BAB 3

Romance Completed 61357

Setelah hampir dua jam Anisa berada di hospital, dia meminta diri untuk pulang. Badannya juga sudah belengas dek sedari pagi tadi lagi dia di dalam persalinan yang sama. Waktu Maghrib juga sudah menjengah. Ingin menemani ibu dan bapa saudaranya sehingga ke malam, dia penat pula.

Suasana riuh di ruang lobi hospital menarik perhatian Anisa. Ada esak tangis yang kedengaran di sekitar lobi. Fikir Anisa, mungkin mereka adalah ahli keluarga mangsa kemalangan tadi. Riak kesedihan ahli keluarga mangsa mencuri perhatian Anisa untuk terus berada di situ. Matanya menangkap satu persatu wajah yang penuh dengan linangan air mata.

“Cik, cik okey?” sapa seorang jururawat.

Anisa tersedar. “Saya okey. Nurse, boleh saya bertanya sesuatu?”

“Boleh, cik,” Jururawat itu menanti soalan daripada pelawat hospital. Sempat hatinya memuji kecantikan wanita yang berdiri di hadapannya itu.

“Maaf kalau saya menyibuk. Ramai ke yang terlibat dalam kemalangan ni?”

“Tiga buah kereta. Setakat ni, kami dimaklumkan… tiga orang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kami masih menunggu mangsa-mangsa yang masih terperangkap untuk dibawa ke sini,” maklum jururawat itu.

“Ini semua ahli keluarga mangsa?”

“Tak semua. Hanya keluarga mangsa yang sudah dikenal pasti sahaja yang kami dapat hubungi.”

Anisa mengerutkan dahinya seketika. Kemudian, dia tersenyum nipis. Bukan jawapan jururawat itu yang mengganggunya tetapi…

“Terima kasih atas maklumat tersebut, nurse. But, you can’t simply give information to the outsiders just like you told her just now. Pastikan dulu pada siapa awak memberi maklumat itu,” Jururawat itu nyata terkejut dengan kehadiran seseorang yang dikenalinya.

“Err… err… maafkan saya, doc. I thought she was the one of their families,” jawab jururawat itu tergagap-gagap.

Anisa menyembunyikan senyumannya.

Dia yakin, jururawat itu sudah kecut perut. Mana tidaknya, doktor lelaki yang tiba-tiba muncul itu bereaksi garang. Tiada langsung riak mesra ditayangkan.

“I’m the one of the blood donor. Don’t worry, doc,” tipu Anisa. Kasihan pula Anisa melihat wajah jururawat wanita yang sudah seperti tauhu busuk itu.

“Blood donor?”

“Yes.”

Sebaik selesai menunaikan solat Asar di surau hospital tadi, dia terdengar mereka memerlukan jenis darah yang serupa dengannya. Tanpa berfikir panjang, pantas sahaja dia menghulurkan bantuan. Anisa yang sering terlibat dengan aktiviti charity itu mudah sahaja memberikan khidmatnya.

“Dr. Adry! ICU needs you!” laung seorang jururawat lelaki di kaunter.

“Thank you,” Dengan pantasnya doktor itu melangkah ke lif berdekatan.

Anisa dan jururawat wanita itu saling berpandangan sebelum masing-masing mengangkat bahu. Pelik juga perangai seorang doktor ya? Dingin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience