BAB 4

Romance Completed 61357

Cermin mata yang tersangkut di batang hidung ditanggalkan. Jari jemari laju mengurut pelipis. Penatnya sudah tak terkira lagi. Tidak guna dia mengadu domba jika kerjaya yang dilakukan adalah pilihannya sendiri. Tiada paksaan untuk dia berkhidmat kepada masyarakat. Biarpun penat, dia harus bertahan demi kariernya.

“Penat ke?”

Adry menjeling sebatang tubuh di pintu bilik kerjanya. Dia mula berasa tidak selesa kerana diganggu.

“Dah nampak, tanya buat apa?” balasnya tanpa nada.

“Tanya pun salah ya, Dr? Hot nescafe for you,” Mug nescafe panas diletakkan di atas meja kerja lelaki itu.

“Kenapa tak minta izin dulu tadi?”

“Izin untuk apa?”

Adry mendengus. Hangat pula hatinya dengan perangai si isteri.

“Nisa, please. Don’t act like you are dumb,” tukas Adry geram.

Anisa menarik nafas panjang dan dilepaskan lembut. Dumb? Bodoh punya suami. Sudahlah pura-pura tak kenal dia tadi di hospital. Kini, dia pula disembur. Berani sungguh Adry mengeluarkan ‘verbal yang tidak diluluskan’ itu kepadanya. Sekeh kepala baru tahu.

“Banyak benda yang Nisa buat hari ni? Jadi, yang mana satu yang Dr. Adry tak puas hati? Please, be frank,” Setenang mungkin Anisa bertutur.

Jika Adry berangin, dia perlulah di dalam keadaan bertenang. Buatnya dibalas dalam nada yang sama, sudah tentu tunggang terbalik bilik kerja ini dibelasah mereka. Bukan niat dia untuk berkurang ajar. Cuma, dia perlukan penjelasan lanjut. Dia bukanlah sehebat doktor itu untuk menelah maksud yang sebenar.

“Blood donor,” kata Adry senada.

Sikapnya di hospital dan di rumah sangatlah berbeza. Layanannya kepada pesakit sangat mesra. Senyuman senantiasa di bibir. Tapi, sangat tenang di rumah. Itu yang membuatkan Anisa terpikat. Lelaki idaman dia kan ala-ala ‘cool’ tapi romantik. Dr. Adrylah calon paling ideal baginya. Cuma, sejak peristiwa enam bulan lepas, Adry adakalanya akan bersikap dingin. Tidaklah dingin mana, tapi mampu membuatkan Anisa serba salah.

“Oh, pasal tu. Nisa tak sempat nak text bagitahu abang. Nisa tak nafikan keizinan abang penting. Tapi, waktu tu nyawa pesakit lebih penting untuk Nisa selamatkan. Nisa minta maaf ya, bang,” Sungguh, dia terlupa.

Kehadirannya di hospital untuk melawat Uncle Misran sudah dimaklumkan tengah hari tadi. Cuma, dia terlupa pula ingin memberitahu suaminya tentang perkara kecemasan itu. Tidak sangka dia akan terserempak dengan suaminya itu. Gatal pula mulutnya itu mengaku dia adalah blood donor. Sengaja mencari pasal.

“Lain kali jangan buat lagi. Nak buat baik pun, fikirlah diri tu sama. Macam manalah doktor yang handle ni boleh benarkan. Awak tu baru baik, tahu tak?”

Anisa tidak mempedulikan leteran Adry. Dihampiri suami tercintanya itu. Selamba badak dia melabuhkan punggung di atas riba Adry. Dirangkul leher Adry sehingga lelaki itu hampir tercium dahinya.

“Oh, suamiku sayang. Tahulah awak tu sayangkan Nisa sangat-sangat. Die hard lover, kononnya. Tapi, janganlah lupa. Dah enam bulan pun Nisa miscarriage. In charge doctor said, I’m fine and she’s approved me. So, don’t worry,” Ditekap tapak tangan di kedua belah pipi Adry.

“Six months already? Time flies really fast. Miss him so much,” keluh Adry. Anisa turut merasakan hal yang sama.

“Me too. Esok pergi kubur nak?”

Adry merenung ke anak mata isterinya.

“Nisa okey ke?”

“Insha Allah. I’m not visiting him even once since the incident. I’m very sure, I can,” Adry usap kepala Anisa lembut.

Anisanya semakin kuat kini. Doanya saban waktu terkabul juga. Peristiwa yang berlaku kepada isterinya beberapa bulan yang lalu tidak akan pernah dia lupakan. Anisa hampir menjadi gila dek kehilangan bayi mereka yang pada ketika itu hanya menunggu masa sahaja untuk melihat dunia.

Namun, ketentuan Allah tiada siapa yang mampu menghalang. Tanpa sedar, air mata mengalir di pipi Anisa. Entah kenapa, setiap kali arwah bayi yang belum sempat mengenalnya itu diungkit, dia sebak. Sekuat mana pun dia, tetap juga gagal ditahan. Air mata hangatnya tetap juga mahu mengalir.

“Shhh, it’s okay. I’m here. Let it go,” Anisa merangkul leher suaminya erat.

Habis basah t-shirt Adry di bahagian bahu. Diusap belakang Anisa lembut. Adry sendiri pernah lemah tatkala mengingatkan anak mereka yang telah pergi itu. Hampir sembilan bulan, mereka menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka. Namun, malang tidak berbau. Anisa terlibat dengan kemalangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience