Chapter 7: Jangan Menangis Sayangku

Romance Series 10064

"Ily?" Perlahan suara Zuhair menegur. Pintu masuk tepee diselak sedikit. Zuhair menjenguk ke dalam tepee melihat Ily sedang menekup muka dengan bantal yang bertaburan di dalam tepee itu. Badan Ily terhenjut-henjut. Sedu kedengaran perlahan. Seluar jeans Zuhair ditarik perlahan. Baby melihat Zuhair dengan mata yang berkaca.

"Hey, Baby pun ada? Kenapa menagis ni sayang?" Tanya Zuhair sambil mengangkat anak itu dan diletakkan di dalam pangkuannya. Baby tidak berhenti-henti menangis. Zuhair runsing. Tidak tahu bagaimana hendak memujuk dua orang gadis yang sedang menangis itu. Sungguh dia sendiri tidak tahu mengapa mereka menagis.

Baby didodoi. Zuhair memujuk Baby lembut. Badan kecil itu dipeluk dan ditepuk-tepuk perlahan. Baby dibuai lembut seperti di dalam buaian.

"Baby, kenapa menangis ni? Cuba bagi tahu Abang?" Pujuk Zuhair lembut. Tersedu-sedu Baby cuba bercakap, namun suaranya tenggelam dalam tangisan. Zuhair hampir tergelak melihat telatah anak itu. Bersungguh-sungguh menyapu air mata dan hingus. Zuhair mengambil hujung bucu bajunya dan mengelap segala cecair yang berada di wajah Baby. Ily hanya menjadi penonton dalam diam di sebalik bantal. Ingat Zuhair tak tahu lah tu yang Ily sedang memerhatikan gelagatnya.

"Ma.. Ma.. Mama ka.. kata Abang Zuhair tak boleh main sorok-sorok dengan Baby lagi. Ma.. Ma.. Mama kata Abang Zuhair dah cari friend lain. Tak nak friend dengan Baby lagi." Ujar Baby tersedu-sedu. Berkerut-kerut wajah Zuhair. 'Bila masa aku cakap macam tu?'

"Mana ada Abang cari friend lain. Kalau Abang cari friend lain pun, Baby tetap my best friend forever!" Tergamam Baby melihat Zuhair. Seperti matahari terbit dipagi hari sinaran di wajah Baby. Riang hatinya, hampir melompat di atas pangkuan Zuhair. Tergelak kecil Zuhair melihat keletah anak itu. Anak yang istimewa, melekat jauh di dasar hatinya.

"Sekarang Abang nak tanya, kenapa kakak sebelah ni menangis dan sorok muka?" Tanya Zuhair kepada Baby. Mengharapkan jawapan tulus daripada kanak-kanak itu.

"Kakak nangis sebab Abang Zuhair cari new friend jugak!" Jawab Baby yakin.

"Iye ke? Baby cakap dengan kakak tadi macam mana?" Soal Zuhair lagi, tidak puas hati.

"Baby cakap, Abang Zuhair nak kenalkan dengan seseorang. Dia dengan Abang Zuhair akan jadi macam Mama dan Papa." Ujar Baby perlahan. Zuhair menghembuskan nafas berat. Sekarang dia sudah memahami situasi babak-babak sedih sebentar tadi.

"Baby, macam mana Abang nak pujuk kakak ya?" Zuhair tahu perbualan mereka didengari Ily. Ily masih tidak mahu mengeluarkan wajahnya disebalik bantal.

"Abang nyanyi lah. Macam Abang selalu pujuk Baby. Kejap, Baby amik gitar Abang." Belum sempat Zuhair melarang, Baby sudah bangkit berlari menuju ke dalam rumah. Zuhair menghelakan nafas, susuk tubuh badan Ily hanya diperhatikan. Zuhair mahu melihat wajah yang dirinduinya. Namun Ily masih berdegil mahu menyorokkan wajahnya.

"Ily, sudah-sudah lah tu. Can you please show me that red cheeks? Saya rindu ni." Ujar Zuhair. Kata-katanya sudah tidak bertapis lagi. Untuk apa? Segalanya akan terbongkar tidak lama lagi. Masih tiada riaksi daripada Ily.

"Abang!!" Jerit Baby. Gitar ditangan diheret merentas padang rumput. 'Habis rosaklah gitar aku!' Zuhair berdoa agar ada orang menolong Baby mengambil gitarnya daripada biliknya di tingkat atas.

"Baby jangan lari! Nanti jatuh!" Tegur Zuhair. Baby tidak mengendahkan tegurannya. Larian diteruskan dan badan kecil itu terus didudukkan di atas pangkuan Zuhair. Zuhair hanya menahan senak akibat lompatan berani mati Baby ke atas pangkuannya. 'Adoi ai, nasib baiklah sayang'. Gitar dipetik-petik untuk testing. Selepas puas dengan tune gitar, musik mula dimainkan bersama alunan suara yang lunak.

(Lirik lagu Sabar)

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Mungkin Kau tak pernah sedar
Bukalah Mata dan dengar
Dengarkan Lagu ku
Ku Cuba untuk lepaskan
Luahan Hati ini
Ku Disakiti
Namun Jua kau sedar
Kau Tersakiti

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Now I’m all alone in the dark
Why Should i lose you when i needed you the most
The Best is the best, the past is the worst
Just Let it go, just let it go, no

Why Is it hard for you to see
When Everything i’ve done is for you and me
Ku Disakiti
Namun Jua kau sedar
Kau Tersakiti

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Jangan Pedulikan
Teruskan Berjalan
Biar Waktu pisahkan kita
Walau Bukan selamanya

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Jangan Menangis sayangku
Ini Hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus Menahan sabar
Agar Bahagia di sana

Dari mula lagi Ily sudah duduk menonton persembahan Zuhair itu. Suara Zuhair sungguh merdu dan sangat menyentuh hati. Sepanjang nyanyiannya, hanya anak mata Ily ditenung. Sehabis sahaja dendangan lagu itu, Ily teresak-esak kembali. Zuhair sudah tidak tentu arah.

"Kenapa awak menangis lagi ni? Penat saya nyanyi mendayu-dayu tadi. Nak bagi baju lap air mata awak tu pun, tak tau cukup besar tak baju ni." Seloroh Zuhair dalam gabra. Ily sudah tersedu-sedu, cuba menahan tangisan. Suara cuba dikeluarkan, namun lebih banyak air mata keluar berjurai-jurai. Selepas bertenang, Ily menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan.

"Kenapa awak jemput saya datang majlis awak ni? Sampai hati awak. Sanggup awak lukakan hati saya. Apa salah saya pada awak Zuhair?" Soalan demi soalan dilontarkan satu persatu.

"First, kenalah ajak awak. Kehadiran awak yang akan buat majlis ini happening. Second, mestilah saya sampai hati, kalau tak pun sampai ke bulan hasrat hati saya ni nak jalan kan majlis ni tau. Third, awak tak salah apa-apa lah. Mungkin adalah sikit, baju tu, macam tak kenalah dengan majlis hari ni." Selamba Zuhair membalas. Ily sudah panas hati. Punggung sudah mahu diangkat hendak berlalu pergi, namun sempat Zuhair menarik tangannya untuk kembali duduk. Zuhair memandang Baby. Gitar dihulurkan.

"Baby, boleh tak tolong Abang letak balik gitar ni? Please Baby" pujuk Zuhair manja. Baby terus bangun dan berlari ke arah rumah. Gitar Zuhair turut diseret. Terpegun Ily melihat anak itu. Anak itu berlari tempang sebelah. Wajah Zuhair dipandang. Zuhair hanya memerhatikan Baby, agar tidak jatuh.

"Baby ade club foot on her right leg. Dia pakai some sort of brace untuk betulkan balik kaki dia." Kata Zuhair. Jelas di wajah yang tampan itu, kasih-sayang yang tidak berbelah bahagi pada anak itu. Ily tidak tahu mengapa dia boleh tidak perasan akan keistimewaan kanak-kanak itu. ' macam mana nak perasan kalau daripada tadi sibuk menangis dan bantal sentiasa dimuka' kutuk hati sendiri. Ily leka sekejap melayan perasaan. Tidak perasan jejaka dihadapannya sedang merenung dirinya.

"Awak ingat saya ajak awak untuk sakitkan hati awak ek? Awak ingat saya nak tengok kesengsaraan awak melihat saya memilih wanita lain sebagai calon isteri?" Tanya Zuhair telus. Tidak berlapis-lapis lagi. Ily hanya mampu menganguk. Zuhair pula termenung dan tergeleng-geleng bersama ketawa kecil.

"Kejam sungguh saya di mata awak Ily. Awak rasa saya sekejam itu ke? Tidak berhati perut?" Ily hanya menundukkan wajah, malu hendak membenarkan kenyataan Zuhair. Zuhair hanya melepaskan nafas berat.

"Pandang saya Ily" panggil Zuhair tegas. Lambat-lambat Ily memandang wajah Zuhair. Anak mata itu kejap, tidak berniat hendak melarikan pandangannya. Fokus hanya untuk Ily.

"Selama awak kenal saya, pernah tak sekali saya berlaku kejam terhadap awak? Pernah tak Ily?" Tanya Zuhair lagi. Ily hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mampu bersuara. Mata Zuhair sudah memukau Ily supaya tidak bersuara dan jawab dengan kebenaran.

"Jadi, macam mana boleh terlintas difikiran awak, saya nak jemput awak di majlis dimana saya akan memperkenalkan bakal isteri saya pada keluarga?" Ily terdiam lagi. Zuhair sudah mengusap-usap rambutnya. Jelas benar keserabutan dibenak fikiran jejaka itu.

"Lain lah kalau awak yang saya nak kenalkan." Ucap Zuhair perlahan. Riaksi Ily dilihat. Dahi Ily berkerut-kerut. Ily seperti tersalah dengar.

"Apa awak cakap, saya tak berapa nak dengar lah" tanya Ily. Zuhair sudah menghelakan nafas berat. Susah benar nampaknya hendak bercakap ketika itu.

"Lain lah kalau awak yang saya nak kenalkan." Ucap Zuhair sekali lagi, lebih jelas dan lebih kuat. Reaksi wajah Ily berubah serta merta. Bukan pipi yang memerah seperti yang disangka Zuhair, namun wajah Ily seperti tidak beriaksi. Hilang segala senyum, kerutan mahupun kelipan mata. Zuhair cuba memangil-manggil Ily yang sudah terbang ke alam lain untuk kembali ke alam nyata.

"Ily!!!" Panggil Zuhair lagi.

"Jap! Jap! Seseorang yang awak nak kenalkan pada parents awak tu saya ke?" Tanya Ily meminta pengesahan. Zuhair hanya mengaguk.

"By Saya, awak maksudkan SAYA? SAYA? Ilya Nadhirah?" Ily menepuk-nepuk dadanya dengan tapak tangan. Zuhair pula mengerutkan dahinya.

"Betullah. Mana ada maksud lain." Ujar Zuhair lagi. Hilang semua gemuruh di hati tadi. Gemuruh, takut pinangannya ditolak oleh tuan punya badan.

"Kiranya, malam ni majlis apa besar-besar ni? Kalau nak setakat kenalkan dengan mak ayah awak, tak perlu kot nak ajak semua ahli keluarga dan kawan-kawan." Soal Ily lagi. Seperti tidak logik pula idea Zuhair ni. Soal masalahnya sebelum ini dengan Zuhair diketepikan dahulu. Masalah pada malam ini merunsingkan Ily tahap maksima.

"Malam ni, kalau awak setuju, akan jadi majlis tunang kita lah." Jelas Zuhair tenang. Semua sudah dirancang. Zuhair tidak teragak-agak dengan keputusannya. Barulah keluar tona kemerah-merahan di wajah Ily. Seperti baru tersedar akan situasi yang dialaminya sekarang. Zuhair sudah tersengih di hadapannya. Raut wajah yabg dirinduinya sudah muncul kembali. Sengihan Zuhair tidak hilang-hilang. Melihat wajah kesayangannya tersipu-sipu malu dalam kekalutan.

"Tapi, mana boleh saya aje setuju. Mama dengan Ayah saya macam mana?" Tanya Ily lagi. Suara sudah berubah, seperti mahu tidak mahu sahaja keluar.

"Kira awak setujulah nak bertunang dengan saya?" Usik Zuhair lagi. Kening diangkat-angkat.

"Kenalah tanya Mama dan Ayah saya dahulu!" Ily cuba memnyorokkan lagi perasaannya.

"Kalau Mama dan Ayah awak setuju dan memberi peluang kepada awak membuat keputusan, awak setujulah?" Ily terus mengambil bantal dipangkuannya untuk menutup wajahnya. Tidak sanggup Ily hendak melihat wajah Zuhair ketika itu. Mukanya terlalu bahang hendak dipamerkan untuk tontonan.

"Ilyyy.. Saya perlukan persetujuan awak secepat mungkin. Ramai yang tengah tunggu ni!" Ujar Zuhair lagi dalam nada mengusik. Bantal cuba ditarik untuk di alihkan daripada wajah Ily. Tidak memaksa, sekadar mengesa. Sengihan Zuhair sudah tidak boleh disembunyikan lagi.

"Ily, I need an answer. Verbally or body language." Pujuk Zuhair lembut. Meremang bulu tengkuk Ily mendengar suara Zuhair yang serak basah itu. Terasa dekat di telinganya. Pasti Zuhair berada di sebalik bantal yang digunakan untuk menyorokkan wajah ini. Sekali lagi Zuhair memanggil. Bantal ditarik-tarik manja.

"Sayang… please.. " cair terus hati Ily. Apa lagi yang Ily mahukan. Bulan sudah jatuh ke riba. Zuhair sudah menyatakan hasrat hati hendak dijadikan Ily sebagai peneman hidup. Perlahan-lahan Ily meletakkan bantal ke pangkuan. Wajah Zuhair yang jelas tersengih tidak di pandang. Nanti gugur segala jantung dan hati dan macam-macam lagi lah. Zuhair menundukkan kepala mahu melihat anak mata Ily. Ily berpaling ke sisi. 'No! Nanti nampak sangat setuju!' Ooppss.

Ily mengangukkan kepala perlahan. Zuhair hanya mengangkat kening. Cuba minta penjelasan.

"Saya setuju. Tapi bersyarat. Awak kena beri tahu Mama and Ayah saya dulu, baru boleh bertunang." Anak mata Zuhair sudah bersinar-sinar mengeluarkan cahaya kebahagian.

"Settle." Zuhair terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor daripada speed dial ditekan lama dan pangilan disambungkan. Gigi putih teratur cantik di balik bibir Zuhair masih kelihatan. Tidak putus pandangan mata Zuhair daripada wajah Ily.

"Hello Mummy. She said Yes!!" Girang suara Zuhair menyatakan. Ily terkejut melihat Zuhair. Baru sebentar tadi Zuhair berjanji hendak minta keizinan daripada orang tuanya terlebih dahulu. Sekarang Zuhair sudah mungkir dan membuat keputusan sendiri. Zuhair sudah memutuskan talian. Baru sahaja Ily hendak bersuara, tiba-tiba kedengaran sorakan daripada luar tepee menjerit

"Congratulations!!!!" Tergamam Ily mendengar sorakan itu. Ohh my frozen baby bunnies. Ily harap sangat apa yang dia sangkakan tidak menjadi kenyataan. Zuhair sudah tergelak sakan disebelahnya. Zuhair sudah mengangkat punggung dan keluar daripada tepee. Ily perlahan-lahan keluar, cuba menyorok dibelakang Zuhair. Namun plan Ily hancur musnah. Hampir keseluruhan tetamu yang datang pada malam itu berada dihadapan mereka berdua. Semua sedang berdiri di belakang tepee. Ily tidak sanggup melihat senyuman dan sengihan yang menandakan bahawa aksi dia dan Zuhair sebentar tadi disaksikan dan didengar oleh semua orang.

Ily terasa malu dan bahang mukanya. Wajah ditutup dengan kedua belah tangan. Tak sanggup menerima kenyataan. Zuhair sudah tersengih-sengih tersipu-sipu. Pasti ini bukan idea Zuhair.

"Congrats Ily. Aku happy sangat!" Ucap Rin yang tiba-tiba datang dan memeluk Ily daripada tepi. Ily terus membalas pelukan sahabat baiknya itu. Sekarang Ily tahu mengapa Rin bersungguh-sungguh hendak menjemputnya ke majlis pada malam ini. Maksudnya, mestilah Rin must be part of the plan! Ohh bunny dear.

"Sampai hati Rin rahsiakan daripada Ily." Rin hanya tergelak. Bahu Ily diusap lembut.

"Its a surprise. Kalau Ily tahu, tak lah surprise namanya." Jawab Rin lagi.

"Tapi Rin, parents Ily tak tau pasal hal tunang-tunang ni? Mana boleh." Rin hanya tersenyum dan badan dikalihkan ke arah Zuhair. Zuhair turut tersenyum. Tiba-tiba suara yang dirindui memanggil Ily daripada belakang. Ily seakan-akan tidak percaya. Badan ditoleh, kedua susuk badan tua Mama dan Ayah terus dipeluk kejap. Bahagia seketika dapat lari daripada situasi yang mencelarukan hidup.

"Ayah, Mama, Zuhair buli Ily!" Adu Ily perlahan ke telinga mereka sambil menunjukkan jarinya ke arah Zuhair. Zuhair yang sempat menangkap butir kata-kata Ily, tergelak kecil. Ily hanya mengerutkan dahi melihat telatah Zuhair. Wajah kedua Mama dan Ayahnya ditoleh. Mereka turut tersenyum.

"Ily, Mama nak bagi tahu ni. 4 hari lepas, Zuhair ada datang rumah. Bawa Mummy dan Papa dia. Diorang datang nak meminang Ily. Mama dengan Ayah dah setuju. Jadi sekarang tinggal keputusan Ily sahaja. Kalau Ily setuju, malam ni kita langsungkan majlis pertunangan." Terang Mama sepatah-sepatah. Ily terdiam. Zuhair tersengih.

"Dia dah setuju dah tadi makcik!" Jerit Zuhair. Semua penonton yang tidak diundang tergelak melihat gelagat Zuhair dan riaksi Ily. Ily terasa hendak masuk kembali ke dalam tepee dan balut mukanya dengan selimut dan bantal. Perasaan malunya hanya Allah sahaja yang tahu.

"Tapi Mama, Ily tak pakai baju yang sesuai. Pakai jeans aje." Ily cuba memberi alasan.

"Tak apa, Mama ada beli baju untuk Ily. Ily boleh ikut Rin pergi tukar baju. Then kita boleh start majlis. Nanti kalau lambat sangat, kesian semua orang kena tunggu." Gesa Mama lagi. Lidah Ily sudah kelu. Tiada apa lagi yang boleh dikatakan. Segalanya sudah dirancang Zuhair. Ily memandang Zuhair. Wajah jejaka itu tampak bahagia dan tampan. Ily hanya membiarkan dirinya ditarik oleh Rin dan beberapa lagi gadis yang tidak dikenalinya. Ily biarkan sahaja. Mengharap hari ini dapat membahagiakan hati orang-orang yang disayangi.

Kaki Ily diatur ke sebuah bilik yang cantik. Baju kurung bewarna cream digantung. Hanya Rin sahaja yang masuk dan Ily diarahkan menukar baju. Kemudian, barulah seorang gadis manis masuk untuk menolong Ily mekap. Barulah Ily tahu gadis itu rupanya adik Zuhair. Pandai gadis ini mendandan Ily. Mekapnya nampak sungguh natural and light. Terdapat orang lain didalam bilik itu yang sibuk mengambil gambar Ily sedang bersiap. Ily seperti tidak senang duduk dibuatnya melihat orang yang tidak dikenali mengambil gambarnya yang tidak menutup aurat.

"Akak jangan risau, dia pakai phone saya. Saya tak akan bagi orang lain tengok gambar akak. Saya memang sengaja buat collection orang yang saya make-up kan. Lagi-lagi macam akak ni, natural beauty." Lembut Sarah bertutur. Kagum Ily melihat ahli keluarga Zuhair berbahasa Melayu tanpa sepatah pun pelat. Ily hanya tersenyum manis tanda terima kasih kerana memahami.

"Untung Abang dapat tunang macam akak." Kata Sarah lagi. Ily hanya terdiam. Beruntung ke Zuhair? Beruntung ke aku? Soalan yang Ily masih tidak dapat menjawab. Biarlah masa yang menentukan.

…………….……………………

Majlis pertunangan antara Zuhair dan Ily berjalan lancar. Segalanya terancang dengan teratur. Zuhair tukar pakaiannya ke baju Melayu cream yang sedondon dengan Ily. Namun Zuhair masih berseluar jeans tadi. Mummy Zuhair sudah membebel ke telinga Zuhair untuk menukar. Tetapi Zuhair membiarkan sahaja bebelan Mummy nya tanpa ambil pedulu. Alasan diberi, Zuhair terlalu malas hendak bersampin. Hanya majlis bertunang, bukan persandingan. Mummy Zuhair hanya menggeleng-gelengkan kepala.

Terserlah kebahagian di semua wajah tetamu yang hadir ke majlis mereka. Senang hati Ily melihat keputusan yang diambilnya dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain. Terutamanya kedua ibu bapa Ily dan Zuhair. Zuhair tak perlu cakaplah. Seperti mahu melompat-lompat keliling rumah. Eh silap, Zuhair memang sudah melompat-lompat memberi tahu semua orang yang dia sudah bertunang dengan Ily. Keriangannya menjadi gelak tawa semua orang.

Ily melihat sekeliling, mencari beberapa wajah. Hairan, mengapa hanya ada Firdaus, Rin, Maya dan Faridah sahaja. Mana gossip girls? Ily memandang Zuhair tertanya-tanya. Zuhair hanya tersenyum. Ily cuba bertanya, namun soalannya hanya dibalas dengan senyuman.

"Please smile for me dear. Malam ni happy moments kita. Esok saya akan jawab all your unanswered questions." Bisik Zuhair perlahan.

"Promise?" Tanya Ily.

"Seal with a kiss" Zuhair memberi flying kiss kepada Ily. Ily tertunduk malu. Adoi, hai. Tahan je lah.

………………

Author's note

Hai guyz, i am very sorry, sbb lama tak update. I am so busy with my classes. X sempat nak update.
So, do you enjoy the chapter? Hope u all love it and please forgive me for the misspelling and grammar error. Too tired.

Thank you for reading!!

With love,

-------Peony------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience