chapter 3- Frozen baby bunnies

Romance Series 10064

Ternganga Ily melihat Zuhair dihadapannya. 'Wait! Mesti ade orang kat belakang aku!' Kepala dikalihkan kebelakang. Tidak nampak pula sesiapa sedang berdiri atau menuju ke arah mereka. Pandangan di bawa semula kehadapan. 'Eh, mana dia pergi?' Detik hati Ily apabila tidak kelihatan Zuhair di dalam kereta mewah itu.

Tiba-tiba Zuhair sudah terpacak di hadapan keretanya. Sebelah tangan membuka pintu penumpang di hadapan dan sebelah tangan lagi memberi tanda isyarat supaya Ily masuk ke dalam. Ily hanya berdiri di situ terkebil-kebil.

"Silakan masuk Ilya." Suara Zuhair yang dalam tapi lembut menjemput Ilya masuk. Kali ini sah memang tak ada orang dibelakangnya.

"Ke-, kenapa?" Soal Ily gemuruh. 'Baby bunny! This is so embarrassing'

"Because it is getting dark and there is no one inside the campus. Unless you are planning to see something creeping out from the dissection hall, then you may stay." Laju sahaja mulut Zuhair memberi alasan.

Terasa meremang bulu tengkuk Ily memikirkan kata-kata Zuhair. 'Apa salahnya kalau aku tumpang dia kan? Tempat tinggal yang sama dan aku pun tak perlu tunggu bas'. Ily membuka langkah ke arah kereta Zuhair. Mewahnya kereta dia, tampak bersih. Dikesat sedikit tapak kasutnya untuk memastikan tiada tanah yang akan mengotori kereta Zuhair nanti.

"Terima kasih" ucap Ily apabila Zuhair tolong menutupkan pintu. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam, tidak tahu topik apa yang perlu dibicarakan. Perjalanan daripada kampus utama ke asrama tidaklah lama sangat. Hanya 7-10minit jika menaiki kenderaan tapi memakan masa hampir 45 jika berjalan kaki.

Ily hanya mengeraskan diri di tempat duduk penumpang. Tidak berani bersuara mahupun menjeling kepada jejaka di sebelahnya.

"Ilya kenapa duduk kampus sorang-sorang? Mana yang lain?" Tanya Zuhair.

"Oh saya siapkan assignment. Isnin depan dah kena hantar. Rin dengan yang lain sibuk." Teranguk-anguk Zuhair mendengar penjelasan gadis disebelahnya. Tangan Ily terkuis-kuis buku di pangkuannya.

"Panggil saya Ily je." Kata Ily lagi tanpa memandang Zuhair.

"Apa dia Ilya? Saya tak dengar" badan Zuhair disengetkan sedikit ke arah Ily.

"Panggil saya Ily je." Kuat sedikit nada suara Ily. Namun masih tidak memandang Zuhair.

"Ha?" Zuhair sengaja bertanya lagi. Senyuman sedaya upaya disorokkan. 'Ish! Pekak pula dia ni!" Bisik hati Ily.

"Panggil saya Ily!" Teriak Ily sambil memandang Zuhair. Mata mereka bertemu. Anak mata Zuhair sangat memukau. Anak matanya bewarna coklat yang sederhana pekat. Seperti warna karamel. Karamel yang lembut dan bersinar. Tidak berkelip mata mereka menikmati keindahan mata masing-masing. Nasib baik lampu merah dihadapan. Kalau tidak ada yang masuk hospital ni karang. Ily mengalihkan pandangannya. Mukanya sudah merah dan panas. Zuhair hanya tersengih melihat riaksi Ily.

"Lain kali, kalau nak cakap, pandanglah orang yang kita nak bercakap tu. Baru nampak sopan Cik Ily" kata Zuhair disambung dengan tawa kecil.

Terdiam Ily apabila ditegur. 'Biadap ke aku tadi? Tapi aku seganlah nak tengok muka dia.' Kereta Zuhair berhenti di hadapan asrama perempuan. Ily terus mengucapkan terima kasih dan keluar tanpa sempat Zuhair membalas apa-apa. Tergelak Zuhair melihat Ily yang sudah berlari-lari anak memasuki bangunan asrama. Terhibur hatinya melihat keletah wanita yang comel itu.

Sudah ramai gadis yang meminta-minta kepada Zuhair agar mereka menjadi pasangan. Ramai juga gadis yang dipikat Zuhair namun terlalu mudah untuk Zuhair dapatkan gadis-gadis ini. Kadang-kadang kata-kata manis sudah memadai. Zuhair seperti sudah masak dengan perangai gadis-gadis yang hanya mahukan dia sebab harta dan rupa parasnya. Melihat Ily, semangat Zuhair untuk memikat hati gadis seperti Ily kembali bercambah.

Kereta Zuhair meluncur membelah hari yang sudah mula hujan untuk pulang ke asrama yang didiaminya. Ligat otak Zuhair memikirkan bagaimana hendak mendapatkan perhatian Ily. Mata dialihkan ke tempat duduk penumpang disebelahnya yang baru sahaja diduduki oleh Ily. Bibirnya ditarik lebar. Barang di atas tempat duduk itu diambil dan dibuka. 'I have a brilliant idea.' Bisik hati Zuhair. Mukanya tampak puas dengan idea dibenak fikirannya.

……………………………………

"Ily! Ily! Ily!" Kedua-dua rakan baik Ily, Maya dan Faridah menepuk-nepuk meja sambil teriak dengan riang.

"Jom pergi Shah Alam. Aku dengar ade konsert and Ed Sheerrraaannn!!! Jom lah pergi." Ajak Maya. Bersungguh-sungguh di ajaknya. Ily hanya tersengih, tersenyum melihat keletah kawan-kawannya. Senyuman Ily hanya pudar sendiri. Mata dihalakan kedalam anak mata kawan-kawannya. Mengharapkan pengertian.

"Ala Ily, it is just a show! Kitorg dapat tiket murah daripada my friend yang tiba-tiba tak jadi nak pergi. Jomlah please!" Pujuk Maya lagi.

"Sorry lah girls, aku tak boleh pergi. Lusa ada presentation on the proposal of my thesis. Its important, and I am no where near done." Jelas Ily. Keluhan berat dilepaskan. Dia sangat berharap dapat meluangkan masa dengan rakan-rakannya. Namun masa Ily banyak dihabiskan dengan pelajarannya.

"Nanti kitorang tolong kau buat proposal tu. Jangan risau, okay. Jomlah please! Please! Please!" Ajak Faridah pula sambil memeluk lengan Ily. Ily hanya membalas pelukan.

"Tak boleh lah korang. Sebenarnya parents aku tak bagi pergi konsert. Memang daripada dulu diorang tak pernah bagi." Jelas Ily perlahan dan berhati-hati agar tidak mengecilkan hati rakan-rakannya.

"Jangan lah bagi tahu parents kau." Balas mereka lagi. Ily hanya mengeleng-gelengkan kepala.

"Aku tak sampai hati buat macam tu kat diorang. Diorang penat jaga aku. Tak kan aku nak pergi konsert tanpa izin. Tak baik lah." Jelas Ily lagi. Maya dan Faridah hanya berdiam diri. Tahu sangat perangai Ily. Kalau dah cakap tidak itu maksudnya tidaklah. Rin masih diam, tidak membantah, tidak juga mengesa. Rin sudah tahu Ily memang tidak akan pergi ke konsert itu sebab larangan kedua ibu-bapanya. Tapi sebab Maya dan Faridah terlalu excited untuk mengajak Ily, jadi dibiarkan sahaja mereka cuba memujuk sahabatnya itu.

"Tak apa, korang pergilah. Pergi dengan Rin and enjoy okay. Nanti balik boleh cerita kat aku." Kata-kata Ily yang sungguh lembut dan berhemah dapat melembutkan hati sesiapa yang mendengar. Di tambah lagi dengan usapan memujuk di tangan Faridah. Terpaksalah mereka pergi meninggalkan Ily.

'Seorang lagi lah aku ni nampaknya' keluh Ily sendirian. 'Kena naik bas lagi. Kan best kalau ada boyfriend boleh tumpangkan kereta.' Tiba-tiba teringat kejadian Zuhair menumpangkan Ily tempoh hari. Merah muka Ily dan bibir ditarik tersengeh sendirian. 'Hish aku ni, perasan je lebih. Zuhair tu nak tolong je hari tu. Tak maksudkan apa-apa pun.'

"Aii, kenapa tersengih seorang-seorang ni? Teringat dekat pakwe ke?" Tegur Abang Hairul. Punggung di labuhkan pada kerusi di hadapan Ily tanpa dijemput.

"Eh, mana Ily ada pakwe Abang Hairul. Memandai je." Cepat Ily menidakkan.

"Habis tu hari tu Ily balik dengan siapa? Zuhair kan? Dia bukan buah hati Ily?" Tanya Hairul lagi sambil terangkat-angkat kening. 'Aduh hai, busy body pulak Abang Hairul ni'.

"Eh, macam mana Abang Hairul tahu?" Soal Ily pelik. Rin pun tidak tahu akan kejadian tersebut. Ily memang tidak mahu memberitahu sesiapa.

"Abang nampak. Abang yang bagi tahu Zuhair yang Ily ada kat main entrance dekat lobi kampus seorang-seorang hari tu. Kebetulan kami terserempak and kami berbual sekejap. Tak sangka Zuhair tumpangkan Ily lepas tu." Jelas Hairul.

"Haah, dia baik hati time tu nak tumpangkan. Tak salah kan?" Ujar Ily.

"Eh tak. Cuma nak tanya, Ily dengan Zuhair memang ada apa-apa ke?" Tanya Abang Hairul lagi. Raut wajahnya serius dan seperti mengambil berat tentang status Ily dan Zuhair.

"Eh, kami tak ada apa-apa lah Abang Hairul. Kami kawan je. Kebetulan je hari tu." Kata Ily.

"Betul, saya dengan Ily memang tak ada apa-apa…. lagi." Tiba-tiba Zuhair muncul dan terus menyampuk perbualan mereka. Terkejut Ily. 'Cuddly baby bunny! Macam mana pulak lah dia boleh ada dekat sini' bisik hati Ily gemuruh. Zuhair dan Hairul bersalaman dan Zuhair melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Ily. Sekali lagi, tanpa diundang.

"Amboi, pandai kau berkata-kata ye. Dengar tu Ily, Zuhair kata not yet. Maksudnya tak lama lagi lah tu." Ligat Abang Hairul mengusik Ily. Tidak terkeluar kata-kata di mulut Ily untuk menidakkan kata-kata Zuhair sebentar tadi. Ily hanya terdiam dan tertunduk dengan muka yang merah. Tergelak kecil Zuhair di sebelahnya.

"Sudah lah tu Bang. Merah dah muka Ily. Nanti kalau kitorang memang menjadi saya ajak Abang datang makan nasi minyak kitorang ye." Sambung Zuhair pula. 'Frozen Baby bunnies! Nasi minyak? Apa dia merepek pulak ni!!' Ily hanya memandang Zuhair dengan penuh pertanyaan dan berdoa agar Abang Hairul tidak salah anggap. Sesiapa pun akan mempunyai anggapan yang sama jika dengar ayat-ayat Zuhair sebentar tadi! Pasti mereka anggap Ily dan Zuhair bercouple! 'Oh my dear frenzy cuddly baby bunnies on the moon!' Terasa mahu disorokkan muka Ily di bawah meja. Malunya hanya Tuhan yang tahu.

"Okaylah, Abang minta diri dulu. Tak nak kacau orang yang sedang try tackle perempuan ni." Sekali lagi mereka bersalaman dan Abang Hairul berlalu pergi. Zuhair tersenyun dan melihat wanita disebelahnya yang kaku. 'Aik, aku baru nak tackle, takkan dah keras dah?' Zuhair batuk perlahan untuk mengambil perhatian Ily.

"Awak buat apa kat sini? Kenapa awak cakap macam tu dekat Ababg Hairul. Nanti dia salah faham. Nanti semua orang salah faham. Nanti…" Zuhair sudah mengangkat tangannya dengan isyarat suruh Ily berhenti bercakap.

"First, saya tak salah cakap dan pasti yang Abang Hairul tak akan salah faham. Second, saya datang ni nak ajak awak teman saya pergi lunch. Jom saya lapar." Ujar Zuhair sambil mengusap tangannya di kawasan perut yang berotot. 'Hmm, muscles. Pure packs of muscles.' Bisik hati Ily. Kening Ily terangkat minta penjelasan kepada jemputan itu.

"Hmm, saya ada ni." Dompet bewarna biru langit itu ditayangkan. Ily memerhatikan dompet itu lama. Cuba diproses sedaya upaya barang yang ada di tangan Zuhair. Tangan Ily terus mencapai beg galasnya. 'Ohh bunny! I am just too stupid to even recognise and realise that I have lost my purse! Face palm! Good job Ily!'

Tangan di hulur kepada Zuhair agar dipulangkan dompet biru langit itu. Kali ini, Zuhair pula mengangkat keningnya seperti bertanya 'kena ke bagi?' Ily dengan pantas cuba merampas dompet itu namun ketinggiannya menghalangnya daripada meneruskan aksi ninja-nya tadi. Tersengih Zuhair melihat keletah Ily yang hampa dengan kegagalan cubaannya. Itulah padahnya kalau main tipu.

"I will give you back lepas awak temankan saya pergi lunch hari ni." Kata Zuhair dengan tenang.

"How can I trust you stranger?" tanya Ily dengan curiga.

"Ouch!" Zuhair memegang dadanya sebelah kiri dan berpura-pura sakit. "It hurts me to hear that. Kalau saya ada niat jahat, saya dah lama culik awak tau hari tu. Lagipun, you should thanked me sebab pulangkan dompet awak yang tertinggal dalam kereta saya. Not accuse me." Kata Zuhair lagi. Ily seperti baru tersedar kesilapannya dan tunduk malu dengan tingkah lakunya.

Zuhair tersengih lagi. Wajah ditundukkan agar selaras dengan wajah Ily. "You can have my gentlemen oath that I will keep you safe." Kata Zuhair lembut. Jelas benar gadis di sebelahnya ini seperti tidak pernah keluar berdua-duaan dengan lelaki.

"Kita pergi makan kat tempat ramai orang. Nama restauran tu The Italian dalam 10 minit daripada sini. Ily boleh bagi tahu Rin atau your parents yang Ily keluar makan dengan saya."

"Okay." Jawab Ily lemah. 'Terpaksalah demi dompet aku. Ye ke terpaksa?' Bisik hati Ily sendirian. Telefon dikeluarkan dan jarinya pantas menaip untuk memberitahu Rin. Zuhair daripada tadi asyik memerhatikan dirinya.

"Jom." Ajak Zuhair. Beg galas Ily yang mempunyai komputer diambil Zuhair dan dibawa pergi. Ily tercengang sambil mengaru-garu kepala. Beg galasnya ditarik perlahan. Zuhair toleh ke belakang.

"Awak" panggil Ily perlahan.

"Awak tak payah layan saya sampai macam ni sekali. Saya tak selesa. Dah rasa macam anak raja pulak. Lagipun nanti apa orang cakap." Tegur Ily lagi. Zuhair kembali mengatur langkah menuju ke kereta Audi miliknya. Pintu dibuka menjemput Ily masuk dan barang-barang diletakkan di bahagian belakang kereta.

"Tak salah kalau nak jadi gentleman. Islam tidak melarang untuk berbuat baik kepada orang lain. Dan kenapa perlu orang mengata apabila seseorang berbuat baik kepada yang lain." Terdiam Ily mendengar penjelasan Zuhair.

"Sambil-sambil tu, saya nak lah pikat orang kat sebelah saya ni." Sambung Zuhair perlahan dengan penuh makna. Ily terkejut melihat Zuhair. Merah padam wajahnya. Hilang terus daya untuk bercakap. Zuhair hanya tergelak kecil melihat riaksi Ily.

Sepanjang perjalanan mereka ke restauran, Zuhair berbual dengan Ily. Mudah rupanya hendak berkawan dengan Ily. Ily tidak malu-malu mahu mengeluarkan pendapatnya. Kecuali apabila dia malu. Namun, seperti susah hendak mendapat hati wanita itu. Seperti ada tembok yang kukuh yang perlu Zuhair panjat untuk mendapatkan hati Ily. Masalahnya, Zuhair sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Ily membina tembok tersebut. 'Tak apalah. Masa boleh melembutkan hati lara. Apatah lagi hati yang masih belum berpunya' bisik hati Zuhair. Yakin bahawa Ily masih tidak berpunya.

Ily melihat kawasan di luar restauran The Italy itu. Matanya merenung ke bangunan dua tingkat yang mewah. Ramai orang sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam restauran. 'Alahai, kena beratur ke? Ni yang lemah ni'. Mata dilirikkan kepada jejaka idaman Malaya di sebelahnya. Zuhair tampak tenang menuju ke pintu hadapan dan pelayan lelaki restauran itu terus menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat dan menjemput Zuhair masuk. Tercengang Ily melihat Zuhair. Zuhair membiarkan Ily masuk dahulu dan pelayan tersebut membawa mereka terus ke meja untuk dua orang yang telah di letakkan tanda 'reserved'.

Ily melihat meja disekelilingnya, tiada satu pun meja kosong yang di tempah seperti meja mereka. Mereka berdua melabuhkan punggung dan pelayan lelaki itu terus memberi menu. Ily meminta tolong Zuhair memilih makanan untuknya memandangkan nama-nama makan di dalam menu itu sungguh sukar untuk disebut. Mereka duduk di meja yang agak jauh daripada meja lain. Pemandangan bandaraya yang cantik terbentang luas di hadapan mereka. Dengan sebatang sungai mengalir di hadapan restauran itu dan kelihatan seperti ada beberapa orang sedang duduk mengambil angin di kerusi di bawah pokok-pokok besar yang ditanam di sepanjang sungai itu.

"Dah berapa lama awak tempah tempat duduk ni?" Tanya Ily.

"Tadi, masa dalam kereta." Jawab Zuhair selamba. Ily mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya.

"This restaurant belongs to my family." Ujar Zuhair lagi. 'OMG! Kaya gila mamat kat depan aku ni. Well what do I expect?' Ily hanya meneguk minumannya seperti menelan info yang baru sahaja disampaikan Zuhair tadi. Kawasan disekeliling restauran dilihat. Lantai beralaskan permaidani yang sungguh bersih tanpa ada tompok-tompok sisa makanan. Dinding dibalut dengan kertas dinding keemasan dan terdapat beberapa potret-potret yang kelihatan mahal digantung. Lampu yang cantik diletakkan disekeliling ruang makan itu. Kawasan tempat makan yang tidak terlalu bising seperti semua orang menghormati keselesaan orang lain. 'This is my first and last time to be here. Aku tak mampu nak makan kat sini. Oh dear, aku ada duit ke nak bayar makanan aku tadi?' Ujar Ily di dalam hati.

"It must be nice to be rich." Ucap Ily lagi. Perihal duitnya dibiarkan dahulu. Dia akan membayar Zuhair kembali jika dia tidak mempunyai cukup duit di dalam dompet.

"Yup. Basically you can do whatever you want and have whatever you heart desire." Zuhair hanya jawab dengan malas. Seolah-olah soalan ini sudah lali di telinganya. Ily terus menukar topik lain dan mereka berbual panjang. Barulah Ily tahu yang Zuhair dilahirkan di luar negara dan datang menuntut di Malaysia kerana dipaksa oleh kedua ibu-bapanya untuk belajar adab sopan-santun orang Melayu.

Zuhair menghantar Ily balik ke asrama sesudahnya mereka makan. Ily bertanya tentang harga makanannya. Namun Zuhair terus membayar semua bil makanan mereka.

Selepas menghentikan kenderaan di hadapan blok tempat tinggal Ily, dompet Ily diserahkan namun jelas diwajah Zuhair keberatan untuk melepaskan Ily pergi.

"Can we have a nice meal together lagi next time? Like today?" Tanya Zuhair penuh mengharap. Tona suaranya diperlahankan seperti merayu. Ily melihat anak mata jejaka dihadapannya itu.

"Kenapa awak ajak saya keluar in the first place?" Tanya Ily berterus-terang. Dia tidak suka hendak mengikut sahaja ajakan Zuhair semata-mata untuk menyedapkan hati lelaki itu. Ily takut nanti Zuhair mengharapkan sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh Ily. Atau Ily yang mengaharapkan sesuatu yang tidak dimaksudkan oleh Zuhair.

"Because you are different. Saya dah lama perhatikan awak. Awak ada pendirian awak sendiri. Awak tidak buat sesuatu kerana disuruh. Awak fikir sebelum buat keputusan dan bukan ikut perasaan. Senang hendak berkawan dengan Ily. Saya rasa bebas untuk berbual apa sahaja. Awak pendengar yang sangat bagus. Pandai jaga hati orang dan sahabat yang sangat setia." Lama Ily mendengar jawapan yang panjang lebar daripada Zuhair.

"Tak mungkin awak boleh tahu saya dengan hanya dua kali kita berjumpa." Tanya Ily lagi.

"Itu pendapat saya tentang awak. Macam mana saya tahu, itu tidak penting. Saya hanya perlukan kepastian." Ujar Zuhair.

"Kenapa awak mengharapkan kita boleh berjumpa lagi?" Soalan cepu emas terkeluar juga daripada bibir merah Ily.

"Saya mengharapkan sesuatu yang lebih banyak daripada penjumpaan kita. Tapi buat masa ini, masa awak yang diluangkan untuk saya dapat membahagiakan saya." Kata-kata Zuhair seperti keberatan hendak keluar daripada bibirnya.

"Apa yang awak harapkan?" Berdebar-debar jantung Ily. Terlalu laju pergerakkan jantungnya seolah-olah boleh terkeluar daripada dadanya. Kereta itu seperti tidak cukup udara untuk mereka berdua bernafas. Menunggu jawapan Zuhair yang seperti tidak mahu keluar.

"Saya harapkan yang terbaik buat kita. Buat masa sekarang ni, can we be friends?" Zuhair tanya seperti tersekat nafas.

"Saya tak nak awak berharap kepada sesuatu yang saya tak mampu beri." Kata Ily perlahan. Tidak sanggup melihat wajah hampa Zuhair. Tangan membuka pintu kereta untuj keluar. Zuhair turut keluar dan menghulurkan beg galas Ily. Tangan Zuhair kejap memegang beg itu.

"Sudah ada seseorang yang mengambil hati yang lembut itu ke?" Tanya Zuhair lirih. Dia mahu tahu status Ily namun tidak sanggup mendengar jawapan yang menghampakan. Zuhair seperti tidak percaya tekaannya bahwa Ily masih single salah.

"Belum ada jejaka dapat menjentik hati ini. Dan saya terima salam persahabatan awak" bisik Ily perlahan namun matanya merenung anak mata Zuhair dengan keikhlasan di hati. Dapat dilihat sinar anak mata Zuhair seperti dapat menerangi seluruh pelusuk dunia dengan senyuman yang sangat lebar. Ily terus mencapai beg galasnya dan beredar pergi. Membiarkan hati jejaka itu melayang sendirian.

Ily masuk ke dalam rumah dan beg diletakkan. Terduduk di atas katil seperti tidak percaya apa yang berlaku hari ini. Sengih bertukar menjadi senyuman lebar dan diakhiri dengan ketawa kecil. 'Berangan je aku ni'.

Sesudah membersihkan diri, Ily membuka beg galasnya untuk menyiapkan kertas kerjanya. Terdapat sekuntum ros bewarna putih kemerahan. Nota kecil diselitkan dan bertulis

'Hati yang seputih ros akan aku warnai menjadi merah seperti hatiku'

~Z~

Terdengar telefon bimbit Ily berbunyi. Satu message masuk daripada Zuhair

"Saya akan jadi jejaka yang akan menjentik hati itu. Selamat malam Ilya"

Ilya tersenyum lebar membaca kedua-dua pesanan daripada Zuhair. Terus dirinya bersamangat untuk membuat kerja yang tertangguh. Hati itu tahu ada yang mahu. Sedaya-upaya hati itu mula berubah untuk menjadi yang terbaik.

……………………….

Authors note

Hai everyone. This is the longest chapter ever. And hope you will like it. Please do vote and comment on the novels.

You can read it either in novelplus or .

Sebutan for Ily (Ee-Lee), Ilya (IL-Ya)

With love,
----Peony-----

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience