan Dahlia sudah mengeluarkan tangisan yang jarang-jarang kelihatan. Encik Ridhuan sudah memeluk Puan Dahlia cuba memujuk hati seorang ibu yang terguris.

"Ileen dah dapat agak dah. Anak Ayah yang seorang tu bukan boleh percaya sangat. Dah elok-elok bertunang, boleh pula buat hal. Buat malu keluarga sahaja." kata Ileen selamba. Lagi kuat tangisan Puan Dahlia.

"Allah. Dah lah tu Lia. Kita bukan tahu pun apa yang anak awak buat. Cuba awak telefon anak awak. Minta penerangan dia. Ini tak tahu apa-apa lagi dah memandai-mandai buat andaian sendiri. Mana boleh macam ni." penat Encik Ridhuan memujuk Puan Dahlia. Anak perempuan yang dihadapan mereka ini pula, bukan hendak menolong. Lagi menghuru-harakan keadaan.

"Yang kamu ni Ileen, jangan nak memandai-mandai menghukum. Kamu pun bukan baik sangat pun. Kamu dulu lagi banyak buat huru-hara dalam keluarga ini. Jangan nak menunding jari pada orang sesuka hati." tegas Encik Encik Ridhuan. Terdiam sebentar Ileen. Sudah terkena batang hidung sendiri barulah boleh terdiam. Ileen terus mengangkat punggung beredar menuju ke biliknya.

"Dia tak angkat abang." sayu sahaja suara Puan Dahlia kedengaran di telinga Ileen. Puas hati Ileen. Selepas ini tidak lah dia seorang sahaja yang menjadi kambing hitam di dalam keluarga. Dengan babak-babak yang akan dibangkitkan oleh Ily, pasti Ileen akan merampas kembali takhtanya sebagai anak tersayang dalam keluarga ini.

'Itu lah Ayah. Manjakan sangat Ily tu. Tengok apa dia dah buat? Sudah baling najis di wajah keluarga lepas itu lari menghilangkan diri. Bagus sangat kan anak Ayah yang seorang itu!' tempelak Ileen di dalam hati.

"Sudah lah itu. Esok hari Jumaat. Lepas saya balik daripada kerja tengah hari nanti, kita terus gerak ke rumah Zuhair. Awak doakan sahaja semuanya baik-baik sahaja." ujar Encik Ridhuan tenang. Hati Ayahnya kuat mengatakan anaknya tidak bersalah. Tidak akan dipercayai kata-kata orang lain melebihi kata-kata anaknya. Dia lebih lama mengenali anaknya daripada orang luar.

Ileen yang masih memasang telinga tersengih sendiri. Dia perlu turut serta ikut dalam drama itu. Namun dia perlu bekerja sehingga lewat petang hari esok. Tidak mengapalah. Dia akan buat apa sahaja asalkan dia dapat memerhatikan kekecewaan di wajah Mama dan Ayahnya akibat tingkah laku buruk Ily.

{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}{} {} {} {} {} {} {} {}

------Peony--------

Hello to all readers! Selamat Hari Raya Audilfitri. Maaf Zahir Batin. Saya minta maaf sangat-sangat because i took a lot of time in writing this. Well, sebenarnya saya busy sangat. Tak sempat nak write. I am really sorry. But i really hope u give comments on my writings. Cause i do not know if readers dont like it or like it. So yeah.

I was wondering for a new guy character. But have no idea on naming it. So can u guyz give a name, a modern one and sedap didengar.

Thanx for reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience