BAB 13

Romance Completed 61357

“Anak dah okey ke?” soal Dr Rozilah sebaik ternampak kelibat Anisa.

“Saya okey,” Dari tadi lagi, wanita itu asyik panggilnya anak. Selesa sedikit jika wanita itu memanggil namanya.

“Alhamdulillah. Kawan Anisa macam mana? Dah bersalin?”

“Alhamdulillah, sudah. Doktor tengah mandikan baby rasanya. Anak auntie?”

“Entahlah. Tak ada pula jururawat yang keluar, nak tanya pun. Anisa ada nampak anak auntie tak tadi?”

“Maaflah, auntie. Saya kat dalam tu, dah tak pandang sesiapa. Gelap aje semuanya,” kata Anisa selamba.

Dr Rozilah ketawa. Dr Norita dan Adry yang turut berada di situ hanya mendengar perbualan kedua-duanya. Malas nak menyampuk. Denisa duduk di kerusi, serentak itu matanya terpandang lelaki yang membantunya tadi. Berdasarkan pakaian lelaki itu; kemeja putih disinting lengannya dan slack hitam, dia pasti memang lelaki itulah orangnya. Saat itu, mata mereka bertaut. Anisa terpaku pada wajah kacak itu. Arh, bertimpa pula malunya dek dicempung tadi.

“Anisa!” Pandangan Anisa dilarikan dari wajah kacak itu dan kini matanya memandang lelaki yang memanggilnya itu.

“Cepatnya sampai. Naik bullet train ke hapa?” Selamba sahaja bibir itu berkata.

“Banyaklah bullet train kau. Bini aku mana?”

“Ada kat dalam lagi. Kejap lagi ada nurse panggillah tu,” Iskandar melabuhkan punggung di sebelah Anisa. “Kenapa tak balik esok aje?”

Iskandar mengerling Anisa pelik.

“Dah aku nak balik hari ni. Apasal? Salah?”

“Tak pasal aje aku kena teman Miza kat dalam. Kau punya pasallah ni,” Iskandar gelak.

“Alah, kawan kau jugak. Tapi, aku dapat anak apa?” tanya Iskandar dengan mata yang bersinar. Siapa tak suka jika sudah bergelar bapa, kan?

“Lelaki. Congratulations, my super hot prince charming,” Hilang terus rajuknya tadi, dipeluk abang susuannya itu mesra. Gilalah dia nak peluk bagai jika Iskandar bukan sesiapa padanya kan. Iskandar adalah anak kepada bekas pengasuhnya, Puan Melur.

Disebabkan ummi Anisa tidak boleh menyusukannya ketika itu, Puan Melurlah yang mengambil alih tugas itu. Bergilir-gilir Puan Melur menyusukan Iskandar dan Anisa yang sebaya itu. Cuma, Iskandar dilahirkan awal empat bulan. Kiranya, Iskandar lebih tua dari Anisalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience