BAB 7

Romance Completed 61357

Datin Liza berteleku di sofa di ruang menunggu. Datuk Mahadir pula mundar mandir sambil matanya sesekali dihala ke pintu wad kecemasan. Sebaik menerima panggilan dari pihak hospital, keduanya bergegas ke hospital. Beberapa minit kemudian, sepasang suami isteri menghampiri mereka.

“Liza,” sapa Dr. Norita. Dia duduk di sisi besannya itu.

Datin Liza memeluk Dr Norita dengan tangisan yang ditahan sejak tadi. Dr Norita mengusap belakang besannya, menenangkan hati ibu yang sedang risau itu.

“Dah berapa lama Anisa kat dalam?” soal Dr Afdlin kepada Datuk Mahadir, bapa Anisa.

“Tiga jam. Dre pun ada kat dalam. Kita doakan yang terbaik ajelah,” Dr Afdlin menepuk bahu besannya itu.

Pasti mereka sangat risaukan keadaan anak tunggal mereka itu. Selesai sahaja shif bertugas, Dr Afdlin dan Dr Norita terus ke wad kecemasan. Berita kemalangan Anisa memang mengejutkan seluruh ahli keluarga mereka. Namun, lega sedikit hati mereka tatkala mendapat tahu Adry berada di tempat kejadian. Sekurang-kurangnya, Anisa tidak keseorangan bertarung nyawa.

“Insha Allah, Anisa tak apa-apa. Macam mana boleh accident?”

“Menurut Adry tadi, tiba-tiba ada lori hilang kawalan merempuh deret kereta yang parking di situ. Anisa antara empat orang yang tercedera,” jawab Datuk Mahadir, sama seperti penjelasan Adry.

“Benda dah nak jadi. Dre kat dalam tu, okey ke?” sampuk Dr Norita. Risau pula keadaan anak lelakinya itu.

“Dia yang minta nak teman Anisa kat dalam. Doktor tak pasti keselamatan bayi dalam kandungan Anisa boleh diselamatkan atau tidak. Teruk jugak Anisa cedera,” balas Datin Liza yang sudah tenang sedikit.

“Insha Allah, kita doakan yang baik-baik sahaja,” kata Dr Afdlin. Masing-masing menanti penuh sabar. Harapan mereka, Anisa dan bayinya selamat.

Tiga jam kemudian, Adry keluar dari wad kecemasan. Keruh sekali wajah kacak itu. Dihampiri ibu bapanya dan ibu bapa mertuanya.

“Adry, Anisa macam mana?” Datin Liza menerpa menantunya. Adry pandang ummi dengan mata berkaca.

Dr Norita yang perasan, pantas memeluk anak lelakinya erat. Adry sendu di bahu mamanya. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan. Sudahnya, mereka mendapatkan doktor yang bertanggungjawab, Dr Hasni yang sedang berjalan ke arah mereka. Semoga berita baik yang dikhabarkan doktor muda itu.

“Alhamdulillah, Anisa selamat. Tapi, maafkan kami. Kami gagal selamatkan bayi dalam kandungannya. Bayi meninggal dalam perut. Buat masa ni, Anisa masih belum sedar,” terang Dr Hasni terus. “Dr Norita, Dr Adry yang sambut anak dia tadi,” sambung Dr Hasni lagi.

Serentak itu, mata mereka tepat memandang Adry yang masih memeluk erat mamanya. Dr Afdlin mengusap belakang Adry, memberi sedikit semangat. Adry yang kuat itu tampak lemah sekali. Kehadiran anak yang dinanti, hilang begitu sahaja. Namun, lebih merisaukan mereka adalah Anisa yang masih belum sedarkan diri. Bagaimana pula penerimaan bakal ibu itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience