Chapter 6 - A Garden Tepee

Romance Series 10064

Mencurah-curah air mata Ily jatuh ke pipi. Selebat air hujan yang menghempas bumi di luar bangunan asrama mereka. Dibiarkan sahaja orang lain melihat dirinya menangis di dalam lif tadi. Biarlah apa orang nak cakap. Esakan Ily mula kedenagaran selepas kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Beg dijatuhkan daripada bahu. Terasa berat dunia ini. Esakan dan air matanya tidak boleh berhenti. Tidak mahu berhenti. Mengalir seperti empangan yang pecah. Lama Ily duduk teresak-esak di sofa seorang diri. Melihat hujan lebat di luar seperti mengambarkan hatinya yang terluka.

Ily menangis lagi. Bunyi pintu dibuka dan Rin muncul memberi salam. Terkejut gadis itu melihat sahabatnya yang sedang cuba mengelap air mata menghilangkan bukti kesedihan. Terus Rin memeluk Ily. Terdiam sekejap Ily melihat perlakuan Rin.

'Kenapa orang macam Rin ni dapat kawan macam aku?' Anak mata Rin yang jelas risau dengan keadaan Ily membuatkan Ily sebak. Sekali lagi Ily menangis seperti anak kecil. Rin memeluk sahabatnya. Bahu ditepuk-tepuk perlahan, cuba memujuk supaya berhenti menangis. Namun Ily tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Rin tidak memaksa. Biarkan hati yang lara melepaskan kesengsaraannya. Ombak yang gelora perlu menghempaskan diri di tebing pantai. Jika tidak, pasti air laut tidak akan tenang. Begitu jugalah hati. Tidak selamanya mampu menahan gelojak perasaan. Perasaan perlu diluahkan, dalam apa cara sekali pun, agar ia dapat bertenang.

Setelah lama Ily menangis, barulah tangisan gadis itu perlahan. Masih belum berhenti. Mereka masih berdiam diri. Kepala Ily sudah berada di pangkuan Rin beralaskan bantal. Sejak dari tadi posisi mereka begitu. Rin memujuk, seperti ibu yang sedang mendodoikan anaknya tidur. Rin tidak bersuara. Tidak pasti Ily sudah bersedia untuk soalannya.

"Betul cakap Rin." Ily memulakan perbicaraan. Sayu suara itu. Tenggelam timbul dengan deruan hujan di luar.

"Kami tak sesuai mahupun sekadar berkawan." Rin sudah dapat mengagak apa yang berlaku.

"Apa dah jadi? Kenapa Ily menangis sampai macam ni sekali?" Ily jarang menangis. Hanya sekali sahaja Rin pernah melihat Ily menangis. Itu pun semasa mereka menonton movie korea 'Miracle Cell No. 7' semasa ayah kanak-kanak itu menuju ke tali gantung. Ketika itu pun hanya setitis dua sahaja air mata Ily keluar.

"Dia tak berniat pun untuk berkawan Rin. Dia nak lebih." Rin hanya mengusap-usap bahu Rin.

"Habis tu, kenapa sedih?"

"Dia tak ber…-niat un…un..-tuk ja-ja..-jadikan hubungan ini su-su..-suatu yang sah." Tersedu-sedu Ily mengatakan perihal yang sebenar. Perit hati Ily bila mengenangkan reaksi Zuhair sebentar tadi. Zuhair seperti sudah menutup hatinya untuk Ily. Tiada ruang langsung di hati Zuhair untuk mereka. Mahupun sekadar berkawan. Zuhair seperti sudah nekad untuk meninggalkannya. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut Zuhair selepas Ily mengatakan yang mereka tidak boleh berkawan.

"Macam mana Ily tahu dia tak nak? Ily tanya dia?" Soal Rin ragu-ragu. Hanya angukan daripada Ily diterima sebagai jawapan. Ily mula bercerita kepada Rin. Tiada apa yang tertinggal. Semua perkara diberitahu. Rin hanya menghembuskan nafas berat. Tidak tahu bagaimana mahu menyusun ayat. Tapi kenyataan harus dibentangkan.

"Rin minta maaf kalau ayat Rin kasar, tapi apa yang Ily harapkan daripada Zuhair? Ily yang tak nak persahabatan Ily dan Zuhair berterusan. Apa lagi yang Ily mahukan?" Kata-kata Rin lembut namun perit untuk Ily.

'Apa yang aku harapkan?' Ily termenung sendirian.

"Ily harapkan dia cakap dia nak kenal Ily untuk dijadikan isteri ke?" Tembak Rin lagi. Ily mula ragu-ragu dengan hati sendiri. Lama Ily terdiam. Mula memikirkan jawapan kepada masalahnya sendiri.

"Mungkin. Tapi Ily juga mengharapkan jika dia tidak mahukan Ily sebagai bakal isteri, at least he fights to be my friend." Terasa ditarik-tarik hati Ily apabila mengingatkan Zuhair yang tidak langsung membantah dengan idea Ily untuk memutuskan persahabatan mereka.

"But you are the one that ask for your friendship to be over." Kata Rin lagi. Nada suaranya sedikit tinggi menandakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Ily. Kenapa perlu menangis seperti ada orang mati jikalau sudah begitu yang dipinta?

"I know." Jawab Ily perlahan. Kaki dan tangan dilipatkan ke dalam, meringkuk, mengecilkan badan. Sedih kerana dimarahi dan lebih sedih kerana segalanya berlaku akibat perbuatan diri sendiri yang pendek akal.

"Ilya, please listen to me. Rin bukan lelaki. But I am quite sure if I am a boy, kalau Ily dah cakap kita tak boleh kawan, then so be it. If I have no intension to make you my future wife, so why do I have to fight for something both you and I don't want to have?" Berdas-das Rin mengeluarkan pendapat. Kadang-kadang emosi yang melampau membuatkan manusia tidak dapat berfikir dengan waras. Mengalir kembali air mata Ily. Wajahnya ditutup dengan bantal kecil, tidak mahu Rin menyaksikan kesedihannya yang melampau. Tergamam Rin melihat sahabatnya teresak-esak menangis. Rin mengusap-usap dahinya. Pening. Tidak tahu bagaimana mahu memujuk Ily. Sudahlah dia yang menjadi punca Ily menangis kembali.

"Ily, Rin bukan nak marah. Tapi, Ily kena faham. Tindakan Zuhair tidak salah. Itu pilihan dia. Ily kena terimalah. Memang Rin tak nafikan memang susah. Tapi nak buat macam mana, benda dah berlaku." Ujar Rin lagi. Ily tidak membalas. Hanya tangisan menjadi peneman mereka pada hari itu. Kepala Ily diusap lembut. Memujuk.

"Ily memang sayang sangat ke kat Zuhair tu?" Tanya Rin lembut. Cuba memahami hati sang sahabat.

Hanya angukan diterima. Tidak ada keraguan di situ. Nafas Rin dihela berat. Tiada apa yang boleh Rin tolong. Perkara sudah berlaku. Hari itu dihabiskan dengan memujuk Ily. Sampai terbanting Rin di katil tidak sedarkan diri akibat penat memujuk orang yang patah hati. Bilik yang dingin pun tidak dihiraukan. Rin sudah tidur tidak berselimut. Ily hanya memerhatikan Rin. Selimut diambil dan dibaluti tubuh itu. Sahabat ini akan dibawa ke akhirat. Dia akan menjadi saksi atas setiap kebaikan yang telah dilakukan kepada Ily.

Ily berganjak ke katilnya sendiri. Badan dibalut dengan selimut dan mata cuba dipejam. Mengharapkan hari-hari mendatang dipermudahkan.

……………………………………………………………………..

Hari-hari Ily ditempuh dengan pelbagai dugaan. Kata-kata orang dibiarkan sahaja. Tidak dihiraukan lagi. Berkawan salah, bercouple salah, kahwin salah, tak kahwin pun salah. Malas nak layan mulut-mulut nenek kebanyan ini. Dugaan yang paling perit apabila Ily terasa kehilangan. Kehilangan sangat-sangat. Tidak dapat dielakkan perasaan ini. Sudah hampir seminggu Ily tidak bertegur sapa dengan Zuhair. Jika jumpa pun, mereka setakat bertembung di lobi, kafeteria atau tempat-tempat awam. Mereka tidak pernah berjumpa di perpustakaan. Zuhair seperti memahami perasaan Ily dan cuba menghormati dnegan mengelakkan diri daripada datang ke perpustakaan.

Kesian Zuhair. Perpustakaan merupakan spot kegemaran Zuhair. Zuhair kaki buku. Campak sahaja buku apa pun kepada Zuhair, pasti akan dibacanya. Jika hendak dibandingkan masa bermain dengan telefon dan masa membaca, pasti Zuhair banyak habiskan masa membaca. Tapi banyak juga masa mereka dihabiskan bersama. Zuhair sentiasa menolongnya dengan kerja-kerja librarian. Mereka sentiasa makan bersama, belajar bersama dan kadang kala Zuhair akan menghantarnya balik ke asrama. Pasti Ily akan merindui mahu menaiki kereta Zuhair lagi.

Sekarang ini, masa-masa Ily banyak dihabiskan seorang diri. Rin dan yang lain mempunyai jadual yang berbeza-beza. Pelik bila difikirkan balik, Zuhair pun mempunyai kelas yang berlainan daripada Ily, namun ada sahaja masa mereka diluangkan bersama. Rindunya. Tiba-tiba setitik air mata jatuh membasahi buku di atas meja.

'Ily, stop this! Stop thinking about Zuhair!' Marah Ily kepada diri sendiri. Cepat-cepat air mata di lap dariapda pipi. Tanpa disedari Ily, Abang Hairul sudah lama memerhatikan perlakuan Ily sejak daripada tadi.

"Ily!! Hello-Hello!" Riuh suara Abang Hairul. Tidak mahu suasana suram itu berterusan. Hairul tahu apa yang terjadi kepada Ily. Itu pun nasib baik Rin bagi tahu. Kalau tak, memang tak bergeraklah kerja-kerja di perpustakaan itu. Nasiblah Rin adik saudaranya, jika tidak pasti Hairul sudah menyalahkan Zuhair 100%. Ily hanya tersenyum melihat Abang Hairul di hadapannya. Tidak faham Hairul kenapa Zuhair tidak menerima Ily sebagai calon peneman hidup. Kalaulah dia masih tidak beristeri, sudah lama Ily ni dia kebas. Ooppss.

Gadis ayu, baik hati, bijak, dan macam-macam lagi lah. 'Hai, rugilah kau Zuhair.' Detik hati Hairul sendirian. Hairul mengambil pen Ily dan menulis sesuatu di buku nota gadis itu. Selepas menulis, buku itu ditutup dan Abang Hairul berlalu pergi. Ily mengambil buku itu dan membaca:

' RULE NUMBER ONE : FU*K WHAT THEY THINK! '

Tercengang Ily melihat kata-kata itu. Bercampur baur perasaan Ily. Keliru, terharu, sedih dan macam-macam lagi. Pen diambil, ditulis kecil di bawah kata-kata tadi.

'By : Abang Hairul'

Nota hidup mengajar Ily meniti kehidupan yang masih panjang. Ini hanya satu kisah daripada pelbagai tajuk di dalam hidup Ily. Cerita yang boleh dibualkan bersama anak cucu.

……………………..

"Korang-korang, korang dapat tak invitation daripada Zuhair?" Kata salah seorang daripada 'gossip girls' di hujung kelas. Suara nyaring itu seperti sengaja mahu Ily dengar. Zuhair invite? Invite untuk apa?

Ily melihat sekeliling kelas. Ramai yang sedang membaca sekeping kad sederhana besar. Seperti semua orang dapat kad itu. Kad dilayangkan di hadapan mata Ily. 'Here come the gossip girls' bisik hati Ily.

"Hai Ily. Ily dapat tak jemputan makan-makan kat rumah Zuhair? Mestilah Ily dapatkan. Korang kan bestfriend" Ily hanya tunduk mengemaskan buku. Tidak sabar hendak pergi daripada tempat itu.

"Babe dia mana kawan lagi dengan Zuhair. Zuhair kan dah lama tinggalkan dia." Kata-kata pedih dikeluarkan lagi.

"Ooppss! Aku lupa pula babe. Sorry lah Ily aku terlupa. Nanti aku kirimkan salam kau dekat Zuhair okay. Bye." Mereka terus berlalu pergi dengan gelak tawa yang menyakitkan hati Ily. Punggung diangkat, Ily berlalu pergi menuju ke kafeteria. Dia sudah berjanji dengan Rin mahu makan tengah hari bersama. Langkah diatur perlahan. Perit hati apabila Zuhair tidak menjemputnya. Memang berakhirlah persahabatan mereka.

"Bro kad apa ni?" Tanya Firdaus. Sahabat baik Zuhair. Ily hanya mendengar dan melihat daripada jauh. Tubuh sasa Zuhair hanya dapat dilihat daripada belakang.

"Aku nak jemput kau datang rumah aku. Ade makan-makan sikit." Ucap Zuhair.

"Fuiyoo. Siap bagi kad bro. By hand lagi. Aku kena datang ni." Zuhair tergelak sambil menepuk-nepuk bahu Firdaus. Mereka berbual pendek.

"Kenapa sampai berkad-kad bagai ni Zuhair?" Kad dibelek depan belakang oleh Firdaus.

"Mak aku lah. Kitorang ajak keluarga semua. Tu yang siap berkad-kad bagai ni. Tapi tak semua aku ajak pakai kad. Orang-orang tertentu je. Yang lain aku ajak pakai FB je." Kata Zuhair lemah.

"Kau tak ajak Ily ke?" Soal Firdaus perlahan. Ragu-ragu soalan dilontarkan. Zuhair hanya terdiam memandang kasut sendiri.

"Make sure kau datang okay bro. Pakai elok-elok sikit. Nanti tak lepas guard rumah aku pulak. Takut diorang ingat bangla mana lah pulak lari ni." Tergelak-gelak dua sekawan itu. Ily mengatur langkah kembali ke kafeteria. Mengelak daripada bertembung dengan Zuhair. Hati seperti dirobek-robek. Ramai dah dijemput Zuhair. 'Gossip girls' pun dapat kad. Memang Ily tidak ada dalam senarai jemputan Zuhair. Maklumlah, mereka bukan kawan pun.

Punggung dilabuhkan di meja kosong di kafeteria. Makanan dipesan dan sampai tidak lama kemudian. Lambat pula Rin sampai. Telefon dikeluarkan daripada beg, nombor Rin mula di dail.

"Sorry-sorry Ily. Rin minta maaf sangat sebab lambat" tiba-tiba Rin muncul daripada belakang. Ily hanya membiarkan Rin memesan makanan. Makanan di hadapan terus dijamah. Tidak menunggu pun makanan Rin sampai. Perut sudah minta diisi. Malas mahu dijaga hati. Hati sendiri pun tidak terjaga. Mereka berbual perkara yang remeh temeh sambil makan. Tiba-tiba bunyi telefon Rin berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Rin terus membalas dan sambung menyuap makanan.

Dari jauh Ily dapat rasa ada orang sedang memerhatikan dirinya. Wajahnya dikalihkan ke sebelah kanan. Zuhair sedang memandang dirinya. Tidak lepas pandangn itu. Orang yang lalu lalang di antara mereka pun tidak dihiraukan. Mata mereka masih bertaut. 'Wahailah hati, kenapa masih setia pada yang sudah pergi?' Rintih hati Ily. Langkah Zuhair menuju ke arah meja mereka. Salam diberi, meminta kebenaran untuk duduk bersama. Ily hanya memandang raut wajah yang dirindui. Terasa mahu menampar wajah itu. Namun terasa juga mahu dibelai. Rin hanya membenarkan permintaan Zuhair.

"Ily dan Rin sihat?" Tanya suara garau itu. Ily sudah lama meletakkan sudu dan garfunya. Seleranya yang membuak-buak tadi sudah mati. Makanannya hanya dipandang. Tidak berminat hendak menjawab soalan Zuhair. Zuhair menantikan jawapannya, namun hanya Rin yang menjawab. 'Ramah pula si Rin ni. Hari tu sibuk warning. Ni dia pula lebih-lebih melayan si Zuhair ni'. Mata Ily dijelingkan ke arah Rin. Rin hanya mengangkat tangannya tanda mengalah. Ily mengangkat punggung mahu beredar.

"Ily, tunggu lah dulu. Zuhair nak cakap dengan Ily. Lagipun makanan Rin tak habis lagi." Ily dengan berat hati menghempaskan kembali punggung ke kerusi. Entah mengapa Ily terasa seperti kanak-kanak kecil yang sedang merajuk. Padahal ini apa yang dia mahukan. Kenapa hati ini mahu dipujuk? 'Ah! Sakit lah kepala fikirkan hal hati ni!'

Zuhair menghulurkan kad kepada Rin. Kemudian kepada Ily.

"Saya nak jemput awak dan Rin datang rumah saya untuk dinner malam Jumaat minggu ni." Suara Zuhair lembut, tiada paksaan tapi sangat jelas pujukannya.

"Kitakan bukan kawan lagi. Buat apa jemput saya datang?" Ujar Ily kasar. 'Oh hati, apa yang kau mahukan sebenarnya?' Tanya Ily keliru.

"Kita memang bukan kawan. Tapi saya hendak jemput juga." Kata Zuhair tegas.

"Ini jemputankan? Kalau saya ignore sahaja pun tak apa. Macam awak ignore saya dalam seminggu ni." Kata-kata Ily pedas. Zuhair tergamam, tidak tahu apa yang perlu dibalas. Tidak sangka kemarahan Ily begitu sekali. Tidak sangka Ily pandai berkata-kata. Tangan Rin hanya mengenggam tangan Ily. Kepala digeleng-gelengkan sebagai tanda-tanda untuk memberhentikan amukan Ily yang membara itu. Zuhair hanya memandang Rin dan mengangguk.

"Saya minta diri dulu. Please datang Ily. Mungkin buat kali terakhir." Sayu suara Zuhair. Hati Ily masih panas. Tidak habis lagi kemarahannya. Tidak tertanggung lava di dalam hati. Zuhair sudah bangun dan berlalu pergi. Rin yang hanya menjadi penonton setia babak drama mereka, hanya meneruskan makan. Seperti tiada apa yang terjadi. Bunyi telefon Rin sekali lagi berbunyi. Kali ini Rin hanya membaca tanpa membalas. Senyuman meniti dibibir. Ily mengangkat kening. 'Dah kenapa budak ni?'

"Good times will eventually happen." Ujar Rin pendek. Makanan dihabiskan dan mereka berlalu pulang.

………………………………..……………………………………………..

"Lets just go! You have to stop thinking for all those bullsh*t possibility that people would talk!" Jerit Rin. Sudah hampir beberapa jam Rin dan Ily bertekak. Ily tidak mahu pergi ke jemputan Zuhair. Rin pula tidak berhenti-henti mengajak Ily pergi. Macam-macam alasan Ily bagi untuk mengelak. Bermacam-macam juga penyelesaian Rin supaya Ily mengikutnya. Sehingga Rin sanggup menelefon Ayah dan Mama Ily hanya kerana Ily kata dia mahu pulang ke Melaka. Kebetulan Ayah dan Mama Ily tidak ada di rumah. Keluar ke rumah kawan katanya.

"How would you know!" Jerit Ily kembali. Ily rasa frustrated dengan situasi ini. Dia mahu pergi, namun tidak mahu berdepan dengan masalah-masalah yang sama. Ily terduduk di katil. Kakinya dibawa ke dada, kepala di tundukkan. Rin hanya mengeluh. Tidak tahu bahaimana hendak memujuk Rin.

"Look, Ily. Kita pergi, Ily pakai baju biasa-biasa je. Kita makan, lepas tu kita balik okay. Kalau kita nak makan dekat luar rumah pun tak apa. Kita avoid everyone and have our time together okay. Just between us." Rin cuba memujuk lembut. Bahu Ily sudah dipeluk dari tepi. Diusap perlahan belakang badan Ily.

"Ingat tak Abang Hairul cakap apa? Who give the fu*k what they think. Listen, I promise you tonight is going to be good. For the both of us." Rin ucap perlahan. Ily hanya memandang Rin. Sahabatnya itu seolah-olah yakin dengan kata-katanya.

"Yeah? You promise?" Tanya Ily. Lebar senyuman Rin.

"Yeah, a promise seal with a kiss." Rin mengucup dahi Ily. Ily hanya tersenyum kecil melihat telatah Rin yang terlalu gembira.

……………………………………………

Mereka keluar daripada kereta. Kereta mereka dipakir jauh. Bukan kerana terlalu banyak kereta, tapi rumah Zuhair terlalu besar. Tempat parking tetamu perlu merentasi garden yang luas sebelum sampai ke rumah.

Tidak banyak kereta memenuhi ruang pakir. Tidak sebanyak yang Ily sangkakan. Hanya ada beberapa buah kereta yang Ily tahu seperti kereta Firdaus dan beberapa orang rakan yang lain.

"Ily tunggu lah." Ily hanya membuat muka cemberut. Rin sibuk memakai jubah ala-ala dress. Rin nampak sangat anggun tapi disebabkan mereka terpaksa merentas padang rumput yang hampir 100 meter jauhnya, Rin asyik terpijak jubah sendiri. Ily hanya menghulurkan tangan supaya Rin dapat memimpin tangannya untuk sokongan.

"I promise you tonight will be wonderful." Kata Rin sambil mengeratkan lagi tangan mereka. Ily hanya menganguk dan berdoa agar mereka dapat pulang secepat mungkin. Memandangkan Ily datang bersama Rin, terpaksalah dia mengikut sahaja masa yang ditetapkan oleh Rin untuk pulang.

Setibanya mereka di pintu masuk rumah Zuhair, jantung Ily berdebar. Perutnya mengeras. Frozen baby bunnies. Dia tidak sanggup hendak berdepan dengan Zuhair.

"Jemputlah masuk. Makan dulu ya. Nanti amik makanan di booth sana ya." Penyambut tetamu bersuara ramah.

"Eh Rin dengan Ily lah. Jemputlah masuk. Zuhair kat dalam. Nanti korang jumpalah dia ya." Ujar Firdaus lembut. Lega jantung Ily melihat Firdaus bukan Zuhair. Rin memanggil Firdaus untuk mendekatinya. Rin berbisik perlahan di telinga Firdaus.

"Sejak bila kau kerja dengan Zuhair? Berapa gaji kau satu malam?" Tergelak kuat Firdaus. Namun sempat dikawal tawanya dengan batuk kecil.

"Ni kerja dapat pahala tau!" Ujar Firdaus sambil mengenyitkan mata kepada Rin. Rin hanya menganguk. Ily hanya menjadi pemerhati kepada sketsa di hadapannya. 'Firdaus dengan Rin ni ade apa-apa ke?' Bisik hati Ily.

"Ni kawan Zuhair ya? Sila lah masuk. Makan dulu ya." Tegur seorang wanita separuh usia. 'Cantik auntie ni. Mesti anak dia pun cantik-cantik' detik hati Ily lagi. Ily dan Rin pergi ke arah booth makanan. Firdaus pula berbisik-bisik pada auntie tadi. Ily tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Misinya pada malam ini hanya makan, minum dan balik. Tidak lebih daripada itu.

Sesudah mengambil makanan, Ily dan Rin duduk menjamah makan malam mereka di meja yang dihiasi cantik dengan bunga segar. Ily melihat tetamu-tetamu yang datang. Kesemuanya terdiri daripada beberapa generasi. Daripada bayi hingga lah ke warga emas. Tidak ramai rakan-rakan atau kenalan mereka yang hadir. Tiada juga 'gossip girls'. Seperti majlis makan-makan keluarga sahaja. Tetapi Zuhair menjemput rakan-rakannya. Otak Ily ligat berfikir tentang kemushkilan itu.

Ily meneguk airnya. Sedap sungguh makanan yang dihidangkan. Jika Ily tidak terlalu gabra dan asyik memerhatikan orang disekelilingnya, pasti sudah dua tiga kali Ily melawat booth makanan itu.

Selera Ily terus mati melihat Zuhair sedang berbual bersama seorang jejaka hampir sebaya dengannya. Mereka bersalaman dan bertepuk tampar. Seperti sudah lama tidak berjumpa. Zuhair hanya ber- T-shirt biru gelap lengan pendek dan berseluar jeans. Rambut tersisir kemas. Ily termenung sekejap memerhatikan ketampanan Zuhair. Tiba-tiba jejaka yang sedang bercakap dengan Zuhair menunjuk ke arah mereka. Ily terus bangun mengambil minumannya.

"Rin, Ily tunggu kat luar ye. Nanti Rin nak balik call Ily okay." Ily terus mengatur langkah keluar tanpa sempat Rin membalas. Sebelum Zuhair pusing belakang atau datang ke tempat mereka, lebih baik Ily lari dulu. Kelang kabut Ily berjalan pantas ke garden rumah Zuhair. Sampai sahaja di pintu beranda, Ily menyembunyikan diri di balik pintu dan mengintai ke meja makan semula. Zuhair sedang berborak dengan Rin pula. Dan Rin pula seperti menunjuk ke arah persembunyian Ily. 'Oh No! Rin! I thought we are friends.' Time for Ninja!

Ily terus bergerak mengelilingi taman yang tidak tahu berapa besar. Ily mengelilingi taman indah itu sekitar kawasan rumah sehingga dia tiba di suatu kawasan di mana terdapat ramai kanak-kanak sedang bermain di bawah beberapa tepee. Kawasan sekeliling di terangi dengan lampu yang malap. Ily yang tercungap-cungap terpegun melihat hiasan taman itu dan terus menyelinap di bawah sebuah tepee untuk menenangkan diri. Ada seorang kanak-kanak perempuan sesang bermain dengan anak patungnya memandang Ily dengan penuh kehairanan. Ily hanya menunjukkan jari telunjuk di bibir tanda untuk senyap.

Pasti Zuhair tidak dapat mencarinya di sini. Ily cuba menenangkan diri dan mengatur semula nafasnya yang hampir putus akibat aksi Ninjanya tadi. Cawan di tangan di teguk. Hanya angin setitik air sampai ke tekak. Ily tidak perasan tangannya sudah melekit akibat air di dalam cawan tadi tumpah semasa dia berlari. Kedengaran tawa kecil. Ily melihat gadis kecil di hadapannya tadi. Ily tergelak sama. Geli hati apabila mengingatkan gelagatnya tadi.

"Akak ni siapa. Baby tak pernah kenal pun." Tanya anak kecil itu. Anak ini sangat petah bercakap. Umurnya lebih kurang 5-6 tahun.

"Nama akak Ily. Akak kawan abang Zuhair. Kenal abang Zuhair?" Anak itu hanya menganguk kecil. Ily perhatikannya. Melihat sekeliling mencari penjaga kepada anak itu.

"Baby datang dengan siapa?"

"Mama dengan Papa. Diorang ada dekat sana tu. Tengah makan." Jelas Baby. Ily menoleh dan Baby melambai-lambai kepada Mama dan Papanya.

"Kenapa akak Ily suruh senyap tadi? Akak Ily tengah main sorok-sorok ke?" Ily hanya mengangguk. Malas hendak menjelaskan perkara sebenar.

"Haah, akak tengah main sorok-sorok"

"Dengan siapa?"

"Dengan abang Zuhair." Jawab Ily selamba. Mana tahu anak ini boleh membantunya lari daripada Zuhair.

"Ohh. Abang Zuhair suka main sorok-sorok dengan Baby jugak. Kalau Baby datang rumah abang Zuhair, mesti dia layan Baby macam princess." Celoteh anak ini lagi. Ily hanya mendengar. Tersenyum mendengar gelagat mereka bersama.

"Tapi malam ni, Mama dengan Papa kata, Baby tak boleh main dengan abang Zuhair." Sayu nada suara Baby. Hampir menangis gadis kecil itu. Sayang sungguh dia dengan Zuhair.

"Kenapa?" Tanya Ily. Baby sudah dialihkan ke pangkuannya. Anak kecil itu di peluk dan dipujuk perlahan. Sampai hati Zuhair patahkan hati gadis sekecil ini.

"Mama dengan Papa cakap, malam ni Abang Zuhair nak kenalkan seorang perempuan dengan kami semua. Perempuan tu dengan Abang Zuhair nanti jadi macam Mama dengan Papa. Baby tak suka." Cebik Baby. Ily sudah terdiam. Kalau betullah kata anak ini, mengapa Zuhair perlu menjemput dirinya ke majlis ini. Menjemput dengan jemputan kad daripada tuan punya badan sendiri. Apa pentingnya dia berada di sini.

Setitik demi setitik air mata Ily jatuh. Sebentar tadi dia memujuk Baby. Tapi kini, mereka berdua sudah menangis bersama. Disebabkan oleh jejaka bernama Zuhair. Apa salah Ily sampai begini sekali dugaan yang Zuhair paksa Ily tempuh. Zuhair seperti mahu Ily melihat kebahagiannya. Melihat masa depannya. Kalau betul Ily bersalah, kenapa perlu mempertontonkan kebahagian yang dia idamkan namun tak akan boleh dikecapi oleh Ily. Cepat sungguh Zuhair mencari pengganti kepada Ily. Pengganti? Satu tamparan menyedarkan Ily. Hubungan Ily dan Zuhair tidak lebih sekadar kawan. Zuhair sudah jelas dengan status itu. Hanya Ily yang perasan. Hanya ily yang bertepuk sebelah tangan. Makin menjadi-jadi tangisan Ily.

Mengapa Ily tidak diberitahu tentang tujuan majlis ini? Zuhair seperti segaja mahu Ily datang. Siapa lagi yang tahu? Adakah Rin tahu? Tergamakkah Rin buat Ily sampai macam ni? Rin janji malam ini adalah malam yang akan menggembirakan Ily. Apa salah Ily pada Rin? Apa salah Ily pada semua orang? Tersedu-sedu Ily menahan tangisan. Pelukan sekeliling Baby dieratkan lagi. Seperti mengumpulakn kekuatan yang hilang entah ke mana. Ily mahy pulang. Pulang dan menyorokkan diri di bawah selimut. Di tempat yang tiada orang akan menyakiti dirinya. Tiada orang memandangnya.

"Hey guyz, nampak tak ada kakak pakai tudung lari menyorok dekat sini?" Jelas suara Zuhair kedengaran di belakang tepee mereka. Ily terus menekup mulut sendiri dan menyuruh Baby untuk berdiam diri. Nasib baik anak itu pandai dan mendengar kata.

"Tak ada? Mana pulak lah diorang ni. Majlis dah nak start dah ni." Suara Zuhair sekali lagi bergema. Ily sedaya upaya menekup mulut dan hidungnya untuk menahan sedu. Sebak di hati kembali bila Zuhair bersungguh-sungguh mahu Ily menyaksikan babak yang akan merobek hatinya. Langkah Zuhair mendekati tepee mereka. Ily sedaya upaya menunduk dan membiarkan bayang-bayang Baby sahaja kelihatan.

"Ily?"

……………………………….
Author's Note:

Hai guyz, sorry sbb take a long time to update i have been busy. But try to think on the jalan cerita. But it turns out to be much longer than i expected. Well, we just have to wait to see what will happen to Zuhair and Ily.

Please do rate and comment on my novel.

Please do check out my story in novelplus/.

With love,
-------------Peony------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience