Chapter 17 : Split Seconds

Romance Series 10064

“Ily, bangun lah. Kita pergi breakfast jom. Dah nak dekat pukul 11 dah ni. Jom lah.” Ily masih kaku. Dia sudah lama bangun daripada lena. Namun badannya masih kaku. Dia tidak mahu bergerak. Dia tidak terasa mahu bergerak. Dia mahu berada di dalam kepompong selimutnya untuk hari ini. Dia tidak terasa lapar mahupun dahaga. Mahu bangun daripada katil pun dia tidak bermaya. Terlalu berat badannya. Hendak menunaikan solat fardhu pun amat liat. Namun digagahkan hati juga untuk menegakkan tiang agama. Hendak membersihkan diri jauh sekali. Terasa tiada apa yang perlu dikejarkan lagi di dalam dunia ini. Tiada keperluan untuk dirinya meneruskan kehidupan. Ily terasa mahu mengakhiri hidupnya sendiri. Bukankah lebih mudah untuk dia hilang daripada muka bumi ini daripada terus membebankan orang lain dengan kewujudannya?

Ily tahu Rin masih menunggu respon daripadanya untuk bangun daripada katil dan bergerak. Namun, Ily tidak mengendahkan kehendak Rin. Dia sudah penat hendak memenuhi kemahuan orang lain. Apa perlu dia memenuhi kehendak orang lain sedangkan kehendaknya sendiri diabaikan? Apa perlu dia penuhi hajat orang lain sedangkan hajatnya sendiri tidak pernah diambil peduli.

Ily tidak sedar sejak bila Rin sudah keluar daripada bilik mereka. Ily sekadar menggerakkan kepala melihat keberadaan Rin di dalam kemar yang sunyi sepi itu. Di jelingnya ke sebelah kanan dan terlihat buku cerita yang sedang dibacanya beberapa minggu lepas yang diletakkan oleh Rin di situ. Ily tahu niat Rin sangat ikhlas untuk membawanya kembali menjadi dirinya yang asal. Namun, Ily tidak boleh terima dengan apa yang telah berlaku. Dengan kejadian Zuhair meninggalkan dirinya di hari pernikahan mereka dan ahli keluarganya sendiri berpaling tubuh terhadapnya.

Malunya pada hari itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Dia menebalkan mukanya berada di rumah itu beberapa jam pun sudah menjadi ujian yang sangat besar dalam keseluruhan hidupnya. Terngiang kembali wajah ahli keluarganya satu persatu. Hampir semua ahli keluarganya berada di situ kecuali Abang Firman. Apa yang difikirkan oleh mereka terhadap Ily? Siapa Ily di mata mereka? Adakah Ily sekadar anjing yang ditugaskan menjaga rumah? Bila perlu disimpan, dijaga dengan rapi tetapi bila anjing itu menyalak kuat, tuannya sendiri menembak mengakhiri riwayat hari. Ily tidak dapat membezakan dirinya dengan anjing simpanan.

Perit hatinya mengenangkan wajah sinis mereka. Pandangan yang penuh jelik. Tiada sedikit pun belas kasihan yang ditunjukkan. ‘Apa salah aku? Apa yang aku buat pada mereka sampai mereka benci sangat dengan aku?’ Air mata Ily kembali berjurai. Mencari di mana kesalahannya. Mencari kesalahannya agar sekurang-kurangnya dia dapat tahu di mana harus diperbetulkannya. Agar dia tahu di mana harus dia mulakan langkah kehidupan. Namun, tidak dia jumpa jawapan pada persoalan yang membuntukan itu. Sudah hampir seminggu sejak kejadian itu berlaku. Apa salah Ily apabila dia sekadar mengejar kebahagiaan yang turut dikejar oleh gadis lain di dalam dunia ini.

‘Gadis?’ terlintas difikiran Ily tentang kejadian semalam. Irhan. Jejaka yang menimbulkan persoalan dalam keadaan dirinya sedang ditimpa ribut taufan penuh dengan emosi. Apakah perbezaan antara gadis yang difahaminya dan ‘gadis’ yang dimaksudkan oleh Irhan. Fikiran Ily bercelaru. Malas dia mahu memikirkan perbezaan maksud keduanya.

Juraian air mata tanpa tangisan diteruskan dengan pelbagai lagi fikiran yang mencelarukan mindanya, merendahkan martabatnya di sisi dunia. Ily tidak perasan nota yang ditinggalkan oleh Rin di atas buku ceritanya. Rin sudah putus asa hendak menghantarkan pesanan ringkas kepadanya. Ily sekadar akan baca tanpa menjawab atau tidak mengendahkannya langsung. Sekarang, telefonnya sudah lama kehabisan bateri dan dia tidak terasa mahu mengecas alat itu.

Ily memandang sekeliling bilik mereka. Otaknya ligat memikirkan tentang cara-cara dia boleh mengakhiri hayatnya. Dia mahukan proses itu tangkas dan mudah. Tidak memerlukan banyak masa agar dia tidak terus merana dan tiada siapa yang akan perasan akan ideanya.

Ily melihat ke arah tingkap. Di gagahkan kaki menuju ke arah tingkap. Dibuka kunci tingkap itu dan ditarik buka. Bukaan tingkap itu sangat rapat. Badan Ily sendiri tidak dapat melepasi regangan tingkap seperti itu. Ily mengabaikan idea dia yang pertama. Dilihat sekeliling bilik pula. Ily mencari tempat-tempat tinggi yang teguh dan boleh di ikat dengan tali. Namun hampa. Ily membatalkan niatnya itu untuk hari ini.

Ily menuju semula ke arah katil. Di lihat jam dinding, waktu Zohor telah tiba dan dia mahu solat dan kemudian meneruskan tidurnya untuk sepanjang hari itu. Salam diberikan, tangan dihulur menghadap Ilahi. Sekali lagi Ily menangis tidak berlagu. Memohon pada Ilahi agar imannya masih kuat untuk meneruskan kehidupan.

Loceng bilik kedengaran di tubir telinga. Ily menghabiskan doanya. Bunyi loceng makin laju manggaanggu khusyuknya dan menyakitkan telinga. Tiada kesabaran tetamunya yang tidak diundang itu. Tetamu? Ily tidak mengenali sesiapa di bumi Jepun ini. Mungkin Rin terlupa membawa kad akses untuk masuk ke bilik. Ily melihat daripada lubang cermin peninjau daripada pintu utama. Kemudian Ily membuka pintu perlahan. Wajah Irhan terjengul di luar pintu.

Wajah itu tampak risau asalnya kini menunjukkan kelegaan yang teramat sangat. Irhan menghelakan nafasnya dan mengambil masa untuk mengatur kembali nafasnya. Irhan mengelap peluh di dahi dengan tangan. Namun anak mata Irhan tidak lepas daripada wajah bujur sirih Ily yang lembut masih bertelekung. Hati lelaki itu risau apabila mendengar keadaan Ily yang sangat dia kenali dengan kemurungan yang melampau. Gentar hati Irhan takut Ily akan membuat perkara yang luar jankauannya dan membahayakan nyawa.

Laju degupan jantung Irhan tadi. Ditinggalkan sahaja Rin di restaurant mereka bersarapan tadi. Nasib baik rakannya ada bersama untuk menemani Rin. Irhan tidak sempat menerangkan segala kerisauannya pada Rin tadi dan terus membuka langkah berlari balik ke hotel mencari Ily.

“Ilyana, hah, hah, hah… cepat siap. Kita keluar. Saya ada tempat menarik nak bawa awak.” Jelas Irhan perlahan cuba menahan cungapnya selepas penat berlari. Irhan tidak mahu Ily mengetahui bahawa dia sudah maklum dengan keadaan Ily di dalam bilik. Ily sekadar menggeleng kepala, tidak berminat dengan pelawaan Irhan. Irhan faham kemurungan akan membuatkan tiada ada perkara di dalam dunia ini dapat menarik perhatian seseorang itu walaupun perkara itu sesuatu yang amat disukainya suatu ketika dahulu.

“Rin tengah tunggu kita. Dia kata dia nak Ilyana datang juga. Kalau tak dia tak nak balik hotel.” Ily memandang Irhan dengan renungan kosong yang tidak berperasaan. Ily masih tidak berganjak daripada muka pintu.

“Ilyana, jangan fikir banyak sangat. Ilyana ikut sahaja saya boleh?” Irhan masih cuba memujuk. Walaupun sebenarnya Rin tidak tahu langsung tentang ideanya tapi dia boleh fikirkan cara lain untuk membuatkan segala rancangannya berjaya. Perkara yang paling penting sekarang adalah Irhan harus membawa Ily keluar daripada bilik itu dan pastikan Ily sentiasa berteman. Buat masa ini, tidak sesuai untuk Ily duduk berseorangan.

Ily mengangguk perlahan. Dia sangat tidak berdaya dan malas hendak menjejakkan kaki keluar daripada tempat itu. Namun mendegarkan keadaan Rin yang memaksanya membuatkan dirinya tidak sampai hati mahu meninggalkan rakannya keseorangan tanpa teman. Bahaya boleh mengundang kepada Rin dan sejarah semalam boleh berulang kembali.

Ily cuba menutup pintu untuk menyalin baju. Namun daun pintu di sekat daripada bercantum dengan bingkainya oleh kaki Irhan. Ily memandang kaki itu pelik. Dilihat wajah Irhan untuk meminta penjelasan. Irhan sekadar tersengih.

“Boleh tak kalau awak salin baju dalam toilet ke atau awak bagi saya kad akses awak? Pintu ni tak perlu tutup.” Ujar Irhan dalam segan silu.

“Kenapa?” Ily bertanya perlahan. Pelik sungguh aksi Irhan itu. Apa yang cuba dilakukannya?

“Mana tahu kalau awak tutup pintu ni, awak tidur balik ke. Kesian saya kena tunggu sampai bertanduk di luar ni.” Sebenarnya, Irhan takut jika Ily bertindak drastik dengan aksi membunuh diri selepas daun pintu yang memisahkan mereka itu tertutup.

“Kalau awak tahan pintu tu, macam mana saya hendak salin baju. Kalau awak ambil kad saya, macam mana saya nak percaya awak tak akan buka pintu tu masa saya sedang salin baju?” Tanya Ily cuba mempertikaikan perbuatan Irhan yang amat meragukan. Tidak pernah lagi dia berhujah panjang lebar begitu sejak tiba di jepun.

“Awak kena percaya saya. Demi Allah, saya tak ada niat jahat pada awak. Saya cuma nak pastikan awak siap dan kita boleh terus gerak.” Dalam kepala Irhan sudah memikirkan taktik lain jika Ily berkeras mahu menutup juga daun pintu itu. Dia akan minta masterkey daripada pihak kaunter dan membuka pintu itu.

Ily mengeluh perlahan dan beredar untuk mengambil bajunya daripada beg. Dia tidak menyentuh langsung beg pakaiannya untuk disusun ke almari pakaian. Ily membuka telekung apabila melihat Irhan sudah membelakanginya dan daun pintu hampir tertutup bersama sendalan kaki kiri Irhan. Ily mengeluh lemah. Dia malas hendak berhujah dengan Irhan tadi. Selesai dia menyalin pakaiannya di bilik mandi, dia mengekori Irhan ke destinasi yang dikatakan dalam diam.

Irhan berjalan mendahuluinya, namun jejaka itu tidak pernah terlepas lirikan pandangannya daripada susuk tubuh Ily. Keadaan kereta api yang sempit itu hanya membenarkan mereka berdiri menghadap pintu. Irhan berada di belakang Ily, menjadi penghadang daripada tolakan dan sentuhan lelaki lain. Kedudukan mereka rapat namun tidak pernah bersentuhan. Perjalanan mereka agak jauh, tapi tiada kata yang diungkapkan antara mereka. Mereka selesa dalam kebisuan.

Setibanya mereka di destinasi, Irhan membeli sedikit makanan daripada kedai dan tiket untuk masuk ke Osaka Akuarium. Ily melihat sekeliling mereka untuk mencari Rin. Ily mahu balik ke hotel secepat mungkin, jika boleh sebelum mereka masuk ke dalam kawasan Akuarium itu. Irhan kembali ke tempat menunggu Ily dengan plastik beg yang dipenuhi dengan makanan bersama 2 keping tiket.

“Kenapa 2 sahaja? Mana Rin punya tiket?” Irhan tersengih dan membuka telefon pintarnya untuk melihat pesanan ringkas daripada Rin.

“Rin dah masuk dulu tadi. Dia kata kita lama sangat tadi dan dia sudah bosan bersendirian.” Irhan berkata perlahan. Ily mengangguk dan menuju ke pintu utama untuk masuk ke dalam. Terdapat banyak hidupan laut yang sangat menakjubkan. Mahupun itu, tiada apa yang dapat mencuit hati Ily yang sedang tandus.

Tiba-tiba lengan beralas Ily ditarik perlahan oleh Irhan ke bangku yang menghadap tangki utama akuarium. Tidak ramai orang yang lalu lalang di situ. Irhan mungkin mahu mengambil masa untuk berehat sebentar setelah penat berjalan. Irhan membuka plastik di tangannya dan menghulurkan Ily beberapa jenis Onigiri dan sebotol air jus epal.

“Mana Rin?” Tanya Ily ringkas. Zuhair sekadar mengangkat bahunya tanda dia tidak pasti.

“Mungkin kejap lagi kita jumpalah dia kot. Kita rehat dulu, lepas ni kita try cari dia.” Pujuk Irhan. Sebenarnya Irhan daripada mula sudah tahu Rin tidak akan datang ke tempat itu. Kebetulan rakannya tadi sudah membawa Rin berjalan sekitar bandar Namba untuk membeli-belah dan Irhan mahu berbual-bual dengan Ily berdua-duan sahaja. Sambil menyelam, minum air, mereka dapat berbual dan melawat tempat yang menarik di Osaka.

Irhan menunggu Ily memulakan suapan. Dia risau melihat Ily tidak menjamah apa pun sejak malam semalam dan kini sudah hampir pukul 4 petang. Onigiri di tangan Ily masih tidak berusik bungkusan itu dan Ily tidak menunjukkan tanda-tanda mahu membukanya. Air jus pun dipandang sepi. Irhan membuka penutup air jus epal itu dan menghulurkan pada Ily. Memaksa Ily meneguknya. Ily minum juga dalam keterpaksaan. Selepas puas dengan beberapa tegukan, Irhan membuka pula sampul Onigiri. Dihulurkan pada Ily. Kali ini Ily sekadar memegang makanan itu tanpa dibawa masuk ke mulut.

“Ilyana nak kongsi apa yang berlaku pada awak?” Tanya Irhan perlahan. Ily terkejut. Dia tidak sangka Irhan akan bertanyakan soalan itu. Rin pun tidak berani untuk mempersoalkan apa yang sudah berlaku. Sedangkan Rin adalah kawan baiknya dan Irhan hanya seorang yang tidak dikenalinya selain daripada hubungan persaudaraan antara Irhan dan Rin. Siapa Irhan hendak bertanyakan tentang persoalan dalam hidupnya? Apa hak Irhan.

Ily mengalihkan pandangannya melihat wajah Irhan. Wajah itu tampak risau dan prihatin. Namun hati Ily masih keras. Dia tidak mahu seorang lagi di dalam dunia ini mengambil berat tentangnya. Kemudian apabila dia sudah menaruh harapan dan kepercayaan, saat itu dia dipijak dan kembali ke tempat asalnya di muka bumi ini.

Irhan menarik pandangannya daripada Ily. Debaran di dalam hatinya terasa mahu pecah dadanya. Dia tahu soalan itu sangat sensetif buat Ily pada ketika ini. Namun hati itu perlu diketuk untuk berkongsi segala masalahnya. Hati yang terluka dan hancur tidak boleh dibiarkan seorang diri dan disapu ke bawah karpet. Lambat laun hati itu akan mati buat selamanya dan diikuti oleh jasad. Irhan tidak mahu segala itu terjadi pada gadis di hadapannya ini. Terlalu sukar untuk dia lepaskan seseorang lagi yang istemewa dalam hidupnya. Seseorang yang sangat penting dan boleh mengubah seluruh hidupnya.

“Saya ada beberapa orang yang amat penting dalam hidup saya. Tapi salah seorang daipada mereka ini mengubah seluruh kehidupan saya. Saya tinggalkan segala keburukan dan protes saya terhadap dunia ini disebabkan kelahiran dan kematian seseorang ini.” Irhan menjeling seketika pada Ilyana. Gadis itu hanya mendengar. Sekurang-kurangnya Ilyana mahu mendengar dan fikiran itu tidak menerawang entah ke mana. Irhan kembali melihat ikan-ikan yang berenang lembut menyusur air yang tenang. Tiada ombak laut.

“This particular guy, he change me with his words and inspiration. He thought me everything except about love. Dia seorang yang matang daripada umur belasan tahun. Dia pimpin dan lindungi saya sebaik mungkin. Dia dipandang tinggi oleh semua mata yang melihatnya. Saya teramat kagum dengan cara pembawakannya, cara santunnya, cara dia berfikir dan cara dia menyayangi orang-orang yang rapat dengannya.” Tona suara Irhan bergetar seketika. Dia rindu akan lelaki ini. Teramat rindu.

“Tapi disebabkan cinta dia pada seseorang wanita, dia hancurkan segala hidupnya. Hidup yang dimulakan dengan penuh hebat diakhiri dengan kesedihan. Panjang ceritanya jika saya mahu merungkai kembali hubungan antara lelaki ini bersama wanita itu. Tetapi saya hendak berkongsi bagaimana keadaan lelaki ini selepas dia tahu wanita itu melahirkan anaknya dan memberi anak itu kepada orang yang langsung tak diketahuinya.” Suara Irhan dalam dan kasar. Di batuk sedikit untuk meredakan tekaknya yang mangkin sempit.

“This guy, dia tenggelam dalam kesedihan dan kehampaan. Dia menaruh sepenuh harapannya pada wanita itu namun harapannya di baling jauh ke tengah laut. Dia lemas dalam cubaan mencari harapannya kembali. Dia berhenti bekerja walaupun sebelumnya pekerjaanya adalah sesuatu yang amat penting dalam dirinya. Dia berhenti bercakap dan makan apabila dipaksa sahaja. Badannya kurus-kering hingga ke tulang. Dia waras, namun hanya akan menunaikan solat apabila disuruh. Jika tidak, melayanglah solatnya. Dia berhenti bermain tenis, aktiviti yang tidak pernah ditinggalkannya pada setiap minggu. Harinya hanya dihabiskan di atas katil. Dia akan termenung atau tidur. Tidak mahu membersihkan diri mahu pun menjaga kesihatan sendiri. Tidak hirau langsung dengan orang sekelilingnya yang sangat menitik beratkan keadaannya. Kami semua cuba memulihkan semangatnya. Cuba menarik perhatiannya daripada perkara yang sudah berlaku. Tapi dia hanya teruskan kehidupannya di atas katil dan menangis. Walaupun kami sedaya upaya mengelakkan topik yang sangat menyakitkan hatinya, dia teruskan menangis.” Ily menelan air liur. Terasa tekaknya kering. Cerita yang amat hampir dengan dirinya. Adakah Irhan sedang mengolah tentang dirinya sekarang ini?

“Dia sudah menelan pil tidur berbotol-botol. Cubaan membunuh diri yang tidak terkira. Rawatan ke doktor pakar juga tidak dituruti apatah lagi pihak kaunseling. Kami buntu. Kami tidak tahu bagaimana hendak menolong dan kami langsung tidak tahu apa masalahnya.” Pada tahap ini, Irhan sudah merintih. Suaranya perit mencerminkan hatinya yang terguris.

“Then, one day dia datang bilik saya. Hati saya gembira sangat kerana at last, dia menunjukkan usahanya untuk berubah. Dia sanggup bangun dan datang ke bilik saya untuk meminta segelas air. Eventhough it seems like a harmless request but it has changed to be the scariest request in my life.” Irhan mengosok matanya beberapa kali. Tidak mahu Ily melihatnya menangis. Dia harus tampil kuat di hadapan gadis itu.

“I went out to fetch him a glass of water. Dia sempat ucap terima kasih pada saya sebelum saya keluar daripada bilik. Ucapannya penuh dengan senyuman yang sudah lama saya rindu. Pada ketika itu saya tersengih macam orang gila dan berlari pantas mahu memberikan dia segelas air. In those short journey, I have been thinking about a lot of things on what to say to him and share everything that has happen. My steps has never been that eager and excited. Once I step back inside my room, he was gone. Hati saya yang amat gembira itu berderau. Saya buka pintu bilik mandi, namun tidak kelihatan juga susuk tubuh lelaki itu. Mata saya terlintas pada balkoni rumah yang terbuka luas pintunya. How funny it seems now, that my excited steps has became the most horrified steps I have taken in a split second. Pandangan saya langsung tidak kabur. Wajah dan tubuh badan itu jelas menunjukkan lelaki itu baru sahaja terjun daripada balkoni bilik saya.” Ily menolak bahu Irhan agar jejaka itu melihat wajahnya. Terdetik di hati Ily bahawa jejaka di hadapannya harus tahu bahawa dia sedang menceritakan pengalaman perit dalam hidupnya pada seseorang dan bukan hanya pada dinding.

Mata Irhan kemerehan dengan hidung yang turut memerah dan basah. Ily mencapai plastik makanan tadi dan dicapai tisu yang diberikan. Ily mahu mengelap air mata yang bertakung di mata Irhan namun tanganya terus meletakkan tisu itu di tangan Irhan. Irhan mengelap air matanya pantas. Kemudian, wajah Ily ditatap dan diteruskan katanya.

“Saya lalai dan lupa bilik saya ada balkoni. Sebelum ini, kami akan kunci bilik sebelum keluar untuk elakkan lelaki itu masuk dan terjun melalui balkoni.” Irhan menelan air liur lagi. Emosinya kembali stabil dan air yang membasahi pipinya sudah berhenti.

“Kami pindah daripada rumah itu. Saya tidak sanggup hendak mengenang kejadian itu setiap kali saya cuba untuk tidur. Lama saya fikirkan selepas pemergiannya, apa salah kami. Apa salah dan kurangnya saya sehingga tidak dapat menyelamatkan nyawa seorang insan yang amat bermakna bagi kami. Pada suatu saat, saya sendiri yang mula terasa kemurungan. Tapi dengan izin Allah SWT, saya sedar cepat tentang kondisi saya. Saya pergi jumpa doktor pakar psikiatri dan kemudian selepas beberapa sesi, saya pulih.” Kali ini Irhan memandang tepat pada anak mata Ily.

“At that time, I realized, saya bukan pulih sebab ubat atau sebab saya jumpa doktor pakar itu. Well, it may be the route to heal tapi perkara yang paling penting adalah saya ceritakan segalanya pada doktor saya. Perkongsian masalah adalah penting Ilyana. Saya rasa lega selepas saya ceritakan segala masalah saya pada doktor, ibu-bapa saya, kawan-kawan rapat dan saya rasa lega dan puas. Lega kerana masih ada insan-insan yang masih menitik beratkan keadaan saya dan masalah saya. Puas kerana saya tidak menyimpan bebanan semua masalah saya seorang diri. Insan-insan ini memberikan pandangan mereka untuk cuba menyelesaikan masalah saya. Mereka tidak memaksa untuk saya berubah, tetapi mereka memberi cadangan yang saya ada beberapa pilihan untuk mengubah cara hidup saya.” Irhan sedaya-upaya mahu Ily faham tentang apa yang cuba disampaikannya.

“Saya sedar bahawa jika saya ambil jalan pengakhiran seperti Arwah, ibu-bapa saya adalah orang yang paling sedih dalam dunia ini. Ramai lagi orang yang mahukan kita berada bersama mereka untuk mengharungi dunia ini bersama-sama.” Ily mula memikirkan siapa insan yang masih menyayanginya di muka bumi ini.

“Saya sedar bahawa Arwah tidak dapat menceritakan masalahnya semasa dia hidup. Kami tidak mahu berkongsi pun masalah Arwah kerana takut kisah itu akan menyebabkan dia lagi terluka. Jadi kami pun tidak tahu bagaimana hendak menolong Arwah sebab kami tidak tahu apa masalah yang Arwah alami ketika itu.” Ily kembali tunduk. Dia mahu berkongsikan masalahnya, namun dia tidak tahu siapa mahu mendengar segala isi hatinya.

“Ilyana, jangan biarkan insan-insan yang menyayangi awak meratapi pemergian awak. Cukuplah hanya saya yang merasai kehilangan itu. Itu pun saya perlu belajar lumrah hidup ini dengan pertukaran nyawa insan yang paling saya sayang. Cukuplah seorang Ilyana. Saya tak mahu awak juga pergi. Saya tak boleh harungi segalanya untuk kali kedua.” Irhan merayu bersungguh-sungguh pada Ily. Ily merasa janggal melihat seseorang yang sangat asing dalam dirinya namun cuba berkongsi masalahnya seperti sudah lama perkenalan mereka. Ily membuka mulut.

“Saya tak pasti awak mahu dengar atau tidak cerita saya ini.” Irhan mengalihkan seluruh tubuhnya menghadap Ily.

“I want to hear it.” Irhan berkata yakin. Ily menghelakan nafas berat. Dia tidak pasti mahu dimulakan daripada mana kisah hidupnya bersama Zuhair.

“Tapi apa perlu saya kongsikan jika pemergian saya tidak akan ada siapa yang tangisi walaupun ibu-bapa saya?” jawab Ily perlahan. Tersentak Zuhair mendengar kata-kata itu keluar.

--------Author’s note------

Cliffhanger!!! Do you think Irhan can convince Ilyana to talk to him about her private life? Who is Irhan though? Just a stranger. Well, you guyz need to stay reading for the next chapter!

By the way, the description of ‘kemurungan’ is based on the criteria of depression. I may have not explained it very well but symptoms dia lebih kurang lah. Tapi if any of you have these symptoms or your friends has one, please do consult your doctor for more information!

Have a nice day!

-------peony------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience