BAB 6

Romance Completed 61357

Adry berlari anak masuk ke seven eleven. Isteri punya pasal, minta slurpy pula. Ditinggalkan Anisa di dalam kereta mengenangkan isterinya itu sudah tidak larat untuk berjalan. Sesekali dia memandang ke kereta. Entah kenapa, dia berasa tidak sedap hati. Namun, cepat-cepat dia membuang perasaan tidak enak itu.

Dia ke kaunter bayaran, dompet dikeluarkan untuk membayar. Sedang mengambil kembali baki wangnya, dia tersentak sedikit. Hampir sahaja luruh jantungnya.

Bum!

Bunyi dentuman yang kuat itu membawa pandangan Adry ke luar. Membulat mata lelaki itu. Seluruh badannya bergetar hebat. Terasa lemah lututnya kini. Dia mencari wajah ayu Anisa. Namun, gagal ditemui. Juruwang di hadapan Adry menggoyangkan badan tegap lelaki itu untuk menyedarkannya.

“Encik…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience