BAB 8

Romance Completed 61357

Sekarang…

Alunan surah Yassin kedengaran. Adry dan Anisa duduk di sisi pusara arwah bayi mereka. Sesekali bacaan ayat al-Quran itu tersekat dek menahan tangis. Usai bacaan, Anisa meletakkan tangan di tanah yang membukit itu. Kecil sahaja pusara itu, sebesar lengan.

“Mummy minta maaf, sayang,” ucap Anisa sebak. Perasaan itu sukar ditebak.

Adry membetulkan cermin mata hitamnya. Matanya juga sudah berair, namun pantas diseka. Dia tidak boleh lemah di hadapan Anisa. Dia perlu kuat demi isterinya itu.

“Baby, daddy dengan mummy balik dulu. Nanti kami datang melawat baby lagi ya,” kata Adry tenang.

Setelah puas berteleku di sisi pusara itu, mereka beredar meninggalkan kawasan perkuburan. Ketika menuju ke kereta, mereka terserempak dengan sepasang suami isteri. Raungan si isteri mengejutkan mereka. Anisa yang memegang lengan Adry, memberi isyarat agar mereka mendekati pasangan itu.

“Kenapa ni, encik?” Adry menyoal si suami.

“Emosi isteri saya terganggu sikit. Dia tak boleh terima hakikat tentang kematian anak kami,” Adry dan Anisa bungkam.

Dipandang wanita yang terduduk di tanah itu. Wajah itu penuh dengan air mata. Wanita itu turut memegang baju bayi sambil dicium-cium baju itu. Denisa menunduk. Diusap bahu wanita itu. Dari gaya wanita itu, Anisa mengagak mereka adalah sebaya. Dalam lingkungan dua puluh enam tahun.

“Dia tunggu awak di syurga. Pasti ada hikmah kenapa Allah ambil dia dari awak. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Sedekahkah al-Fatihah untuk dia,” bicara Anisa lembut.

Mata berkaca milik wanita itu merrenung Anisa sayu. Entah mengapa, dia dapat merasakan mereka mempunyai rasa yang sama. Anisa membantu wanita itu berdiri. Si suami hanya melihat adegan itu. Akhirnya, ada juga orang berjaya memujuk isterinya itu.

“Awak siapa?”

“Saya, Anisa. Ini suami saya, Adry. Kami datang melawat arwah bayi kami,” Nyata pasangan itu tergamam.

“Samalah dengan kami. Saya, Nazmi dan isteri saya, Najiha…”

“Dah lama ke anak awak berdua meninggal?” soal Najiha, ingin tahu.

“Enam bulan. Jantung gagal berfungsi selepas isteri saya kemalangan. Meninggal dunia dalam perut,” jawab Adry bagi pihak Anisa. Sudah tentu isterinya itu tidak sanggup untuk menjawab.

“Jadi, awak berdua tak sempat nak jumpa dia?”

Anisa cuba senyum.

“Saya aje yang tak dapat tatap dia, koma. Tapi, ummi saya sempat ambil gambar dia. At least, boleh juga saya tengok rupa dia,” Anisa menjawab, ceria.

Nazmi dan Najiha saling berpandangan. Anisa kelihatan tenang sekali. Najiha berasa berbangga kerana ditemukan dengan pasangan ini.

“Bayi kami baru aje pergi, minggu lepas. Doktor sahkan dia menghidap penyakit paru-paru berair. Semalam, genap usia dia tujuh bulan,” jelas Nazmi.

“Mungkin mati adalah jalan terbaik untuk bayi Nazmi dan Najiha. Tentunya, dia sudah tak terseksa. Tak perlu lagi nak menahan sakit,” Nazmi mengangguk setuju dengan kata-kata Adry.

“Insha Allah, mungkin ada pengganti lain?”

Adry memandang Anisa sambil tersenyum. Pengganti lain?

“Amin…”

Pertemuan singkat itu berlarutan panjang. Di waktu kelapangan, kedua pasangan itu akan bertemu. Sekadar berkongsi cerita. Nazmi turut bertugas di hospital yang sama dengan Adry sebagai doktor di bahagian X-ray. Tidak pernah pula mereka terserempak sebelum ini walaupun berada di bawah satu bumbung. Itulah takdir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience