BAB 15

Romance Completed 61357

Adry merenung gadis yang sedang sibuk meneliti biliknya itu. Rasanya, ini adalah pertemuan kedua mereka. Kenapa dia berasa selesa bersama gadis itu? Dia perempuan pertama yang berjaya masuk ke biliknya ini. Buat pertama kali, bilik ini menerima kehadiran kaum perempuan. Mamanya juga belum pernah sampai ke sini.

“So, what is your explanantion? Saya tak tahu pula yang saya dah bertunang? Cik nak apa?” soal Dr. Adry dalam nada berjenaka.

“Sorrylah. Kalau saya tak mengaku saya ni tunang awak, dia orang tak nak bagitahu saya pasal awak. Anyway, nice room,” Sempat lagi dia memuji kekemasan bilik itu.

“Apa yang awak nak tahu pasal saya? Just asking me, not them,” Adry bersuara dingin.

Pantang sungguh ada orang menyibuk tentang dia. Terutama sekali, perempuan!

“If I know who you are, Dr Adry,” tukas Anisa bersahaja.

“Uhuh, that’s the matter. Awak tak kenal saya dan sebaliknya. Apa awak nak?” Bengang pula dengan Anisa.

“Saya, Anisa. Pengarah Operasi Bayu Puteri Resort. Single but already taken by Dr. Adry,” Menegak badan tegap Adry.

Apa? Taken by Dr Dre? Dah sewel ke apa minah ni? Tidak dihentikan, mahunya semakin jauh minah ni melalut.

“Stop. What do you mean, Anisa? Taken by… who? Gila,” Anisa hanya bersikap biasa.

Dia sudah pun menjangka keadaan ini. Segala perisai menghadapi lelaki itu telah pun dia sediakan.

“What? Saya cuma kenalkan diri saya. So, sekarang ni awak dah tahu siapa saya kan. Maaflah saya ganggu awak. Tapi, sejak awak cempung saya hari tu… saya rasa something wrong somewherelah. Somewhere tu, hati saya. Itu sebabnya saya datang sini, cari awak,” Nah, engkau. Sekali, si Anisa ni berterus terang.

Mahu terkeluar biji mata Adry mendengar setiap butiran yang terbit dari mulut gadis itu. Gila sungguhlah perempuan ni. Mana dia belajar, perigi cari timba ni? Setahunya, timba yang kena pergi menyeru perigi.

“Okeylah, Cik Anisa. Awak dah silap orang ni. Banyak lagi lelaki kat luar tu yang boleh awak buat jadi tunang awak. Tapi, bukan saya. Faham?”

Anisa berdecit. Aku dah berterus pun, dia masih bengong lagi?

“Emmm, kan. Kenapa tak awak jadi suami saya aje? Lagi afdal kan,” balas Anisa lagi.

Dum! Adrean rasa macam nak baling saja Anisa ikut tingkap bilik dia ni. Biarlah dia dipenjara sekalipun. Asalkan perempuan itu berhenti mengganggunya.

“Bahasa apa lagi yang awak boleh faham? Pergilah balik. Tak malu ke awak datang sini?”

Anisa menggeleng. Malu buat apa? Bukannya mereka buat perkara tidak senonoh. Pintu bilik siap terbuka luas lagi. Tak cukup pintu, dinding pun berkaca. Sah-sahlah orang luar boleh nampak.

“Okey, saya balik. Tapi, nanti saya datang lagi sampai awak tak boleh hidup tanpa gangguan saya. Tak kisahlah awak nak cakap apa pun. Assalamualaikum,” Anisa bingkas bangun. Dia beredar meninggalkan Adry yang sudah terpinga.

“Waalaikumsalam,” ucap Anisa sebelum beredar pergi.

Tak suka, tak suka juga. Salam kena jawab ya. Bertambah juga pahalanya. Pening kepala dia memikirkan kata-kata terakhir Anisa.

Dek malas merunsingkan kepalanya, dia mengambil fail-fail pesakitnya dan bergerak ke wad lelaki di tingkat tiga. Mungkin, fikirannya tenang sedikit. Dari jauh, Dr. Adry menggeleng-geleng kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience