Chapter 13 : She Is Back

Romance Series 10064

Suasana di dalam kereta Zuhair tegang. Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan kebiasaannya. Biasanya, mereka hanya tenang, hati berbunga-bunga. Namun kali ini hati Ily berdegup kuat dan kencang. Terasa lelah terkurung di dalam kawasan sempit begini. Jari telunjuk sudah bermain di butang suis tingkap kereta di bahagian penumpang. Ily mahu lepaskan segala bebanan di dada. Mahu dihirup kembali udara segar memenuhi paru-parunya yang penuh dengan kupu-kupu gementar. Segar ke? Tahu sahajalah. Kota Kuala Lumpur. Mana datangnya kesegaran udara. Kesegaran udara palsu yang sibuk dicanang-canang oleh penghawa dingin adalah. Itu pun palsu!

Ily menjeling jejaka di sebelah. Sudah lepas setengah jam dia duduk diam tanpa sepatah kata pun di dalam kereta ini. Tadi Zuhair sendiri ajak mahu berbincang. Ini diam sahaja. Muka serius pula itu. Ily mana berani cuit muka itu. Takut nanti kena terkam dengan singa putih ini nanti, siapa yang hendak kafankan Ily nanti? Ily kembali pandang ke hadapan. Memandang kenderaan yang sudah mula beransur kurang. Ily tidak pernah melihat wajah serius Zuhair. Selama ini Zuhair sentiasa mempamirkan wajah tenang dan selambanya. Senyuman yang melimpah ruah kepada rakan-rakan dan Ily. Sekarang, baby singa dah bertukar menjadi singa putih yang berkuasa di seluruh kawasan. Ily sekadar daging salai yang tersadai di atas tanah. Tidak boleh disentuh, kerana daging itu dikawal ketat oleh raja segala singa.

Zuhair belok ke kanan, memakirkan keretanya di sebuah stesyen minyak Petronas yang mempunyai kedai Baskin Robins 31 dan Tealive bercantum dengannya. Zuhair terus membuka tali pinggang keledarnya. Enjin ditutup, badan dikeluarkan daripada perut kereta.

Ily terkedek-kedek keluar mengekori jejak langkah Zuhair. Zuhair menyuruh Ily duduk di sebuah meja paling hujung kedai itu.

"Awak duduk sini. Nanti saya belikan." kasar nadanya. Zuhair terus beredar. Tiada lagi kata-kata sayang. Tiada lagi usik-mengusik. Terdiam Ily. 'Aku bukan buat salah apa pun. Tidak perlu sampai berkasar dengan aku'

Tidak lama Ily melayan perasaan, Zuhair pulang dengan aiskrim kegemarannya Pralines and Cream double scoop dan strawberry pudding. Hilang terus rasa sedih tadi apabila melihat dua hidangan kegemarannya dihulur.

Ily menjeling lada Zuhair yang turut mempunyai hidangan yang berbeza dihadapannya. Zuhair masih diam. Minuman panas disedut perlahan oleh Zuhair. Ais krim disuap beberapa kali. Barulah wajah Ily dilihat dengan sepenuh hati.

"Ily. Saya ada perkara penting perlu dibincangkan dengan awak. Ini tentang masa depan kita." ujar Zuhair, masih serius.

"Tapi sebelum saya bincangkan tentang masalah sekarang ini, lebih mudah jika saya terangkan siapa Ex-girlfriend saya dahulu." Ily sekadar mengangguk perlahan. Tidak mahu menyampuk.

{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}

" Since we met, we have never been apart. Saya tak pernah bergaduh dengan dia. She is everything for me. I will do anything to keep her in my arms. But, this one day something that I have never expected happen." suara Zuhair bergetar. Zuhair cuba sedaya upaya mengawal suaranya supaya tidak kedengaran sebak.

" It was an important day. Saya sudah bincang dengan Mummy dan Papa. Saya hendak melamar dia. Mereka happy sangat. Both of them are so happy because they received a great news of having a new members in the family. Just before that, Mummy dan Papa sedih sangat sebab arwah nenek sebelah Mummy baru meninggal. Mummy's reaction was priceless. Dia menangis masa tengah vudeo call dengan saya. Dia cakap dia bangga sangat dengan saya. Kalau boleh dia nak datang Bristol masa itu juga. Dia nak peluk dan kucup dahi saya." mata Zuhair sudah berkaca. Ily sudah tidak betah duduk.

" Malam itu, saya ajak Ex saya pergi makan malam di tempat kami pertama kali keluar bersama. Lama saya tunggu dia. Saya call dia. Saya text dia. Semua dia tak balas. Saya tunggu di restauran itu sampai tutup. Macam orang bodoh saya tunggu." Zuhair menggosok-gosok kedua-dua matanya. Menghilangkan bukti kesan air matanya.

" Esoknya, saya bawa cincin itu dan pergi rumah dia. Saya beranggapan dia terlupa dan tertidur pada malam sebelum itu. Saya bersiap sehabis mungkin. Sampai sahaja saya di kawasan perumahan dia, saya parking kereta saya jauh sedikit untuk membuat kejutan pada dia." tangan Zuhair dikepalkan kuat. Urat ditangan kelihatan jelas. Mata Zuhair tetap mengahala ke meja. Sukar hendak merungkai kembali kisah lampau yang mahu dilupakan. Apalah kesalahan lelaki ini sehingga dia perlu merempuh dugaan sebegitu sekali.

" Tapi saya yang terkejut." Zuhair menghela nafas berat. Mengosok lehernya yang kelihatan seperti memikul bebanan yang sangat berat.

"Saya ketuk pintu rumah dia. Tak ada orang jawab. Saya try tanya jiran dia pula. Jiran dia kata dia dah balik ke Malaysia dengan lots of bags. Dan ditinggalkan kunci bersama jirannya." Zuhair mengalihkan pandangannya tepat ke anak mata Ily. Ily mahu melarikan pandangannya namun Ily tahu Zuhair mahu memberikan suatu informasi yang penting kepadanya.

"I called her. Texted her. Try to reach her through her friends. Nothing. Not a word has reach her." Zuhair berkata lemah.

"Saya masih tak putus asa lagi. Saya tunggu di hadapan rumah dia every single day for 3 months. Until saya nampak ada a couple of Brits masuk rumah itu dengan 2 orang anak mereka. Even at that point, saya masih tidak mahu hubungan kami terputus begitu sahaja. Saya tunggu lagi dihadapan rumah itu untuk 2 minggu sehingga jiran mereka tegur saya dan memberitahu rumah itu sudah dijual."

"Hati saya remuk. Dalam otak saya sudahemberi pelbagai andaian. Ex saya mesti tinggalkan saya. Tapi hati saya kuat mengatakan sesuatu terjadi padanya. Mungkin masalah keluarga atau pelajaran yang dia tidak boleh memberi tahu saya."

"Saya pergi Universiti kami. Saya tanya tentang kesatangan dia. Mereka cakap dia sudah berhenti daripada menuntut di situ dan berpindah ke universiti lain. Saya cuba dapatkan alamatnya di Malaysia dan universiti itu. Tapi Brits being Brits, no information about the students can be revealed to others."

"Awak tak try tanya mak ayah dia?" tanya Ily lembut selepas seketika tidak mendengar apa-apa daripada mulut Zuhair. Mengenali Zuhair, Ily pasti Zuhair pasti mengambil tahu salah silah keturunan bekas kekasihnya.

"Sesuatu yang paling saya kesal dalam hidup saya. Saya tak tahu satu pun tentang keluarga Ex saya. Yang saya tahu dia ada abang dan adik. Saya tak kisah sangat tentang keluarganya. Yang saya tahu dia cantik dan bijak. Sepadan dengan saya." Ily cuba membuang rasa yang tidak enak di dalam dirinya. 'Aku ni tidak lah cantik sangat. Tidak lah sebijak mana.' detik hati Ily. 'Beza betul kadih dia dengan bekas kekasihnya dengan kasihnya dekat aku'

"Itu sebab apabila saya kenal dengan awak, saya ambil tahu semua perihal tentang keluarga awak. Saya tidak mahu kehilangan dalam kebodohan lagi." jelas Zuhair dengan satu semangat baru.

"Bila saya tahu saya mahukan awak dalam hidup saya, saya terus pastikan saya akan dapatkan awak. Tidak ada keraguan lagi. Saya buat segalanya untuk dapatkan awak. Termasuk berjumpa dengan kedua orang tua awak untuk merisik. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali." Hati Ily gembira dengan pengakuan Zuhair yang menunjukkan kesungguhan lelaki itu untuk menjadikan dirinya sebagai isteri.

Ily tersenyum menunjukkan kegembiraan dihati. Hatinya berbubga-bunga. Harum mekar taman seluas dadanya. Zuhair yang melihat turut menguntum senyuman.

"Habis tu, kenapa tinggalkan saya tempoh hari?" tanya Ily pedas dengan jelingan menusuk kalbu. Biar padan dengan muka Zuhair. Zuhair sekadar tersenyum malu. Diusap-usap mukanya. Dibetulkan duduknya kehadapan untuk merapatkan jarak antara mereka.

"Kalau saya cakap awak jangan takut ya. Jangan lari daripada saya. Tapi saya akan jujur. Tidak berdolak dalih. Boleh?" berdebar hati Ily menantikan jawapan keluar daripada bibir yang mengiurkan itu. Ily sekadar mengangguk tanda bersedua menerima apa jua kata-kata yang bakal dikeluarkan.

"Saya ini lelaki Ily. Saya ada kehendak saya terhadap wanita. Lagi-lagi wanita yang tidak lama lagi akan menjadi isteri saya. Kalau awak goda saya macam hari itu, mana saya boleh tahan." Ily sudah menjauhkan dirinya daripada Zuhair. Tidak betah lagi mahu mendengar penjelasan Zuhair yang terlebih terang itu. Panas mukanya seperti di silau matahari berjam-jam lamanya. Zuhair sekadar tersenyum kecil melihat riaksi Ily yang sudah tidak keruan. Punggung Ily seperti tidak betah duduk dihadapan Zuhair lagi.

" Saya perlu tenangkan nafsu saya dengan menjauhkan diri saya sebentar daripada awak. Saya tak mahu menyentuh sesuatu yang tidak sah untuk saya." Ily terus bangun. Mengambil kunci kereta Zuhair yang berada di atas meja dan berjalan menuju ke kereta. Zuhair yang kalut melihat aksi Ily bingkas bangun dan mengikuti jejak langkah tunangnya itu. Takutlah Ily akan membawa keretanya dan meninggalkannya keseorangan disitu. Namun Ily hanya menghidupkan enjin kereta dan masuk ke tempat duduk penumpang dihadapan. Zuhair menghembusman nafas lega.

Zuhair membuka pintu kereta di tempat duduk Ily. Ily sudah berganjak menjauhi dirinya sedikit. Zuhair menghulurkan jaketnya dan air tealive yang masuh berbaki.

"Tolong pegangkan jaket saya sekejap. Saya mahu ke tandas. Selepas saya siap, saya akan pastikan hubungan kita seperti biasa malah lebih kukuh kerana tiada rahsia di antara kita lagi. Boleh Ily?" Ily hanya mengangguk. Perlahan Zuhair beredar menuju ke tandas awam.

Ily secara automatik melipat jaket kepunyaan Zuhair. Jaket itu dihidu. Bau cologne Zuhair yang sangat menenangkan hati Ily. Jika difikirkan balik, banyak sahaja kesempatan yang boleh diambil Zuhair terhadap dirinya. Namun tidak ada sekali pun Zuhair cuba membuatkan dirinya tidak selesa. Zuhair menampilkan dirinya sehabis mungkin sebagai seorang yang gentleman. Sehingga Ily tidak rasa janggal dan tidak selesa berada dekat dengan Zuhair.

Pintu kereta di sebelah pemandu dibuka. Ily terus meletakkan jaket Zuhair di peha. Tidak mahu Zuhair melihat dirinya yang sedang asyik mencium bau jaket Zuhair. Zuhair memasuki kereta dan mengenakan tali pinggang keledar. Sekilas senyuman kecil Zuhair hadiahkan kepada Ily.

"Kalau tak puas bau jaket itu, boleh ambil baju saya pula untuk bau lepas ini." teru merah muka Ily dan melemparkan jaket Zuhair ke belakang. Namun masih cantik terlipat. Tergelak besar Zuhair melihat telatah Ily. Sehingga senak perut Zuhair menggelakkannya. Berkali-kali Ily suruh Zuhair menghentikan tawanya. Namun tawa itu hanya terhenti selepas lama perut Zuhair terasa sakit akibat gelak yang melampau.

Selepas gelak Zuhair terhenti, barulah Zuhair memandu keretanya keluar daripada kawasan pakir itu.

"Saya nak bawa awak balik rumah saya. Malam ini awak tidur rumah saya okay." terkejut Ily. Baru dia mahu buka mulut untuk menidakkan, Zuhair sudah menyampuk.

"No but. Saya dah call Mummy and tell her about it. Baju semua dah siap untuk awak. So no excuse" terang Zuhair. Ilt hanya terdiam membisu. Kadang-kadang Ily terasa hidupnya diatur oleh Zuhair.

Kemudian Ily terigat suasana tegang di dalam kereta sebentar tadi. Adakah kerana Zuhair takut Ily tidak boleh menerima kisah lampaunya?

"Zuhair" perlahan sahaja Ily memanggil. Zuhair sekadar mengangkat kening sebelah.

"Kenapa awak marah-marah masa kita masuk kereta tadi?" tanya Ily ragu-ragu. Takut hendak meletuskan lahar yang mungkin akan mengelegak.

Zuhair terdiam seketika. Putih dasar jari jemarinya akibat mengenggam erat stereng kereta.

"Its okay kalau awak tak nak bagi tahu saya. I am sorry." pantas Ily meminta maaf cuba meredakan keadaan. Zuhair menggeleng-geleng kepalanya.

"No. I promise you. There will be no more secrets between us." Zuhair berkata tegas. Ditarik nafas dalam dan dihembuskan perlahan.

"Ex saya dah balik Malaysia." Ily mengerutkan dahinya. Bukankah Zuhair sudah lama mengetahui info itu?

"Dia dah balik semula daripada sambung degree dia di US ke Malaysia." Ily hanya terangguk-angguk. Namun mengapa perkara itu menyebabkan kemarahan meletus di dalam hati lelaki ini? Ily tidak mengerti. Namun, Ily mengambil keputusan untuk berdiam. Tiada penjelasan daripada Zuhair selepas itu. Ily pasti ada sesuatu yang masih belum mahu Zuhair ceritakan. Seperti dirinya juga. Banyak lagi perkara tentang dirinya yang masih belum diceritakan kepada Zuhair. Biarlah masa menentukannya. Lambat laun, Zuhair akan tahu juga.

—------------

Authors note.

Hei guyz and girlz. It is a short update. Saya belum sempat nak baca balik dan tengok semua mistakes. Untuk itu, saya minta maaf. Btw, recently saya ada buka satu blog. This blog just dedicated untuk karya saya. Hope you guyz can chek it out there, more updates will be there! Thanx for reading!

Love,
Peony

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience