Chapter 10 - My dear

Romance Series 10064

-------ILYANA-------
Tenang sahaja di bilik bacaan keluarga Zuhair. Ily sudah bertukar posisi daripada duduk di sofa ke atas permaidani yang terbentang bersama beberapa bantal-bantal yang sederhana besar menampakkan suasana yang sangat selesa. Terlalu selesa berada di dalam perpustakaan itu sehingga boleh tidur dan lepak di situ. Sudah berjam-jam Ily dan Zuhair sudah berada di sini.

Kelihatannya memang ruang ini menjadi tempat paling digemari oleh seluruh keluarga Zuhair. Sejak beberapa jam lepas, Papa, Mummy dan Sarah sudah datang, melepak seketika dan beredar daripada bilik ini. Mereka sekadar menyapa Ily dan Zuhair kemudian berlalu pergi. Memahami perasaan seorang pembaca yang memerlukan masanya agar tidak diganggu.

Leher sudah lenguh, mata sudah penat merenung perkataan yang sudah berpintal-pintal di matanya. Ily menurunkan buku yang hampir separuh sudah dibaca.

Buku yang pertama kali dipandang dan sudah menjadi tarikan di hatinya, novel Inggeris yang bertemakan zaman membangunnya tamadun Eropah. Novel yang mengisahkan percintaan yang tidak diduga antara dua darjat. Seorang wanita yang menjaga tatatertib yang sudah menjadi turun temurun di dalam keluarga yang terkenal sebagai ‘The King Family’ tertarik hati kepada tukang besi yang bekerja khas untuk keluarga itu. Walaupun pada mulanya, tukang besi itu tidak menyukai puteri di dalam keluarga itu, namun kata hati tiada siapa dapat menjangka. Bila suka itu datang, tiada siapa dapat menentang.

Melihat Zuhair, Ily mula tertanya-tanya tentang perasaannya terhadap Zuhair. Sejak bila dia sudah menyukai jejaka ini? Zuhair tenang menyelak satu-persatu helaian buku yang sedang dibacanya. Jemari yang kasar dan panjang itu tidak lekang daripada memegang buku di tangan sejak daripada tadi. Mereka berdua seperti sedang menemani satu sama lain namun masing-masing hanya berdiam diri. Melayan dunia masing-masing di alam pembacaan dan imaginasi masing-masing.

Jauh Ily termenung memandang Zuhair, yang masih menumpukan sepenuh perhatiaannya pada buku di tangan. Ily masih tertanya-tanya, bagaimana seseorang seperti Zuhair menyukai seseorang seperti dirinya. Bukan darjat yang dibezakan, memandangkan Zuhair dan kesseluruhan keluarga sudah dapat menerima Ily sekeluarga seadanya.

Namun, bagaimana pula dengan berbezaan pendapat, perangai dan pelbagai lagi aspek yang lain. Jika mereka setakat berbincang, tidaklah mendatangkan banyak masalah. Tapi jika pergaduhan besar berlaku? Ily tidak pasti bagaimana riaksi Zuhair jika mereka bergaduh besar. Tempoh perkenalan mereka terlalu singkat. Bagaimana pula jika Ily tidak dapat menerima cara teguran atau jalan penyelesaian yang diambil oleh Zuhair untuk menyelesaikan masalah?

Tempoh pertunangan 6 bulan seperti terlalu pendek untuk Ily. Namun, Ily tidak sampai hati hendak membantah. Apatah lagi apabila kedua Ayah dan Mamanya sudah bersetuju dengan tarikh pertunangan mereka.

“Done checking me out?” Tiba-tiba Zuhair bersuara. Semua persoalan Ily di dalam kepala hilang seperti kepal terbang yang terhempas.

“Sorry?” Ily mengeleng-gelengkan kepalanya. ‘Down to earth Ily. Somebody actually exist in front of you!’ Zuhair sudah tersenyum lebar. Ily tidak tahu apa yang terdapat di dalam senyuman Zuhair, namun setiap kali senyuman itu timbul, hati Ily akan cair. Ily harap sangat hatinya tidak cair dan kering disebabkan senyuman Zuhair.

“Where are you going Sayang?” lembut suara itu.

“I am here… but… well my mind… I am thinking… you… and me… yeah…” Ily berbisik membebel-bebel seorang diri. Zuhair sudah tergelak kecil. Namun, tangannya sudah menutup mulutnya untuk mengawal gelaknya. Senyap. Zuhair terbatuk kecil, masih menunggu jawapan.

“Tell me what are you thinking, Sayang?” Tanya Zuhair. Tangan sudah mencapai mug dengan air coklat sejuk. Buku tentang perang dunia yang dibelek sebentar tadi sudah diletak di atas meja. Ily sudah menutup bukunya dan diletakkan di atas peha. Kedua belah tangan digenggam. Kukunya diteliti dengan penuh minat. Walaupun sebelum ini, kukunya hanya mendapat perhatian pada setiap Jumaat ketika masa memotong kukunya.

“I am waiting” Ily mengumpul segala kekuatannya, menarik nafas sedalam mungkin. Kemudian memandang wajah tampan Zuhair yang tersenyum lebar.

“Saya tengah risau. Saya takut kita tak sesuai. Bersama.” Ujar Ily ragu-ragu. Zuhair sudah menghabiskan minumannya. Mug diletakkan ke tepi. Zuhair sudah bangun dari tempat duduknya. Punggung di labuhkan di sebalah Ily, bantal dibetulkan mengikut keselesaan. Wajah Zuhair setentang dengan Ily dalam keadaan terbaring. Ily sudah tersepit, tidak dapat berganjak ke tepi mahupun ke belakang. Zuhair hanya tersenyum melihat Ily yang sudah seperti cacing kepanasan. ‘Aku dah menggeletik kat sini, dia boleh pulak tersengih-sengih kat situ’. Detik hati Ily. Bibir sudah di cebikkan sedikit.

“Kenapa? Apa yang Sayang saya ni takut? Let me be your prince in the shining armor” Ily mengigit bibir bawahnya. Ragu-ragu hendak meluahkan keraguan yang sudah menganggu tidurnya bermalam-malam. Ily takut keraguannya akan mengecilkan hati si pujangga.

“Macam mana saya nak cakap ni?” Ily sudah menggaru-garu kepalanya. Runsing apabila disuruh membuat keputusan yang sukar dalam desakan. ‘Adooii!! Nak cakap ke tak ni? Tak cakap, nanti penat nak fikir lama-lama. Kalau cakap takut boleh gaduh pulak. Dah lah baru majlis pertunangan mereka beberapa hari lepas’ bebel Ily seorang diri di dalam hati.

“Sayang…” tegur Zuhair lembut. Tiada desakan dalam suaranya, hanya sekadar permintaan yang menjadi pemberat di hati Ily. Tidak sanggup menolak permintaan orang tersayang.

“Saya… Saya takut tempoh perkenalan kita tidak cukup. Saya takut kita tak sesuai bersama.” Ily pandang terus ke anak mata Zuhair. Detik kerisauan hatinya terpampang jelas.

“Tidak cukup ke tempoh perkenalan kita setahun lamanya sebelum bertunang? Tidak pernah terdetik di hati saya, yang awak tak sesuai untuk menjadi isteri saya. Tak pernah ada ragu. Tak pernah sekali pun Sayang.” Zuhair berkata tenang. Tergamam Ily sebentar dengan luahan hati Zuhair.

“Tapi itu tempoh persahabatan Zuhair. Saya anggap awak sebagai kawan, di mana jurang antara kita lebih luas daripada sekarang. Saya tak pernah kesah apa awak buat atau apa sekali pun keputusan yang awak ambil dalam hidup awak. Malahan saya…” Ily terhenti berkata. Menelan air liur. Kata-kata seterusnya pasti akan menguris hati sesiapa pun yang berada di tempat Zuhair.

“Continue. I won’t scold you” Zuhair masih tenang. Ily melarikan pandangannya ke tingkap di hadapan. Melihat suasana di luar dapat meyakinkan Ily ketika ini.

“Saya tak pernah fikir atau terdetik dalam hati saya yang awak akan menjadi suami saya. Tidak pernah sehingga malam awak melamar saya dan menjadi tunang saya. I am so sorry to say this. But it is the truth. Saya sedar siapa diri saya. Dulu saya bersyukur sangat, sekadar menjadi sahabat pada orang sehebat awak pun saya sudah bersyukur. Tapi menjadi bakal isteri awak is beyond the reach of my mind.” Ily terdiam. Takut hendak melihat riaksi Zuhair.
“Saya takut Zuhair.” Sambung Ily perlahan. Zuhair sudah mengubah posisi. Mungkin mendengar topik perbualan mereka menjadi serius, posisinya daripada berbaring tadi diubah untuk duduk.

“Look at me Sayang” lambat-lambat Ily mengalihkan pandangannya ke kanan, menghadap Zuhair. Wajah ini pasti terluka selepas luahan Ily sebentar tadi.

“Well, I cannot blame you on what you felt about me before we get engaged. Tapi saya nak bagi awak peluang untuk kenal saya dalam waktu pertunangan kita ni. Enam bulan ni bukan masa diberikan untuk awak terima paksaan ikatan perkahwinan ini. Enam bulan ini adalah untuk kita kenal hati budi masing-masing.” Zuhair terdiam seketika. Sepertinya takut hendak meneruskan ayat seterusnya

“Saya tak galakkan, tapi saya juga tidak menghalang awak untuk putuskan pertunangan kita jika awak rasa kita tak sesuai. But, I really hope not.” Zuhair menghela nafas panjang. Ily hanya terdiam, menunggu kata-kata yang bakal terkeluar lagi daripada mulut Zuhair.

“Mungkin awak rasa tak adil bagi awak apabila saya seperti memaksa awak untuk menerima pertunangan kita. Tapi awak kena faham, saya kumpulkan semua kekuatan dan usaha saya untuk melamar awak di hadapan keluarga awak dan semua ahli keluarga saya. Sayang, saya tak akan buat kerja sia-sia macam tu kalau saya tahu awak tak suka pada saya. I just want you to know that it is hard for me too to reach you up to this point. Do you understand Sayang?” Ily hanya terangguk-angguk, tiada kata yang dapat dikeluarkan. Takut Zuhair dapat mengesan getaran sebak dalam suaranya.

“Whatever the hardships that we have to face in this coming six months, please, please do discuss it with me. So that we can face it together. Saya tak nak cerita cinta kita macam drama melayu tiap-tiap Maghrib tu. Balik-balik misunderstanding, lepas itu break, bercerai. Entah apa-apa lagi entah.” Ily tergelak kecil mendengar Zuhair membebel. Jarang Zuhair yang berkata-kata panjang, biasanya hanya Ily yang membebel.

“Please be honest with me Sayang. Even though it may break me to the core, but please be honest. Like right now, I understand what has been troubling your mind and we can solve it together. Okay?” Ily mengangguk lagi. Air mata yang montel-montel sudah keluar di hujung alis mata. Menitis dengan harapan baru dalam perhubungan mereka.

“One and the most important thing I want to tell you.” Zuhair berkata lagi. Ily sudah mengelap air mata sendiri, tersenyum lebar memikirkan bilakah Zuhair akan berhenti meluahkan isi hatinya.

“Saya tak akan putuskan hubungan kita. Whatever happens, it will never be my decision.” Ily sudah tergamam. Yakin sungguh kata-kata Zuhair. Mungkin sebab ini yang Zuhair inginkan. Setiap perkara yang Zuhair inginkan pasti akan dikecapi walau apa sekali pun yang mendatang.

“I love you Sayang. Don’t ever doubt it.” Zuhair sudah mengakhiri kata-katanya dengan kalimah cintanya kepada Ily dengan suara yang rendah dan husky juga. Zuhair merenung anak mata Ily lama. Mungkin mengharapkan balasan. Bibir Ily terketar-ketar mahu memulangkan kata-kata yang sama daripada isi hatinya. Lama mereka bertentang mata. Baru sahaja suara Ily mahu keluar daripada kotak suara, suara Mummy kedengaran memanggil mereka berdua.

“Zuhair, bila nak gerak balik ni?” mereka berdua sudah menjarakkan diri dan cuba mencari tubuh sederhana gempal Mummy Zuhair. Seketika kemudian, baru tubuh itu kelihatan di balik daun pintu. Zuhair sudah terbatuk kecil cuba membetulkan kembali nada suara.

“Dah nak gerak lah ni Mummy. Ily ni, leka sangat baca buku.” Ujar Zuhair selamba sambil bangun dan beredar menuju ke arah Mummynya. Ily yang masih di awangan tersedar dan kekok apabila kedua insan di hadapannya menunggu jawapannya. Memerah wajah Ily.

“Tak elok travel malam-malam macam ni dengan anak dara orang Zuhair” tegur Mummy lembut. Zuhair sekadar mengangguk tanda mengerti. Ily terus bangun membawa diri ke biliknya untuk beransur pulang ke asramanya. Kaki Ily bergerak pantas ke hulu ke hilir mengumpulkan barang-barangnya. Tidak banyak mana pun kerana Ily datang ke situ sehelai sepinggang. Itu pun nasib baik Rin sempat mengambil toiletries-nya dan beberapa barang penting sebelum mereka datang ke majlis Zuhair. Ketukan pintu biliknya yang terbuka luas kedengaran perlahan.

“Sayang dah siap?” Ily berpaling dan mengangguk kecil. Beg galas di tangan terus di ambil Zuhair. Tidak sempat Ily hendak membantah, Zuhair sudah beredar. Ily baru perasan buku daripada bilik bacaan tadi masih di tangan. Lengan Zuhair ditarik lembut.

“Kejap ye Zuhair. Saya nak letak balik buku ni.” Zuhair hanya mengeleng.

“Tak payah. Awak amik lah buku tu.” Ujar Zuhair perlahan.

“Eh, tak baik lah amik collections orang. Nanti kalau ade orang lain nak baca macam mana?” Tanya Ily balik.

“Kalau macam tu, nanti awak datang sini balik pulangkan okay?” Ily hanya mengangguk. Tidak akan dilepaskan peluang untuk melepak di bilik bacaan rumah Zuhair ini lagi.

“Awak tak bawa baju ke Zuhair?” Tanya Ily lagi semasa mereka melangkah ke kawasan tempat letak kereta rumah itu.

“Saya duduk sini. Saya selalu berulang daripada kampus dengan rumah.” Ily sudah tergamam. ‘Ish, tak penat ke nak drive hari-hari pergi kampus? Paling cepat 40 minit sampai rumah ni. Itu pun kalau trafik tak sesak.’ Ily hanya mengangguk. Zuhair tersenyum kecil seperti tahu sahaja apa yang berada di fikiran Ily.

“Saya tak penat. Lagipun, berbaloi lah perjalanan setakat 40 minit ke 1 jam hari-hari kalau saya dapat jumpa ahli keluarga saya.” Ily tersenyum simpul panjang. Kembang hatinya apabila mengetahui Zuhair seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaannya.

Mereka berdua sudah bersalaman dengan ahli keluarga Zuhair. Ily beredar untuk masuk ke dalam kereta Zuhair yang sudah di hidupkan enjin. Menunggu Zuhair yang sedang mendengar pesanan Mummynya. ‘Macam nak berpisah lama’ detik hati Ily.

Mata Ily melirik kepada cermin belakang. Mummy Zuhair sudah memegang pipi Zuhair. Zuhair hanya terangguk perlahan. Kemudian, mereka berpelukkan Zuhair beredar masuk ke dalam kereta. Terdetik di hati Ily suatu perasaan di mana dia bersyukur dengan segala yang berlaku kepadanya. Mungkin, jodohnya bersama Zuhair adalah pilihan yang terbaik untuknya.

Zuhair sudah masuk ke dalam kereta dan pacuan mereka beredar perlahan membelah lautan kenderaan. Muzik di buka perlahan. Sekadar untuk melayan perasaan kepada pendengar.

“Mummy pesan apa?” Tanya Ily sekadar ingin memulakan perbualan.

“Mummy pesan hantar Sayang terus balik rumah. Tak payah nak keluar makan kea pa ke. Sebab dah malam. Lepas tu, jangan bawak laju-laju. Baca doa naik kenderaan. Berhenti solat kalau tak sempat. Macam-macam lagi lah. Tapi banyak pasal Sayang lah daripada saya.” Walaupun tidak jelas, namun Ily dapat menangkap nada merajuk Zuhair. Ily tergelak kecil melihat perangai keanak-anakan Zuhair. Zuhair sudah berkalih pandangan memandangnya.

“Kenapa Sayang gelak?” Ily masih dengan gelaknya. Tidak mahu berhenti. Zuhair sudah binggung.

“Bagi lah tahu, kenapa Sayang gelak?” Zuhair sudah mendesak. Tidak suka perasaan digelakkan tanpa tahu mengapa.

“Sayang!”

“Okay, okay! Saya tak sangka Zuhair ni jenis anak manja Mummy!” sambung Ily, tawa masih berbaki. Tidak mahu henti seperti ada benda menggeletek perutnya. Ily kemudian melihat Zuhair yang sudah memerah. Walaupun hari sudah semakin gelap, namun wajah Zuhair merah seperti bersinar di mata Ily. Tawa Ily semakin menjadi-jadi dan tidak ada tanda hendak berhenti. Zuhair sudah menghalakan pandangannya kehadapan, segan dengan usikan Ily. Tidak tahu bagaimana hendak menghentikan tawa sang kekasih hati.

“Salah ke?” bisik Zuhair kecil. Seperti bercakap dengan diri sendiri namun masih sempat ditangkap oleh Ily. Ily cuba sedaya menahan tawanya agar perkataan dapat keluar dari mulutnya. Perlahan-lahan, tawa Ily surut dan tangannya diusap lembut pada bahu Zuhair. Zuhair yang masih merajuk tidak memandang Ily.

“Tak salah. Saya suka.” Ily memujuk lembut. Zuhair melirikkan mata manja ke tepi. Siapa yang tidak cair mendengar pujukan lembut daripada sang kekasih. Zuhair terbatuk kecil, kemudian tersengih. Ily membalas dengan senyuman yang paling manis. Mengerti bahawa pujukannya sebentar tadi dapat merawat rajuk si pujangga.

“Sayang bila nak panggil saya manja-manja ni?” Zuhair sudah bersuara husky. Ily sudah tidak senang duduk. Pernah juga dia terfikir tentang perkara itu. Tapi apabila memikirkan dia perlu memanggil panggilan itu depan Zuhair, Ily terus terasa mukanya tebal. Segan tujuh keturunan tidak akan habis.

“Bukan saya tak nak. Saya tak tahu nak panggil awak apa. Saya.. saya.. malu…” ujar Ily perlahan.

“Do you want to give you a suggestions?” Ily menggaguk perlahan. ‘Dia suggest je kan? Panggil ke tidak, tak kesah lah kan?’

“How about dear?” Dahi Ily sudah berkerut.

“Bukan ke selalunya the guy yang panggil his lover as my dear?”

“Well, tak salah kan? My dear sedap je telinga mendengar. Lembut.” Zuhair berkata perlahan.

“Well, as you wish.” Jawab Ily perlahan. Zuhair sudah tersengih lebar. Kereta yang dipandu sudah berhenti tanda mereka sudah sampai ke destinasi.

“As you wish what?” Tanya Zuhair lagi. Mahu mendengar panggilan yang ditunggu-tunggukan. Ily sudah membuka pintu kereta, mengambil beg dan beredar. Sebelum pintu ditutup, Ily berkata pada Zuhair.

“Maybe next time.” Ily akhiri hari mereka dengan membiarkan Zuhair kecewa dan harapan. Harapan agar pertemuan mereka dinanti-nantikan.

……………………………………………………..
Author’s note

Hey, good day. A short chapter but may it be worthy. Enjoy!!

Love,
------Peony-------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience