Chapter 8 - Can I Take It Back

Romance Series 10064

Malam tadi Ily dapat tidur dengan nyenyak. Lena sungguh Ily dibuai mimpi sehinggakan hujan lebat dan guruh berdentam-dentum pun tidak dapat menjagakan Ily daripada lena. Bantal empuk di peluk. Selimut ditarik menutup hujung kaki daripada terdedah dibuai angin sejuk daripada luar. Nafas teratur lembut. Lena mahu diteruskan. Ily sudah mengerjakan solat Subuh. Seperti biasa, dia akan kembali ke alam mimpi jika hari minggu. Katil besar bersaiz queen dengan katil bertiang empat itu sudah memanggil-manggil Ily untuk menikmati keempukan pemukaannya.

Mata Ily dibuka sedikit. Sinaran cahaya matahari mencuri-curi masuk diantara celah-celah langsir. Angin sejuk menghembus langsir putih itu perlahan, tidak mahu mengganggu lena si anak dara. Ily memejamkan matanya kembali. Nafas dihembus lembut. Alangkah indahnya jika setiap harinya dimulakan sebegini. Memori semalam berputar kembali.

Terbeliak mata Ily apabila mengenangkan majlis pertunangannya semalam. Kawasan sekeliling bilik dilihat. 'Patutlah empuk semacam katil ni.' Ily baru tersedar bahawa dia menumpang di bilik tetamu di rumah keluarga Zuhair. Ily menjerit kecil apabila mengingatkan aksi-aksi yang memalukan semalam.

--------++++-------(flashback)

"Ily ajak lah Mama dengan Ayah tidur aje dekat sini ya? Auntie dah suruh Maleha siapkan bilik tetamu. Nanti Zuhair tunjukkan bilik Ily dekat atas. Mama dan Ayah Ily duduk bilik tetamu dekat bawah. Nanti Papa yang akan tunjuk. Boleh Papa?" Tuan Zairul hanya mengangguk dengan senyuman. Ily cuba menolak ajakan Puan Zurin namun tangan Mama lembut menyentuh tangan Ily tanda supaya tidak menolak ajakan itu. Puan Zurin tersenyum puas.

Mama dan Papa Zurin sudah menjemput Mama dan Ayah Ily untuk masuk ke bilik beristirehat. Ily pula masih berdiri tercegat di ruang tamu. Tidak pasti apa yang boleh dilakukan di rumah Zuhair yang melampau besarnya.

"Sayang, jom saya tunjukkan bilik." Zuhair berbisik perlahan. Ily hanya menganguk dan mengekori Zuhair. Langkah Zuhair perlahan dan pendek-pendek. Seperti tidak sampai-sampai ke bilik tetamu yan dikhaskan untuk Ily. Jejaka disebelah memberi senyuman kecil. Ily tidak faham tujuan senyuman itu.

“Zuhair” langkah Ily terhenti. Zuhair turut berhenti.

“Ya? Kenapa Sayang?” Ily tidak betah bercakap apabila suara garau Zuhair medayu merdu memanggilnya sayang. Terkelu lidah Ily.

“Emm, kenapa kita tak sampai-sampai lagi dalam bilik? Awak macam nak keluar rumah balik aje ni?” Ily bertanya perlahan. Wajah dikalih ke kiri dan ke kanan. Mengelakkan diri daripada ditenung oleh Zuhair. Zuhair melepaskan tawa kecil. Ily hanya membiarkan jejaka itu gelak seorang diri. Akhirnya, setelah beberapa seketika, barulah Zuhair bertenang.

“Dah nak dekat 10 minit saya bawak awak pusing-pusing satu rumah, baru awak nak cakap dengan saya? Saya ni punyalah menunggu suara emas keluar daripada mulut awak.” Terang Zuhair, masih berbaki dengan gelak tawanya.

‘Aduh, daripada tadi, dia bawak aku pusing-pusing rumah dia je? Mana bilik aku ni?’ ujar Ily perlahan dan keliru.

“Awak nak saya cakap apa? Kan awak jugak cakap, esok baru awak nak jawab semua persoalan saya?” jawab Ily. Nadanya seperti tidak ada mood. Mungkin penat dan mengantuk sudah datang meminta perhatian. Zuhair seperti dapat mengagak mood Ily, mengeluh perlahan. Ikutkan hati, Zuhair mahu berbual kosong dulu dengan Ily sebelum mereka berpisah untuk tidur.

“Okay, I’m damn sorry for whatever mistake that I have done for tonight. Nak explain, terlalu panjang dan lebih baik kita bincang esok. Tapi malam ni, saya ingat nak luangkan masa sedikit dengan tunang saya ni.” Zuhair menjawab sedih nadanya seperti merajuk yang minta dipujuk. Ily menghela nafas berat. Dahi diusap-usap, pening dengan telatah Zuhair. Tidak pernah Zuhair berperangai sebegini.

“How are you Zuhair?” Ily bertanya lembut. Sedaya upaya dia melembutkan suara agar tidak berbunyi seperti terpaksa. Zuhair mengangkat-angkat kening dan tersenyum. Mereka berdua seperti sedang bertanding secara diam dan mereka berdua tahu siapa pemenang dalam pertandingan ini.

“I am fine. In fact, I am very happy today.” Jawab Zuhair dengan senyuman lebar.

“Oh, ya ke? Why?” tanya Ily berpura-pura tidak tahu. Layan sahajalah Zuhair ni. Jika tidak, sampai bila-bila Ily tidak dapat membaringkan diri di atas tilam.

“Today, I am engaged to the girl that I like since I first met her?” kenyataan Zuhair membuatkan Ily terpaku seketika. ‘Dia ingat lagi ke bila first time mereka berjumpa’

“Yes, I remember it. We met in the library.” Zuhair menjawab persoalan-persoalan yang terdetik difikiran Ily. Terkejut Ily dengan kenyataan Zuhair. Mana tidaknya, sebelum mereka menjadi kawan baik, mereka berdua tida pernah bertegur sapa, apatah lagi hendak mengingati detik-detik pertama kali berjumpa. Lain lah macam Ily, Zuhair adalah ‘crush’ nya sejak dahulu. Ily pula hanya setakat budak hingusan yang duduk disebalik susunan buku-buku yang berhabuk. Siapalah yang akan perasan diriya.

“Awak sweet sangat masa tu sebab awak sanggup tolong saya.” Zuhair melangkah setapak ke hadapan, merapati dirinya. Ily berundur setapak kebelakang.

“You were so innocent. Saya buli awak pun, awak layan.” Zuhair melangkah lagi setapak. Ily, seperti dalam drama-drama bersiri, berganjak kebelakang lagi. ‘Wait! Nanti mesti dinding kat belakang aku. Aku kena cari jalan melepasan diri sebelum Zuhair dapat kepung aku.’ Baru Ily mahu membuka langkah, Zuhair sudah mendepakan tangan memerangkap Ily di antara sebuah meja yang dihiasi oleh bunga orkid liar di dalam pasu antik dan sebuah pintu kayu. Ily cuba menyelinap di bawah tangan Zuhair, namun hampa apabila Zuhair turut menghalang pergerakkannya.

“Tepilah Zuhair! Saya rimaslah. Saya tak suka!” bentak Ily tidak puas hati. Zuhair hanya ketawa kecil, namun kepungannya masih jitu.

“Awak kena dengar saya nak cakap apa dulu okay? Saya janji, lepas saya cakap, awak boleh tidur.” Ucap Zuhair perlahan.

“Okay” keluh Ily perlahan. Sudah lah hatinya berdebar-debar bagai mahu nak pecah. Mamat di hadapan pula sibuk mahu berbual. Nasib baiklah handsome. Kalau tidak, mesti dah ade orang dah kena sepak di mahkota keluarga. Sudahlah mahu berbual di hadapan pintu bilik siapa entah. Kalau mahunya tuan punya bilik ini dengar atau lebih memalukan, keluar daripada bilik macam mana? Oohh, dear bunny.

“Saya jarang buli orang. Tapi hari tu, bila saya tengok awak, saya terasa nak buli awak.” Tanpa amaran, Ily memijak kaki kiri Zuhair. Pijakan yang asalnya perlahan dan semakin menyakitkan. Terbeliak mata Zuhair cuba menahan kesakitan.

“Tapi, lepas saya buli awak tu, saya rasa Sayang saya ni memang bersungguh-sungguh tolong saya. Saya rasa kesian pulak, tapi seronok.” Laju sahaja Zuhair memberi penerangan, mengharapkan penyeksaan dikakinya berakhir. Ily mengalihkan kakinya. Zuhair melepaskan nafas lega.

“Tapi, kalau awak minta tolong orang lain pun, diorang akan tolong awak dengan bersungguh-sunggh jugak. Jejaka handsome macam awak ni, takkan lah ada orang akan lepaskan.” Wajah Zuhair berubah. Senyuman megawatt diberikan kepada Ily. Kemudian, wajah Ily terasa kebas, kata-katanya yang terlepas tidak dapat diundur kembali.

“Em, can I take that back?”

“Nope” Zuhair sudah mengeleng-gelengkan kepala. Sengihan masih disinarkan. Ily hanya membiarkan kesilapannya berlalu pergi.

“Betul, tapi a normal girl, they will be chasing me afterwards. Tapi in our case Sayang, saya yang kena kejar awak. Not a month, not 6 months but more than a year. It is hard work dear, you should be proud” Ily hanya tersengih, membiarkan Zuhair meneruskan kata-katanya. Zuhair hanya diam, mahu melihat riaksi Ily.

“Anything else?” tanya Ily tidak mengendahkan jawapan yang dinantikan oleh Zuhair. Zuhair kecewa. Kepala digeleng-gelengkan.

“Nope, nothing else.” Zuhair membuka pintu kayu di belakang Ily. ‘Kalau aku tahu daripada tadi ni bilik aku, dah lama aku masuk’ detik hati Ily. Ily masuk ke dalam bilik, berpaling dan melihat Zuhair membuka pintu bertentangan dengan bilik Ily. Zuhair berpaling, tersenyum lemah. Tiba-tiba mata Zuhair seakan bersinar dengan senyuman kecil.

“Do you think I am handsome?” Merah padam muka Ily apabila Zuhair mengungkit kembali kata-katanya tadi. Pintu kayu biliknya terus ditutup. Tidak mampu hendak berdepan dengan usikan Zuhair lagi. Ily terasa mahu menjerit akibat terlalu malu dengan kata-katanya tadi. Apatah lagi apabila terdengar gelak kecil daripada Zuhair disebalik pintu bilik.

“Goodnight Sayang. Sweet dreams.” Ucap Zuhair seperti tahu-tahu sahaja Ily masih dibalik pintu. Kemudian, kedengaran pintu ditutup, tanda Zuhair sudah masuk ke biliknya sendiri. Ily mengumpulkan semua kekuatan yang masih berbaki untuk bangun dan menyalin bajunya. Terdapat sehelai T-shirt lengan panjang dan skirt labuh disediakan di atas katil. Mungkin Mama Zuhair yang menyediakannya. Ily membersihkan diri, dan sedia untuk masuk ke alam mimpi.

--------++++------- (end of flashback)

Langkah diatur perlahan. Tangga kayu putih di alas dengan karpet bewarna cream di pijak satu persatu turun sehingga ke ruang legar keluarga. Ily melihat ke kiri dan ke kanan. Tiada siapa di situ. ‘Mana semua orang ni? Tidur lagi ke?’

Bau makanan tiba-tiba dihidu. Ily menuju ke arah punca bau itu. Pasti ada orang yang sedang memasak. Ily membuka langkah dan masuk ke ruang makan. Ayah dan Mama Ily sedang berbual bersama Mummy dan Papa Zuhair. Firdaus juga turut serta dalam perbualan mereka. Gelak tawa mereka membuatkan hati Ily bahagia. Alangkah indahya jika dia dapat menyaksikan situasi ini setiap pagi?

“Eh Ily, Zuhair. Buat apa dekat depan pintu tu? Jom lah sarapan.” Panggil Mummy Zuhair. Wanita itu berselendang bewarna krim terletak rapi di atas kepala. Terkejut Ily apabila dia berpaling ke belakang, wajah Zuhair sudah menjengah dekat dengan dirinya. Sejak bila Zuhair sudah berada di belakang Ily sendiri tidak pasti. Bau badan Zuhair yang menyegarkan menandakan lelaki itu baru sahaja siap membersihkan diri. Baju T-shirt kelabu berlengan pendek dikenakan dengan seluar jeans hitam. Rambut tersisir kemas. Handsome tunang Ily sorang ni.

“Hai, tahu lah korang baru bertunang. Tapi tak payah lah tenung each other sampai macam tak jumpa dah lepas ni.” Tegur Mama pula. Terbatuk-batuk Ily mendengar teguran Mama itu. Firdaus pula hanya gelak terbahak-bahak.

“Untunglah kan mak cik? Orang tengah hangat bercinta ni, mak ayah depan mata pun boleh tak perasan.” Usik Firdaus lagi. Zuhair sudah tersengih-sengih. Muka Ily sudah merah padam. Cuba menyorok disebalik badan Zuhair daripada beberapa pasang mata yang sedang memerhatikan mereka berdua. Ayah mengusap-usap bahu Firdaus.

“Firdaus bila lagi? Zuhair dah ada orang punya. Takkan Firdaus nak loner lagi?” tanya Ayah.

“Firdaus ni, ada hati pada anak bongsu kami. Tapi mulut tu berat sangat nak tanya tuan punya badan” Mummy menjawab untuk Firdaus. Ily yang sedang meneguk teh panas tersedak. Zuhair kelang kabut menepuk-nepuk belakang badan Ily sambil menghulurkan tisu. Ily hanya memandang Zuhair menantikan kepastian. Zuhair hanya tersenyum. Kiranya nanti, kalau Firdaus berjaya pikat Sarah, mereka akan menjadi keluarga. Lagi meriahlah keluarga mereka nanti.

“Good Morning!” ucap Rin. Sarah turut masuk ke ruang makan bersama Rin. Terdiam sekejap sesi mengusik Firdaus untuk menutup rahsia hati Firdaus. Semua sekadar membalas ucapan Rin. Sarah seperti seorang yang tidak banyak bercakap. Dia hanya duduk diam dengan perfect table manners. Sopan santun, lembut, cantik dan sempurna serba-serbi. Patutlah Firdaus terpikat. Pagi mereka sungguh tenang, bahagia dengan borak kosong dan gelak tawa. Sarapan pagi mereka bersama beberapa orang saudara mara Zuhair yang menumpang di rumah keluarga Zuhair.

Sesudah makan, Zuhair mengajak Ily ke taman untuk berbual.

“Abang!! Kakak!! Tunggu baby!!” Baby berlari terkedek-kedek menuju kearah mereka. Zuhair sudah bercekak pinggang menegur Baby supaya tidak berlari. Ily hendak tergelak melihat riaksi Zuhair. Baby didukung Zuhair. Zuhair hanya mengangkat kening sebelah pelik dengan senyuman Ily. Ily hanya mengucup dahi Baby. Hati tertarik dengan cara Zuhair melayan Baby seperti anaknya. Namun kucupan dihadiahkan kepada Baby. Takkan lah Ily hendak mengucup Zuhair pula. Langkah dimulakan, Zuhair hanya mengekor dari sebelah.

Taman yang terletak di belakang rumah itu sangat cozy dan homey. Ily sangat tertarik dengan dekorasi taman itu. Kawasan laman yang luas, mepunyai air terjun bersama beberapa susunan pokok bunga yang tersusun cantik. Terdapat juga, susunan berpara yang mempunyai herba-herba yang digunakan untuk masakan. Ily sangat tertarik dengan sebuah buaian sederhana besar yang tergantung di salah sebuah pokok yang besar. Ily melangkah meninggalkan Zuhair menuju kearah buaian. Punggung di labuhkan di tilam empuk. Kaki Ily, menolak tanah memulakan buaian. Kawasan taman yang segar dengan kesejukan embun, membuai Ily dengan mimpi yang tidak pernah dikecapi. Tiba-tiba, Zuhair berdiri di hadapan Ily.

“Awak tak nak jemput saya duduk ke?” Zuhair bertanya. Ily hanya menepuk-nepuk tilam disebelahnya. Zuhair melabuhkan punggunnya. Baby duduk di atas pangkuannya. Baby nampak sangat selesa dengan Zuhair. Ily mencapai salah sebuah buku cerita yang terletak di atas meja di sebelah buaian itu. Beberapa muka surat dibelek. Zuhair di sebelah sudah terbatuk-batuk,cuba mengambil perhatian Ily.

“Sayang, can you please talk to me?” Zuhair menegur perlahan. Sudah tidak sabar dengan telatah Ily yang daripada tadi diam. Ily hanya memberikan senyuman paling manis. Tidak sepatah pun dikeluarkan daripada mulut Ily.

“Sayang, janganlah macam ni. Saya tak tahu macam mana nak pujuk awak. I don’t even know why Sayang saya ni merajuk.”

“Saya tak merajuk. Just start explaining.” Jawab Ily pendek.

“Okay, apa yang awak nak tanya?”

“Kenapa biarkan saya macam tu aje?” Ily bernada serius.

“Because at that time, you won’t listen to reason. Saya try explain pada awak, tapi awak tak nak dengar. Saya marah Ily, tapi saya tahu bukan salah awak nak berperasaan macam tu. Saya tak tahu macam mana nak handle. Saya tak nak marah-marah awak.” Zuhair memandang wajah Ily. Tepat pada anak mata. Tidak sekali pun dilepaskan agar kejujurannya terserlah kepada gadis di hadapan.

“Then, you give me an answer on the day itself. Awak berterus terang dengan saya yang awak suka saya. Awak berharap kita boleh teruskan hubungan ini. Awak tak tahu betapa bahagianya saya pada hari itu. Saya drive balik rumah, peluk Mummy saya dan bagi tahu semua perasaan saya pada awak pada Mummy.” Pada ketika ini, Ily sangat mengharapkan, Zuhair tidak memberi tahu cerita yang bukan-bukan mengenai Ily pada Mummynya.

“At first, Mummy tak percaya. Then, saya terpaksa cerita segalanya pada Mummy, daripada kita mula jumpa, kepada kita dating, sampailah part awak merajuk dan confessed to me.” Ily sudah menutup muka malu. ‘Adooii aii! Tak perlu kot nak cerita segala benda dalam dunia ni kat Mummy dia’ hati Ily sudah seperti mahu meletup menanggung malu. Ily sudah bersedia mahu mencubit lengan Zuhair apabila, Zuhair sudah mengangkat tangan surrender, dan meminta Ily mendengar penjelasannya dahulu.

“Saya bagi tahu Mummy niat saya nak bertunang dengan awak. Mummy dah bagi green light. Tapi Mummy suruh tanya Papa dulu.”

“Kejap! Jangan cakap dengan saya yang awak bagi tahu semua cerita kita pada Papa awak jugak!” kali ini Ily sudah tidak tahan lagi malunya dan berjaya menampar lengan Zuhair. Zuhair sudah tergelak-gelak melihat telatah Ily yang sudah tidak senang duduk kerana malu.

“Nasib baik Papa tak perlukan penjelasan sebanyak Mama. Papa give some ‘man talk’ and confirmation yang saya betul-betul nak bertunang.” Ily melepaskan nafas lega yang tidak terhingga dan berhenti daripada memukul Zuhair. Bukan sakit sangat pun pukulan Ily, namun Zuhair perlukan Ily bertenang agar dia boleh menjelaskan segalanya.

“Seminggu saya tak cakap dan jumpa awak, saya rasa penat sangat. Rasa macam tak bermaya. Tapi saya pastikan, segala urusan pertunangan kita berjalan lancar. Saya bawa Mummy dan Papa jumpa Mama dan Ayah awak dan segalanya berjalan lancar seperti dirancang.” Zuhair mengambil selimut yang terlipat di buaian itu untuk menyelimuti badan Baby yang sudah tidur. Badan Baby di baringkan di antara Zuhair dan Ily dengan bantal dilapikkan di bawah kepala Baby agar anak kecil itu selesa. Kucupan lembut di berikan pada pipi Baby oleh Zuhair.

“Kenapa awak jemput kawan-kawan yang lain?” tanya Ily perlahan.

“Kenapa tak boleh jemput diorang?” tanya Zuhair kembali.

“Bukan tak boleh jemput, tapi awak jemput hampir semua orang. Dengan kad pula tu. Lepas tu, majlis malam semalam, semua yang awak jemput tu, hanya dua orang je saya jumpa. Rin dengan Firdaus. Yang lain tak datang ke?” banyak persoalan yang dilontarkan oleh Ily. Meminta penjelasan daripada Zuhair.

……………………………………

Author's Note

Not a very long chapter. But yeah, made it. Being a hectic week. Thank you for all the votings and readers. I love u guyz! This is just a fill up chapters. Sorry if it is not very nice.

Love,

---------Peony--------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience