Chapter 14 - Kamar Hati Zuhair

Romance Series 10064

Hari sedang hujan. Detik titik jatuh ke bumi membawa satu harapan pada tanah yang luas terbentang. Tanah yang dahagakan nikmat air. Memohon kepada Allah SWT agar menurunkan rahmatnya daripada langit.

Benar, langit dan bumi berjauhan. Berjuta-juta tahun cahaya jauhnya. Namun tanah dan awan hanya berjiran. Mereka bersahabat baik. Sentiasa membantu satu sama lain. Jika mereka bersusah bersama, jika mereka senang juga bersama. Tatkala mereka sedih, banjirlah bumi dengan air mata mereka.

Ily termenung melihat ribuan titisan hujan yang menghempas bumi. Daripada tadi mereka berdua tidak bersuara. Masing-masing berada di dalam alam sendiri. Berbisik dengan hati sendiri.

Hati Ily terusik sebenarnya. Mengapa Zuhair perlu runsing dan emosi apabila dia tahu kepulangan bekas kekasihnya. Jika tiada apa-apa, tinggalkan sahajalah. Biarkan ianya menjadi bekas sejarah hitam. Tidak perlulah bawa lagi bekas itu merata-rata. Hati cemburu Ily berteriak kuat menandakan tidak puas hatinya.

Sudah lah itu, si Zuhair ini pula tunjuk emosi dekat aku. Zuhair memasukkan gear parking dan keluar daripada kereta. Ily menggelamun sehingga tidak perasan mereka sudah sampai di rumah agam. Zuhair kerap menegurnya bahawa rumah milik keluarganya bukan istana. Namun hanya sebuah rumah yang besar daripada biasa. Jadi Ily telah menggambil keputusan untuk memanggil rumah itu sebagai rumah agam. Tiada bantahan daripada Zuhair selepas itu.

Seperti biasa, Mummy Zuhair menyambut Ily dengan tangan yang terbuka. Ditariknya tangan Ily menuju terus ke dapur. Zuhair hanya menghelakan nafas apabila ditinggalkan seorang diri di muka pintu. Terletus tawa kecil daripada bibir Ily melihat aksi Zuhair.

"Kenapa Ily ketawa? Apa yang lucu?" tanya Mummy sambil lincah tangannya menuang kopi kedalam cawan. Sarah menghulurkan tangan bersalam dengannya dan berpelukan seketika.

"Kesian dekat Zuhair kena tinggal dekat depan pintu." tawa Ily kecil. Tangannya menepuk-nepuk bangku disebelah mengajak Zuhair duduk bersamanya, menikmati juadah minum petang. Zuhair sudah muncung sedepa. Mummy hanya buat tidak tahu dengan tingkah Zuhair. Ily terus bangkit mencapai cawan dan piring di kabinet dapur dan dituangkan Zuhair air kopi. Zuhair tersenyum manis dengan kenyitan mata nakal. Ily hanya tersipu malu mengalihkan pandangan menghadap laman yang masih dibasahi hujan. Angin sejuk menyapa namun tidak dapat menyejukkan wajah yang hangat.

"Mummy ni langsung tak pedulikan Zuhair sejak Ily masuk dalam family ini." Rungut Zuhair seperti budak kecil.

"Alah, Mummy ni dah dekat 20 tahun kebih jaga Zuhair tau. Layan aje bontot Zuhair. Biarlah Mummy nak berehat. Lagipun kan Ily dah nak jaga Zuhair. Tak perlulah lagi Mummy ambil port." balas Mummy bersahaja. Sarah di sebelah Mummy hanya menggangguk membetulkan kata-kata Mummynya.

"Since kita dah masuk tajuk menjaga Zuhair, Zuhair ada permintaan sedikit boleh?" Zuhair memandang Ily. "I hope you will agree" Ily tertanya-tanya sebab Zuhair membawanya ke sini.

"Zuhair nak cepatkan majlis nikah kami." terdiam semua orang di dalam dapur itu.

"Lah, kenapa pula?" tanya Mummy perlahan.

"Anak lelaki awak tu dah tak boleh sabar lah tu." Merah padam muka Zuhair mendengar Papanya menyampuk. Ily tidak keruan mahu menyorokkan wajahnya.

"Eh Papa. Zuhair tak perasan Papa dah balik." Zuhair menggaru kepala yang tidak gatal.

"Mana nak perasan. Sibuk sangat berbincang di dalam dapur ni. Papa bagi salam pun tak ada orang jawab." Mummy sudah bangkit menyiapkan minuman untuk Papa.

"Kamu sudah bincang perkara ini dengan Ily?" Zuhair menggeleng-geleng. Semua mata di kalihkan ke arah wajah Ily.

"Ily macam mana?" tegur Papa lembut. Wajah yang sudah ditelan usia itu masih gigih bekerja. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, baru sampai ke rumah.

"Emm, kenapa tiba-tiba sangat?" tanya Ily perlahan. Tidak mahu mengecilkan hati Zuhair.

"Betullah Zuhair. Kenapa tiba-tiba sangat?" Mummy menyokong persoalan Ily. Sarah hanya mengangkat kening. Zuhair mencantumkan kedua belah tangannya. Matanya memandang kedua orang tuanya.

"Zuhair rasa tempoh lagi sebulan lebih sesuai daripada tempoh asal iaitu 6 bulan akan datang. Sebab Zuhair akan tamat degree dan bercuti dalam tempoh itu. Ily pula akan bercuti sebelum masuk tahun akhir. Zuhair rasa tidak salah kalau kita cepatkan dan selesaikan semua pening kepala majlis sebelum tahun akhir Ily bermula." jawab Zuhair jelas. Kembang hati Ily dengan pertuturan Zuhair. Lembut dalam tegas. Dia mahu menyatakan keputusannya namun dalam masa yang sama memujuk agar pihak lawan termakan dengan pujukannya.

Papa sekadar menghirup kopi. Tersenyum lebar. Wajah Ily kembali dipandang. Penerangan Zuhair tidak pernah mengecewakannya. Anak itu bijak dalam menyusun kata-kata. Tidak disangkal kelebihan itu daripada Zuhair. Zuhair akan menjadi pewaris yang berjaya dalam legasi bisness keluarganya. Kejayaan Zuhair bakal melebihi dirinya sendiri.

"Ily macam mana?" Papa masih dengan soalan yang sama. Senang sahaja kata-katanya. Tidak mendesak. Ily tidak senang duduk dengan permintaan Zuhair. Bukan dia tidak setuju dengan idea Zuhair, namun dia takut hendak menempuhi alam perkahwinan dalam tempoh yang terlalu pendek. Dia masih belum bersedia!

"Sayang, saya akan ajar awak semuanya untuk pass your final year. Don't worry. I will not distract you from your studies." pujuk Zuhair lagi. Teringat kata-kata Zuhair di dalam kereta sebentar tadi. Ily tahu asbab sebenar Zuhaur mahu mempercepatkan perkahwinan ini. Sebal wajah Ily.

"Iye lah tu awak tak mengacau Ily! Mana ada suami tak kacau isteri. Itu semua satu pembohongan!" bidas Mama tiba-tiba. Papa disebelah sudah ketawa berdekah-dekah. Sarah sudah angkat punggung meninggalkan tempat itu. Tajuk perbualan yang tidam mahu didengarnya.

"Awak ni, biarlah mereka nak kahwin cepat. Nak bina masjid cepat. Dapat anak cepat. Senangkan perkara baik-baik ini." sokong Papa dengan ketawa masih berbaki.

"Betul, tapi saya risau Zuhair macam awak! Nanti buatnya Ily mengandung waktu tahun akhir macam mana?" Mummy Zuhair berkata tidak bertapis langsung. Mahu sahaja Ily lari masuk bilik sekarang juga. Kerang busuk disebelahnya pula tidak berhenti-henti membusukkan diri.

"Oohh, awak bercakap berdasarkan pengalaman ye?" usik Papa lagi. Kali ini pecah pula ketawa Zuhair melihat Mummynya mencubit lengan Papanya. Zuhair dan Papa memberikan high five dan sambung ketawa. Mummy sudah terbakar. Ily pula sudah menikus tidak mahu masuk campur.

"Ily macam mana dear? Setuju!? " tegur Mummy lembut . Penuh dengan prihatin dalam getaran suaranya. Ily tidak betah duduk. Keputusannya sangat dicemburui oleh masa. Dicemburui oleh Zuhair.

"Boleh tak kalau bagi Ily masa sedikit sampai solat Isyak untuk buat keputusan?" Mummy hanya tersenyum lebar. Tangan Ily digenggam erat memberikan kekuatan. Mereka semua mengangguk kepala bersetuju dengan keputusan Ily.

Ily bangun dan meminta diri untuk pulang ke bilik yang sudah menjadi kebiasaannya tempat mengginapnya di runah agam itu. Dia perlu membersihkan diri dengan mandi dan berwuduk, membersihkan hati dengan bersolat dan membersihkan fikirannya agar dia dapat membuat keputusan dengan betul.

Belum sampai 2 tapak Ily keluar daripada kawasan dapur, Ily terdengar Papa berkata;

"Pengantin perempuan lari sebab malu lah tu. Macam awak muda-muda dulu!" kuat kedengaran tawa anak beranak itu melerus membingitkan hari hujan itu. Ily yang tidak tahan mendengar terus berlari ke bilik. Suara jeritan Papa adalah bunyi terakhir yang didengarnya sebelum pintu kamar ditutup.

{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}

Tenang. Sunyi. Walaupun hanya di tingkat dua, tiada nyamuk yang mengacau ketenteraman di hati Ily. Bidai dan tingkap terbuka luas menyambungkan anjung dan bahagian utama bilik. Angin sejuk membuai lembut. Hujan ganas sebentar tadi sudah mula reda. Mula lembut dan tenang selepas lama mengganas. Seperti hati Ily yang sudah tenang selepas lama bercelaru beberapa hari lepas.

Selesai solat maghrib, Ily mencapai selendang disangkut pada kerusi dan dililit di atas kepala. Kaki melangkah ke arah anjung. Menghadap langit yang mendung. Tiada bulan kelihatan dilindung awan.

Sarah menjemputnya untuk makan malam. Namun Ily menolak lembut. Walaupun seharian tidak menjamah jamuan yang lengkap, namun persoalan di kepala menghilangkan segala kelaparan di perut.

Apakah keputusan Ily? Aturan perancangan Zuhair sangat sempurna. Tepat pada masa dan memudahkan segalanya. Namun Zuhair tidak memasukkan perasaan dan hati Ily dalam perancangannya. Tiada yang sempurna dalam semua perkara.

Bukan Ily tidak mahu. Malah Ily rasa sangat bertuah mempunyai seorang jejaka yang lengkap serba-serbi melamarnya dalam masa yang sangat singkat. Walaupun alam perkahwinan sering di gambarkan bahagia dan seronok, namun Ily tahu keperitan disebaliknya. Cabaran yang mendatang. Dia sendiri adalah hasil daripada cabaran yang amat perit. Mampukah Ily untuk mengharungi segalanya agar sejarahnya tidak berulang kembali. Benar, apa yang dilaluinya sekarang tidak sama seperti apa yang berlaku suatu ketika dahulu. Namun pelbagai perkara boleh terjadi.

Adakah mengahwini Zuhair dalam masa terdekat ini akan membongkarkan segala perkara? Sediakah Ily untuk memberitahu tentang rahsianya. Zuhair sudah berjanji bahawa tiada rahsia antara mereka. Tapi Ily masih belum bersedia hendak memberitahu segalanya pada Zuhair. Apatah lagi selepas pergaduhan mereka tempoh hari. Apakah riaksi Zuhair jika dia tahu tentang status Ily? Dapatkah dia menerima Ily seadanya?

Ketukan dipintu mengejutkan Ily. Ily membetulkan selendang di kepala dan menuju ke arah pintu. Wajah Zuhair muncul disebalik daun pintu. Wajah itu kelihatan sedih. 'Adakah Zuhair risau dengan keputusan yang akan dibuatnya?' bisik hati Ily.

"Kenapa Zuhair?" Ily bertanya lembut. Tidak mahu nadanya seperti menghalau Zuhair. Zuhair menggosok belakang leher uang tidak gatal.

"Saya tak nampak sayang di meja makan tadi. Sayang tak lapar ke?" Ily sekadar menggeleng dan berdiam. Pasti banyak lagi perkara yang hendak dibincangkan oleh Zuhair daripada sekadar bertanya tentang isi perutnya.

"Saya naka cakap sikit boleh? Kita berbual kat sana?" Ily mengangguk. Tangan menuyup daun pintu dan mengikuti jejak langkah Zuhair. Zuhair bersandar pada pagar besi di anjung koridor itu. Badan sasa jejaka itu kelihatan seperti biasa namun Ily dapat mengesan seperti gaya jalan dan posisinya keras. Seperti tidak selesa. Serba serbi tidak kena.

"Awak nampak resah. Confused. All over in your head Zuhair." tegur Ily bersahaja dan lembut. Zuhair mengalihkan pandangannya ke arah Ily. Pandanggannya seperti penuh persoalan.

"Sayang dah habis fikir?" tanya Zuhair perlahan. Seperti takut-takut pun ada. Ily hanya mengangguk selamba. Tiada senyuman, tiada riak sedih atau wajah yang masam. Zuhair keliru. Tidak dapat menduga keputusan yang telah dibuat oleh Ily dan Ily mahu meneruskan dengan aksinya itu.

"Saya nak Sayang tahu yang saya tidak berniat memaksa. Kalau Sayang nak ambil masa lagi untuk fikirkan tentang keputusan Sayang pun tak apa." Zuhair berhenti seketika memikirkan kata-kata seterusnya. Jarang Zuhair begini. Dia selalu yakin dengan kata-katanya. Ily tersenyum di dalam hati. Gembira kerana dialah punca kelakuan Zuhair sebegitu.

"Tapi saya nak Sayang tahu. Saya akan mula bekerja dalam tempoh 3 bulan selepas saya habis belajar. Saya akan bekerja dengan Papa and I am going to work hard to take over the company. The main reason I will be working so hard, adalah disebabkan awak Ily. Saya mahukan kehidupan saya dan awak mudah. Kita dan bakal anak-anak kita hidup senang. Jadi saya mahu awak fikirkan, dalam masa 3 bulan sebelum saya bekerja, saya mahu luangkan sepenuh masa saya dengan awak sahaja. My whole time with you will not be disturbed by any others. Sayang faham?" panjang lebar Zuhair bercakap. Matanya Zuhair memandang Ily kuyu. Ily tahu Zuhair tidak menyampaikan pandangannya. Zuhair sedang meluahlan isi hatinya.

Ily tersenyum panjang memandang Zuhair. Senyuman paling manis yang boleh diberikan untuk memberikan jantung Zuhair bekerja lebih tenaga. Zuhair hanya terpana. Kemudian digelengkan kepala. Ily tergelak kecil melihat aksi Zuhair yang seolah sedar diri tidak patut termenung melihat wajah Ily sebegitu.

"Awak tak boleh buat saya macam ni Sayang." Zuhair sudah beristighfar banyak dan mengalihkan pandangan ke hadapan. Ily sambung gelak walaupun isi penutnya sudah memanas. Mereka perlu beredar daripada tempat ini sebelum perkara yang tidak elok berlaku. Detik hati Ily.

"Boleh saya tahu keputusan Sayang?" sambung Zuhair. Itu sebenarnya tujuan perbualan ini. Ily menggelengkan kepala perlahan.

"Saya janji selepas solat Isyak. Jadi selepas solat Isyak nanti saya akan umumkan pada semua." jelas Ily. Zuhair seperti tidak sabar benar mahukan jawapan itu waktu ktu juga. Sepertinya Zuhair dapat menelah bahawa Ily sudah mempunya kata putus dalam persoalan itu. Akhirnya Zuhair mengeluh panjang, menerima kekalahan.

Sayup kedengaran azan solat fardhu Isyak. Zuhair mengajak Ily berjemaah. Ily hanya menggangguk dan beredar mengambil telekung di biliknya. Belum sempat kakinya melangkah ke bilik surau di bahagian bawah rumah agam itu, Zuhair sudah memanggilnya untuk masuk ke biliknya. Terbuntang mata Ily mendengar ajakan tidak masuk akal Zuhair. Kencang degupan jantung Ily. Salahkah pilihannya memilih Zuhair sebagai peneman hidup?

Belum sempat fikiran Ily melayang jauh, Zuhair sudah masuk ke biliknya dan memberi iqamat. Ily menjenguk ke dalam bilik yang hanya mempunyai 2 helai sejadah yang dibentang. Ily teragak-agak hendak memasuki bilik Zuhair. Bilik larangan untuk Ily buat seketika ini.

"Temankan saya solat Isyak Sayang." jelas permintaan Zuhair. Badan dikalih sedikit menghadap Ily apabila melihat Ily masih terpacak di hadapan muka pintu.

"Percayakan saya. Saya tak akan buat apa-apa untuk mencemari masa depan saya. Saya hanya mahu menjadi imam pada masa depan saya." lunak suara itu menuturkan kata-katanya sehingga Ily terbuai untuk melangkah dan bersedia di bahagian makmum. Bukannya Ily tidak perbah solat berjemaah di imamman oleh Zuhair. Cuma ini adalah kali pertama mereka berjemaah berdua sahaja.

Suara lunak Zuhair mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran. Khusyuk sungguh Ily menghadap Ilahi sehingga tidak sedar salam sudah diberi. Zikir dialunkan. Tangan ditadah menghadap Tuhan yang Maha Esa. Meminta pertolongan dengan penuh kehambaan.

"Ya Allah Ya Tuhan kami. Ampunilah dosa-dosa kami. Dosa kedua ibu-bapa kami. Dosa adik beradik kami. Dosa ahli keluarga kami yang masih hidup atau yang yelah meninggal dunia Ya Allah. Dosa guru-guru kami. Dosa rakan-rakan kami. Dosa kesemua muslimin dan muslimat. Ya Allah, kami bakal mendirikan rumah tangga Ya Allah. Berikanlah kami keberkatan, kerahmatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga kami Ya Allah. Jadikanlah zuriat keturunan kami daripada kalangan anak-anak yang soleh dan solehah Ya Allah. Jadikanlah kami pasangan yang menjadi penyejuk hati antara satu sama lain Ya Allah. Sesungguhnya tiada siapa yanh kami boleh minta pertolongan melainkan daripada-Mu Ya Allah. Daripada-Mu kami datang, dan kepada-Mu jualah kami kembali." panjang lagi doa Zuhair.

Namun doa-doa ini yang menyentuh hati Ily dan akan ditanam dalam hati Ily sehingga ke akhir hayat. Teringat kesangsiannya terhadap Zuhair sebentar tadi dihadapan kamar ini. Hilang terus kesangsian itu. Digantikan pula dengan bibit-bibit doa yang melahirkan rasa cinta yang amat mendalam terhadap pencipta dan seorang hamba yang dihadapannya. Ya, mereka semua adalah hamba kepada pencipta dan pengakuan itu adalah perkara paling penting dalam kehidupan seorang manusia yang berpegang kepada agama.

Doa diakhiri dengan amin. Zuhair meraup mukanya dengan kedua belah tangan dan menggosok matanya. Tangan pula mengelap pada kain pelekat. Zuhair berpusing menghadap Ily. Ada kesan air mata ditubir mata lelaki itu.

Zuhair sekadar menunduk. Wajah Ily tidak direnung. Bibir merah itu merekah. Bertutur perlahan.

"Saya mahu berjemaah dengan awak sebanyak yang mungkin. Bagi saya, solat jemaah sebegini adalah masa yang paling intim saya boleh bersama dengan awak atas permerhatian Allah SWT. Saya harap awak suka." Ily sekadar tersenyum manis dan mengangguk tanda bersetuju.

"Boleh awak beritahu saya jawapan awak? Saya perlu bersedia dengan apa sahaja keadaan sebelum saya menghadap Papa dan Mummy. Saya redha dengan apa sahaja jawapan yang awak berikan." jelas Zuhair lembut. Perlahan sahaja suara itu.

Ily bercadang hendak memberitahu keputusannya serentak pada semua orang. Namun Ily kasihan melihat keadaan Zuhair yang terlalu mengharap. Namun, hati Ily mahu terus mengusik Zuhair.

"Sebelum saya beri jawapan, saya nak minta maaf kalau saya jawapan saya akan mengusik hati awak. Saya tidak bermaksud untuk menolak, tapi awak perlu pertimbangkan hati saya juga. Banyak perkara saya perlu beritahu dan banyak perkara saya perlu pertimbangkan. Saya suka apabila dengar kebahagiaan pasangam pengantin baru berkahwin. Tapi saya takut dengan semua cabaran yang akan saya lalui." jelas wajah Zuhair berubah selepas kata-kata Ily. Harapan yang hancur.

"Apa yang awak takutkan?" nada Zuhair masih berlembut. Masih mahu memujuk.

"Saya takut nanti persepsi awak terhadap saya berubah selepas kita duduk sebumbung. Saya takut hendak mengandung dan bersalin. Saya takut saya tak dapat jaga dan didik anak kita sebaiknya. Saya takut saya tak dapat jaga awak seperti yang awak mahukan. Saya takut.. Saya takut.. Malam pertama kita... " Zuhair seperti mendapat semangat yang hilang kembali selepas mendengar penjelasan Ily.

"Sayang, ketakutan kita adalah perkara yang sama. Tetapi itu adalah cabaran hidup yang kita kena tempuh satu hari nanti. Perkara yang membezakan hanyalah masa. Cepat atau lambat. Saya pun takut Ily. Walaupun saya tidak mengandung dan bersalin, namun saya takut jika apa-apa terjadi pada awak dan saya tidak ada di situ. Tak mampu buat apa-apa untuk menyelamatkan awak. Tapi kita kena percaya dengan kuasa-Nya. Semua masalah akan dimudahkan jika kita percaya dan serahkan segalanya kepada Allah SWT." Bersungguh-sungguh Zuhair berkata untuk meyakinkan Ily.

Ily tidak memerlukan lebih penjelasan daripada Zuhair. Dia sudah membuat keputusannya sejak solat Maghrib tadi. Ily mendekatkan diri pada Zuhair. Dibisikkan di telinga Zuhair.

"Saya terima lamaran express awak kekasihku" Ily bingkas bangun berlari ke bilik sendiri, membiarkan Zuhair terpaku dan membatu di sejadahnya. Zuhair kelihatan tidak dapat bergerak. Tidak dapat memproses ayat-ayat Ily.

Ily masuk ke bilik, membuka telekung dan menyarungkan selendangnya. Ketukan di pintu kedengaran. Kuat dan pantas ketukan itu.

"Ily. Sayang. Buka pintu ini sekejap. Saya tak habis cakap lagi." ujar Zuhair dengan suara mendesak.

"Sekejap lah Zuhair. Saya nak pakai tudung dulu!" balas Ily separuh jerit juga. Tidak tahu bersabar sungguh Zuhair ini. Ketukan terhenti. Selepas selesai bersiap, Ily melangkah keluar. Dia memastikan untuk mengambil lebih masa untuk bersiap. Mahu mencabar tahap kesabaran Zuhair. Daun pintu dibuka. Terpacak badan Zuhair yang tegap, bersilang tangan dan mata yang memandang tepat ke arah Ily. Serius udara disekeliling mereka. Ily cuba meleraikan ketegangan itu dengan senyuman kecil. Namun Zuhair tidak termakan dengan senyumannya.

"Saya tak faham" Ily mengeluh perlahan.

"Saya ingatkan awak dean list boleh faham kata-kata mudah. Nampaknya saya salah." jawab Ily selamba.

"Ilyana Nadhirah. Cepat explain." tegas Zuhair lagi.

"Nak terangkan apa lagi? Saya dah terangkan segalanya dan saya dah beri jawapan saya." jawab Ily mudah.

"Mula-mula awak minta maaf sebab awak menolak 'lamaran express' saya. Lepas itu awak cakap awak terima pula. Saya confuse!" riak wajah Zuhair tidak puas hati.

"Betul lah saya cakap. Saya cakap saya 'tidak bermaksud untuk menolak' di mana maksudnya, saya terimalah lamaran awak. Saya minta maaf sebab mengambil masa awak untuk menjelaskan kebuntuan saya yang telah saya dapat jawapannya sejak solat Maghrib lagi." jawab Ily panjang lebar.

Zuhair menepuk dahi. Ily sekadar tergelak kecil. Berjaya dalam mencelarukan hati Zuhair seketika. Kemudian, Zuhair tergelak kecil dan diakhiri dengan letusan ketawa yang besar. Ily hanya menyambung tawanya senang hati.

"Jadi awak sanggup jadi isteri saya dalam masa sebulan ini?" tanya Zuhair. Ily sekadar mengangguk. Ily perlu berbincang dengan Zuhair tentang rahsianya. Ily sangat berharap Zuhair dapat menerima dirinya seadanya.

"Zuhair, saya nak..."

"Congrats both of you!!" tiba-tiba jeritan daripada ahli keluarga Zuhair mengejutkan mereka. Mereka terlalu asyik dalam dunia mereka tanpa menyedari ada telinga lain yang mendengar perbualan mereka.

"That's my son! Menambat hati si gadis dengan solat jemaah! Totally like your old man!" Papa sudah memeluk Zuhajr erat. Mummy pula memeluk Ily.

"Ily yakin dengan keputusan Ily?" tanya Mummy penuh prihatin. Ily hanya mengangguk. Mummy seperti berpuas hati dengan jawapan Ily. Tiba-tiba perut Ily berbunyi. Semua orang di situ berpaling dan melihat Ily. Sekali lagi letusan ketawa keluarga Zuhair kedengaran. Ily tertunduk malu dan menyembunyikan perut dengan tangannya semampu mungkin.

"Saya sengar ada orang lapar. Jom, saya temankan awak makan malam. Kesian perut tu." ajak Zuhair. Mummy dan Papa sudah mendahului mereka menuju ke dapur.

Zuhair berbisik pada Ily perlahan. Bisikan yang hanya untuk mereka berdua.

"Sayang jangan takut. I promise to be gentle with you on our first night." Senak perut Ily mendengarnya. Langkahnya terhenti. Tidak mahu diteruskan langkahnya di sebelah Zuhair. Dia mahu lari bersembunyi di dalam bilik.

Zuhair sudah berhenti mengusik dan memujuk Ily untuk ke dapur semula. Dendam akibat mengusik Zuhair sebentar tadi sudah terbalas. Mereka masuk ke dapur. Mummy dan Papa sudah bersantai di meja.

"Saya tahu bagaimana hendak pastikan Ridhuan dan Dahlia datang ke sini secepat mungkin." jerit Mummy kecil. Pantas telefon bimbit dicapai dan mendail. Telefon di letakkan di telinga.

"Assalamualaikum Dahlia. Saya ada berita untuk awak. Saya tidak tahu apa yang sudah anak awak lakukan. Sakit telinga saya mendengarnya. Sakit mata saya memandang. Saya sekeluarga sudah ambil keputusan untuk nikahkan Zuhair dan Ily bulan depan. Sebaik sahaja Zuhair habis belajar. Dengan ini, Zuhair dapat mengajar serba-serbi tentang tingkah laku pada Ily. Saya harap Dahlia dan Ridhuan bersetuju dengan cadangan kami dan datang ke rumah kami untuk berbincang." Mummy terus meletakkan ganggang telefon.

Semua yang mendengar tercengang dengan aksi Mummy. Ily seperti mahu menangis. Mengapa perlu menipu sebegitu sekali untuk berbincang. Ily terasa perutnya memulas. Dapat dibayangkan riaksi Ayah dan Mamanya apabila mendengar penjelasan Mummy tadi. Mereka semua hanya perlu menunggu hari esok untuk mengetahui segala jawapan dalam perbincangan ini.

{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}{} {} {} {} {} {} {} {} {} {} {}

-----Author's Note------

Hello!! Terima kasih banyak2 sebab meluangkan masa membaca coretan saya. Saya tidak sempat nak correct any mistakes. I am too tired.

This will be my last writing for a while. I will be busy for a while. But i will make efforts to update when i have time.

Thanx again for reading. This is a long chapter as a treat! Wait for the moment of truth in this novel! It will be epic!

Btw, recently saya ada buka satu blog. This blog just dedicated untuk karya saya. Hope you guyz can chek it out there, more updates will be there! Thanx for reading!

Love,
Peony

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience