Chapter 11 : Penatkah Dia?

Romance Series 10064

-------- ILYANA ----------

Hari-hari mereka dipenuhi dengan pengalaman masing-masing bersama. Kebiasaannya, Zuhair akan menjuemput Ily daripada asrama dan mereka akan ke kampus. Mereka akan pergi ke kelas masing-masing. Makan tengah hari bersama. Sambung kelas petang dan lepak di perpustakaan atau dating di sebelah petang. Kadang kala, jika Ily tidak pulang ke kampong halamannya, Zuhair akan mengajak Ily untuk tidur di rumah keluarganya. Ily selalu akan mengajak Rin sekali dan jika Rin menolak atau pulang ke kampung, Ily tidak akan terima pelawaan Zuhair. Walaupun Zuhair akan sedih, Ily masih menolak dengan lembut dengan pelbagai alasan.

“Morning Sayang!” Zuhair mengucap dengan lembut. Seperti biasa, Zuhair sentiasa kelihatan kemas dan kacak walaupun hanya memakai T-shirt biru gelap dan seluar panjang. Ily melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu, meletakkan begnya di bawah, selaras dengan kaki. Senyuman paling manis diberikan kepada Zuhair dan ucapan selamat pagi dibalas lembut. Zuhair tersenyum lebar.

“Setiap pagi saya bersemangat untuk siap dan jemput awak sebab senyuman awak. Setiap kali awak senyum pada saya, hati saya cair. Apa kebaikan yang saya buat sampai saya dipertemukan dan ditunangkan dengan orang secantik dan sebaik awak sayang?” Tanya Zuhair lembut. Badan dan wajah sudah berpusing sedikit menghadap Ily.

“Sebab awak baik hati nak jemput saya setiap pagi tanpa sebarang sebab.” Jawab Ily lembut tepat pada mata Zuhair.

“Aduhai sayang, jangan selalu-selalu buat saya macam ni. Saya tak boleh tahan setiap panahan mata awak yang penuh dengan rasa kasih awak pada saya.” Zuhair sudah memegang dada kirinya. Mata sudah terpejam. Kepala sudah tersadai di stereng kereta. “Bila kita nak kahwin ni…” bisik Zuhair perlahan, namun masih didengari Ily. Ily hanya tergelak kecil. Dibiarkan Zuhair untuk beberapa ketika untuk pulih daripada layanan perasaan.

“Dear, kita gerak jom. Nanti lambat.” Zuhair sudah terangkat kepala mendengar suara lembut Ily memanggil dirinya. Zuhair tidak berpaling ke arah Ily. Zuhair melepaskan brek dan menukar gear kenderaan. Keretanya terus meluncur laju menuju ke kampus. Perjalanan mereka sunyi, tiada bunyi radio atau suara masing-masing.

Sesudah sampai di kampus, Zuhair cepat-cepat keluar dan beredar daripada kereta tanpa menunggu dan jalan bersama Ily seperti kebiasaanya. Ily sudah terkebil-kebil melihat aksi Zuhair. ‘Eh, dia ni dah kenapa? Aku tak buat apa-apa pun. Tak sempat cakap terima kasih lagi.’ Ily meneruskan langkah perlahan, masih tertanya-tanya dan terasa sedikit sunyi kerana tiada peneman disisi seperti selalu.

Pintu lif berbunyi, langkah dibuka untuk masuk ke dalam lif. Belum sempat pintu lif tertutup, ada seseorang menekan butang lif daripada luar membuka kembali pintu lif. Ily beranjak kebelakang untuk memberi ruang.

“Well hello.” Ucap suara yang Ily paling meluat sekali. Ily hanya mengangkat muka, bertentang mata. Tiada senyuman pun di bibir. Wajah ‘gossip girls’ dilihat satu-persatu.

“Baru beberapa bulan tunang, dah gaduh? Dah lemau? Hahahaaa!” suara mengilai gadis-gadis itu sangat membingitkan telinga Ily. Ily memandang ke indikator lif. ‘cepatlah sampai’.

“Ke, Zuhair dah balik pada girlfriend lama dia?” Ily cuba memekakkan telinga.

“I dengar, girlfriend dia dulu cantik sangat, kalah model.” Hati cuba ditabahkan dan dikukuhkan benteng kesabaran yang sangat tinggi.

“Aku rasalahkan, Zuhair rasa kau tak layaklah untuk dia?” Ily beristighfar berkali-kali.

“Memang tak layaklah, dah dia pergi pungut barang lelong kat tepi jalan, manalah nak sama dengan permata yang berharga. Jauh langit dari bumi lah.” Hati Ily bagai gunung berapi yang meletupkan laharnya. Setinggi langit lava itu pancut ke udara. Mata di kalihkan tepat pada anak mata Hanah, kepala kepada kumpulan banyak mulut itu.

“Apa kena mengena hubungan aku dan Zuhair dengan kau?” Tanya Ily jelas. Tiada sedikit pun getar dalam suara itu.

“Tak adalah, aku kesian tengok kau. Kitakan batch mates. Mestilah aku tak sampai hati nak tengok kawan aku ni merana di kemudian hari. Nanti kau menangis seorang diri kat celah mana entah. Tak ke malu je nama batch kita? Kan korang kan?” balas Hanah sambil meminta sokongan daripada rakan yang lain. Terangguk-angguk burung belatuk di dalam lif itu.

“Aku lagi sedih tengok kau” ujar Ily selamba.

“Lah, dah kenapa kitorang pulak? Kau tu yang tengah dalam masalah sekarang.” Hanah menolak-nolak jari telunjuknya ke bahu Ily. Ily hanya menjeling ke bahagian bahu yang ditolak. Diambil jari Hanah dan ditujukan kembali pada dada Hanah.

“Engkau tu, dah lah tergila-gilakan si Zuhair tu. Lepastu, meroyan sebab Zuhair tolak kau dengan cara bertunang dengan aku. Zuhair dah tunang pun, kau kejar dia lagi. Kau nak sakitkan hati aku pulak, dengan cara, bagitahu aku Zuhair ada perempuan lain. Yang paling bestnya kau nak tahu apa tak?” Tanya Ily sinis? Hanah hanya membalas pandangan Ily. Tidak bersuara, menunggu kata-kata seterusnya keluar daripada bibir Ily.

“Perempuan. Tu. Bukan. Kau!” kata Ily sebutir demi sebutir sambil mencucuk dada Hanah dengan jari Hanah sendiri. Tergamam Hanah dan rakan-rakannya mendengar kata-kata Ily yang tidak sangka keluar daripada mulut gadis itu. Pintu lif terbuka, Ily melangkah keluar dan berpaling ke arah pintu lif, memandang tepat pada wajah Hanah.

“And yet, you have no boyfriend. At least I have someone that love me.” Ujar Ily lembut dengan riak simpati yang tidak ikhlas dan Ily terus beredar menuju ke kelasnya. Fikiran dilapangkan agar otaknya boleh berfungsi untuk menimba ilmu. Malas hendak memikirkan kata-kata … sebentar tadi. Biarlah masalah ini diselesaikan selepas kelas nanti.

………………………………………………………………….

Telefon Ily bergetar. Ily menjeling ke arah skrin telefon bimbitnya. Mesej daripada Zuhair masuk.

Z: Sayang, where are u?

Z: ‘ve been searching everywhere for you.

Z: Saayyaaannngg…

Ily sekadar membaca pesanan itu di senarai notifikasi. Tidak mahu membuka pesanan ringkas itu. Tidak mahu Zuhair tahu dia sedang membaca pesanan itu. Senang untuk Ily memberi alasan jika dia tidak menjawab pangillan Zuhair. Telefon Ily bergetar lama, panggilan daripada Zuhair masuk. Ily tidak ada hati hendak menjawab panggilan itu. Dibiarkan telefonnya bergetar beberapa ketika sebelum ia diam dan bergetar kembali. Ily memandang ke luar.

Pemandangan tasik melepasi kaca bangunan itu tidak memberi ketenangan yang diinginkan oleh Ily. Hatinya mahukan jawapan namun masih tidak bersedia untuk mendengar jawapan yang boleh menyakitkan hatinya. Walaupun dia masih belum pasti jawapan yang akan diterimanya, namun Ily masih tidak bersedia untuk bertemu dengan Zuhair.

Tempat ini sangat sesuai untuk mengelakkan diri daripada Zuhair. Hampir semua tempat yang Ily tahu di kawasan kampus itu sudah diketahui Zuhair. Kecuali tempat ini. Sofa empuk bersama meja kecil dan secawan kopi susu panas daripada stall minuman berdekatan. Lokasi itu berada di atas surau wanita di mana hanya wanita sahaja dibenarkan masuk.

Telefon Ily masih bergetar, Ily hanya memandang. Tangan dikalihkan mencapai telefon bimbit. Mode senyap diaktifkan. Ily memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg galas. Dagu diletakkan di atas tangan yang dilapikkan di atas meja. Jauh Ily termenung, tidak memikirkan apa-apa. Sekadar mahu bersendirian tanpa mahu memikirkan masalah yang sedia ada. Masalah tentang mengapa Zuhair mengapa Zuahair meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan. Apa perasaan Zuhair terhadapnya sekarang? Adakah kasih Zuhair terhadapnya melebihi daripada kasihnya kepada bekas kekasihnya. Semua persoalan terbang entah kemana. Kawasan sekeliling yang tenang, akhirnya dapat membuai jiwa Ily yang bercelaru.

“Cik, cik! Bangun Cik! Kami dah nak tutup dah ni.” Suara gadis yang samar-samar terdengar mengejutkan Ily daripada lamunan. Ily bangun, mengosok mata dan membetulkan tudungnya. Pandangan dikalihkan kearah gadis manis tadi yang mengejutkan lamunannya.

“Cik, dah pukul 6pm dah ni. Cik kena balik sebab kedai kami dah nak tutup. Surau pun dah kunci.” Ujar gadis itu sopan. Ily hanya terangguk-angguk masih belum berada di alam yang nyata. Barang-barang dikumpul dan dimasukkan ke dalam beg sandang dan buku di susun diselitkan diantara dada dan tangan.

“Terima kasih kejutkan saya dan sorry kalau saya ganggu kerja cik.” Ucap Ily dengan senyuman mengantuk dan terus berlalu pergi. Ily seperti terdengar gadis itu memanggilnya namun dia seperti tidak mahu meneruskan perbualan. Ily tidak terasa mahu bercakap. Langkah-langkah besar laju merentas kaki lima surau itu.

Ily melabuhkan punggungnya di tangga surau untuk memakai kasut. Telefon bimbit dikeluarkan untuk menelefon Rin mahu meminta tolong untuk menjemputnya. Waktu sudah lewat begitu tidak akan ada bas daripada kampus ke asrama. Ily terkejut melihat berpuluh panggilan yang tidak dijawab dan beratus pesanan ringkas. Kesemuanya daripada Zuhair dan beberapa daripada Rin. Semuanya lebih kurang sama sahaja topiknya. Dimana keberadaannya atau kata-kata maaf daripada Zuhair. Ily membiarkan sahaja kesemua pesanan ringkas itu tidak berbaca.

Ily berasa sedih dan sunyi. Dia terasa hidupnya selama ini berpusing hanya disekeliling Zuhair. Apabila Zuhair hilang, dia pun hilang arah tujuannya. Selama ini Zuhair yang menceriakan harinya, memenuhi aktiviti sehariannya. Sehinggakan apabila Zuhair tidak ada bersamanya, Ily tidak tahu bagaimana dia mahu balik ke asramanya. Ily menghembuskan keluhan yang berat.

Kaki diangkat berat dan perlahan. Mahu sahaja diseret menuju ke pintu gerbang. Lokasi di mana dia selalu menunggu Zuhair atau Rin untuk menjemputnya. Tangan pantas mendail nombor telefon Rin. Selepas beberapa deringan peti suara muncul mengambil alih tugas komunikasi. Setelah beberapa kali mencuba, Ily putus harapan. Hati teragak-agak mahu menelefon Zuhair. Ily terus membuka aplikasi Grab.

“Sayang?” suara Zuhair mengejutkan Ily. Ily berasa lega dengan kehadiran Zuhair namun dalam masa yang sama dia berasa berat hati mahu bertemu dengan Zuhair. Dia tidak mahu Zuhair berada di situ.

“Sayang, pandang saya.” Zuhair cuba memujuk Ily dengan suara yang lembut, namun Ily dapat rasa ada tekanan dalam suara garau itu. Sudah berapa lama Zuhair berada di sini menunggunya? Sudah berapa jauh Zuhair cuba mencarinya? Sudah penatkah Zuhair?

“Sayang, jom saya hantar awak balik. Dah nak Maghrib ni.” Ujar Zuhair lagi. Masih dengan nada yang sama. Ily berpaling ke belakang. Zuhair sudah berpaling membelakangkan Ily, melangkah ke arah kenderaannya. Ily tidak dapat membayangkan wajah Zuhair. Tidak dapat menganggarkan perasaan Zuhair.  Marahkah dia? Sedihkah dia? Bencikah dia? Atau penatkah Zuhair?

Ily melangkah masuk ke dalam kenderaan. Zuhair tidak berpaling kearahnya. Ily terasa jangal dengan situasi mereka. Kebiasaanya, Zuhair mempunyai banyak kata-kata yang mencuit hati dan menenangkan jiwa Ily. Inikah perasaannya apabila Zuhair sedang marah? Ily mengelamun dengan pelbagai persoalan di dalam kepalanya. Persoalan yang hanya boleh terjawab apabila bibir jejaka di sebelahnya merekah meluahkan jawapan yang dinantikan.

“Kita bincang apa yang berlaku hari ni nanti okay?” Zuhair berkata sambil membuka kunci pintu kereta. Tiada perasan apabila kata-kata itu diluahkan. Mungkin ada sedikit kepenatan di hujung ayat itu. Ily sekadar mengangguk. Belum sempat Ily menutup pintu, Zuhair bertanya,

“May I, at least, know why?” soalan Zuhair mungkin tidak lengkap, namun Ily dapat mengaggak soalan Zuhair adalah berkenaan tingkah laku Ily hari ini. Ily termenung seketika. Memikirkan perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan segalanya.

“Ex-Girlfriend awak.” Jelas riaksi Zuhair terkejut. Namun, Ily terus menutup pintu dan beredar masuk ke bangunan asramanya. Tayar kereta Zuhair bergesel memakan jalan menandakan pacuan beroda empat itu sudah membelah jalan. Membawa bersamanya hati yang penuh keraguan dan persoalan yang memerlukan jawapan yang jelas.

Telefon bimbit Ily bergetar. Pesanan ringkas daripada Zuhair masuk.

Z: We will talk about this soon. Sweet dreams Sayang… I love you.

Kata-kata Zuhair ringkas, namun memberi harapan pada Ily untuk meneruskan hari-hari yang akan datang. Harapan di mana hubungan Ily dan Zuhair lebih kuat daripada apa yang disangkakan oleh Ily.

…………………………………………………………………………………..

---------------------- ZUHAIR ------------------------------

    ‘Aduh, cepatlah sampai. Lembap pula kereta depan ni’. Bisik hati Zuhair. Jantungnya pula buat hal tidak mahu berhenti sejak panahan senyuman Ily tadi. Bagaimana gadis di sebelah ini dapat menghidupkan hatinya di pagi hari dan membuat jantungnya penat berlari bagai orang gila sebaik sahaja mereka bertentang mata.

   

    Kaki Zuhair memijak pedal minyak kuat. Tiada kata yang perlu dikatakan. Dia perlu keluar daripada kenderaan ini secepat mungkin atau menjauhkan dirinya daripada Ily sebelum apa-apa yang tidak dapat dikawalnya berlaku. Ikutkan hati, mahu sahaja dia bawa Ily ke tok kadi sekarang, namun perjanjian harus dituruti.

   

    Sebaik sahaja kenderaannya dipakir, Zuhair terus keluar dan beredar meninggalkan Ily. Dia tidak betah melihat Ily lagi. Hatinya kuat mahu menyentuh tangan Ily. Allah. Kuatnya dugaan perasaan ini. Zuhair mempercepatkan langkah, meninggalkan Ily bersendirian. Kakinya bergerak menuju ke arah kelas tanpa mindanya berfikir ke mana arah tujuannya. ‘Aduh, kuatnya hai cabaran cinta kau Ily’

    “Zuhaaaaaiiiirrr” alunan suara Firdaus membawa Zuhair ke alam yang nyata. Firdaus memeluk bahu Zuhair dari belakang. Zuhair terasa terlebih berat bahunya, dengan berat badan Firdaus dan berat kasihnya terhadap Ily. Serabut fikiran Zuhair.

    “Bro, kenapa ni? Serabut je aku tengok ni.” Tanya Firdaus sambil duduk di atas meja menghadap Zuhair. Zuhair sudah meletakkan beg dan menghempaskan punggungnya di atas kerusi. Tangan di kepala, rambut di serabutkan. Menggambarkan kecelaruan di dalam otaknya.

    “Come on Bruh, talk to me! I am all ears.” Kata Firdaus.

    “Ily. Aku… ughhh!! Aku… aku tak sanggup lah…” Zuhair kehilangan kata-kata. Tidak tahu bagaimana hendak menyusun kata-kata. Dahi Firdaus sudah berkerut seribu. Tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Zuhair.

    “Kau cakap apa ni Zuhair? Kau ada problem ke dengan Ily? Kau nak putus tunang?” Tanya Firdaus berdas-das.

    “Apa benda kau cakap ni? Bukan macam tu. Aku nak cakap, yang aku tak sanggup nak tunggu lagi 3 bulan. Aku tak sabar nak sentuh dia. Aku takut nak duduk dekat dengan dia Fir!” Zuhair sudah meluahkan perasaannya. Firdaus sudah menekup mulutnya. Senyuman lebar meleret-leret timbul di wajah Firdaus.

    “Alamak ai Bro. Kau dah parah ni. Hebat betul Ily ni. Tapi macam ngeri jugak aku tengok kau ni.” Firdaus sudah tergelak-gelak kecil melihat keadaan Zuhair.

    “Aku tahu kau geli and seram tengok aku macam ni. Tapi aku tak boleh nak luahkan pada siapa lagi Fir. Kau je yang aku ada, yang aku boleh share benda-benda macam ni.” Firdaus beralih posisi duduk di sebelah Zuhair. Bahu Zuhair diraih. Ditepuk perlahan.

    “Zuhair. Aku lelaki Zuhair, aku faham apa yang kau rasa. Ini lah dugaan semasa pertunangan. Tapi Zuhair, tak akan kau nak kena elakkan diri daripada Ily selama 3 bulan ni? Takkan kau nak lari daripada masalah ni?” Tanya Firdaus perlahan. Zuhair sudah tergeleng-geleng.

    “Aku bukan nak lari, tapi aku tak tahu macam mana nak bendung perasaan aku bila aku ada dengan dia.” Ucap Zuhair perlahan dan berat.

    “Kau kena ingat Zuhair, perkahwinan ni bukan sebab kita sebagai lelaki nak lepaskan nafsu kita je. Bukan sebagai tiket kita boleh usung tunang kita tu sana-sini. Kita kena kenal banyak lagi side bakal isteri kita tu. Kelebihan dan kekurangan dia, keluarga dia, kawan-kawan dia, cita-cita dan harapan dia. Kita kena terima semua itu dan jadikan sebab kenapa kita nak bersama dengan dia.” Zuhair sudah terangguk-angguk, mendengar setiap nasihat sahabatnya dengan teliti.

    “Kau dah pergi jumpa family dia? Ade kau kenal Mama Ayah dia? Adik beradik dia?” Zuhair sekadar menggeleng.

    “Benda-benda ni semua kau kena buat Zuhair. Kau tak boleh nak harap dia seorang je yang faham situasi kau dan kehendak kau.” Zuhair angguk lagi.

    “And aku pasti, kalau kau dapat cari alasan lain untuk mencintai dia selain daripada apa sahaja alasan yang kau ada sekarang, kau akan sayang dia seluruh jiwa raga kau dan kau tak akan teragak pun nak sentuh dia dalam masa 3 bulan ni.” Zuhair memandang Firdaus.

    “Terima kasih Fir. Aku tak tahu nak buat apa kalau kau tak ada dengan aku. Kau lah sahabat aku dunia akhirat Bro!” Zuhair sudah memeluk Firdaus kejap. Ikhlas sepenuh hati dengan kata-katanya.

    “Fir, aku kena pujuk Ily balik lah lepas kelas ni. Tadi aku tinggalkan dia aje lepas aku parking. Kesian kat dia.” Firdaus sudah menepuk dahi. Tidak sangka punyalah gian Zuhair ni nak kat si Ily tu.

    “Tak pe. Tak pe. Tengok cara kau layan si Ily tu, aku confirm si Ily tu akan maafkan kau. Jangan risau Bro. I am always with you!” kata Firdaus memberikan Zuhair semangat.

    "Fir, aku nak kau janji dengan aku.” Ujar Zuhair serius.

    “Apa?”

    “Jaga Sarah betul-betul” tergamam Firdaus mendengar kata-kata Zuhair. Firdaus faham maksud kata-kata itu. Zuhair mahukan Firdaus menjadi adik iparnya. Firdaus tahu betapa dalamnya hubungan abang dan adik antara Zuhair dan Sarah. Tidak mudah untuk Zuhair lepaskan satu-satunya adik kesayangan kepada lelaki lain.

    “InsyaAllah Zuhair. Kau jangan risau, dengan izin Allah, aku akan jaga Sarah.” Balas Firdaus setulus hati.

………………………………………………

    Merata Zuhair mencari Ily. Daripada di kafe, perpustakaan, kelas, tempat lepak mereka, parking kereta dan sekeliling kampus sudah dijelajahnya. Kalau kampus ni kecil tak apa. Berpuluh ekar besarnya. Sudah lenguh jari Zuhair bertanya di mana keberadaan Ily pada tuan punya badan dan pada Rin. Kakinya juga sudah sakit berlari dan memandu sana sini mencari Ily di setiap tempat yang mungkin akan disinggahi Ily. Malu akibat bertanya insan-insan lain tentang keberadaan tunangnya sudah ditolak ke tepi.

    Hatinya daripada serba salah kerana meninggalkan Ily seorang diri pagi tadi di pakir kereta sudah bertukar kepada risau. Ily tidak membalas atau membaca satu pun daripada pesanan ringkasnya apatah lagi menjawab atau memulangkan panggilannya. Abang Zuhair sudah mengamuk padanya tadi apabila dia tahu tentang kehilangan Ily. Tidak tahu mana Zuhair hendak letak muka apabila Zuhair hampir menjerit memarahinya di hadapan semua orang di perpustakaan.

    Jari Zuhair sekali lagi menekan speed dial 2 untuk menelefon Ily. Sekali lagi panggilannya ditendang masuk ke peti simpanan suara.

    “Sh**! Angkat lah Ily! Apa yang susah sangat nak jawab telefon ni!” Zuhair sudah tidak keruan. Sudah pukul 4 petang. Sudah hampir 4 jam Zuhair mencari Ily. Otaknya sudah buntu. Badannya sudah penat. Perasaannya bercelaru. Tangannya sudah menghentak badan kereta kesayangannya.

    “Fu*k!” jerit Zuhair perlahan akibat sakit pada tangan.

    “Are you okay. Can I help?” Zuhair melihat pada suara gadis yang menegur. Zuhair menggeleng perlahan. Kedua belah tangan sudah menyapu muka, mencari sedikit sebanyak ketenangan yang boleh digapai. Zuhair melihat bangunan sekeliling. Kawasan itu tidak pernah diketahuinya.

    “Kita kat mana ya?” Zuhair menunjukkan arah bangunan dihadapannya.

    “Ni surau untuk wanita. Tapi ada tempat melepak sambil minum kopi di atas. Kalau Encik rasa nak cool down, saya boleh tolong belikan?” gadis itu memberi bantuan. Entah mengapa, terdetik di hati Zuhair ada kemungkinan Ily berada di situ.

    “Cik, saya nak minta tolong. Tolong belikan saya hot latte macchiato dan tolong carikan saya gadis ni kalau dia ada di atas. Kalau dia ada, tolong bagitahu dia saya tunggu dia dalam kereta di bawah ni. Boleh?” Gadis itu mengangguk dan hilang memasuki bangunan. Zuhair kembali memasuki kereta dengan doa yang banyak agar Ily berada di situ.

    Ketukan perlahan pada cermin keretanya kedengaran. Zuhair keluar daripada kereta dan menyambut huluran cawan daripada gadis itu.

    “Encik, cik yang macam dalam gambar tu ada kat atas, tapi dia tengah tidur. Encik nak saya kejutkan dia?” Tanya gadis itu. Zuhair menggelengkan kepala. Zuhair mengambil sehelai kertas dan mencoret sesuatu di kertas itu.

    “Eh, tak apa. Macam ni, cik tolong bagi kertas ni pada dia lepas dia bangun. Nah, ambil Rm20 ni untuk air ni dan khidmat cik pada saya.” Kata Zuhair santun. Gadis tadi hanya tersenyum dan beredar. Zuhair menghirup kopi di tangan. Kepala disandar pada tempat duduk kereta. Kopi itu terlalu manis baginya. Namun disebabkan kopi itu adalah kopi kegemaran Ily, pada ketika itu, kopi manis itu dapat menenangkan jiwa Zuhair yang sedang bercelaru memikirkan tentang Ily. Mengetahui keberadaan Ily di dalam bangunan itu telah menarik setengah daripada bebanan yang bersarang di dalam kepala Zuhair.

    Mata Zuhair sudah memberat, namun disengkang juga kedua-dua belah mata itu. Takut Ily akan keluar daripada bangunan itu pada bila-bila masa sahaja. Zuhair meneguk lagi kopi di tangan sehingga titisan terakhir. Hanya air itu memenuhi perutnya buat hari ini. Sudah 2 jam berlalu. Zuhair menjeling jam tangannya. Sudah masa untuk kafe di atas untuk tutup. Bila-bila masa sahaja Ily akan melangkah keluar.

    Tepat pada masanya, wajah wanita kesayangannya keluar. Wajahnya jelas menyatakan aktiviti yang dilakukan sebelumnya. Zuhair termenung seketika melihat wajah polo situ. Apa yang sedang bermain difikiran wanita itu? Ily bangun daripada duduknya di tangga selepas mengenakan kasutnya dan berlalu melepasi kenderaan Zuhair. Zuhair tergamam. Marah betul Ily terhadap dirinya sehinggakan mengabaikan kehadiran Zuhair di situ. Atau dia tidak dapat memo yang ditulisnya sebentar tadi?

    Zuhair mengikut jejak Ily jauh di belakang menaiki kereta. Perlahan sahaja pergerakan keretanya. Sehingga mereka sampai di tempat pakir yang mereka bertemu. Zuhair tertanya-tanya bagaimana Ily boleh tidak menyedari ada kereta sedang mengekorinya. Pasti Ily sedang memikirkan sesuatu yang mengambil sepenuh tumpuannya sehingga tidak menyedari keadaan sekeliling.

    Zuhair keluar dari kenderaannya. Ily seperti sedang mendail seseorang. Zuhair mengeluarkan telefon bimbitnya. Sayu dan perit hati Zuhair apabila ketahui dia bukan orang pertama yang Ily meminta pertolongan. Telefon diselitkan kembali ke dalam poket seluar.

“Sayang?” tegur Zuhair. Badan Ily kelihatan terkejut dengan panggilan itu. Namun Zuhair terasa sangat dengan sikap Ily yang tidak mahu berpaling menghadapnya.

“Sayang, pandang saya.” Zuhair bertegas namun hati masih mahu memujuk. Zuhair sudah penat hendak memujuk dan berdepan dengan Ily pada hari ini. Dia sudah terlalu penat untuk berfikir apatah lagi bertengkar pada hari ini. Dia hanya perlu hantar Ily pulang ke asrama, dan dia akan pulang balik rumah.

“Sayang, jom saya hantar awak balik. Dah nak Maghrib ni.” Zuhair sudah berpaling dan beredar menuju ke keretanya. Dia mahu hari ini berakhir dan menyelesaikan masalahnya dengan Ily pada esok hari sahaja. Sampai sahaja di depan asrama wanita, terdetik di hati Zuhair mahu mengetahui mengapa Ily berkelakuan begini seharian ini.

“May I, at least, know why?” Ily termenung seketika. Debaran di hati Zuhair bagai dapat mengagak sesuatu yang tidak.

“Ex-Girlfriend awak.” Zuhair terkejut dengan jawapan Ily. Langsung tidak terfikir di akal Zuhair tajuk itu akan muncul. Pintu kereta itu ditutup, hilang wajah Ily daripada ruang penglihatan. Zuhair meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Debaran di hati Zuhair dibawa pulang. Telefon bimbit dikeluarkan, menyentuh skrin beberapa kali sebelum lena menjemput.

Z: We will talk about this soon. Sweet dreams Sayang… I love you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience