Chapter 4 - Between Books

Romance Series 10064

Pagi itu sejuk dengan dingin hujan yang membasah bumi. Hujan yang turun tidaklah selebat mana tapi dapai memberi kenikmatan kepada semua yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Mimpi lebih indah apabila hati telah dicuit dan diketuk pintu hati itu untuk masa hadapan yang indah.

Ily bangun daripada tidur yang nyenyak. Matahari sudah kelihatan. Seperti malu-malu mahu mengeluarkan cahaya. Hari minggu memang Ily selalu bangun lewat sedikit. Lagipun semalam dia tidur lambat demi hendak menyiapkan proposal thesis-nya. Puas hati Ily apabila segalanya sudah selesai. Itu lah sebabnya dia boleh tidur nyenyak. Tambahan pula dia uzur, memang tidak terganggulah tidurnya.

Semalam Rin pun pulang agak lambat. Hampir larut malam baru kelihatan wajah yang penat Rin. Mereka tidak berbual panjang sebab Rin tidak larat untuk membuka matanya. Sekadar bertanya keseronokkan Rin dan perut sudah terisi atau belum.

Ily melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Kemudian katil dan meja belajarnya pula dikemas. Rutin harian Ily dan Rin. Mereka memang pantang jika kawasan tempat tidur mereka kotor dan tidak berkemas. Tidak salah untuk membuat sepah, tapi beragaklah untuk berkemas selepas itu. Ily memasang headphone sambil berkemas. Rin masih nyenyak dan Ily tidak bercadang hendak mengejut sahabatnya itu. Kawasan bilik atau rumah mereka tidak lah besar mana. Namun mereka hias rumah itu menjadi sangat selesa dan tenteram. Kebanyakan perkakas di dalam rumah ini, kepunyaan Rin. Kadang-kadang Ily terasa seperti menumpang kesenangan Rin. Namun Rin tidak pernah berkira.

Selepas berkemas, Ily ke dapur untuk membuat sarapan. Dibuka peti sejuk. 'Telur tak ada, roti tak ada, barang-barang basah lagi lah tak ada.' Perut Ily sudah bergendang minta diisi. Ily mengeluarkan 2 paket 3 in 1 Super Coffee Teh tarik untuk sarapannya. Hendak mengajak Rin keluar, gadis itu masih tidur. Itu sahaja lah rezekinya pada pagi itu. Sedang Ily mengacau lembut air itu, teringat rezekinya semalam yang berpeluang untuk makan di restauran ekslusif. Kemudian, teringat detik salam persahabatan Zuhair.

Bahang wajah Ily apabila teringat aksinya. 'NO!!! Kenapa aku cakap macam tu! Takut tidak berbalas konon!! Aahh Malunya!!' Berbolak balik hati Ily memikirkan gelagatnya bersama Zuhair semalam. Jauh Ily termenung menghadap pemandangan tasik di luar. Terdapat beberapa orang sedang berjogging di sekeliling tasik itu. Angin sepoi-sepoi masuk ke dalam rumah mereka dan boleh terlentok balik Ily yang berada di sofa empuk itu.

Telefon bimbit Ily kedengaran. Ily melihat skrin, tidak dikenali nombor yang sendang menelefon.

"Hello" ucap Ily. Sunyi, tidak berbalas.

"Assalamualaikum" ucap Ily lagi.

"Hhmm, waalaikummussalam Ilya" garau suara pemanggil itu menjawab. Pemanggil itu seolah-olah hendak menutup malu sendiri.

"Boleh saya tahu siapa yang bercakap?" Tanya Ily lagi. Suaranya tegas. Ily tidak memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi kepada lelaki. Terdengar gelak kecil di hujung panggilan.

"Well, I hope you really like the rose and dinner last night." Terasa tak bernafas Ily. Semput. Paru-parunya kecut tiba-tiba. Bantal disebelah diambil dan ditekup ke muka. 'Adddoooiii aiii. Macam mana pulaklah aku boleh lupa suara dia? Contact number dia pun aku tak simpan semalam'. Kali ini giliran Ily pula terdiam.

"Hello. Ily. Awak masih bernyawa ke tidak?" Tegur Zuhair. Suara Zuhair seperti cuba menahan tawa.

"Ha, masih-masih. Alhamdulillah." Jawab Ily perlahan. Paru-paru masih bersaiz katak, tidak mampu bersuara seperti biasa. 'Nasib baiklah dia tak ada kat sini. Kalau tak mesti pecah perut tengok aku guling-guling macam ni'

"Ily tengah buat apa?" Tanya Zuhair lagi. Macam mana Zuhair mendapatkan nombor telefonnya pun Ily tidak tahu.

"Saya tengah minum teh tarik." Jawab Ily lembut. Tidak mahu ditanyakan tentang hal nombornya lagi takut mematikan perbualan santai mereka.

"Ily tak makan sarapan ke?" Suara Zuhair seperti risau. Bukan sudah menjadi lumrah ke pelajar universiti tidak bersarapan. Jika tidak kerana mahu berjimat, mereka akan memberi alasan bahawa mereka terlalu malas hendak keluar mencari sarapan.

"Tak. Saya tak jumpa apa-apa bahan kat rumah saya ni untuk dijadikan sarapan." Jawab Ily selamba. Dia tidak hirau jika orang lain mengetahui bahawa hidupnya tidaklah sesenang mana. Makan pun ditampung orang. Tidak perlulah nak berlagak hendak memiliki segala harta di dalam dunia ini.

"Ily siap, saya jemput pergi sarapan." Ajak Zuhair. Ohh Baby Bunnies! Semalam baru jumpa, tak akan pagi ini nak jumpa lagi. Ni bukan kawan ni. Ni sudah kalahkan pasangan yang hangat bercinta.

"Eh, tak payahlah Zuhair. Nanti saya sarapan dengan BF saya." Ujar Ily lembut.

"BF?! Saya tak tahu yang Ily dah ade kekasih?" Perlahan suara Zuhair. Ily tidak pasti sama ada ianya bernada sedih atau marah. Senyuman dilebarkan. Seronok juga buat orang jealous ni.

"Bestfriend lah Encik Zuhair." Tawa kecik Ily cuba ditahan supaya tidak didengari Zuhair. Zuhair menghela nafas lega. Kasihan lelaki itu.

"Tak apa lah. 'BF' awak tu mesti tidur lagi kan? Jom keluar sarapan dengan saya. Nanti kita belikan dia punya sarapan sekali." Sengaja Zuhair menekankan perkataan BF itu. Ily melihat sekeliling rumah memastikan tiada CCTV atau orang sedang mengintai. Macam mana. Zuhair tahu Rin masih tidur?

"Zuhair, macam mana awak tahu Rin tengah tidur?" Seram sejuk suara Ily bertanya. Terasa meremang bulu romanya bila mengenangkan pergerakkannya di rumah itu diperhatikan oleh orang lain.

"Kalau tak, mesti awak tak minum teh je kan untuk sarapan? Dah-dah. Cepat siap, saya dah tunggu kat bawah ni. Pakai sport shoes. Saya dah ade kat depan asrama awak." My poor baby bunnies! Cepatnya dia sampai. Ke, daripada tadi dia memang ade kat bawah? Talian dimatikan sebelum Ily sempat menolak pelawaan Zuhair. Nombor Zuhair cuba di dail, namun Zuhair tidak menjawab pangilannya.

Nak tak nak Ily terpaksa jugalah turun untuk menolak atau pergi bersarapan bersama Zuhair. Ily turun dan terus menapak ke arah kereta Audi kepunyaan Zuhair. Zuhair seperti biasa turun daripada tempat pemandu untuk membuka pintu untuk Ily. Zuhair melihat Ily daripada atas ke bawah.

"Lah, kenapa tak pakai sport shoes? Tanya Zuhair. 'Ni mesti kes tak nak pergi lah ni' bisik hati Zuhair. Zuhair melipat tangan di dada, menunggu penjelasan Ily. Kali ini pandangan Ily jatuh ke tanah hitam itu. Tekunnya Ily melihat jalan raya itu seperti itulah benda paling menarik sekali untuk dilihat pada ketika itu.

" Saya tak nak pergi" perlahan suara Ily hampir tidak kedengaran. Zuhair selamba beralih ke boot kereta Audinya dan mengeluarkan sepasang kasut sukan wanita bewarna kelabu.

"Try these. It belongs to my sister. Maybe it will suit you." Ily hanya memandang kasut di tangan Zuhair dengan berat hati. Melihat perlakuan Ily itu, Zuhair terus mengugut,

"If you are not wearing this in the next minute, I will do it for you." Terbeliak mata Ily. Terus tangannya mencapai kasut itu dan memakainya. Elok pula muat dengan saiz kakinya. Ily melihat wajah Zuhair yang kelihatan puas. Kacak Zuhair pagi ini. Dengan baju t-shirt lengan pendek bewarna hitam biru laut melekat di badan dikenakan dengan seluar three quarter hitam dan kasut sukan bewarna hitam.

"Kenapa kena pakai spirt shoes?" Tanya Ily pelik. Kalau nak sarapan, buat apa nak bersiap seperti nak pergi bersenam? Bersenam? Oh bunny.

"Yes, exactly as you think it is" jawab Zuhair seperti tahu apa difikirkan Ily sekarang.

"Lets go" ucap Zuhair pendek.

"Tapi saya kena naik dulu. Amik purse and my phone."

"Tak payah. Bukan awak yang drive." Balas Zuhair tepat dan tangkas. Ily menghembuskan nafas berat. Dia sudah kalah percaturan dengan Zuhair pada pagi ini. Kakinya melangkah masuk ke dalam perut kereta. Wangi bau kereta itu. Seperti bau Zuhair. 'Wanginya, boleh tertidur macam ni'.

Zuhair menghidupkan enjin dan kereta itu meluncur di atas jalan raya. Ily tidak tahu ke mana arah tujuan mereka. Zuhair menurunkan tingkap. Katanya ingin menghirup udara segar pagi itu. Tidak banyak kenderaan di atas jalan raya. Maklumlah, hari minggu. Semua orang masih tidur nyenyak di atas katil. Ily dan Zuhair tidak bersuara. Masing-masing melayan perasaan bersama udara yang nyaman.

Setelah 15 minit perjalanan, Zuhair memakir kereta di tepi sebuah tasik. Disekeliling tasik itu terdapat banyak pokok-pokok dan kerusi-kerusi untuk bersantai. Ily mengikut Zuhair keluar daripada kereta.

"Kita jog dulu baru breakfast okay?" Tanya Zuhair. Ily hanya menganguk. Zuhair sudah mula warm up untuk memulakan aktiviti riadahnya pada pagi itu. Ily sebenarnya tidak suka bersenam. Dia memang bukan seorang yang aktif sejak dulu lagi. Tapi memandangkan Zuhair seperti tidak mengerti, terpaksalah Ily mengikutkan sahaja ajakan Zuhair. Malu lah kalau Ily sendiri mengaku yang dia malas hendak berjogging.

Zuhair sudah memulakan langkah, berjogging mengelilingi tasik. Ily hanya mengikut dari belakang Zuhair. Langkah Ily pendek dan perlahan. Tidak sampai 10 minit berjogging, Ily sudah tercungap-cungap. Nama Zuhair cuba dipanggil, namun lelaki itu sudah menyumbatkan telinganya dengan lagu-lagu sejak awal lagi. Akhirnya, ily hanya membiarkan Zuhair berjogging seorang diri. Dilihat kawasan sekeliling tasik itu sambil cuba menenangkan nafas yang berombak tadi.

'Mak aih, besarnya tasik ni. Aku dah jogging lama pun macam tak sampai suku tasik ni aku pusing. Pusing balik lah macam ni.' Kaki Ily di atur pulang ke kawasan berhampiran dengan kawasan pakir kereta Zuhair. Ily menikmati keindahan alam yang diciptakan oleh Allah SWT yang Maha Agung.

Kelihatan Zuhair sedang berjogging di seberang tasik. Mukanya bersahaja, seperti tidak ada masalah dalam hidupnya. Asyik sangat berjogging sampai Ily diseberang tasik ini pun tidak ditoleh. Zuhair kelihatan tampan walaupun daripada jauh. Nafas Zuhair laju namun kelajuan pergerakkan kakinya masih tetap sama seperti permulaan jogging. Pasti Zuhair kerap berjogging. Tiba-tiba Ily teringat pertama kali dia berjumpa dengan Zuhair.

………………..
Ketika itu Ily sedang mengemas buku di perpustakaan. Ily kerap mengambil kerja-kerja di perpustakaan untuk menambah duit poket. Walaupun tidak banyak, namun mudah untuk Ily memandangkan dia tidak memerlukan kenderaan. Dari situ jugalah Ily berkenalan dengan Abang Hairul. Abang Hairul banyak mengajarnya tentang selok-belok di perpustakaan itu. Abang Hairul sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang sangat comel. Kadang-kadang dia akan membawa anak-anaknya ke perpustakaan selepas sesi persekolahan mereka.

Ada suatu hari dimana Ily sedang menyusun buku-buku di rak. Tiba-tiba ada seseorang menegur. Orang itu membelakangkan cahaya matahari yang menyilaukan daripada tingkap berdekatan dengan mereka. Wajahnya tidak jelas di mata Ily namun bau perfume yang wangi tidak dapat dilupakan oleh Ily sehingga sekarang. Orang itu adalah Zuhair. Zuhair bertanyakan tentang buku business yang hendak dibacanya. Ily membawa jejaka tersebut ke rak sebelah dan menunjukkan seksyen buku untuk business. Tergamam Ily apabila wajah kacak Zuhair terpampang dihadapan matanya. Anak mata mereka bertembung dan Ily cepat-cepat melarikan pandangan dan meminta diri. Ucapan terima kasih daripada Zuhair kedengaran dan suara Zuhair sahaja telah mencairkan hati Ily.

Ily kembali menyambung kerjanya menyusun buku-buku. Kebetulan ada kawasan kosong di antara rak-rak buku itu membolehkan Ily melihat Zuhair yang sedang tekun membelek ddan membaca bukunya. Lama Ily menenung Zuhair tanpa disedari oleh tuan punya badan . Zuhair pula seperti tidak berganjak daripada lokasi itu. Jika ada buku yang lain hendak dibelek, pasti kawasan tempat yang kosong itu jugalah menjadi tempat dia berdiri.

Kemudian, Ily seperti tersedar akan tingkahnya yang kurang sopan itu, terus buku-buku ditroli disusun dibahagian kosong itu. Kebetulan, Zuhair memerhatikan perlakuan Ily yang sedang menyusun buku itu dan sekali lagi mereka bertentangan mata. Zuhair hanya merenung dan Ily melemparkan senyuman mesra dan terus menutupi kawasan itu dengan buku. 'Jangan mengharap perkara yang tidak pasti Ily, nanti patah diri dan hati.'

Ily sedang leka menyusun buku di rak yang lebih tinggi menggunakan tangga. Setelah siap, Ily turun dan terlanggar seseorang.

"Sorry" ucap Ily. Kemudian badan seperti tembok itu tidak bergerak. Ily toleh kebelakang dan terkejut melihat Zuhair. 'MasyaAllah. Tak balik lagi ke?'

"Its okay. Saya nak tanya, buku ni ada kat mana ya?" Ditunjukkan nama buku yang kedua teratas berada dalam senarai buku yang diperlukan. Ily terus menuju ke rak buku itu. Diambil dan diserahkan kepada Zuhair. Zuhair sekali lagi membelek buku itu dan kali ini Ily mengambil kesempatan sepenuhnya melihat wajah kacak itu. The strong jaw, the nicely comb hair and the pink lips tanda lelaki ini tidak merokok. Kemudian Ily meminta diri untuk beredar.

"Nanti dulu. Tolong saya carikan buku-buku dalam senarai ni boleh?" Kata Zuhair sambil menyerahkan senarai tadi. Ily teragak-agak hendak mengambil senarai itu kerana Rin sudah pesan untuk pulang awal pada hari ini. Tak akan nak cakap tak boleh tolong. Macam rude lah pula. Terpaksalah Ily menaiki bas dan pulang. Telefon bimbit dikeluarkan dan mesej diberikan kepada Rin.

Sesudah itu, fokus Ily kembali kepada senarai buku dihadapan. Banyak buku-buku yang tersenarai. Mahu tak cukup tangan hendak pikul buku-buku ni. Nasib baik kerja-kerja Ily sudah siap, bolehlah Ily nak tolong carikan buku-buku untuk Zuhair.

Selepas selesai mencari semua buku, Ily tolong membawa buku-buku itu ke kaunter untuk peminjaman. Ily mengumpul kudrat untuk bertanya,

"Tadi awak tunggu saya siap buat kerja ke? Kenapa tak tanya librarian lain? Tak payah tunggu saya."

"Librarian lain tak nak layan saya. Nama saya Zuhair." Hmmm, sedapnya nama.

"Saya Ilya. Saya minta diri dululah. Takut tertinggal bas. Assalamualaikum." Lembut Ily berkata dan langakah terus diatur berlalu pergi.

"Awak nak saya tolong hantar balik?" Pelawa Zuhair. Ily hanya melihat anak mata Zuhair. Nampak ikhlas, namun dalam hati tiada siapa yang tahu.

"Tak apalah. Saya naik bas je." Tolak Ily lembut. Langkah diatur untuk mengemaskan beg. Ily ternampak Abang Hairul yang sedang sibuk bermain game dalam telefon bimbitnya.

"Amboi, Abang Hairul. Busy nampak?" Ily menyindir Hairul yang terlalu tekun bermain.

"Haah, busy. Ily dah nak balik ke?" Mata Hairul masih di telefon. Tidak hirau dengan sindiran Ily.

"Balik lah Abang Hairul. Dah lewat ni. Nanti Abang Hairul kunci library tau. Jangan tidur kat sini pulak. Bye." Sindir Ily lagi dan terus melarikan diri sebelum Hairul dapat membalas. Kedengaran Hairul membalas dengan okay. Kalau Hairul tidak sibuk, kenapa Zuhair tidak minta tolong sahaja daripada Hairul. Ily hanya biarkan persoalan itu berlalu. Ada bas perlu dikejar.

…………….

"Amboi, bestnya dia termenung. Penat kita berjogging, dia sedap duduk sini ya?" Suaraal Zuhair menyedarkan Ily daripada lamunannya. Ily melihat wajah Zuhair yang basah dengan peluh sendiri. Ily menyerahkan botol air dan kain yang memang dipegangnya sejak dari tadi kepada Zuhair. Tidak sangka wajah sekacak ini mahu berkawan dengan Ily yang biasa-biasa sahaja.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Zuhair tercungap-cungap. Ily hanya mengeleng-gelengkan kepala. Jika dia tanyakan tentang perjumpaan mereka di perpustakaan itu, pasti Zuhair tidak ingat. Tak apa lah. Biar Ily sahaja yang ingat.

"Dah berapa lama awak duduk kat sini?" Zuhair melabuhkan punggung disebelah Ily.

"Lama jugaklah. Awak lambat sangat, saya tinggalkan je lah awak tadi." Kata Ily selamba. Zuhair disebelah tergelak melihat telatah Ily.

"Oh, really? But I have never seen you passed me?" Balas Zuhair tidak mahu kalah.

"Ohh, I can fly, don't you know" kata Ily lagi sambil mengangkat-angkat keningnya. Tanda berlagak. Zuhair hanya tergelak dengan hati yang senang.

"I can't win over you, can I?" Kata Zuhair lagi dengan berbaki dengan tawa.

"Oh trust me mister, if you can't win over me, I will not be here right this moment." Kata Ily lagi. Zuhair ketawa lagi mengingatkan paksaannya kepada Ily sebentar tadi. Ily menghulurkan tangannya untuk mengambil balik kain yang sudah basah dengab peluh Zuhair itu. Kening Zuhair berkerut tidak percaya dan kepala digeleng-geleng. Tidak faham dengan perangai Ily. Tidak geli ke dengan bau dan rasa peluh yang busuk dan melekit?

Zuhair membiarkan huluran tangan Ily tidak bersambut dan terys mengangkat punggung menuju ke arah kereta. Kain disidai di atas kereta dan sebuah bakul dikeluarkan. Bakul kayu itu membawanya ke arah Ily. Wajah Ily jelas kelihatan teruja melihat Zuhair membentang kain untuk mereka duduk. Ily menolong Zuhair menghidang makanan sarapan mereka. Banyak makanan yang dibawa Zuhair, sandwich, fruits, nasi goreng dan jus mangga. Semuanya kelihatan menyelerakan.

"Awak buat ke semua ni?" Tanya Ily teruja. Nasi goreng masih panas. Pasti baru masak pagi tadi.

"Well, you can say that. Or you can say I ask bibik tu do it on my behalf" ujar Zuhair dengan senyuman yang menampakkan giginya yang putih. Ily hanya tersenyum.

"How many girl have you use this kind of method? Is it working everytime?" Zuhair memandang Ily seolah-olah tidak percaya kata-kata itu keluar daripada mulut gadis itu.

"Flowers? Many times. But breakfast and jog with me? This is my first. I hope you enjoy yourself." Zuhair sambung untuk makan.

"I enjoy your first time with me." Ujar Ily. Cuba memujuk balik Zuhair. "Really enjoying it" sambung Ily perlahan, lebih kepada menyatakan isi hati yang tulus. Namun sempat ditangkap oleh telinga tajam Zuhair. Senyuman dilebarkan. Mereka berbual kecil sambil menikmati pemandangan yang indah. Mereka menikmatikan kehadiran masing-masing. Senang berbual seperti mereka memahami peribadi masing-masing. Seperti sudah lama berkenalan.

Mereka mengemas bakul sarapan mereka dan Zuhair menyerahkan bakul tersebut kepada Ily. Zuhair suruh Ily memberikan lebihan makanan itu kepada Rin. Mereka beredar pulang ke asrama. Hati mereka senang. Zuhair menurunkan Ily dan mengakhiri masa mereka dengan terima kasih dan betapa dia menikmati masa mereka bersama.

"I hope to entertain you next time." Ujar Zuhair. Kemudian kereta itu meluncur pergi. Meninggalkan Ily dikayangan.

Ily melangkah masuk ke rumahnya sambil bernyanyi kecil. Rin yang sedang menonton television berpaling.

"Ily pergi mana tadi? Rin nak call tapi Ily punya phone ada atas katil. Risau Rin" kata Rin sambil berkerut. Ilu meletakkan bakul tadi di atas meja dan dihidangkan makanan di atas pinggan untuk Rin. Rin hanya menerima pinggan yang diserahkan oleh Ily.

"Mana dapat makanan ni?" Tanya Rin lagi. Ily hanya tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Kalau Ily cakap, Rin jangan marah okay." Rin hanya memandang Ily dengan penuh pertanyaan.

"Ily keluar dengan Zuhair tadi. Zuhair ajak pergi jog dengan breakfast."

Rin terus terdiam. Berhenti daripada mengunyah. Wajah Ily dipandang lama.

"Zuhair tu okay ke Rin? You know what people call him. Rin tak nak Ily kena main dengan dia jugak." Rin menyatakan kerisauannya.

"I know. I know! Orang panggil dia 'A man without a girl in his arm'. Tapi kitorang kawan je. Zuhair nampak senang untuk berkawan. Dia tak minta lebih dan Ily pun cakap Ily nak kawan je dengan dia. Senang nak berkawan dengan Zuhair sebenarnya." Jelas Ily panjang. Rin memegang tangan Ily.

"I trust you Ily. But i don't trust him. Tapi kalau Ily nak cerita apa-apa, bagitahu Rin okay." Tangan Rin memegang tangan Ily kejap. Memberitahu bahawa dia sentiasa ada disamping Ily. Susah atau senang.

"Terima kasih Rin. I really hope, that you can be my sister. Tapi abang-abang Rin semua dah kahwin." Seloroh Ily sambil memeluk Rin. Mereka tergelak dan sambung menonton television bersama.

…………………….

Author's note

Hello!! Saya minta maaf sebab lambat update. Banyak alasan saya boleh bagi, tapi tak perlu nak tulis kot.

Hope you guyz enjoy the updates.

Love,

-----peony------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience