Chapter 1: Its Blooming!

Romance Series 10064

"Wah, it is blooming!" Bunga sakura yang putih kemerah-merahan berbunga mekar. Hanya mata yang teliti dapat melihat warna yang lembut satin bunga ini menyerikan setiap pelusuk kawasan di taman sekitar Istana Osaka.

Meriah kawasan di sekitar istana ini, senantiasa dipenuhi orang ramai yang menikmati keindahan alam yang diciptakan oleh Allah SWT. Mungkin pemandangan ini dapat menenangkan hati atau mengembirakan diri yang terluka.

Namun, keindahan bunga sakura ini hanya dapat dirasai dalam sekitar 5-6 hari sahaja di sesuatu tempat mengikut suhu kawasan.

Beberapa keping gambar diambil untuk dijadikan kenangan agar memori dapat di imbas kembali seberadanya dia di sini. Angin dingin menghembus lembut wajahnya yang tenang membawa sekali gugusan-gugusan bunga sakura yang sudah cecah ke bumi.

Sinar cahaya mentari senja memerah menandakan pertukaran waktu dan Ilya Nadhirah seperti tidak mahu melepaskan suasana yang indah ini pergi. Seperti dia akan kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam dirinya. Nafas dihembus berat, melihat kaki sendiri yang seolah-olah berat untuk memulakan langkah berjalan pulang. Esok penerbangan Ily pula ke Malaysia.

Sudah sebulan dia di tanah terbitnya matahari ni. Namun seakan-akan tidak puas berada di sini. Budaya, pemakanan, pemikiran, pemandangan dan banyak lagi yang Ily pelajari daripada negara ini. Jauh perbezaannya daripada negaranya sendiri.

Mama, ayah dan adik-beradiknya yang lain sudah seminggu pulang ke tanah air. Hanya tinggal Ily dan keluarga abang sulungnya sahaja di sini. Atas permintaannya yang mahu melihat bunga sakura mekar sebelum dia memulakan alam universiti.

"Assalamualaikum, Can I help you miss? You look loss and alone." Lembut suara seseorang lelaki bertanya. Ily mendongak.

Mata yang serdahana besar, dengan anak mata bewarna coklat gelap bersinar melihat anak matanya. Kening terbentuk cantik. Hidung mancung sempurna dengan garis rahang yang menonjol memberi gambaran yang tegap. Rambut pendek tersisir rapi dan kemas. Bibir yang nipis, namun lebar dan murah dengan senyuman. Wajah ini pasti dapat mengilakan ramai kaum hawa. Melihat sahaja boleh tergamam, apatah lagi jika dia memikat, pasti dapat.

Terpegun melihat satu lagi keindahan Tuhan yang Maha Agung. 'Allah, lama pula aku tenung muka dia' detik hati Ily. Terus ditundukkan wajahnya, menyelindungi bahang wajahnya daripada terus ditenung mata yang indah itu.

"Miss?" Suara itu mendayu lagi.

"Oh, yes... Huh? I am sorry, can you please repeat the questions?" MasyaAllah, malunya! Nampak sangat kalutnya.' Wajah jejaka di hadapannya dilihat. Bibir nipis itu ditarik untuk melebarkan senyuman.

"I am asking if you are doing fine and are you loss?" Bahasa Inggeris lelaki ini jelas, seperti sentiasa bertutur dalam bahasa inggeris. Pasti bukan orang jepun.

"Nope, I'm fine. I am not loss. Thank you for asking" baru sahaja Ily mahu menundukkan diri sebagai tanda terima kasih dalam budaya jepun, lelaki itu bertanya lagi.

"Orang Malaysia ke?" Terkejut Ily melihat lelaki itu bertutur dalam bahasa ibundanya.

"Haah, orang Malaysia jugak ke?" Soalan yang sudah terang lagi nyata ditanyakan juga. Apa salahnya berbual dengan rakan senegarakan?

'Iya ke senegara? Macam bukan je. Mamat ni mesti kacuk macam-macam ni. Tak ada orang melayu muka macam tu.' Bisik Ily di dalam hati.

"Yup" Tangan dimasukkan ke dalam poket sweater charcoal grey yang bertulis NYC. Pergerakan yang mudah namun tampak segak. 'This man knows how to make himself look good' bisik hati Ilya. Hai lah mata, jagalah pandanganmu daripada terus menjamah keindahan milik Tuhan Yang Maha Agung.

"Mana tahu saya orang Malaysia?"

"Muka, pelat and tudung." Nampak mudah kata-kata keluar daripada bibir itu.

"Tudung? Bukan orang Malaysia je pakai tudungkan?" Soal Ilya lagi.

"Memanglah tidak, tapi tengok tepi tudung tu, siap ada jenama 'tudung p**ple' lagi. Sah orang Malaysia" jejaka ini dengan bangganya memberi tahu cara penyelesaian setiap persoalan di benak otak Ilya Nadhirah . Wajahnya yang tampak sedikit bangga membuatkan Ily terasa meluat dan mahu berlalu pergi. Bangga, tapi masih tampan.

"Okaylah, thank you for your concern. Saya minta diri dulu. Bye, Assalamualaikum" terus kakinya melangkah pergi tampa mengharapkan apa-apa balasan daripada jejaka itu.

"Eh, tunggulah dulu." Beg sandang Ily dikait dengan jari telunjuk jejaka itu. Ily melihat jari itu dan kemudian kepada wajah pemuda itu.

"Yes, may I help you?" Ily merentap sedikit bag sandangnya. Jejaka dihadapannya ini terkuis-kuis kepalanya dengan jari. Wajahnya ditunduk melihat tanah seperti tidak sanggup melihat wajah Ily.

"Teman saya makan boleh?" Berkerut dahi Ily . 'Biar betul mamat ni. Tak kenal, terus ajak pergi makan.'

"Kalau saya adik awak, awak kasi tak adik awak terima pelawaan strangers pergi makan?" Kali ini anak mata Ily tepat melihat mata jejaka dihadapannya. Ily serius mahu melihat kedalam mata jejaka ini. Melihat kejujuran dalam jawapan yang akan ditutur oleh bibir nipis itu.

"Tak" jawabnya perlahan, namun memuaskan hati si gadis.

"Tapi kita pergi makan somewhere yang awak selesa dan orang kat situ kenal awak boleh? Saya tak kesah." Jawapan yang mudah. Pelawaan yang ringan, tidak terasa terbeban. Mudah untuk Ily untuk menolak.

Dilihat jejaka itu daripada atas ke bawah. 'Boleh percaya ke mamat ni.' Terus dikeluarkan telefon bimbit dah wajah jejaka di hadapannya diambil tanpa sebarang penjelasan.

"Awak buat apa?"

"Saya hantar gambar awak kat abang saya. Kita pergi makan kat kedai dekat dengan hotel saya tinggal ya?" Langkah terus diatur menuju ke destinasi. Terasa mahu diakhiri sesi makan-makan ini secepat mungkin.

"Okay"

Sepi menemani mereka sepanjang perjalanan ke kedai makan halal. Destinasi mereka tidak jauh, hanya perlu berjalan kaki beberapa minit.

Ily jalan seperti biasa, seolah-olah dia berjalan seorang diri. Melihat pemandangan indah disekelilingnya. Kakinya mengambil langkah berhati-hati agar dia tidak memijak bunga sakura yang sudah berada di tanah. Kadang kala dia memejamkan matanya menghidu bau udara sekeliling. Bagi Ily, deria bau sangat penting kerana dia mempunyai banyak memori melalui bau.

Hari sudah semakin senja. Matahari seolah-olah tidak berdaya untuk terus mengeluarkan cahaya. Lampu jalan sudah mula bercahaya. Cahaya yang menerangi pokok-pokok sakura.

Ily menjeling jejaka disebelahnya yang semakin hampir jarak berjalan dengannya. Ditenung wajah itu dengan penuh persoalan.

"Saya risau keadaan awak. Musim bunga macam ni ramai yang mengambil kesempatan bersuka ria minum dan mabuk. Kalau awak ditarik dan dibuat sesuka hati kan tak baik." Jelas lelaki ini dengan tenang. 'Untung girlfriend lelaki ni, mesti rasa selamat dan tenang setiap masa. Well, tak juga kalau ada sahaja mata wanita lain yang sentiasa melirik kepada lelaki ini'.

Lirik mata Ily melihat lelaki disebelahnya. Nampak matang, namun wajahnya masih belum cukup menandakan ianya ditelan usia. Tinggi dalam 2 ke 3 inci daripada Ily. Badan yang tegap dengan saiz sederhana. Tangan yang panjang sesuai untuk setiap lelaki. Berpakaian kasual, kaki panjang itu disalut dengan seluar jeans metalic black dihujungnya berlipat. Kasut Nike bewarna hitam bertali putih kemas terikat. Langkah lelaki itu lambat, pasti untuk mengelakkan daripada Ily jauh tinggal kebelakang.

Setibanya mereka di destinasi, suasana kedai yang agak ramai sedang menjamah hidangaan makan malam. Mereka duduk di suatu sudut yang menempatkan dua orang. Privasi milik mereka namun bukan pilihan Ily untuk duduk ditempat itu. Jejaka dihadapannya memberi alasan kawasan itu lebih lengang untuk berbual. Mereka duduk bertentangan dan memesan makanan masing-masing.

Ily tidak pasti makanan apa yang sedap. Pelik-pelik makanan di jepun ini. Irhan mempelawa Ily untuk berkongsi lauk pauk bersama dengannya. Ily terus bersetuju dan membiarkan Irham membuat pilihan lauk. Tiba-tiba, terasa kekok berhadapan dengan jejaka setampan ini.

"Well, may I have a name?" Direct sahaja soalan Ily. Lelaki di hadapannya terlalu relaks membuatkan dia juga tenang dan selesa.

"Irhan. And you are?"

"Ilya." Balas Ily pendek.

"Buat apa kat jepun?". 'Here comes the 20 questions' keluh Ily.

"Melancong. Irhan?"

"I stay here with my parents."

"That is nice. Kenapa ajak saya pergi makan? Tak makan malam dengan family?" Tanya Ily selamba.

"Diorang keluar dating." Tersedak Ily. Nasib baik tak basah muka Irhan.

"Wow, that is sweet. No date for you today?" Tisu yang dihulur Irhan disambut dan bibir dilap lembut.

"Nope." Apalah yang diharapkan. Pasti jejaka setampan Irhan sudah ada yang berpunya.

"Jadi, kenapa ajak saya keluar makan ni?" Ily masih mahukan jawapan.

"Kenapa tak boleh ajak awak makan?" Soal Irhan kembali.

"Well, sebab terlalu tiba-tiba. Orang tak ajak orang yang dia tak kenal makan tiba-tiba?"

"Well, I have my own reasons". Ily pandang wajah Irhan tidak percaya. 'I am so going to hate this man'

Makanan kami sampai dan persoalan tadi mati begitu sahaja. Ily mengambil penyepit dan merasa makanan yang dihidang.

"Mmm, hmm. Sedap sangat, awak kena rasa ikan ni. Nyum nyum!" Teruja Ily mengajak Irhan makan. Irhan hanya memandang dan ketawa. Ily mengangkat kening.

"Siapa dalam dunia ni yang cakap Nyum nyum lagi pada umur macam ni". Tawa Irhan ditahan sedaya upaya agar gadis di hadapannya tidak kecil hati.

"Biarlah saya nak buat!" Ily tidak mengendahkan gelak tawa Irhan. 'Dia gelak pun nampak segak'.

Makanan dijamah dan mereka berbual panjang. Sehabis makanan mereka abang Ily pun datang menjemputnya untuk pulang ke hotel. Firman terus memeluk bahu Ily dan kucup dahi adik kesayangannya.

"How are you adik? Hope you are being nice towards this gentleman. Nice to meet you err..." Tangan dihulur untuk berjabat tanda kesopanan dan beradab.

"Irhan. Nice to meet you too" tangan Firman disambut bersama senyuman paling manis.

"Irhan, this is my lovely brother, Abang Firman". Ily memeluk lengan Firman erat. Jelas hubungan adik beradik itu sangat rapat.

Mereka bertiga berlalu keluar kedai untuk pulang beristirehat.

"Nice to meet both of you Ilya and Firman. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dululah. Hope to see you again somewhere, some other time. Assalamualaikum." Baru sahaja Firman ingin membuka mulut, Ily terus menarik tangan abangnya untuk beredar daripada kedai.

"Lah, kenapa tak bagi tahu dia yang awak nak balik esok? Abang tengok he is nice, a gentleman and a very good brother in law to-be" tidak lepas kenyitan mata Firman untuk mengusik adik bongsunya itu.

"Abang! Tak nak lah. Ily muda lagi lah. Lagi pun dia duduk sini and tak tau umur dia berapa. Entah-entah sebaya dengan abang tak?"

"Hello my little sister! 18 years old is legal to get married okay! Lagipun, takkan lah dia sebaya dengan abang. Nampak macam tak cukup macho je. Awak tak tanya dia ke umur dia berapa?" Sepi sahaja soalan Firman tidak berbalas.

"Contact number? Email adress? Insta? Twitter? Muka Buku?" Sekali lagi sepi. Lawak Firman pun tidak bersahut. Hanya tangan Firman yang dipaut dengan erat menandakan Ily masih berada disebelahnya.

"Suka hati awak lah adik. Orang dah baik, tak nak pula ambil. Tapi abang restu kalau Irhan tu jadi my brother in law." Riuh lobi hotel itu dengan gelak tawa Firman. Merah padam wajah Ily diusik.

'Esok dah nak balik dah. Sedihnya.' Bisik hatinya pilu.

Jauh ditenung suasana dan jauh juga ditenung Abang Firman.

'Handsome abang aku. Patutlah cepat orang kebas'. Firman berkahwin pada umur yang muda. Sekarang dia sudah mempunyai 2 orang anak. Sepasang lelaki dan perempuan.

"Ni dah kenapa ni tenung abang lama-lama ni?" Firman beriak pelik.

"Ily akan rindu abang. Rindu sangat-sangat." Ilya peluk abangnya erat. Seolah-olah tidak mahu berpisah.

'Dia seorang sahaja yang memahami aku'. Pelukan Ily dibalas lembut namun cukup untuk dirasakan limpahan kasih sayang yang tidak terhingga.

"I will miss you too my dear. So much that my heart could break." Balas Firman lembut.

...........

Penuh lapangan terbang antarabangsa Kansai itu. Terasa tidak ada kawasan untuk bergerak dan seolah-olah boleh semput.

Ily dan Firman sekeluarga memilih satu kawasan dibalik dinding untuk bersalaman dan berpelukan. Mereka menaiki pesawat yang berlainan. Firman akan balik ke New Castle untuk bekerja. Ily pula balik ke Malaysia. Puas dipeluk dan dicium pipi kedua-dua anak saudaranya, Amin dan Omar.

"Jangan lupa Acu okay!" Ucap Ily lembut. Kemudian, kakak iparnya pula mengambil giliran. Firman orang terakhir dia bersalaman. Dipeluk tubuh tinggi dan tegap itu. Dia mahu ingat pelukan ini, ingat bau abangnya itu, kenang suara garau abangnya. Dia sudah rindu akan Firman walaupun abangnya masih dalam dakapan.

"Jangan menangis adik. Abang tak pergi lagi ni." Sebak suara Firman. Tiada air mata di mata Firman namun hati lelaki itu hanya Allah sahaja yang tahu. Mahu sahaja dia bawa Ily pulang ke New Castle bersamanya. Namun hidup perlu diteruskan. Ily perlu sambung belajar di Malaysia.

Pelukan dileraikan, kedua belah tangan Firman diletakkan di pipi Ily. Air mata diusap perlahan.

"Adik, dengar cakap abang. Balik Malaysia nanti, tolong jaga mama dan ayah untuk abang. Abang dah tak ada peluang untuk jaga diorang. Jaga hati diorang. Mama dan ayah dah tua Ily, bukan abang mendoakan tapi suatu hari nanti diorang akan pergi. Kita tak tahu bila. Jadi jangan sia-sia kan masa yang kita ada dengan diorang. Boleh janji dengan abang sayang?" Berjurai-jurai air mata Ily mendengar pesanan abangnya. Kenyataan memang perit tetapi harus diterima dan ditempuh. Kesal di hati abang Firman masih belum hilang. Ily menganggukkan kepala tanda dia berjanji.

"Janji dengan abang, adik akan cari ramai kawan, share your feelings, share your story. At least kalau tak dapat pun, you can video call your cute little niece and nephew along with your handsome brother to tell me all your feelings. I want to know everything, and by everything, it is including your love story okay?" Pesan Firman lagi. Riaknya jelas risau.

"Okay, I will try" jawab Ily perlahan.

Firman kucup dahi Ily. Sekali lagi tubuh kecil itu dipeluk erat. "No. You promised me!" Ily hanya menganguk.

"Okay! Enough with the sadness and tears. Now you must go. Pintu untuk penerbangan Ily dah buka." Air mata Ily sekali lagi dilap oleh Firman. Diambil beg tarik dan diserahkan ke tangan Ily. Ily mengelap wajahnya, tudung dibetulkan, baju diluruskan dan beg mula ditarik. Ily pusing kembali, lambaian lemah diberikan buat kali terakhir. Kemudian, dia menapak kembali pulang ke Malaysia. Pulang ke tanah air.

Lengan Firman ditarik lembut oleh isterinya.

"Saya selalu jealous bila awak dengan Ily have your own moment." Firman melihat anak mata isterinya. Mencari sesuatu di dalamnya.

"Are you angry my love?" Tanya Firman serius.

"No! I am not angry. Saya jealous, tapi saya suka tengok both of you together. Saya berangan nak dapat abang macam awak."

"Well, actually my darling, awak dapat abangkan?" Kening Firman terangkat-angkat tanda bangga dia menjadi suatu rebutan. Bahu Firman ditepuk manja oleh si isteri. Firman tersenyum lembut kepada jantung hatinya di hadapan. Kucupan diberikan di dahi kepada isteri. Pandangan di alihkan pula kepada pintu berlepas yang di lalui oleh Ily sebentar tadi.

"Ily tu lain sikit." Jelas Firman, namun tidak berapa jelas bagi isterinya.

---------------Authors Note -------------

Hello everyone. Sorry sangat2 kalau cerita ni tak best. This is my first time writing. Jadi banyak lah merepek-repek dengan all grammars and spelling errors. Saya cuba nak buat semua melayu tapi, macam tak real lah. Jadi saya campur bahasa sikit-sikit. And i am very sorry kalau saya letak perkataan yang tak proper macam 'tak, diorang, korang,' dan sebagainya.

Komen para pembaca semua amat dihargai. Saya hormat semua pembaca jadi saya harap para pembaca novel ini juga menghormati saya dengan memberi komen yang penuh berbudi bahasa.

With Love,

--Peony--

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience