BAB 10

Romance Completed 61357

Dengan langkah longlai, Anisa keluar dari dewan bersalin. Jika yang perasan wajahnya ketika ini, pasti menyangka dia adalah mayat hidup. Tekaknya juga sudah meloya. Tanpa sedar, dia sudah terduduk di kerusi. Kepala disandarkan ke dinding.

“Anak, okey ke?” tanya wanita itu, prihatin.

“Nak…” Anisa menekup mulutnya. Tetapi, kemudiannya dia elok kembali. Namun, dia tahu sekejap lagi pasti akan terkeluar juga segala isi perutnya itu.

“Adry, bawa cik ni pergi tandas. Dia nak muntah ni,” gesa wanita itu.

Bukan main membulat lagi mata lelaki itu. Merepek sungguhlah mak long dia ni. Takkanlah dia nak masuk ke dalam tandas perempuan? Hish!

“Mak longlah yang bawak,” Wanita itu mencubit lengan anak saudaranya.

“Tolonglah. Mak long bukannya larat nak pimpin dia. Cepat,” Sudahnya diturutkan juga perintah mak longnya itu. Dia mendekati Denisa. “Nak, ikut abang ni ya. Dia bawa pergi tandas,” Dibantu anak saudaranya memapah Anisa.

Dek lambat sangat Anisa melangkah, lelaki itu mencempung terus tubuh ramping Anisa. Nasib baik Anisa seperti orang mamai. Kalau dia sedar, mahu dipelangkung lelaki yang selamba mendukungnya itu.

“Adry?”

“Ma, mak long ada kat sana. Dia ni nak muntah,” jawab Adry tergesa-gesa. Laju kakinya meninggalkan mamanya dan memasuki tandas wanita.

Tiba sahaja di sinki, Anisa terus memuntahkan isi perutnya. Adry melepaskan lelah di sisi Anisa. Untung sahaja tiada manusia yang bergelar wanita di dalam tandas itu selain gadis yang dibantunya itu. Teruk jugalah Anisa muntah. Hampir sahaja tubuhnya menyembam ke lantai. Namun, tangan kekar Adry sempat menahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience