Chapter 15 : Harapan Dan Mimpi

Romance Series 10064

-----POV Puan Dahlia---------

Berdebar hatinya tidak berhenti sejak malam semalam. Hampir pukul 3 pagi tadi barulah matanya dapat terpejam dan lena seketika akibat kepenatan. Dia tidak tahu hendak buat apa lagi.

Entah apa yang telah dibuat oleh Ily sehingga Puan Zurina yang sentiasa berbudi dalam pertuturannya boleh mengeluarkan kata-kata amarah sebegitu sekali. Ikutkan hati, mahu sahaja dia biarkan suaminya pergi bersendirian menghadap tomahan keluarga Zuhair. Namun tidak sampai hati mahu melihat suaminya seorang diri menanggung malu keluarga. Dikuatkan juga diri merempuh apa jua keadaan bersama suaminya.

Pandangan dilempar jauh ke luar cermin kereta. Tidak endah dengan pergerakan kereta yang searus mahupun menyonsang. Hatinya seorang ibu lain. Hati seorang ibu akan sentiasa mahu anaknya mendapat yang terbaik di dunia dan di akhirat. Sebolehnya biar dirinya dimakan tanah sekali pun, anaknya akan dilindungi dengan pokok yang tumbuh daripada tanah itu. Tapi kuatkah dia? Kuatkah dia untuk menjadi ibu yang menghasilkan pokok yang ratusan tahun lamanya?

Air matanya mengalir. Disapu cepat agar suaminya tidak nampak. Dia tidak mahu hati lelaki itu merana lagi. Sudah cukup apa yang sudah dilalui oleh suaminya dahulu. Mungkin dahulu suaminya perlu menempuh segalanya berseorangan. Namun kini, dia ade bersama untuk meniti bibit-bibit usia mereka yang tidak lama mana lagi.

Kereta pacuan empat roda itu berhenti di rumah agam milik keluarga Zuhair. Jika dahulu Puan Dahlia merasa kagum melihat orang melayu kita boleh memiliki rumah sebesar ini, tapi hari ini rasa itu tidak muncul sedikit pun disebabkan keraguan yang mengurung di dalam hati.

Debaran hatinya makin laju. Berpeluh dahinya walaupun pacuan itu mempunyai penghawa dingin yang berfungsi dengan bagus. Encik Ridhuan memakir kereta di tempat yang di sediakan. Berat hati Puan Dahlia mahu menjejakkan langkah keluar daripada kereta itu. Perlahan tangan kanannya digenggam oleh Encik Ridhuan. Puan Dahlia menoleh perlahan. Suaminya mengusap perlahan tangannya sambil tersenyum.

"Walau apa pun terjadi pada hari ini, saya nak awak tahu yang saya sayang awak sampai bila-bila." perlahan Encik Ridhuan bertutur. Kata-kata yang jarang didengar namun dia tahu kata-kata itu keluar dari dasar suaminya.

"Saya bersyukur sangat saya jadikan awak sebagai isteri saya. Awak sentiasa ada bersama saya. Awak beri saya kekuatan pada saya. Beri seluruh kepercayaan awak pada saya." badan suaminya sudah beralih menghadap Puan Dahlia. Wajah Puan Dahlia ditarik rapat dan dikucup dahi wanita itu. Rutin mereka setiap pagi sebelum Encik Ridhuan melangkah keluar daripada rumah untuk mencari rezeki.

" Hari ini, saya mahu pinjam lagi kekuatan awak untuk tempuhi apa jua keadaan yang akan kita tempuh sebentar lagi. Boleh Lia?" Puan Dahlia mengangguk-angguk sambil mengesat air matanya. Dia perlu kuat untuk suaminya. Dia perlu kuat untuk anak-anaknya.

Enjin kereta dipadamkan. Mereka keluar dan melangkah ke arah pintu utama rumah agam itu. Tuan Zairul sudah terpacak di situ menyambut ketibaan mereka. Encik Ridhuan bersalaman dengan Tuan Zairul. Mereka berjabat mesra dengan pelukan. Tuan Zairul tersenyum dan berbisik pada Encik Ridhuan. Puan Dahlia tidak berjaya mendengar kata-kata mereka namun kelihatannya bahu suaminya yang sedari tadi keras mula jatuh. Hati Puan Dahlia gerun melihat ketiadaan Puan Zurina untuk menyambut kedatangan mereka. Terasa memulas perutnya membayangkan kemarahan Puan Zurina.

"Jemput masuk Ridhuan, Dahlia. Mereka semua ada di ruang tamu. Zurina tengah buat kopi di dapur." Puan Dahlia sekadar mengangguk kecil. Pasti kopi yang dihidang sebentar lagi akan lebih pahit daripada manis. Kopi itu pasti panas menggelegak sehingga boleh melecur lidah mereka nanti. Macam-macam lagi perkara yang difikirkan oleh Puan Dahlia.

Sesampai sahaja mereka di ruang tamu, suasana terus tegang. Kelihatan Ily dan Zuhair terus terdiam dan duduk mereka keras. Tiada lagi suara santai yang didengarnya sebelum tadi. Puan Dahlia terus menuju ke sebelah kerusi Ily. Matanya tajam melihat anak itu. Encik Ridhuan mengambil tempatnya bertentangan dengan Ily dan Tuan Zairul disebelahnya.

Mata mereka semua mengarah pada Ily yang sibuk menggentel-gentel alas meja. Puan Zurina menarik tangan Ily untuk menghentikan perbuatannya itu sekaligus mengambil perhatiannya. Belum sempat Ily hendak bersalaman dengan kedua orang tuanya, Puan Dahlia sudah mengajukan persoalan yang sudak seminggu membenak dalam pemikirannya.

"Apa Ily dah buat? Mama tak pernah ajar Ily buat benda-benda tak elok. Kami didik Ily dengan ajaran agama yang cukup. Kenapa Ily buat kami macam ni?" bertalu-talu persoalan diajukan. Puan Dahlia perlu mendapat jawapannya sebelum dia perlu berhadapan dengan Puan Zurina seketika nanti.

{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}

------------Ilyana POV---------

Ily terdiam mendengar semua persoalan daripada Mama. Itukah yang difikirkan oleh kedua orang tuanya. Itukah pandangan dua insan yang sudah lebih 20 tahun membesarkannya? Mereka tidak mengenali lagi anak mereka ini sehingga mereka berfikiran begitu? Sejauh manakah mereka mengenali Ily?

Pandangan dialihkan kepada Ayah di hadapan. Ayah kelihatan tenang dan tersenyum. Papa di sebelah pula sekadang mengangkat bahu. Pasti Papa sudah meredakan keadaan dengan memberitahu perkara sebenar. Tapi bagaimana pula Mama tidak tahu? Tiada rahsia antara mereka berdua.

Pandangannya kembali menghadap renungan mata Mama. Sudah basah tubir sepasang mata itu. Hati Ily dicarik-carik. Dia tidak pernah membuatkan hati tua itu sedih kerananya. Bukan secara sengaja. Mengapa Mummy Zuhair sanggup membuat idea sebegini sekali? Tidak cukupkah sekadar mengajak mereka datang untuk berbincang?

Ily baru sahaja mahu membuka mulut untuk menjelaskan segalanya. Tirai harus ditutup. Penonton tidak menggemari lakonan yang ekstream. Hujung bajunya di tarik sedikit kuat untuk menarik perhatiannya. Zuhair disebelah menggeleng perlahan. Menghalang Ily daripada meneruskan aksinya. Pandangan Ily tajam pada Zuhair. Pandangan yang penuh marah kerana membuat hati Mamanya begitu sekali. Zuhair membalas pandangannya dengan tenungan yang lebih tajam. Mereka berlawan pandangan.

"Ily jangan tipu kami Ily." ujar Mama lagi dengan suara lirih sambil mengelap air matanya. Air mata Ily terus bergenang. Ditarik hujung bajunya yang masih dalam genggaman Zuhair menandakan dia memprotes dan dipeluk tubuh tua Mamanya. Jika tidak kerana Mummy sudah awal-awal lagi berpesan agar tidak membuka rahsia, pasti Ily sudah lama membongkarkan semua cerita.

"Lah, kenapa ni?" tegur Mummy sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu bersama sedulang air. Ily terus meleraikan pelukan dan mengelap air matanya.

"Mummy sudah lah tu. Ily tak sanggup nak berlakon lagi" suaranya tersekat-sekat keluar. Mummy terus duduk di sebelah Mama dan menggantikan pelukan Ily pada Mama.

"Lah, tak ada apa-apa lah Dahlia. Anak awak tak buat apa-apa. Anak awak baik. Sudah lah tu." Mama masih terhenjut-henjut bahunya. Mummy mengusap-usap belakang Mama lembut untuk menenangkan hati tua itu.

"Ily tolong ambil kuih di dapur." bisik Mummy di sebalik bahu Mama. Tugasan Mummy yang terbantut dipenuhi oleh Ily dengan rela hati. Dia perlu lari daripada situasi ini. Dia perlukan udara. Udara di dalam ruang tamu itu terlalu sedikit. Boleh semput. Ily melangkah ke dapur. Tangan menyapu kesan air mata. Air di singki dibuka untuk dilalukan ke wajah untuk menghilangkan kesan tanggisan. Tuala yang tersidai dicapai dan dilap kering wajahnya.

Tubuh dipusing. Terjerit sedikit Ily melihat tubuh Zuhair hanya beberapa inci daripadanya. Pandangan Zuhair tepat pada wajahnya. Cuba mecari riaksi diwajahnya. Ily menjatuhkan wajahnya. Dia tidak mahu Zuhair merenungnya. Dia terlalu tamak untuk memberikan Zuhair kesenangan itu. Pada ketika ini, dia terlalu marah untuk memberikan Zuhair apa-apa daripada dirinya walaupun secalit emosi. Wajah dikeraskan. Poker face. Tangan menolak tubuh Zuhair untuk ke tepi. Dia tidak mahu berkongsi udara bersama Zuhair.

Tubuh Zuhair keras seperti balak. Tidak berganjak sedikit pun. Ily tidak boleh bergerak daripada posisinya. Ily memandang wajah Zuhair. Riaknya masih sama. Membatu. Tiada suara pun yang keluar. Zuhair mengeluh perlahan.

"Sayang, please understand. I have no words against my mother in these matters. Please." rayuan suara Zuhair tidak diendahkan. Wajahnya tetap beku. Selepas seketika melihat Ily tanpa riaksi, Zuhair berganjak sedikit kebelakang untuk membolehkan Ily keluar dari perangkap manusia.

Ily melangkah ke arah kitchen island. Kuih didalam dulang dicapai. Dipandang wajah Zuhair lagi sekali.

"Yet you have not understand my feelings seeing my own mother cried out her heart due to my disgrace. I wonder how your mouth has been articulating words until now." Ily mengangkat dulangnya dan beredar. Dia tahu kata-katanya amat kasar. Namun dia mahu menyampaikan kesakitan hatinya sebentar tadi pada Zuhair. Biar dia merasai kesan perbuatannya.

Ily menapak masuk ke dalam ruang tamu. Melihat Ayah dan Mamanya sudah tersenyum dan tuada lagi air mata sudah melegakan hati Ily. Pasti segalanya sudah diterangkan oleh Mummy. Kasihan Mama.

"Sampai hati Ily komplot dengan diorang untuk kenakan kami. Mama dengan Ayah nak merajuklah macam ini." Mama sudah berpaling tubuh membelakangi Ily. Belum sempat Ily hendak memujuk Papa sudah menyampuk,

"Bukan salah Ily. Isteri saya ni yang ugut jangan bongkarkan rahsia. Itu yang mereka berdua kecut perut tu." tergelak Mummy, Papa dan Ayah. Mama mencuit peha Ayah perlahan.

"Kenapa awak gelak sama? Awak pun kena kelentong tau!" tanya Mama tidak puas hati.

"Saya dah tahu dah." terbeliak mata Mama mendengar jawapan Ayah.

"Awak pun ikut lakonan diorang ke?" tanya Mama sayu. Mungkin tidak sangka suaminya sanggup melihat dirinya berlinangan air mata dengan hati yang gundah gulana.

"Saya baru sahaja tahu. Zairul beri tahu saya tadi masa kita baru sampai." jawab Ayah selamba sambil meneguk air kopinya.

"Sampai hati awak tak beri tahu saya." Mama sudah menepuk peha Ayah perlahan. Padah akibat berahsia.

"Mana lah saya tahu awak nak buat drama ibu kesedihan depan kami. Saya tengok awak macam syok je layan perasaan, saya biarkan ajelah." Mama sudah terdiam. Tidak mampu berkata apa lagi.

"Awak pun! Kenapa beri tahu Ridhuan?" Papa pula kini ditepuk oleh Mummy.

"Mana ada saya beri tahu. Saya bagi hint aje. Lagi pun saya dan Ridhuan are brothers. No brothers lie to each other." Papa mempertahankan dirinya. Mummy sekadar menjeling tajam dan membuat muka menyampah. Ily dan Zuhair sekadar menjadi spektator. Masing-masing hanya mampu pamirkan senyuman. Tawa mereka tertahan akibat perang dingin sebentar tadi di dapur.

"Zairul kata ada rahsia tadi. Apa yang hendak dibincangkan sebenarnya?" tanya Ayah tenang. Usianya memudahkan pertuturan yang serius menjadi mudah.

"Macam ni Ridhuan. Si Zuhair ni, dia buat hal sedikit." semua mata mengarah pada Zuhair kecuali Ily.

"Dia hendak cepatkan tarikh pernikahan dan perkahwinan mereka." ujar Papa tenang. Mama terus kerutkan dahi. Ayah masih tidak beriaksi. Diam menunggu penjelasan lanjut.

"Bukan ke tarikh asal tidak lama lagi? Lagi 6 bulan sahaja Zuhair. Kenapa harus dicepatkan lagi?" tanya Mama prihatin.

"Betul Mama. Tapi lagi sebulan saya akan tamatkan pengajian saya dan mula bercuti dan pada masa yang sama, Ily juga akan bercuti. Jadi sebelum Ily masuk ke tahun akhir, Zuhair rasa lebih mudah jika kami selesaikan majlis kami dahulu." jelas Zuhair panjang lebar.

"Ily setuju? Tidak rasa sebulan ini terlalu cepat?" ujar Ayah pula. Ily menggeleng kepala perlahan.

"Ily setuju Ayah. Ily rasa idea Zuhair lebih baik daripada cadangan asal. Tapi Ily risau tentang persiapan majlis. Takut Ayah dan Mama terkocoh-kocoh mahu menyediakan segala persiapan." Ily bertutur lembut namun yakin. Wajah Zuhair dipandang sekilas. Mahu menunjukkan bahawa dia sudah nekad dengan keputusannya. Zuhair sekadar tersenyuman.

"Tentang itu, Mama dan Papa dah bincang. Jika Dahlia dan Ridhuan tidak keberatanlah, kami bercadang agar kita buat 1 majlis sahaja. Majlis nikah di Melaka dan kita gabung majlis sanding di sini. Boleh?" Ayah dan Mama berpandangan sesama sendiri.

"Kami perlu bincang dahulu tentang perkara ini. Nanti selepas kami dapatkan kata putus, kami beri jawapan boleh? InsyaAllah bagi kami sampai esok pagi nanti kami putuskan." Papa dan Mummy sudah terangguk-angguk membolehkan. Mereka semua berborak kosong sebelum semua beredar menuju ke kamar masing-masing untuk beradu dan menunaikan solat fardhu.

Ily terus menuju ke biliknya. Tiada kata-kata untuk Zuhair. Dia tidak mahu melihat wajah Zuhair lagi pada hari ini. Selepas menunaikan solat, telekung dan sejadah dilipat. Ketukan perlahan dipintu kedengaran.

"Sayang, awak dah tidur ke?" suara Zuhair kedengaran. Diam. Tiada suara mahu pun pergerakan dibuat. Ily tidak mahu berkomunikasi dengan Zuhair.

"Saya hendak minta maaf tentang hari ini. Saya tahu saya salah." Diam lagi. Ily berganjak menuju ke pintu bilik. Tangan dan telinga dilekapkan pada pintu. Perbuatannya penuh berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

"Tapi hari ini, sayang saya pada awak bertambah." Dekat suara Zuhair. Sepertinya bibir itu rapat pada daun pintu.

"Sayang awak pada Mama awak membuatkan awak sangat marah sehinggakan awak berubah sikap. Awak sangat defensive, ingin mempamirkan bahawa awak ingin melindungi sesuatu yang sangat beharga di hati awak." suara Zuhair perlahan. Namun mungkin kerana mereka hanya dipisahkan dengan sehelai daun pintu, maka bibit-bibit ungkapannya jelas di pendengaran Ily.

"Saya marah sangat tadi. Marah sangat sebab awak tak memahami keadaan saya." suara Zuhair bergetar. 'Itukah nada suaranya ketika marah?'

"Tapi, lepas solat tadi, saya fikirkan balik. Jika saya marah sebab awak tak faham keadaan saya yang terpaksa mendengar arahan daripada Mummy, awak pasti lebih marah apabila saya buat Mama sehingga menangis. No. You are furious." suara Zuhair bertukar sebak. Getaran suaranya bertukar rentak. Seperti kanak-kanak kecil yang mahu menangis namun sedaya-upaya menahan sebak di dada.

"Saya yang buat awak marah. Saya yang buat awak menangis." tersedu suara Zuhair. Ily kembali hiba. Tangan menutup mulut dan nafas cuba ditahan agar tidak didengari.

"Tapi dengan keadaan emosi sebegitu pun, awak masih mampu tersenyum di depan parents kita dan bersetuju untuk mengahwini saya dalam masa 1 bulan ini. Saya tak tahu nak buat riaksi apa." berjurai air mata Ily. Kadang kala kita tidak sedar apa yang kita lakukan. Namun orang disekeliling kita yang akan sedar setiap aksi yang kita lakukan.

"Saya hendak minta maaf pada awak. Tapi saya lebih nak bagi tahu awak yang saya sayang awak sangat-sangat Ily. Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Saya tak akan lepaskan gadis seperti ini daripada hidup saya." Ily sudah tidak betah lagi. Dia melangkah ke arah bilik mandi dan dilepaskan sedunya sediam mungkin. Dia sedih namun hatinya kembang dengan kesyukuran kerana Allah SWT telah memilihnya untuk disatukan dengan jejaka seperti ini.

Sepi seketika. Tiada lagi suara Zuhair dan tiada lagi sedu di bibir Ily. Ily beralih ke singki untuk membersihkan wajahnya. Wuduk diambil sebelum tidur. Langkah diatur ke katil yang empuk. Tangan terus mencapai telefon bimbit. Ada pesanan ringkas daripada Zuhair.

'Selamat malam Masa Depanku. Agar esok senyumanmu menjadi hadiah terbaik untuk diriku setiap hari??'

Ily tidak membalas. Sekadar blue tick sudah membongkarkan rahsianya bahawa dia mendengar segala ungkapan hati Zuhair di sebalik daun pintu tadi. Telefon bimbit diletakkan di tepi meja. Doa sebelum tidur dibisik. Liat sungguh lena hendak menjenguk namun sampai jua tidak kira masa.

{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}

Ucapan salam diberi perlahan. Tangan diangkat menghadap ilahi, memohon pertolongan daripada Yang Maha Esa. Alunan ayat merdu denhan kata-kata indah Al-Quran dialun. Mungkin tidak banyak, namun memadai. Telekung bertukar menjadi tudung. Ily terasa mahu melepak di balkoni di hujung koridor di luar biliknya. Dia harap Zuhair akan menyertainya setelah selesai rutin subuhnya.

Ily membuka pintu dan terjengul wajah Zuhair. Tersentak sekejap Ily. Terhenti sebentar nafas yang tenang sebentar tadi. Kemudian, dia teringat pesanan ringkas semalam. Wajahnya berubah memberikan senyuman lebar untuk memulakan harinya dan Zuhair. Tiada balasan daripada wajah Zuhair. Jejaka itu sedang khusyuk merenung. Selepas beberapa ketika, barulah Ily menegur.

"Assalamualaikum Zuhair." Zuhair seperti tersentak ditarik keluar daripada alamnya. Senyuman di balas. Memanaskan hati di subuh yang dingin.

"Walaikumussalam Sayang." lunak suara itu. Ily tiada kata. Berdiri tegak di situ.

"Sayang dah solat? Nak solat sama?" ajak Zuhair. Ily menolak ajakan Zuhair. Zuhair sekadar menggangguk dan meminta diri untuk menunaikan solatnya. Sempat dia berpesan pada Ily agar menunggunya sehingga habis. Waktu di telefon bimbit dikilas. Sudah berapa lama Zuhair menunggunya di hadapan pintu biliknya untuk mengajak untuk berjemaah? Mengapa tidak mengetuk sahaja pintu biliknya.

Ily duduk di kerusi yang menghadap keluar balkoni. Direnung bulan penuh yang masih kelihatan sebelum cahaya matahari melimpahkan sinarnya.

Kerusi disebelah ditarik keluar dari bawah meja. Ily tahu itu Zuhair tanpa menoleh. Haruman yang segar menandakan dia sudah membersihkan diri sebelum memulakan hari. Segannya Ily terhadap Zuhair. Ily sekadar memberus gigi dan mencuci muka. Mereka sekadar berdiam. Tiada kata yang keluar daripada mulut masing-masing. Mereka sedang menikmati pemandangan alam yang indah dan tenang. Mungkin jika menikmatinya seorang boleh mendapatkan ketenangan. Namun menikmatinya bersama terasa kebahagian menjenguk dihati. Biarlah bahagia itu berpanjangan seketika sebelum mereka perlu membuka mulut dan mereka tidak tahu apa natijahnya.

Selepas beberapa ketika, Ily berpaling ke sebelah. Zuhair sudah sedia memandangnya. Ily terus melontarkan senyuman. Entah sudah berapa ketika Zuhair sudah memandangnya.

"Wajah itu lebih indah apabila dalam tenang." jawab Zuhair sayup. Hembusan nafasnya menghangatkan wajah Ily.

"Wajah itu manis apabila garisan senyuman itu merekahkan sepasang bibir merah itu." Ily menolehkan badan sedikit, tidak betah terus berhadapan dengan Zuhair.

"Wajah itu molek dengan kemerahan di pipi yang penuh malu." Ily tidak betah duduk lagi. Boleh lemas dirinya dengan kata-kata Zuhair.

"Sayang, wajah ini yang saya hancurkan semalam. Wajah ini yang basah dengan air mata diakibatkan perbuatan saya." terdiam Zuhair. Lama selepas itu barulah Zuhair menyambung,

"Maafkan saya Ily. Saya sudah meminta maaf daripada Ayah dan Mama sejak semalam lagi. Mereka sudah maafkan saya. Apa yang perlu saya buat untuk mendapatkan kemaafan daripada awak?" telus suara Zuhair. Tepat dan jelas. Ily sekadar menghelakan nafas panjang.

"Saya tak perlukan apa-apa Zuhair." terang Ily lembut.

"Tapi saya perlu awak faham dan belajar menerima saya seadanya begini. Jika awak sakiti hati orang yang saya sayangi, walaupun awak sekalipun pesalahnya, saya akan buat awak faham betapa bencinya saya terhadap perbuatan awak." jawapannya bernada lembut namun tegas kata-kata amarannya. Dia tidak mahu dilihat seperti wanita yang lemah. Dia tidak dibesarkan untuk menjadi pengikut. Dia dibesarkan untuk jadi pemimpin, namun dalam rumah tangga, Ily mengerti bahawa seorang suamilah yang akan memimpin rumah tangga. Jadi Zuhair perlu tahu tahap yang perlu dicapainya sebelum Zuhair mahu menjadi suami Ilya Nadhirah.

"Saya faham Sayang. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya akan buktikan pada awak bahawa saya akan berubah sebelum kita bernikah dalam masa sebulan ini."

"Mungkin sebulan." jawab Ily selamba. Zuhair mengangkat kening sebelah tanda dia menyahut cabaran Ily.

"Saya yakin sebulan!" Ily sekadar menjengketkan bahu, tiada kepastian dalam kata-kata Zuhair. Takut memegang pada janji yang hanya sekadar kata-kata menyerikan bahasa.

Telefon bimbit Ily berbunyi memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Ily pantas menjawab panggilan dengan salam. Muka Ily berkerut sedikit apabila konversasi bersama pemanggil di hujung talian mula hangat.

"Buat apa kakak hendak datang? Tak penat ke?"

"Hmm, ye lah. Nanti adik hantar location." Ily mematikan talian. Nafas dihelakan perlahan.

"Kenapa macam tak suka je kakak awak telefon?" tegur Zuhair bernada lembut. Menyejukkan hati yang mula meruap di hati Ily. Entah kenapa, walaupun permintaan kakaknya itu sekadar mahu singgah di rumah Zuhair dan ikut berama pulang ke Melaka bersama Ayah dan Mama, namun Ily tidak suka dengan apa sahaja yang dilakukan oleh kakaknya. Padahal tidak salah pun perbuatan kakaknya itu.

"Tak gemar." jawab Ily pendek. Sebolehnya dia mahu perbualan itu berhenti di situ sahaja.

"Kenapa? Apa dia cakap?" desak Zuhair lagi. Ily mengeluh perlahan. Soalan Zuhair dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Lengan tangannya terasa ditarik sedikit. Wajah Zuhair dijeling sekilas.

"Awak ada problem ke dengan kakak awak?" tanya Zuhair. Ily menggeleng kecil.

"Tak ada lah." jawab Ily endah tak endah. Zuhair diam disebelah. Diam yang dingin. Ily mencuri pandang ke sebelah. Mata Zuhair tajam memandangnya. Dinginnya mata itu.

"Ily. Saya tak suka awak ketepikan saya dalam masalah awak dan keluarga. Keluarga awak bakal jadi keluarga saya juga dan masalah awak akan jadi masalah saya juga." jawab Zuhair tegas. Tiada tanda-tanda dia akan mengalah. Ily terdiam seketika, cuba menyusun kata.

"Saya tak rapat dengan kakak sejak kecik. Dia tak suka saya. Dia jarang ada dengan saya. Senang kata, dia tak pernah tolong saya. Kalau dia berbuat baik dengan saya, mesti untuk kepentingan dia jugak." 'Atau sengaja nak sakitkan hati aku.' sambung Ily dalam hati.

"Tadi dia call kata nak datang sini. Dia kata dia ada around KL. Dia nak datang dan drive Ayah dan Mama balik Melaka." jelas Ily lagi.

"Saya tak nampak pun masalah dengan idea kakak awak itu. Dia offer nak tolong Mama dan Ayah. Biarlah dia datang pun. Boleh juga saya kenal-kenal dengan dia." Ily sekadar mengangguk perlahan. Hatinya terasa berat dan tidak senang hati. Dia tidak mahu kakaknya datang ke tempat itu. Dia tidak mahu berkongsi Zuhair dengan kakaknya walaupun sekadar sekilas pandang.

{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}{}

"Ileen kata dia mahu datang?" tanya Mama. Ily sekadar mengangguk dan melihat wajah riang Mamanya. Jelas benar hati Mamanya yang sentiasa memilih kakaknya sebagai anak kesayangannya. Mungkin orang yang memandang tidak akan nampak beza layanan Mama terhadap Ileen atau Ily. Namun sebagai orang yang menerima layanan, Ily terasa perbezaannya.

"Bagus juga tu. Kurang sikit letih Ayah hendak memandu." sampuk Ayah pula. Ily masih berdiam diri. Jantungnya semakin sarat. Sejak daripada tadi dia memikirkan alasan agar kakaknya boleh membantutkan rancangannya hendak singgah ke rumah Zuhair. Namun semua alasannya pasti akan dapat dikesan oleh Zuhair pantas.

"Tuan Zuhair, ada tetamu minta kebenaran masuk ke permis. Nama Ileen, wanita berumur 25 tahun." terang seorang pembantu yang baru masuk ke ruang berlegar keluarga. Zuhair memandang Ily yang hanya menggangguk kecil membenarkan apa yang berada didifikiran Zuhair.

"Benarkan dia masuk. Tolong jemput wanita itu masuk hingga ke sini ya Hairel." jawab Zuhair lembut. Tiada suara memerintah di situ. Hanya meminta pertolongan.

"Baik Tuan Zuhair." Hairel tersenyum panjang dan beredar pergi. Zuhair dan ahli keluarga mereka yang lain berborak kecil. Bagasi Mama dan Ayah sudah siap diletakkan di tepi pintu untuk dimasukkan ke dalam kereta. Disebabkan esok hari bekerja, Ayah dan Mama hendak terus pulang sebaik sahaja Ileen sampai.

"Assalamualaikum! Mama! Ayah!" suara Ileen berteriak membingitkan telinga Ily. Walaupun Mama dan Ayah tidak memberikan riaksi yang tidak menyenangkan, namun Ily sudah meluat mendengar suara kakaknya yang mengada itu. Ileen bersalaman dan berpelukan dengan kedua orang tuanya. Kemudian dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mummy pula. Ily tidak dihiraukan. Tiada salam atau bertegur sapa. Ily melihat riksi Zuhair. Zuhair tidak beriaksi. Mungkin dia turut merasa jelik dengan telatah Ileen.

"Cantiknya rumah Auntie dan Uncle ni. Tak pernah Ileen masuk rumah sebesar dan secantik ini. Bertuahnya Auntie and all your child dapat Uncle yang hebat dan kaya." puji Ileen lagi. Mummy dan Papa sudah tersipu-sipu dengan pujian Ileen.

"Boleh ke Ileen panggil Auntie dan Uncle je? Ke nak panggil Tuan dan Puan?" kata Ileen lagi.

"Eh tak payah lah Ileen. Boleh je nak panggil kami apa pun." bantah Mummy

"Kalau macam tu, Ileen panggil Auntie dan Uncle macam Ily panggil Auntie dan Uncle lah. Ily panggil apa?" terbeliak mata Ily. Biar betul kakaknya yang seorang ini.

"Lah, boleh je. Apa salahnya. Ily panggil kami Papa dan Mummy. Ileen pun boleh panggil kami Papa dan Mummy. Nanti kami akan jadi keluarga Ileen juga." jawab Mummy pantas. Tidak sempat Ily mahu membantah. Ily memandang Zuhair meminta pertolongan. Menghentikan segala lakonan Ileen ini. Namun Zuhair masih tegak berdiri tidak memberikan apa-apa riaksi. Terkejut sangatkah dia melihat perbezaan perangai antara Ily dan Ileen.

"Ohh, yang ni mesti Zuhair kan? Bakal adik ipar Ileen?" terbeliak mata Zuhair apabila Ileen berdiri terpacak berhampiran dengannya.

{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}

------------------Zuhair POV---------------

'Kenapa dia? Kenapa dia? Tak mungkin dia! Macam mana dia boleh ada kat sini? Macam mana dia boleh tahu mana rumah aku!' Zuhair membeku menidakkan segala kejadian di depan mata. Kejadian yang dia mahu elakkan. Kejadian yang suatu ketika dahulu menjadi mimpinya. Mimpinya untuk bertemu dengan wanita itu.

-----------Author's Note---------

Hai guyz, thank you for reading my book. It is a long chapter to redeem my lateness in updating. I am currently busy with my life. But i keep trying to write so this story will never be on hold.

As a reminder, i post this in both and novelplus. Please do comment, vote and follow me alright!!

Love,

Peony

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience