BAB 2

Romance Completed 61357

“Assalamualaikum,” Anisa menjengul ke pintu yang terbuka sedikit.

“Waalaikumsalam. Masuk Anisa,” Jemput seorang wanita separuh umur yang sedang duduk di kerusi yang terletak di sebelah katil pesakit.

Anisa membawa langkah ke katil. Disalami pesakit lelaki dan juga wanita separuh umur itu.

“Dari mana, Anisa?” tanya Auntie Nani yang sedang duduk dikerusinya.

“Office, auntie. Abi asked me to visit uncle,” jawab Anisa lembut. “Uncle macam mana? Sihat?”

“Macam nilah, Anisa. Dah tua-tua ni sakit, biasalah,” Uncle Misran menjawab dalam nada biasa.

“Tahu pun dah tua. Bukan kamu tak tahu, Anisa. Uncle kamu ni, selagi tak sakit… tak adanya nak rehat. Ingat badan dia tu muda lagi agaknya,” Anisa mengoles senyuman nipis.

Abinya juga begitu. Puas juga umminya berleter. Namun, dipekakkan sahaja telinga.

“Sepatutnya uncle dah boleh biar abang Ajier ambil alih business uncle tu. Bukannya abang Ajier tak ada pengalaman. Dah banyak projek uncle yang abang Ajier handle. Kebanyakannya, berjaya,” Auntie Nani mengangguk setuju dengan pendapat anak saudara suaminya itu.

“Uncle bukannya tak percayakan abang Ajier kamu tu, Anisa. Cuma, uncle tak puas lagi dalam dunia perniagaan ni. Lagipun, uncle tak ada kerja lain nak buat kalau uncle serahkan semua pada dia,” balas Uncle Misran.

“Pandailah uncle cari alasan. Sabar ajelah, auntie ya,” Auntie Nani dan Uncle Misran tergelak kecil. Lucu melihat telatah Anisa. Selain itu, pastinya Anisa memahami perasaan Auntie Nani memandangkan suami Anisa sendiri sentiasa sibuk.

“Apa yang bising kat luar tu?” sampuk Auntie Nani. Matanya ditala ke cermin kaca lutsinar. Anisa yang duduk di birai katil juga memerhati di sebalik cermin itu. Keadaan agak kelam kabut.

“Tadi masa Anisa nak datang hospital, ada accident kat simpang depan tu, auntie. Macam teruk aje. Kelam kabut semua orang kat luar tu,” beritahu Anisa yang sedia maklum tentang kejadian itu.

“Ya Allah. Baru semalam auntie dengar pasal kemalangan ngeri dekat kawasan taman kita. Teruk jugak. Tiga orang meninggal dunia,” Ketiga-tiga mereka beristighfar panjang.

Semakin kerap pula kemalangan yang berlaku di seluruh Malaysia. Setiap kali berita TV bersiaran, pasti mereka akan melaporkan tentang kemalangan di sekitar Malaysia. Tidak mengira usia yang menjadi mangsa. Ajal maut itukan di tangan Allah. Dia akan mengambil nyawa sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Dan, yang pasti ajal maut sudah ditentukan Allah sejak azali lagi. Cuma, cepat atau lambat sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience