Chapter 2 - Orang Kat Belakang

Romance Series 10064

Hiruk pikuk di lapangan terbang antarabangsa di waktu cuti sekolah ini tidak dapat digambarkan. Sudah ramai warga Malaysia yang mampu menaiki kapal terbang dan pergi ke merata dunia. Orang Malaysia sudah kaya. Sudah lama kapal terbang yang dinaiki Ily mendarat dan sudah lama juga dia menunggu ketibaan ahli keluarganya untuk menjemputnya. Firman sudah pulang ke tempat kerjanya di New Castle. Jadi hanya Ily seorang yang pulang ke Malaysia.

"Acu!Acu!" Dari jauh kelihatan seorang anak kecil berlari terkedek-kedek ke arah Ily dengan sengihan yang menunjukkan giginya yang cantik dan bersih. Gembira hati Ily melihat anak saudaranya yang dijaganya selama cuti selepas SPM itu.

"Yani! Sayang Acu ni rindu Acu ya?" Bertubi-tubi cumbuan diberikan kepada pipi yang gebu montel itu. Yani hanya memeluk Acu nya dan hanya mahu didukung.

"Yani, jom ummi dukung Yani. Acu penat sayang."
Kakak ipar Ily, Liyana cuba memujuk Yani. Yani sudah hampir mencecah 2 tahun dan berat badannya sudah 12kg. Semput jugalah kalau nak berdukung sahaja. Macam bawa sekampit beras keliling KLIA ini.

"No! No!" Jelas kata-kata Yani. Leher Ily dipeluk erat tidak mahu dilepaskan Acu nya itu.Tanda rindu seorang kanak-kanak. Ily hanya melebarkan senyuman dan sekali lagi dikucup dahi Yani. Rindunya dia dengan Yani. Walaupun hanya seminggu dia tidak berjumpa dengan Yani, namun dia tidak pernah berengang dengan anak itu sejak Yani dilahirkan. Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi diberikan kepada Yani.

Ily menjaga Yani apabila abangnya dan kakak iparnya keluar mencari rezeki. Sementara dia ada di rumah, Ily menjaga Yani dan menolong Mama membuat kerja di rumah. Semua kehendak Yani dipenuhi sahaja. Manalah anak itu tidak manja dengan Ily.

Ily bersalaman dengan abangnya, Farhan dan Liyana. Farhan merupakan anak kedua dalam keluarga. Mereka rapat tetapi tidaklah serapat Ily dengan Firman. Kakaknya, Ileen,tidak pula kelihatan. Mungkin sibuk dengan kemasukan sem baru agaknya.

"Mama dengan ayah tak datang. Penat katanya. Nanti dekat rumah jumpalah ya." Ujar abang Farhan untuk menyedapkan hati Ily.

"Ehh tak pe. Ily faham. Diorangkan dah tua. Mesti penat duduk lama-lama dalam kereta." Ily tidak terasa sedikit pun. Dia lebih lega mengetahui mama dan ayahnya tidak menjemputnya. Kasihan bila memikirkan kepenatan mereka di hari-hari tua ini. Dahulu sudah bersusah payah bekerja tulang dua kerat untuk mereka adik-beradik. Tak akanlah dah tua-tua ini mahu disusahkan lagi tentang hal mereka adik-beradik yang sudah besar panjang.

Sesudah mengambil bagasi Ily, mereka semua terus beredar pulang ke Melaka. Ily sudah terlalu rindu dengan kampung halamannya. Dia rindu dengan pemandangan hijau dan bunyi deruan angin mengoyangkan pokok. Bau tanah dan embun di pagi hari.

'Tak sabarnya nak balik rumah!' Detik hati Ily

"Seronok tengok bunga Sakura Ily?" tegur Kak Liyana.

"Seronok sangat! Rasa macam tak puas duduk di bawak pokok Sakura tu." teruja Ily menceritakan pengalamannya semasa bunga Sakura itu berputik.

Teringat pula kepada Irhan. Anak mata Irhan yang bersinar cantik. Kesegakan yang menyerlah. 'Hai, nasib lah kau di Jepun Irhan. Kalau kau di Malaysia, dah lama aku kebas kau.'

Rasa kasihan pula kepada Irhan yang mengharapkan mereka berjumpa lagi. Kasihan kerana Ily tidak memberitahu status kepulangannya ke tanah air. 'Entah-entah dia sengaja aje cakap nak jumpa lagi. Tapi setakat nak sedapkan kata-kata lah, biar nampak sopan.' Ily menyedapkan hati sendiri. Siapalah nak pada dirinya yang masih keanak-anakan dan tidaklah cantik mana.

"Ily. Ily!" terkejut Ily daripada lamunannya sebentar tadi dengan sergahan Farhan.

"Ha? Ya? Kenapa?" terkulat-kulat bertanya. Nampak sangat termenung jauh.

"Kenapa senyap je. Kan Kak Yana tanya tu." tegur Farhan lembut.

"Sorry Kak Yana. Kak Yana tanya apa tadi?"

"Kak Yana tanya, bila Ily masuk belajar?" ulang Kak Liyana.

"Lagi 2 minggu Kak Yana." berat nafas Ily kedengaran. Serasa dia tidak mahu pergi sambung belajar. Dia belum bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
……….…

"Ily, dah siap-siap kemas barang? Esok dah nak pergi mendaftarkan?" Lembut suara mama bertanya. Sebak rasanya apabila mengenangkan yang dia sekali lagi perlu berjauhan dengan mama dan ayah.

"Belum" lemah suara Ily membalas.

"Lah, kenapa tak siap lagi? Dah malam ni Ily. Nanti terkocoh-kocoh esok. Apa lagi yang tak siap? Mari mama tolong"

"Ily belum pack mama dengan ayah lagi. Tak tahu nak masuk dekat mana." Selamba sahaja Ilya bertutur.

"Hish, budak ni. Kita tanya betul-betul. Dia main-main pula." Muncung wajah Dahlia.

"Kenapa ni? Kenapa mama muncung sedepa ni Ily?" Sampuk ayah Ilya pula.

"Dia pening macam mana nak lipat awak masuk beg dia tu!" Jari dihalakan ke salah sebuah beg yang paling kecil dalam bilik itu. Ilya hanya tersenyum melihat ayahnya yang terbeliak melihat beg tersebut dan kepada perutnya.

"Muat ke Ily? Rasanya kalau masukkan mama, muatlah. Ayah tak muatlah, perut ayah besar." Ujar Encik Ridhuan sambil memegang perutnya dengan dahi berkerut. Mengamuk Puan Dahlia melihat komplot anak beranak mengenakan dia. Riuh-rendah rumah kampung itu dengan gelak tawa Ily dan Encik Ridhuan.

"Ily jangan sedih. Bukan jauh pun Kuala Lumpur tu. 2 jam je dah sampai. Tengok abang Firman, jauh sampai ke New Castle. Tak menangis pun." Pujukan Ayah sayu, namun cukup menenangkan.

"Ye lah, abang Firman tu anak lelaki, memanglah tak boleh nangis. Barulah boleh panggil anak jantan! Tu pun leleh juga kalau kena sentap hati dia." Sebak suara Ilya. Kedua orang tuanya faham sangat dengan perangai anak bongsunya yang terlebih manja sikit. Maklumlah, tak pernah lekang dengan mereka sejak lahir. Sentiasa ada ayah dan mama tempat untuk mengadu. Adik-beradik lain semua dihantar ke sekolah asrama sejak tingkatan satu. Namun Ily mencari alasan sebanyak yang mungkin tidak mahu ke sekolah asrama.

"Ily kena belajar kenyataan dunia di luar. Kena belajar pelbagai dugaan dan susah payah hidup di luar. Bukan ayah dan mama nak biarkan Ily hidup seorang-seorang. Tapi kami akan guide Ily supaya bila kami tak ada nanti Ily boleh hidup. Macam abang-abang dan kakak Ilya yang lain. Kalau ada masalah, Ily kena buka mulut dan beritahu kami. Jangan duduk simpan seorang diri okay?"

Sedih rasa hati seorang ayah hendak melepaskan anak perempuannya pergi mengembara ke alam baru yang penuh dengan dugaan. Kalau boleh dia mahu lindungi anaknya setiap masa sentiasa berada di dalam sangkar emas yang dibuat khas untuk Ily. Namun setiap burung harus dibiarkan terbang bebas. Mengamati keluasan langit yang terbentang. Mengerti erti keperitan dan kesusahan agar suatu hari burung itu dapat membina sarangnya sendiri.

"Kalau Ily rindu, call lah ayah dengan mama. Nanti kalau ayah tak sibuk, boleh kami datang melawat."
Sampuk Mama. Mata sudah berkaca, sedikit lagi sahaja takungan akan pecah.

……………

"Amboi, besarnya universiti Ily ni." Tidak habis pusing Puan Dahlia melihat kawasan sekeliling bangunan kampus itu. Macam-macam di tanya daripada kafeteria hingga ke tandas pun ditanya. Sengaja untuk puaskan hati seorang ibu agar anaknya tidak hilang arah.

Bukan mereka berduit sangat boleh belajar di tempat mewah begini. Nasib baik Ily dapat pinjaman, kalau tidak memang tidak lah dia dapat jejakkan kaki di sini.

Ramai pelajar di lobi utama kampus itu. Semua kelihatan segak dan cantik. Daripada tadi diteliti, pelajar-pelajar yang sama mahu mendaftar di sini kebanyakannya daripada golongan orang berada. Mana tidaknya, datang dengan kereta berjenama, bergaya mengalahkan artis dengan jenama-jenama baju yang terkenal, gadget dan asesori di badan semua kelihatan mahal dan berkilau-kilau.

'Haih, macam tak ramai je kawan aku kat sini' Ily keluh sendiri di dalam hati. Manalah Ily mahu berdiri setanding dengan mereka. Betul, mereka mampu untuk keluar negara sampai ke Jepun untuk makan angin. Namun itu pertama kali Ily melancong ke luar negara. Mereka sekeluarga tidak mampu untuk bersenang lenang. Ayah dan Mama masih bekerja untuk menampung makan minum keluarga.

Mereka sekeluarga sudah tiba di bilik asrama di mana Ily harus berkongsi dengan seorang lagi pelajar sejurusan dengannya.

"Ily, ayah dah tanya, daripada asrama Ily ke kampus ada bas, nanti Ily boleh ikut jadual bas ni ya" Encik Ridhuan menghulur beberapa helai kertas kepada anaknya.

"Mama dengan ayah kena bergerak balik ni. Tak sempat nak tolong Ily kemas bilik ni."

Ily terus bangun memeluk tubuh ayahnya yang sederhana besar.'Nanti aku akan rindu kehangatan tubuh ini dan betapa empuknya tubuh ini.'

Kemudian mamanya pulak dipeluk. 'Aku akan rindu kelembutan ini dan bau yang amat menenangkan'. Pelukan dilepaskan, mata di gosok untuk menghapuskan bukti sebak di dada.

"Mama dengan ayah jangan risau, Ily boleh kemas sendiri. Ayah bawak kereta elok-elok tau. Nanti jangan lupa stop and rest kalau penat" pesan Ily. Macam-macam lagi pesanannya untuk kedua ibu bapanya. Namun masa tidak mengizinkan dia untuk berceloteh panjang.

"Okay, Ily jaga diri tau. Jangan lupa belajar elok-elok dan jaga solat okay" pesanan yang tidak pernah lekang daripada bibir.

"Okay" pendek namun tetap sebak di hujung-hujung kata. Lambaian diberi lemah. Pintu ditutup. Nafas dihembus berat. Telekung dikeluarkan, sejadah dibentang. Solat asar dilaksanakan. Kekuatannya perlu dikumpul balik. Hanya doa yang mampu dia buat.

'Ya Allah, Kau berikan lah aku roommate yang baik. Kau mudahkanlah perjalanan hidup aku yang baru ini agar setiap langkah yang aku ambil diberkati oleh Mu Ya Allah. Amin.' Doa Ily di dalam hati.

Sesi kemas-mengemas bermula dan kepenatan terasa dengan titik peluh yang membasahkan baju Ily. Sesudah membersihkan diri, Ily terbaring merenung kosong. Tidak tahu apa yang harus dibuatnya.

Bulan sudah lama mengeluarkan cahaya lembut menerangi jalan raya samar-samar.

'Lambatnya roomate aku ni sampai.' Kekelaman mula menyelubungi penglihatannya perlahan-lahan. Ily tidur nyenyak kepenatan.Harap mimpi yang indah ditiup untuk dijadikan hari yang indah untuk diharungi pada hari esok.

..………….

Azan subuh kedengaran sayu. Membangunkan dan memanggil manusia untuk bersujud kepada Yang Maha Esa. Memulakan hari dengan penuh kepatuhan pasti dijanjikan kejayaan di hari kelak. Hanya yang beriman memegang janji ini teguh.

Ily bangun untuk memulakan hari. Teman sebilik yang masih belum dikenalinya masih terbaring di katil. Ily melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri dahulu. Kemudian baru teman sebiliknya itu digerakkan untuk turut menunaikan solat subuh. Sesudah mereka bersiap untuk ke kampus, barulah sesi perkenalan bermula.

"Hai, saya Nurin Arina. Boleh panggil Rin je." Ramah wanita di hadapannya ini memperkrnalkan diri. Sopan berpakaian baju kurung dan bertudung. Barangnya masih tidak berkemas. Mungkin tiada kesempatan untuk berkemas malam semalam.

"Saya Ilya Nadhirah. Panggil Ily je. Rin orang mana? Saya orang Melaka" Ily cuba berkenalan dengan Rin.

"Saya orang Brunei. Itu yang lambat sampai semlam. Flight delay. Ily naik bas juga ke? Rin tak ada kereta jadi kena kejar bas ni." Rin sudah berdiri dan mengumpul barang-barang keperluan untuk ke kelas.

"Jomlah kita naik bas sekali." Ily mengajak. Langkah dipercepatkan agar mereka tidak ketinggalan bas. Sesi perkenalan diteruskan sambil berjalan.

Mereka berbual panjang. Mereka sejurusan dalam Business Degree. Rin datang dan belajar di Malaysia kerana Mama dan Papa Rin hendak pulang ke Malaysia selepas mereka pencen. Rin seorang yang sangat merendah diri walaupun dia datang daripada keluarga yang mewah. Mudah berkawan dengan Rin. Anak sulung daripada tiga beradik itu pandai membawa diri. Pasti didikan yang sempurna diberikan sebelum dilepaskan anak pergi jauh daripada pangkuan keluarga. Rin mempunyai keluarga atuk dan neneknya di sini. Mama dan Papa Rin terpaksa berhijrah ke Brunei kerana tuntutan kerja yang membawa pulangn yang lebih lumayan di sana.
………….

"Ily, jom pergi makan." ajak Rin. Mereka menapak ke kafeteria. Mereka duduk di meja bersama Faridah dan Maya. Mereka berempat selalu bersama. Kemana sahaja mereka pergi pasti bersama. Walaupun kadang kala mereka mempunyai kelas yang berbeza, namun mereka akan luangkan masa bersama untuk makan dan keluar bersiar-siar.

Sudah beberapa bulan Ily menuntut di sini. Hidupnya sudah makin teratur. Mudah sahaja dia menempatkan dirinya dalam komuniti ini. Ramai yang kaya-raya namun sangat baik hati dan ramah. Tidak seperti disangka oleh Ily. Ily mempunyai ramai rakan-rakan namun hanya 3 orang ini sahaja boleh digelar sahabat. Mereka bersusah-payah bersama, belajar bersama dan senang bersama.

Bising kawasan kafeteria itu. Mata Ily dilirikkan kepada sebuah meja yang dipenuhi dengan pelajar lelaki. Hanya seorang sahaja yang ditumpukan. Ketua pelajar tahun mereka. Segak dengan pakaian formal. Kulitnya cerah, rambut tersisir kemas, tinggi yang menepati cita rasa Ily dan wajah yang tampan. Sudah ramai yang meluahkan perasaan kepada Zuhair, namun ramai yang pulang dengan hampa. Zuhair memang tidak pernah berstatus 'Available', sentiasa ada gadis yang menemaninya. Pasti sahaja ramai gadis boleh meluangkan masa jika poket Zuhair sentiasa berisi.

Lama Ily memandang dan berfikir tanpa dia sedar mata itu juga melirik kepadanya. Senyuman kecil diberikan. 'Mesti ada seseorang yang cantik kat belakang aku.' Ily melarikan pandangannya lemah kepada Rin yang enak menjamah hidangan makanan tengah hari. Kawan baiknya ini pun tidak tahu akan perasaannya terhadap Zuhair.

"Kenapa kau makan lambat sangat ni?" tanya Maya. Baru tersedar daripada mengelamun. 'Ily, kau kena stop mengelamun.'

"Makanan ni tak berasa sangat lah." Ily mengelat. Tidak mahu kawannya tahu yang dia sedang termenung tentang Zuhair. Mereka tidak perlu tahu perkara yang tidak tentu.

"Aku tengok sadap aje si Rin ni makan." kebetulan Ily dan Rin mengambil lauk yang sama. 'Aduh, boleh pulak aku lupa.' Bisik hati Ily.

"Perut aku macam tak sedap sikit pagi tadi. Tu yang macam tak selera je makan." jawab Ily lagi. Sudu dan garfu diletak dan makanan terus ditolak tepi.

"Ily, tak baik membazir makanan. Kita tak tahu bila kita tak ada peluang untuk dapat makanan selengkap ini lagi" ucap Rin lembut. Gadis ini tidak lekang dengan kata-kata nasihat. Kadang-kadang nasihat itu banyak diajukan kepada dirinya sendiri daripada orang lain.

"Sorry Rin, tapi Ily sakit perut. Rin boleh tolong habiskan?" Pelawa Ily. Pinggan di alihkan ke hadapan Rin. 'Tak gemuk pulak budak ni makan banyak-banyak'. Kadang-kadang terasa seperti dunia ini tidak adil. Mengapa orang yang secantik Rin dengan body yang mantap tidak mudah untuk naik berat badan. Tak seperty Ily, sudah lah berisi, makan sikit sahaja sudah boleh naik berkilo-kilo. Hai lah dunia, kenapa kejam sangat terhadap insan ini.

Sekali lagi pandangan dilirikkan ke arah Zuhair. Mata mereka bertembung dan senyuman lebar dihadiahkan oleh Zuhair. 'Sah ade awek hot duduk kat belakang aku ni'. Detik hati Ily sendirian walaupun muka sudah mula terasa bahang. 'Dia tak pandang aku pun, aku boleh malu-malu. Hai, kau ni memang perasan cantik lah Ily.'

Mereka melangkah keluar daripada kafeteria untuk pulang ke tempat kediaman. Badan dan otak yang letih sangat memerlukan rehat yang cukup untuk kembali berfungsi. 'Katil!! Bantal ku yang empuk! Tunggu kepulanganku ke pangkuanmu!'

…………………

Hari mulai gelap, guruh kedengaran, tanda rintik-rintik hujan akan jatuh ke bumi. Ily tinggal seorang diri menyiapkan assignment yang perlu dihantarnya esok.

"Adik, library dah nak tutup ni" tegur abang librarian sambil menunjukkan jam di tangan.

"Lagi 5 minit saya keluar ya." Abang Hairul menunjukkan tanda OK dan berjalan ke pejabatnya untuk bersiap pulang ke rumah. Jari-jemari Ily pantas menaip.

"Yes!" Ucap Ily sedikit kuat. Akhirnya, siap juga assignment yang mengambil masa selama 3 minggu itu. Badan di luruskan, Ily bersiri dan mula mengemaskan barang-barang untuk pulang ke asrama.

"Seronok nampak?" Terkejut Ily sehingga terhenti daripada mengemas. Abang Hairul bersandar di sisi rak buku dengan beg galas tersangkut di bahu.

"Dah lama ke Abang Hairul tunggu Ily?" Tangan sambung mengemas barang.

"Tak lah lama, tapi sempat lah nampak muka seronok tadi" sengih Abang Hairul.

'Baby bunny! Malunya!' Bahang muka Ily. Tak sangka aksi tidak sopannya diperhatikan.

"Sorry amik masa Abang kena tunggu Ily" kata-kata maaf di berikan dengan sopan.

"Eh, tak apa. Bukan lama sangat pun. Jom." Ily menunggu Hairul mengunci pintu dan mereka melangkah keluar daripada kampus bersama. Mereka berborak kosong. Setiba di pintu utama, Hairul bertanya, "Ily nak balim macam mana ni?"

"Rin, datang jemput". Puas dengan jawapan Ily, Abang Hairul melambaikan tangan untuk pulang. Sebenarnya, Ily terpaksa menunggu bas lagi 30minit untuk pulang ke asrama kerana Rin perlu ke klinik gigi untuk rawatan. Dia terpaksa berbohong dengan Hairul kerana pasti lelaki itu akan mempelawa untuk naik keretanya. Sudahlah Hairul terpaksa menunggu dia, tak kan mahu diminta hantar pulang ke asrama pula.

Tiba-tiba ada sebuah kereta hitam Audi berhenti dihadapannya. Cermin gelap diturunkan.

'Cuddly baby bunny on the moon!' Seperti terhenti nafas Ily melihat jejaka di dalam kereta tersebut.

Zuhair!

….................................................................
Author's note

Hai everyone. Yeay another chapter!! Saya harap sangat anda semua enjoy my writings and do wait for updates.

Saya agak sibuk tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk update everyweek. Thank you for reading my novel and please do comment. Sbb saya tak boleh nak improve kalau tak ada komen.

Hope all of you guyz enjoy your weekends. Ohh btw, sy published this book at novelplus and . You all can read in whichever apps you find it convenient.

With love,

----Peony---

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience